Let's share yur kind words here... (" _ ")

Wednesday, November 25, 2009

Tetamu datang membawa rezeki..

Menjelang Eid Adha
Oleh : Nawal Abd Kadir

Day before eid adha..

Rumah saya akan diziarahi oleh my beloved aunty and cousin..

Mak Lang, Mak Ngah, Kak Tina dan Syamil.. ( mayb Pak Yob juga akan datang )

Hari ini juga persiapan dilakukan demi memuliakan tetamu yang akan tiba petang nanti.

Seronoknya Eid Adha kali ni beraya di rumah sendiri dengan kehadiran ahli keluarga yang dikasihi kernaNya.

Mudah-mudahan kehadiran tetamu akan menambahkan keceriaan dan keberkatan dalam rumah ini dan datangnya mereka membawa rahmat dan rezeki kepada seluruh ahli keluarga.

Inilah keluargaku..


Muhammad Mu'az, Abdullah Yaasir, Nailah

Abdullah Yaasir pada pagi raya

Me and my sisters with LUv Cousin Kak tina

Keluarga KAMI..di Ipoh, Perak

bersama Opah di halaman rumahnya..

Ya Allah,..sinarilah keluarga ini dengan cahaya..
cahaya daripada kasih dan sayangmu...
simbahilah kami dengan sakinah dan rahmat..

Jauh Perjalanan....

Opkim d'mahsuri 2009
Oleh : Nawal Abd Kadir

Pada 13 November 2009 telah bermula suatu perjalanan yang melibatkan dua biji bas daripada UKM Bangi menuju ke jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Mereka adalah peserta program anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah ( PKMK ) UKM untuk program Operasi Khidmat Masyarakat di Mukim Ayer Hangat, Langkawi.

Hari ini telah genap seminggu saya pulang ke rumah setelah selesai program tersebut pada 18 November 2009 yang lepas. Namun, kenangan di sana amat sukar dilupakan kerana ia amat manis dan memberi banyak pengajaran kepada saya.

Teringat semasa form 3 dulu, guru BM kesayangan saya iaitu arwah Ummi Halimaton suruh kami semua menghias kulit buku dengan gambar dan kata-kata..saya telah mendapat pujian daripada beliau. Antara kata-kata yang saya tulis..yg sy masih ingat laa..

' Jauh perjalanan, luas pemandangan, tinggi pengetahuan, tambah keimanan, tingkat ketaqwaan..'

Justeru semasa saya mengikuti opkim di Langkawi, ternyata ada benarnya ungkapan yang pernah saya tulis dahulu.. Begitu banyak kebesaran Allah yang dapat saya lihat dan kagumi. Banyak nilai yang saya pelajari semasa di sana. Alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti program tersebut.

Saya kongsikan sedikit gambar semasa di sana..

Bersama Mak Angkat sewaktu baru tiba di Balai Raya Kg.Padang Lalang
Gadis coklat.. sewaktu riadhah di tepi pantai Tg. Rhu

Sewaktu lawatan keliling Langkawi..
ni di taman haiwan selepas menaiki cable car..
keras tau bulu rusa tuh..


Saya sempat menaiki bot menerusi kawasan pokok bakau
dan merentas Laut Andaman dan melihat
pelbagai jenis bukit yang terbentuk menyerupai
kasut, king kong, budak kecil dsb.
Subhanallah..

Tengok tu.. macam king kong kan ??

Insya Allah,.saya akan kongsikan pemandangan-pemandangan yang sempat saya rakamkan semasa di Langkawi dalam entri seterusnya. Subhanallah... kalau kita tidak meneroka alam ini, manakan kita tahu betapa hebatnya alam yang Allah cipta ini dan betapa kerdilnya kita di sisiNya.

Sunday, November 22, 2009

Perancangan...


Plan untuk cuti semester kali ini.

Insya Allah, saya berazam untuk...:-

1. Menolong mengemaskinikan rumah desa putera ini.
2. Menghabiskan masa yang ada bersama adik-adik.
3. Mengikuti program-program J yang dianjurkan.
4. Memenuhi undangan walimatul urus sahabat-sahabat.
5. Build water confident.
6. Persediaan mental n fizikal untuk ke KBIP
7. Meningkatkan ibadah dan kerohanian.
8. Tidak cari pasal dengan sesiapa pun.

Mampukah saya melaksanakanya.?
Saya mengharapkan doa daripada rakan-rakan.
Changes start with a single step..

Gambattene..!!

Saturday, November 21, 2009

Kenduri kendara

Salam semua.

