Let's share yur kind words here... (" _ ")

Thursday, April 30, 2009

bErbinCang RinganKan BebaN...

Gambar semester lepas...sibuknya belek nota..

Study BERsama..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Saya dan kami percaya bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila kita menggunakan penglihatan + pendengaran + pembacaan dalam mengulangkaji sesuatu subjek. Daya ingatan juga akan bertambah dan ini telah terbukti berkesan dalam kajian-kajian para ilmuan pendidikan. 70% daripada apa yang kita dapat ingat adalah terhasil daripada apa yg kita dengar dan lihat. Dikukuhkan dengan bacaan sendiri..ia akan mantap dengan Izin Allah...

Berbekalkan motto yang dicipta sendiri oleh ________, maka terbentuklah suatu pasukan sekerja + sestudy yang saling bekerjasama membantu each other saat tibanya musim peperiksaan...


Mudah
Cepat
Ringkas
Organize
Berkat

Begitulah lebih kurang bunyi motto kami...sebenarnya ada yang perlu ditambah lagi pada motto ini kerana ia adalah motto semasa kumpulan ini memiliki ahli sejumlah 7 orang. Menariknya,..bagi semester ini ahli kumpulan bertambah ke 12 orang.

Mereka yang kukenali rapat ini sangat memberi komitmen yang padu + saling merasa susah + saling menanggun bebanan + saling memudahkan orang lain + saling kuat berusaha + saling sabar dalam meniti hari-hari sebelum peperiksaan. Beginilah rencah hidup orang-orang yang terlibat dengan konsep study bersama atau Ukhuwwah_study..

Dalam kekalutan menyiapkan nota tugasan yang telah dibahagikan.. masing-masing padat dengan pe'el dan karenah masing-masing. Saat ini teruji keikhlasan bekerja, ketulusan bersahabat dan ketekalan dalam meneruskan hidup sebagai seorang pelajar.

Saya setulusnya merasai suatu nikmat yang Allah berikan dalam bekerjasama. Perencah dalam kerjasama tiada dalam kerja secara individu. Percayalah. Study bersama amat meringankan beban. Hal ini bertepatan dengan tema BErsamaMu.." hulurkan tangan ringankan beban"..hehe..Di saat diri terasa sakitnya memahami sesuatu,..ada yang membantu..di saat diri terasa tertekan..bila teringat sahabat-sahabat lain juga berusaha memudahkan kita.. akan sirna rasa tekanan itu.. Indahnya memiliki sahabat yang ringan membantu...

Doa saya ukhuwwah dalam Ukhuwwah_study ini terus mekar sehingga bila-bila dan tentunya dalam redhaNya.. Sahabat..aku amat mengasihi kalian,...maafkan aku andai terselit sejuta kesilapan dalam tingkah laku juga perkataan.. Moga Allah sayang kita..

Gambatte untuk sahabat-sahabat seFIkrAh..sahabat-sahabat seUngku Omar..sahabat-sahabat seSMKAP@UO...sahabat-sahabat sePIPAQ tahun 3,...sahabat-sahabat seStudyGroup :- Nad-Ani-Ijaz-Ikin-Shuk-Ehima-IdaSuliza-KakEriYantiSoraya-Musfirah-Yus-AjaTOmei...

Moga korang terus kuat dan bersemangat..
salurkan aura positif itu padaku...=)


Tuesday, April 21, 2009

Perjuangan bermula...

Jadual Exam ku..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Berikut merupakan perjalanan jadual exam saya bagi semester kedua tahun 3 di Fakulti Pendidikan, UKM.

21 April 2009 - Asas Penyelidikan

24 April 2009 - Hak Asasi Manusia

27 April 2009 - Kajian Teks Tafsir dan Hadith

29 April 2009 - Hadith Hukum

4 May 2009 - Kajian Ulum Hadith

6 May 2009 - Kajian Teks Bahasa Arab dalam Pendidikan.


sekarang saya berada dalam dimensi bergelut dengan nota, buku kuliah, perbincangan, latihan dan segala bagai..
Doakan saya ya...

