Let's share yur kind words here... (" _ ")

Saturday, February 28, 2009

MATRI dan HOKI



Malaysian Hockey League

MATRI ( Ma'had Attarbiyyah Al-Islamiyyah ) yang terdiri daripada pelajar MATRI, pelajar UiTM dan beberapa pelajar daripada institusi lain buat sekian kalinya menyertai MHL ini...

" Didoakan semoga kalian berjaya dalam tournament kali ini seperti yang coach dan anda semua harapkan.. Kalaupun tiada rezeki untuk meningkatkan prestasi, insya Allah usaha kalian dalam menyampaikan dakwah menerusi medan sukan ini mendapat nilai di sisi Allah s.w.t. Tunjukkanlah syaksiyyah Islam yang baik. Banyak mata-mata yang memerhatikan tingkah dan peribadi kalian semasa beraksi di padang hoki. Jadilah kalian seorang 'hockey player' yang berstatus daie ilallah..Adik-adikku,..andai kalian berjaya..itu adalah rahmat daripada Allah dan andai kalian tewas,..itulah juga rahmat daripada Allah..suatu tarbiyyah daripada Allah. Teguhlah kalian di atas medan ini dengan niat dan jalan yang betul. Ramai yang menyokong kalian.

dari yang mendoakan kalian dari jauh....

MakaroNi licin..

Simple Makaroni
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Petang. Jam 6pm. Rumah desa putera ini agak kesunyian tanpa suara abah, Muaz dan Nailah. Abah dan Muaz baru sahaja bertolak ke Klang untuk Tournament Junior Hockey League. Emm..tinggallah kami berempat di rumah ini. Sambil borak-borak terasa nak menggoreng makaroni yang dah siap direbus oleh Ummi. Maka mula lah sessi menggoreng. Emmm..kali ni dapat sambutan plak dari Cik Nuha yang selama ni tak minat sgt dengan makaroni...mayb sbb digoreng ala-ala melayu atau ala mee goreng kot.. Nak try ke? sayang gambar tak sempat nak ambil. Kalau tak..ana sure ramai yang dah terliur nih..gurau je..

Langkah2nya.. ( ni utk diri sendiri kot2 dah lupa lepas ni )

1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan daging cincang.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan beberapa sudu sos Prego.
5. Masukkan beberapa sudu bahan masakan daripada HPA.
6. Masuk sos tomato dan kicap manis.
7. Masuk batang sayur sawi.
8. Masukkan makaroni.
9. Last masukkan makaroni yang dah direbus.
10. Letak lada hitam untuk kasi pedas skit..

Tu jeh...senang kan? Ni ala melayu..tak dek origano ke ape ke..hihi..
sape yang tak pernah masak makaroni..boleh laa try..
utk spagetti bleh gak nih..
sekian utk hari ini..

ps: utk neah..i know kamu tak terliur sket pun..= )

Monday, February 23, 2009

Wahai Murabbi...

Murabbiku...
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Al-Fadhil Ustaz Dahlan

Al-Fadhil Ustaz Omar

Al-Fadhil Ustaz Abdul Hadi

Al-Fadhil Sir Mohd Abduh


Ini pula adalah antara gambar kenangan pakcik-pakcik yang menyambung rantai-rantai perjuangan daripada Rasulullah dan komited menyampaikan kepada kita...

Melihat seraut wajah mereka. Cukup. Tak perlu banyak berkata dan mencoret. Hati berbicara sendiri. Begitulah bagaimana dengan memandang mereka boleh mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. Benarlah hadis Rasulullah s.a.w...

Sunday, February 22, 2009

BlackOUT...!!

Ungku Omar dalam kegelapan...
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Jam 4 am. Terasa sedikit panas. Bunyi nyamuk terngiang - ngiang di bibir telinga menganggu tidur. Kamilah di sebelah diam tak berkutik. Lenaku benar-benar terganggu. Aku bangun teraba-raba dalam gelap.