Alhamdulillah setelah selesai program Opkim d'Mahsuri yang bertempat di Mukim Ayer Hangat Langkawi dari 13-18 November, saya kembali ke rumah tersayang dengan selamatnya. Maka, dengan itu bermulalah rutin di rumah seperti cuti-cuti biasa. Cuma, november dan disember kali ini dipenuhi dengan undangan ke walimatul urus sahabat-sahabat handai keluarga dan saya sendiri. Justeru hari ini kami memenuhi jemputan ke dua buah rumah kenduri sahabat senior MATRI saya iaitu Kak Inas Asma di Kg. Tunjung dan Kak Husni Zaim + Fadhli Md Diah di Taman Melati Indah.

Saya kongsikan gambar mereka di sini.

Cak...terjumpa adik2 kg tunjungku yang cumel2..dah besar dah..
dah UPSR..arwa - dapat 5A, syifa n nani dapat 3A 2B.
Tahniah !!..

Kak Inas Asma dengan suaminya.

Nuha bergambar bersama cikgunya..
Abdullah Yaasir tumpang sekaki..

ramai betul adik2 form 5 datang..
so saya tumpang snap je gambar kak husni..

Fadhli dan Kak Husni
Moga kekal hingga ke syurga..=)

nantikan lebih banyak lagi gambar-gambar dan berita
majlis walimatul urus sahabat-sahabat kita yang lain.
Wallahu'alam


Thursday, November 12, 2009

KEmbara JiwA - C2aC (1)

Kembara Hati.
Oleh : nawal_sensei


April 2009. Puncak Bukit KIY.

" Krek..krek.." telefon bimbit Ed berbunyi kuat memecah kesunyian petang yang suram. Ed mencari telefon di dalam fail yang dibimbitnya sedari tadi.

' Ang ada di mana ? Nape tak balik-balik lagi? ' Sms daripada Ana rupanya.

' Aku kat KIY. malas nak balik lagi..'

' Aku g sana '

Beberapa minit kemudian Ana melabuhkan punggungnya di sebelah Ed yang sedang jauh merenung pemandangan indah UKM dari atas bukit KIY a.k.a Kolej Ibrahim Yaakub.

" Napa ni ? Fikir apa ni sampai tak mau balik umah ni? " Ana bersuara.

" Tak dak pa lah. Banyak sangat benda berlaku akhir-akhir ni .." Perlahan Ed menjawab.

" Tipulah. Aku kenai sangat hang tu cam na. Kalau tak dak pa, tak dak nak mai duduk merenung sorang-sorang kat tempat jin bertendang macam ni aih..."

" Pasai skim tu..."

" Laa...awatnya pasai skim tu..kan kita semua pakat-pakat setuju tak mau terlibat dengan benda-benda macam tu. Kita kan tak mau pikiaq dah pasai tu.. awat duk susah hati lagi ni? "

" Dak.. aku sedih..eh, tak tau laa apa yang aku rasa..kecik ati ada..susah ati..ntahlaa "

" Pasai pa? Cuba bawak cerita dengan aku.. "

" Zai baru join skim tu.."

" Haa??? Ish...takkan kot..mana hang tau ni? "

" Adalaa orang gtau aku. Sampai ati dia tak gtau kita.. Ritu kita duk sembang semua sama pendapat. Kata kita tak setuju langsung dengan benda-benda macam tu. Baru 3 hari lepas duk cakap-cakap dengan aku, tiba-tiba hari ni aku dengaq cerita dia dah join. Aku tak taula pasai pa aku rasa sedih... sapa laa ayat dia sampai dia boleh tukaq fikiran cepat sangat.."

Ana terdiam mendengar khabar yang baru diberitakan oleh Ed. Rasa terkilan menusup masuk ke dalam hati. Kerisauan dan kesedihan Ed turut dirasainya. Masing-masing diam seribu bahasa melawan perasaan. Mereka sahabat yang telah saling mengenali sejak tahun pertama di UKM. Teman serumah dan temah sekursus. Pandangan mereka selalunya seiring dan tidak hairanlah andai keputusan Zai sangat mengguris hati mereka berdua.

Februari 2009. Fasa 1, Bangi.

" Ed...ooo ed... cepatlaa bersiap. Aku nak p dah ni.." Zai melaung Ed yang sedang bersiap. Mereka berdua telah berjanji untuk pergi ke pusanika bersama-sama.

Di waktu lain..

" Jom Ed kita p fak skali " Zai sering mengajak Ed ke mana dia ingin pergi. Jarang sekali Zai membiarkan Ed sendirian memandangkan mereka sepersatuan.


April 2009. Pavillion UKM.

" Ana, kenapa dengan Ed akhir-akhir ni. Cemberut je mukanye? " Ash berbisik kepada Ana perlahan semasa Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Jaring Fakulti Pendidikan.

" Ada berita best nak gtau ko.." Ana tersengih perlahan. Ash tidak sabar untuk mengetahui berita tersebut.

" Ada kawan kita yang bersemangat dengan kita tak nak terlibat dengan skim..tetibe join. Dah tu..tak gtau kita plak tu.."