Wednesday, April 15, 2009

Kembali ke sini..

Back to UKM
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

I'm back. Alhamdulillah saya selamat tiba di UKM pagi tadi setelah menaiki fav bus iaitu Sri Maju lewat jam 10.15 semalam. Hari ini saya kembali meneruskan kerja-kerja yang belum selesai di perbukitan ilmu ini. 5 hari berada di rumah seolah-olah tidak terasa kerana sibuk menyerap udara rumah serta seisi penduduknya..benar kata orang...bahagia itu bermula dari rumah. hehe..

Kini, saya sibuk menghabiskan kerja-kerja akhir yang belum dihantar sebelum final exam bermula. Dikesempatan ini ingin saya ucapkan "terima kasih" kepada sahabat saya MUSfirah bt Kader diatas kesudian membantu saya dalam final touch untuk subjek Kajian Teks Arab dalam Pendidikan. Moga Allah merahmatimu.

Esok, di Fakulti akan ada taklimat untuk praktikal. dan esok adalah tariknya untuk submit proposal dan KTADP..Semoga semua terus bersemangat menyiapkan nota-nota dan kerja-kerja yang belum siap..

Mus dan bangunan parlimen Msia..hihi

Thursday, April 9, 2009

Desa Putera ku..


Damai di wajah mereka...
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Wajah siapa yang kurindu?
tentulah wajah Ummi dan Abahku..
mestilah adik kesayanganku Nuha,Yaasir dan Muaz...
Insya Allah malam ini akan bertolaklah diri ini
pulang ke rumah dengan penuh rasa indah...
walau di saat ini hati kegalauan tempias dari rasa
sedih kehabisan kuliah2 ustaz - ustaz yang BEST... ( nanti akan ku kongsikan cerita ustaz-ustaz itu..)

Doakan moga selamat tiba..

Wednesday, April 8, 2009

Sesekali diuji...

Sharing_lyrics
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Salam semua. Saat diri melayari hari-hari akhir semester, pelbagai perkara ditempuh dengan penuh kesabaran...di saat kuliah tak habis-habis lagi.. assignment yang perlukan final touch.. dan nota-nota tak lengkap,... semester ini bertambah dengan kekalutan mencari rumah sewa untuk praktikal, tempat tinggal untuk semester depan dan sebagainya. Alhamdulillah diri masih dikurniakan sahabat yang sudi membantu meringankan bebanan.. Syukur diri panjatkan pada Ar-Rahman yang menghantar hambaMu untuk meringankan urusan... Lalu dalam kekalutan itu..singgah suatu halwa telinga bercerita tentang apabila kita di uji..

Tersedar diri bahawa diri sebenarnya tenggelam dalam lautan nikmat dan kesenangan..maka apalah salahnya jika diri mengharungi ujian dengan penuh sabar, matang dan redha... Bait-bait nasyid ini ada benarnya... diri bersetuju...

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Kepada semua.. teruslah bersabar dengan rencah kehidupan anda yang tentunya mencabar !!
Wallahua'lam.

Saturday, April 4, 2009

Adikku yang bernama Muhammad

Muhammad itu adikku.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Berkongsi sesuatu tentang adik lelaki sulungku...

Ini Muhammad. Dilahirkan pada 29 Julai 1994.
Lahirnya ketika saya berumur 8 tahun.
Gembiranya kami mendapat adik lelaki pertama
ketika itu...

Masa zaman kanak-kanak, Muhammad sangat putih
sehingga orang kata dia anak arab. Tapi sekarang
tengoklaa apa dah jadi....( hehe )
( nanti saya cari gmbar dia masa kecik kalau tak pcaya )

Dia dulu pemalu a.k.a sombong. Tak macam Yaasir.
Umur 3 tahun pun dia masih berkepit dengan ummi. Tak bergaul
dengan orang.. Tapi bila dah besar.. tengoklaa..