" Sapa lak tutup kipas ni..." bisikku dalam hati. Aku bangun dan meraba-raba dinding mencari suis. Kipas tetap kaku begitu. Ah...letrik terputus. Aku kembali ke katil dan merebahkan diri di sebelah Kamilah. Dia bersuara perlahan " tak dek letrik ke nawal? "
" A'ah..nyamuk banyak kan? ". " a'ah..."

Aku tidak dapat melelapkan mata. Otakku ligat memikirkan kenapa letrik terputus di waktu-waktu begini. Tanpa disedari aku terlelap kembali. Jam 5.30am aku tersedar semula. Aku bangun dan duduk di birai katil. " daripada aku melengung macam gini, baik aku solat " desis hati perlahan. Dalam kegelapan itu aku mencari - cari handset di bawah bantal. Berbantukan cahaya handset itu aku bergerak menuju ke tandas. Sungguh. Memang tersangat gelap. Aku mengambil wuduk dalam kepekatan subuh itu.

Selesai urusanku di darul hammam itu..aku kembali ke bilik. Terasa sedikit segar dengan air wudhu' yang membasahi wajah. Aku segera menunaikan solat sunat tahajjud. Lama aku mengadu denganNya. Kemudian, aku berteleku di atas sejadah menantikan waktu subuh. Nyamuk tetap bersorak ria mengeluarkan bunyi-bunyi yang mengundang rasa kurang selesa. " Kesian milah.." letrik tak dek time tetamu datang pula. Apabila subuh, aku terus solat dan Kamilah pula menunaikan tanggungjawabnya. Kemudian kami terus larut di awal pagi dengan aktiviti merehatkan diri. Hehe...

Jam 10am. Kipas masih diam terkaku di siling. Aku dan Kamilah sempat berborak menghapuskan rasa sunyi. Persekitaran kolej terasa sunyi sepi. Al-Maklumlah hari Ahad. Kebanyakan mahasiswa/i lebih gemar menghabiskan masa di luar kampus samada balik Kg, mengikuti program dan tidak kurang juga yang berjalan-jalan di luar kampus.
Kami kemudian terus bersiap dengan baju yang tidak perlu di'iron'.. Menuju ke Kedai Mamak kerana si Momo ini kempunan Tosei.. sedapnya tengok Milah makan tosei..=).
Kami berdua kemudian bergerak ke Warta. Berjalan-jalan mencari cenderamata dan keperluan. Agak lama aku tidak menghabiskan masa bersama Kamilah begini. Terima Kasih Milah!...

Tengahari. Aku menghantar Kamilah ke stesen komuter UKM dan pulang ke kolej. Lorong di bilikku masih gelap seperti malam. " Emm..letrik masih tak dek"... Aku ke bilik Zuhaili. Bersama bersabar dalam suasana yang gelap, tiada angin, dan sedikit suram. Ini adalah tarbiyyah. Tarbiyyah menguji tahap kesabaran seorang hamba yang dhaif. Menyedari kekurangan diri yang tidak mampu berbuat apa-apa tika Allah menarik nikmat walaupun hanya seketika membuatkan rasa insaf melebar dalam diri.

Petang. Keadaan makin gelap dan suram. Mata terasa sedikit berpinar. Kerja terbantut tanpa elektrik. Aku mengambil keputusan untuk ke Kolej Pendeta Zaaba. Seperti musafir kami bergerak ke Zaaba dengan kain baju untuk kuliah esok hari. Terasa seperti pencarian mencari elektrik suatu yang mendidik hati pula. Aku membuat analogi sendiri. Manusia tidak boleh hidup tanpa elektrik umpama hati tidak akan subur tanpa cahaya keimanan kepada Allah s.w.t. Tanpa cahaya iman dan taqwa, hati akan mati. Sebagaimana kita amat memerlukan elektrik untuk melakukan pelbagai urusan dalam kehidupan, begitulah betapa rohani kita memerlukan cahaya petunjuk bagi melancarkan urusan kita dengan Yang Maha Penyayang.

Tidak kuketahui analogi ini tepat atau pun tidak. Namun, aku terasa terdidik dengan peristiwa ini. Beginilah bagaimana kehidupan mentarbiyah diri.