" Yeke..aduh..aku tau da sape...sedihnya. Patutla cemberut je si Ed tuh" Ash mengomel sendirian.

" Ed bukan sedih sangat sebab dia join tu. Tapi sebagai kawan baik, aku rasa dia tak patut membelakangkan kita dalam buat keputusan..mungkin Ed masih terkejut sebab baru sangat tahu benda ni."

" Betul juga. Kalau aku, aku rasa juga macam yang Ed rasa tu."

" Shhhhhhh" Bie yang berada di sebelah Ash mengarahkan mereka agar diam.

Ana memandang Ash sambil menjongketkan matanya. Ash hanya tersenyum nipis dan mereka berdua kembali menumpukan perhatian terhadap ucapan Dr.Abdul Halim.

Mei 2009. Fasa 1 Bangi.

Jam menunjukkan tepat pukul 9am. Ana sedang tekun membelek buku psikologi pendidikan. Latihan Ilmiahnya belum selesai-selesai. Kelihatan Zai sedang memakai tudung.

" Nak g mana zai? " Ana menyoal.

" Nak p tempah baju "

" P dengan sapa? "

" dengan Jed ngan budak-budak len "

" Oooooo "

Kemudian kedengaran Zai menghidupkan motosikalnya dan keluar daripada pintu pagar rumah. Setelah beberapa ketika...Sedang ana tekun mengadap bukunya..

" Kak.. kak.." Yani bersuara perlahan.

" Nape ? " Ana tidak menoleh.

" Pandanglaa sini. Orang nak cakap ni " Yani tidak puas hati dengan sikap tidak acuh Ana terhadapnya.

" Ape ? Cakaplah. Akak dengar ni " Ana menjawab.

" Kenapa Zai keluar tak ajak Ed ea? Bukan ke selalu diorang berdua kalau urus benda-benda persatuan macam tu ?"

Ana pantas menoleh ke arah Yani. Betul juga.

" Aah.. tak perasan pulak kak Ana.. bagus juga kepekaan ngko ea..." Ana ketawa perlahan.

" Mestilaa.. saya ni bukan aje dhabit tau. Peka dengan keadaan sekeliling."

" Yelah sangat tuh. Tapikan, kenapa ea si Zai tu macam tu skarang ? "

" Entahlaa Kak Ana,..Yani pun tak tau. Tapi mesti ada sesuatu yang tak kena sbb sebelum-sebelum ini bukan macam tu perangai dia." pantas Yani menganalisis keadaan.

Kedengaran langkah orang menuruni tangga. Oh, Ed rupanya. Desis hati Ana. Ed memandang sepintas ke arah bilik Zai yang kelihatan kosong.

" Zai p mana? "

" Keluaq " Yani menjawab.

" Setiap hari aku turun bawah, mesti dia tak dak kat umah dah. Mesti dia dah keluaq. " Ed bersuara perlahan. Ana dan Yani hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang respon.

Beberapa minggu berlalu dengan keadaan yang sama. Minggu peperiksaan menjelma dan keadaan masih berada dalam graf yang sama. Tidak berubah. Masing-masing masih tertanya-tanya alasan mengapa Zai tidak mempedulikan Ed dalam apa jua urusan.

Akhir MEi 2009. Perpustakaan Tun Sri Lanang ( PTSL )

" Ana, Naz, Ash, Yani, Ja , Piah..." Laju mulut Zai menyebut sederet nama-nama itu.

" Awatnya sebut nama ramai-ramai ni? " Ana menyoal.

" Saja..hehe. Jom ikut program persatuan p Langkawi. " Zai bersuara.

" Nak..nak.." pantas Ash memberi respon.

" Saya tak boleh pergi. Latihan Ilmiah tak siap lagi " Yani memberi respon.

" Aku ada Annual Camp " Ja memberi alasan.

Ana, Piah, dan Ed hanya mendiamkan diri. Perbincangan tentang subjek yang akan exam dua hari lagi diteruskan. Masing-masing fokus terhadap perbentangan yang baru dimulakan oleh Yani.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 12 orang anggota iaitu Ana, Ed, Yani, Ja, Naz, Piah, Ash, Jaz, Ili, Eri, Shu dan Zai adalah pelajar Fakulti Pendidikan yang sering belajar bersama sebelum peperiksaan menjelma. Tajuk-tajuk kuliah sesuatu subjek akan dibahagikan dan dibuat peta minda atau ringkasan. Kemudian masing-masing akan membentangkan cara membaca nota masing-masing sambil berbincang perkara yang tidak jelas. Mereka juga akan berbincang soalan-soalan lepas. Perkara ini sedikit sebanyak membantu mereka belajar kerana beban di bahu menjadi ringan kerana kesusahan dalam belajar dikongsi bersama.