Muhammad ada adik perempuan. Namanya Nuha. Walaupun suka
bergaduh dengan adik perempuannya, saya tahu dia sayang adik dia..
sebab tu laa dia gaduh....hehe

Muhammad ni nama penuh dia Muhammad Mu'az. Ummi dia
suka baca sirah Mu'az b. Jabal masa mengandung kat dia dulu.
Saya berdoa Muhammad menjadi sealim Muaz bin Jabal..amin

Muhammad seorang yang suka mencuba..
kadang-kadang berani..kadang2 takut..
yelah..kat rumah dia tak dek geng sebaya dgn dia..

Muhammad boleh diharap. Dia anak lelaki sulung. Pasti semua
harapan terletak padanya. Semua tanggungjawab tergalas di bahunya.
Muhammad anak soleh...

Muhammad abang yang baik. Walaupun suka mengusik Yaasir.
Dia akan menjaga Yaasir dengan baik.
Moga Muhammad 'kakak' terus menjadi abang yang soleh..

Muhammad senyum manis. Suka tengok dia senyum.
Muhammad harapan keluarga. Muhammad adik kesayangan kami.
Muhammad abang kesayangan Nuha dan Yaasir.

Tahun ini Muhammad mengambil peperiksaan PMR. Namun, dia masih giat bermain hoki. Doa dari jauh dititipkan agar Muhammad bijak membahagi masa antara pelajaran dan hoki. Jangan diikutkan hati sangat Muhammad ya!... Banyak masa untuk bermain hoki selesai PMR nanti. Takkan lari hoki dikejar. Buktikan Muhammad boleh berjaya dan menggembirakan ummi dan abah. Lebih penting dari itu Muhammad harus buktikan Muhammad seorang pelajar yang baik, anak yang taat dan seorang Muslim yang soleh.

Bisikku..." Muhammad tetap adik kakak kalau siapa pun kamu. Kamu harus ingat fakta itu. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kamu...amiin.
"

Oh..Muhammad adikku..

( panggilku dan abah padanya mu' az..panggil ummiku dan nailah - Muhammad..terasa mahu memanggilnya Muhammad dalam post ini..)


Tirai April


Bila April tiba..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Salam semua. Hari ini Sabtu. 4 April 2009. Sudah 4 hari kita melangkah ke bulan April. Bagi pelajar IPT, April terletaknya sebuah medan perjuangan yang bernama final exam. Serasanya baru sahaja masuk ke alam Januari...sekarang sudah berada di April. Hal ini bermakna sudah 3 bulan daripada tahun 2009 berlalu..Timbul persoalan...

1. Apa yang dah kita buat untuk diri kita selama 3 bulan ini?

2. Apa yang dah kita buat untuk keluarga kita selama 3 bulan ini?

3. Apa yang dah kita buat untuk ISLAM selama 3 bulan ini?

4. Sudahkah kita rangka, dan laksanakan sebahagian dari azam kita?

Mari sama-sama kita berfikir dan muhasabah diri. Masa semakin mengejar dan menghimpit kita jika kita tidak menyediakan diri kita dengan persediaan-persediaan sepatutnya. Allah pasti akan bertanya kita tentang masa yang sudah kita habiskan. Ke mana kita habiskan dan untuk apa kita habiskan masa kita. Semuanya dalam pemerhatian dan nilaian Allah.

Takutnya..Risaunya...Inilah yang terasa-rasa di dalam hati. Anda bagaimana.?

Sudilah kiranya berkongsi dengan saya jawapan2 anda tentang apa yang telah anda lakukan......selama 3 bulan ini....

Moga..semua yang kita lakukan hanya kerana Allah. Memang tak semudah menulis dan mengatakanyya namun kita harus sedar itulah matlamat kita yang hakiki iaitu mendapatkan redha Allah.

Wallahua'lam