"Elektrik..cepatlah muncul..aku memerlukan mu.."

" Wahai diri...teruskanlah mencari redha dan kasih sayang Allah..."

Friday, February 20, 2009

KrafHATI..comelnya..

Promosi ke?
By : Nawal Abd Kadir

Berikut merupakan antaran barangan comel krafHati. Ia merupakan alternatif bagi kad, bookmark dan kotak comel yang ada di pasaran
.


LITTLE_BOOK
Mengandungi kisah tauladan, nasihat dan kata2 yang membina




LITTLE_BOX
Berguna untuk mengisi pelbagai barangan bersaiz kecil, dijadikan tempat
mengisi hadiah, atau dijadikan hadiah..sangat comel dan praktikal
..


BOOKMARK
Boleh didapati dalam pelbagai corak dan kata-kata nasihat
Islamic...


MY_PLANNER
Hidup perlu sistematik dan terancang -boleh mencatat perancangan
tahunan,bulanan dan harian..boleh dipadam kerana ditulis dengan marker pen..
saiznya agak besar..boleh ditampal di dinding...



STICKER
Pelbagai corak dan gambar juga kata-kata yang menarik...


Bagi empunya diri...sudah pasti item-item ini sangat menarik, comel dan sesuai dengan pelbagai kegunaan. Anda bagaimana?
Jika berminat anda boleh hubungi saya :-
Nawal bt Abd Kadir
Universiti Kebangsaan Malaysia
singleguava@gmail.com
013-2042469

p/s : saya juga boleh kenalkan anda dengan pemilik pengasas produk krafHati ini...

Riadhah Tarbawi

Riadhah Inter-IPT
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Tarikh : 8 Februari 2009
Tempat : Bukit Ekspo, UPM
Masa : 7.30am - 12.30
Peserta : UKM, UPM, Uniten,MPI
















Bertemakan " Riadhah menjana Ukhuwwah Islamiyyah " alhamdulillah dengan rahmat dan kasih-sayang Allah, aktiviti hujung minggu ini berjalan dengan baik dan harmoni. Selain ikatan ukhuwwah yang terjalin, pelbagai nasihat yang dikongsikan oleh peserta yang hadir diikuti dengan tazkirah daripada makcik mi..dapat membekalkan sesuatu untuk hati dan minda peserta. Hari itu telah terisi 3 fakulti insan iaitu fizikal, rohani dan aqal. Alhamdulillah. Jazakillahu khairan kathira untuk semua yang melapangkan jadual demi riadhah kita.



Wednesday, February 11, 2009

Luv_my sister

I Luv my sister..

By : Nawal bt Abd Kadir.

Kesabaran sering teruji dengan pelbagai ujian yang hadir tatkala kita dalam kesibukan mengejar date-line, menyiapkan tugasan, memenuhi kerja-kerja D&T, memuaskan hati-hati sahabat yang melayari bahtera perjuangan bersama dll. Kesabaran juga teruji apabila kita mengatakan yang kita boleh bersabar.Aku pasti boleh bersabar dengan ujian. Saat inilah di mana Allah menghantar ujian bagi menguji kata –kata yang lahir dari mulut kita. Insan kerdil lagi lemah yang teruji. Bisakah kita bersabar? Bersabar tidak semudah menuturkannya. Bersabar memerlukan perjuangan dalaman. Bersabar menuntut bekalan demi bekalan. Bekalan-bekalan keimanan kepada Allah s.w.t. Bersabar itu besar pahalanya di sisi Allah. Keyakinan itu harus tertanam dalam diri kita. Indahnya pahala yang dijanjikan untuk mereka yang bersabar. Marilah kita belajar bersabar.

Apa pula kaitan bersabar dengan tajuk post ini??

Sebenarnya hari ini kesabaran saya juga teruji. Teruji hanya dengan sepotong kata-kata. Atau layakkah ia disebut sebagai kata-kata yang berunsur amarah sedikit. Mungkin. Saya kurang pasti dengan hati si penutur yang Allah hantar untuk menguji saya. Dengan bekalan yang sedikit, saya pertahankan mulut saya dari mengeluakan kata-kata yang mungkin mengguris pula hati si penutur itu tadi. Namun, dalam pertahanan itu saya juga bergelut untuk menjaga bisikan hati saya supaya tidak membisikkan hal yang tidak sepatutnya. Apa pun jua, saya bertuah punya adik perempuan hampir sebaya dengan saya. Saat ini saya merasakan bahawa sebaik mana pun saya bersahabat dengan sesiapa sahaja, mana mungkin ia dapat menandingi ikatan yang ada antara saya dengan adik saya ini.

Walaupun saya tidak seerat mana dengan dia tetapi saya tahu dia ada di situ bila mana saya memerlukan. Dia pasti menolong di saat saya kesusahan dan dia pasti akan membantu walau dia dalam keterpaksaan. Sayang saya pada adik-adik tidak pernah pudar walaupun saya pernah menyakiti hati adik-adik di luar kemahuan saya sebenarnya. Saya hari ini juga disedarkan bahawa adik saya boleh dijadikan tempat bergantung di saat saya perlukan seseorang. Saya disedarkan dengan suatu rasa bersyukur yang tidak terhingga dengan kehadiran adik perempuan yang seorang ini.

Kesabaran saya berjaya dibendung dengan berkongsi bebanan dengan adik ini. Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaanMu ini. Kuatkanlah hatiku, adik2ku, keluargaku dan keluarga Islamku dalam memelihara kesabaran, menegakkan kalimah Illah dalam hati, berpegang pada yang Haq dan berkorban untuk Islam. Permudahkanlah urusan kami ini. Saya bersyukur punya keluarga anugerah illahi. Saya bersyukur punya adik-adik penguat sanubari..Ya Rabbi…rahmatilah kami…

I Really Luv my siblings…

Saturday, February 7, 2009

ke Subang Bestari...

Missing 'em..
By : Nawal Abd Kadir.

Tengahari. Baru balik riadhah. Teringat kat Khadija bt Joha Iskandar. Teringat kat mamanya, Kak norhafiza..teringat kat tok maknya, my mak ngah..teringatkan mama longnya..my cousin..kak tina..teringat kat mak lang..teringat kat umah subang bestari..yang ibarat rumahku di kl ini...teringat dan teringat lalu menggerakkan tindakan menghantar msg. Sms dibalas dengan panggilan telefon. Suara kak nor menjengah telingaku. Bertambahlah rindu pada mereka. Walaupun baru 22 hari tidak berjumpa..sangat teringatkan mereka.

..Keputusan di ambil. Saya harus ke sana. Dengan masa yang ada, walaupun sekejap mungkin tiada salahnya tindakan aku berkunjung ke sana melepaskan rindu. Demi menatap wajah tenang mak ngah yang tidak jemu2 menyokong dan memberi semangat kepadaku. Kakak kepada abah itu merupakan insan yang dekat dengan diriku. Memahami aku dan hikmah dalam tuturnya menasihati aku. Tarikan inilah yang menarik2 hatiku untuk ke sana.

Biarpun agak jauh dan memenatkan. Tidak terasa keletihan itu lantaran kasih sayang yang ada di rumah jauh di Subang Bestari itu. Khadija, anak saudara sepupuku yang pertama. Juga menarik2 hatiku untuk menatap dan menyentuh si comel yang baru berusia 22 hari itu...mudah2an keputusan ini tepat pada masanya....

Friday, February 6, 2009

Pesan sahabat..

Hari ini...
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

07.02.09. Sibuk sungguh hari ini. Sibuk yang biasa. Sibuk yang arasnya sederhana. Sibuk yang tidak kritikal. Sibuk yang menyeronokkan!. Pagi bermula dengan deringan telefon dari fatimah zanirah. Kemudian, sessi mengemas bilik, mengemop lantai, dsb. Kemudian, bermula pula sessi mem'burn' dvd menggunakan labtop teman sekuliah..nurul ashikin muhammad nur.sbb labtop ku tidak boleh burn dvd. Sambil mem'burn'..kerja2 menyiapkan pamplet untuk riadhah esok disiapkan. Kemudian, proses memindahkan data2 dari my labtop ke external hardisk bermula. Ambil masa yang lama juga sebab agak berat...

kemudian, kerja beralih ke timbunan baju yang belum dibasuh termasuklah baju yang dah basuh tapi jatuh dan kotor dek hujan. Maka, bertambahlah bilangan yang perlu dibasuh...selesai memberus, membasuh, membilas, menyidai...kembali ke komputer yang menanti... kemudian..teringat hari ini abah ada di kl..tak tahu abah akan singgah atau tak walaupun dalam hati berharap abah singgah sekejap..sekejap pun takpe..dapat tgk muka pun dah lebih dari cukup...

Sambil membelek buku catatan...ternampaklah keratan2 kertas kecil berwarna oren..yang telah tercoret sesuatu di atasnya..pesan yang saya sendiri minta dari mereka..saya kongsikan disini untuk renungan saya dan anda juga...

" Peliharalah Allah,..nescaya Allah akan memeliharamu...Peliharalah Allah, nescaya engkau akan menemuiNya di hadapanmu,.. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Allah akan mengenalimu ketika susah.. Jika engkau meminta..maka mintalah kepada Allah..dan jika engkau memerlukan pertolongan,..maka mintalah pertolongan daripada Allah..."

- maka celakalah orang yang tidak memperbaiki diri -

( 'Aqilah.Uiam )

" My beloved Ummu_Ammar... The heart of Muslim is Sincere.. The heart of Muslim must be Strong.. The heart of Muslim do what is Right and the heart of Muslim filled with Love...
Be a true Muslim..."

( Ummu_ammar blog maniac- Syuwaida nasuha.Uiam )

" Our responsibility as a Muslim Teacher is to build a person...."

( Farah Hambali.Uitm Shah Alam.)

" Dear Love... Never afraid to stand alone..if Allah is by your side, everything will be alright, must keep your head up high, Be proud o who you are...

( Kamilah Sabary. Uiam )

Nasihat yang simple tapi memberi makna. Menyuntik sedar. Membina keyakinan diri. Menghidupkan rasa perhambaan dan pergantungan pada Allah s.w.t. Beruntung diri yang memiliki sahabat2 yang solehah yang menyedarkan diri dan saling menguatkan. Jazakillah semua yang bergelar sahabat, kawan, teman pada insan lemah bernama nawal ini....

Sunday, February 1, 2009

Kenal tak remis?

Petang yang indah...

Remis di Pantai Bersih...
Oleh : Nawal Abd Kadir

" Cuti sem hari tu ana sempat g korek remis masa kitorang duduk kat Penang ..." aku bersuara memecah keheningan petang.

" oooo...g dengan sapa? " munirah menyoalku.

" Kami p 4 orang, ana, nailah, nuha dan mak long..hehe"

" Emm..remis tu apa ek? "

" Laa..tak pernah tengok remis ka? "

" tak..macam kerang ka? "

" tak juga. dia kecik ja.. kami satu keluarga memang dah jadi macam tradisi zaman berzaman aktiviti mengorek remis ni."

" Best ke? "

" Mestilah. Release tension bleh gak...hehe..tp kena sabar time tak jumpa lagi tuh..sekali jumpa mesti anti rasa nak lompat sbb gumbira "..

" teringinnya.. macam mana rupa remis tu? "

" Emm..nantilah ana tunjuk gambar kat anti..nak discribe tak reti laa plak "

" Okay "

Post ini ditujukan khas buat sahibahku tersayang Munirah Abd Halim dan sahabat2 pembaca yang tidak pernah melihat remis. Nanti kalau ada kelapangan ke pandai, cuba2 lah kuis pasir tu, ada rezeki adalah remis ni...

cantik kan remis ni...comel..

yg kulit siput tu nuha tumpang letak situ..bukan
remis tau...

antara peralatan mengorek remis..hehe..

sendiri...

Kembali bersendirian...
Oleh : Ummu_ammar

Hari ini..nampaknya setelah berbising-bisingan selama lebih seminggu bersama keluarga di rumah semasa cuti semester dan bersambung pula dengan reunion semalam bersama sahabat2 ..kini aku kembali berseorangan di bilik kecil, terperuk di hujung blok k08c Kolej Ungku Omar ini. Setelah Aishah Asri melangkah keluar dari bilik ini awal pagi tadi, aku mulutku kembali terkunci dari bersuara. Ala nawal..takkan nak cakap dengan dinding kot? hehe.. Emm.. rindunya kat rumah. Walaupun baru je balik tapi hati ni teringat kat Ummi, Abah, Abdullah Yaasir, Muaz dan Nuha. Apa khabar semua? Untuk pengetahuan.. aku ni jenis yang tak berapa tahu berbual menerusi telefon. Aku kekok sedikit untuk bercerita menerusi talian itu. Aku selesa berbual face to face atau menerusi alam maya. Tapi menerusi telefon aku sedikit terkebelakang. Bukan aku tak nak telefon rumah. Tapi aku tak tahu bagaimana dan apa harus aku suarakan. Lainlah kalau orang yang bercakap dengan aku itu ramah dan menyoal aku soalan yang boleh di jawab. Ada ke orang yang sama macam aku ek? Hihi...

Emmm...bilik ini semakin sunyi bila petang menjengah. Makin sejuk dan makin terasa kesunyiannya. Rindu juga pada tetamu2 yang pernah menziarahi aku di bilik ini. Serasa aku, tetamu jauh pertama yang pernah tidur bersama di bilik ini ialah sahabat baik aku, Nur Rasyidah Zolkepili. Syidah teman aku sedari zaman tadika. Idah. Itulah panggilan mesra aku padanya. Aku amat mengasihi dia. Syidah datang bersama Wan Kamilah Wan Abdullah Sabary. Sahabat baik aku juga. Milah. Itulah panggilan manjanya. Dia kukenali seawal January 1999 apabila dengan izin Allah katil milah bersebelahan dengan katilku semasa form1 di dorm 10, aras 4 MATRI. Milah laa orang pertama yang tidak kukenali semasa itu yang menegurku. Ah milah, hanya Allah tahu betapa ana mengasihi, menyayangi dan menghargai anti.



Kemudian, pada semester yang sama bertandanglah dua orang adik2ku di akhir semester. Farah Hambali dan Hanani Zawawi. Mereka kukenali pada tahun 2002 ketika aku berusia 16 tahun. Mereka baru sahaja melangkah ke alam tingkatan 1 ketika itu dan kebetulan kami satu dorm. Keakraban aku yang selesa bersama adik2 ini terus mekar dan berkekalan sehingga hari ini. Mereka hadir menziarahi aku. Aku amat gembira dengan kehadiran mereka. Nani, farah, i luv u two and the rest very much. Nani sekarang sedang menuntut di UiTM Kelantan dalam bidang Statistik dan Farah di UiTM Shah Alam dalam bidang Pendidikan Sains. Adik2ku.. walaupun korang semua dan berjaya, ingatlah kita pernah tidur bersama, makan setalam bersama, basuh baju dan mandi bersama, buat kerja bersama2, tidak tidur bersama2, dan kini kita berada di atas jalan yang sama,..dan jangan sesekali korang lupa,...kita masih ditakdirkan erat bersama atas keizinanNya.




...Kemudian, awal Januari 09 Humaidah Khalidah pula datang bertandang. Walaupun sekejap tapi ia membuka dimensi baru sebalik tabir hidupku pada mc dah yang dah lama terpisah jauh dengan aku. Humaidah juga sebaya dengan nani dan farah. Dia kini sedang menuntut di UTM Skudai dalam jurusan engineering.

..Minggu ini.. Fatimah Zanirah Nordin dan Munzirah Uzir..dua orang sahabat baik aku pula mengambil giliran menziarahi aku. Terima Kasih Dr dan Cikgu kerana sudi menumpang di bilik kecil ana nih... Timah dan Mun. Begitulah nama timangan mereka. Mereka kukenali semasa zaman tingkatan 1 dan kami sekelas. Timah dari dulu sehingga sekarang kekal sebagai seorang yang cemerlang dalam akademik. Cuma yang berbezanya timah kini ialah dia lebih sporting, lebih memahami, lebih kamceng dengan aku, lebih fleksibel dsb. I'm proud to be one of yur friend timah. Mun pula terus juga cemerlang dalam akademik dan mun tetap macam dulu. Sahabat yang sangat berhikmah tuturnya. Baik akhlaqnya dan memang memikat sesiapa yang bersamanya. Kami bertiga berkongsi kegemaran yang sama. Membaca Novel. Ia, kalau dulu kami gemar membaca apa jua jenis novel, sekarang setelah meningkat usia, kami menjadi lebih pemilih. Kami hanya membaca novel2 yang membina, terselit unsur nasihat dan pengajaran dan tinggi kualitinya. Kami sama2 suka Novel Faisal Tehrani, Ramlee Awang Mursyid, Noor Suraya dll. Sempat aku meminjam novel dari mun semasa mun bertangdang ke sini. Tq timah for the cake yg timah bawak...

dan tetamu yang terakhir dalam senarai ini ialah kakak kembarku...hehe.. dia baru sahaja pulang pagi tadi. Ia,,..Aishah Mohd Asri. Aishah juga kukenali semasa tingkatan 1 di Matri. Dia lebih kepada kakak kepada aku. Dia sangat rajin, pandai, kemas, cekap, dan baik. Yang berbeza aishah sekarang ialah dia sangat banyak mulut berbanding zaman sekolah dulu. Dia menjadi aishah yang peramah dan menghiburkan di samping tuturnya mencuit perasaan orang yang mendengar. Sakit perut bergelak dgn shbt semalam dengan keletah aishah. Aishah tidur di bilik aku kerana ada hal bersama sahabat UM nya di Bangi. Sempat kami makan bersama dan berbual serta baca novel bersama...Aishah,anti tetamu ana yang tidur di lantai selain Hanani..huhu..

Antara orang kesayangan aku yang pernah hadir ke sini tentulah keluargaku. Nailah menjadi tetamu tetap setiap semester. Bajunya jg ada ditinggalkan di sini. Ummi, Abah, Nuha dan Abdullah Yaasir juga pernah menapak di sini. Cuma Muhammad Muaz belum pernah datang ke bilik kecil ini. Ibu saudaraku iaitu Mak Ngah dan Kak Tina, sepupu kesayangan aku juga pernah kesini.



Sahabat2 terdekat di UKM tak usah cakaplah, rasanya semua pernah ke sini. Munirah Abd Halim, Sh.Suhailey, Mahfuzah Hanisah, Husna Zaini, Aida, Ryusda, Zuhaili, Yusraini, Aniza, Ashikin, Nadzirah, Hajar, Musfirah dll semua pernah ke sini samada dengan tujuan meminjam barang, berborak2 dan hal2 lain...



Kepada semua sahabat2 yang pernah ke sini, datang lagi ya..jangan serik tau. Ana kurang kemahiran melayani tetamu. Berikan tunjuk ajar... Kepada sahabat2 yang belum pernah ke sini, aku mengharapkan kalian dapat peluang ke sini kerana bagi aku, anda akan lebih memahami dan mengenali aku dengan lebih dekat setelah dapat melihat bilik kecil aku ini. Bilik kecil yang dipenuhi dengan barang2 aku ini terasa ceria dan terisi dengan kehadiran anda semua. Dengan kehadiran teman2..aku dapat mengimbas kenangan bersama kalian semasa aku sendiri begini. Gelak ketawa dan suara kalian seakan2 terdengar di pinggiran telingaku...

Doakan Nawal yang sedang bersendirian ini ya!!..
Allah masih bersamaku..( bisikku dalam hati )