5.40pm. Selesai perbincangan. Masing-masing beransur daripada bilik perbincangan yang terletak di Aras 3, PTSL. Setelah mengembalikan kunci kepada kakitangan PTSL, Ash bersuara.

" Ana, jom la join p Langkawi. Tak pernah pergi jalan bersama "

" Tengoklah cane..aku punya latihan ilmiah belum beres."

" Ala...ko bereskanlah cepat-cepat. "

" Let's time decide lah "

Selepas menghantar Ash pulang ke kolej, Ana pulang ke rumah sewanya. Dalam fikiranya berputar-putar ajakan Ash untuk ke Langkawi. Ana belum pernah mengikuti sebarang program Khidmat Masyarakat sepanjang belajar di UKM. Ada rasa teringin bertunas di hati.

' Aku harus bereskan latihan Ilmiah dan kemudian buat keputusan samada untuk pergi atau tidak' monolognya sendiri.

Hari-hari terus berlalu dengan penuh kesesakan. Di rumah sewa, masing-masing sibuk menyiapkan latihan ilmiah, mengedit, mencari bahan dan benda-benda yang sewaktu denganya. Keadaan rumah memang meriah dengan komputer riba, buku-buku, meja jepun bertaburan di ruang tamu rumah. Masa untuk ke Langkawi tinggal dalam 10 hari lagi.

Zai kelihatan sangat sibuk pergi ke bilik persatuan membereskan kerja-kerjanya. Seperti biasa dia tidak lagi mengajak Ed untuk pergi bersamanya. Keluar di awal pagi dan pulang lewat petang.

Ed juga tidak ketinggalan sibuk dengan tugasnya sebelum pergi ke Langkawi.

Ash pula tidak sabar-sabar membuat rancangan untuk membeli buah tangan untuk keluarga angkatnya di sana.

Yani pula kelam kabut dengan latihan Ilmiah dengan pensyarahnya yang begitu mencabar.

Ja pula sibuk ke kandang babi dalam rangka untuk melihat bagaimana sistem saliran tempat penternakan babi diuruskan.

Kesimpulanya masing-masing punya kerja untuk dibereskan. Namun, dalam pada kekalutan itu...timbul cerita baru. Cerita yang tidak menarik, isunya tidak besar tetapi sedikit menyentap hati sahabat-sahabat serumah. Ahli rumah ini selalunya berkongsi cerita, berkongsi apa jua peristiwa yang berlaku dan gemar berkongsi rasa.

Suatu petang...kedengaran bunyi motosikal masuk ke dalam perkarangan rumah. Ana tidak dapat meneka siapa yang pulang ke rumah. Kemudian, Ed melangkah masuk ke dalam rumah. Ana menoleh seketika. Wajahnya tidak ceria. Ed meletakkan bukunya dan duduk di sebelah rak bukunya yang terletak di belakang Ana.

" Ed..apa crita pulak tu? " Ana bersuara perlahan.

" Hang tau ka Zai p awal Langkawi ? "

" tak tau pun. awat p awai?" Ana mengerutkan dahinya.

" Hang tau mana ni? dia habaq kat hang ka? " Ana menyoal sekali lagi.

" tak la..aku dengaq dari K.R, dia la gtau " Ed memberitahu perlahan.

" awat dia tak habaq kat kita ea? " Ana menjolok pertanyaan. Memang pelik berita ini kerana dengan rakan serumah dan rakan sepersatuan sendiri tidak dikhabarkan berita ini.

" kalau dia tak mau gtau aku, lain laa crita..tapi dia tak gtau hang..pelik amat nih.." Ana tidak dapat menahan rasa peliknya lalu meluahkan pada empunya badan yang sedang menahan hatinya yang pedih.

" Dia p naik flight " Ed bersuara lagi.

" Hah? " bertambah terkejut Ana mendengarnya. Setelah diam beberapa lama,..Ana bersuara ..

" Banyak duit depa na.. depa p awai buat apa? jalan2 dulu ka? "

" Depa banyak duit.. tak pa lah..sapa laa aku ni kan? Biaq laa kat depan..aku sedar diri aku bukan MT..."

" Apa plak macam tu..walaupun hang bukan MT,, tapi hang tetap kawan dia tau.." Ana menyanggah kata-kata Ed.

" Ada lagi beberapa hari sebelum depa p..nanti dia habaq kat aku laa kot.." Ed memujuk diri sendiri.

" Aku ja yang over sensitif kot.." Ed mengakhiri kata-kata dan melangkah longlai ke atas rumah.

Ana memandang Ed dengan pandangan simpati. ' Kalau aku ada di tempat Ed, tak tau macam mana aku nak berhadapan dengan kawan baik sendiri lepas ni.. tp aku doakan Ed kuat dan boleh buat macam biasa'.

Selasa, Petang, BBB

Kelihatan Zai sedang mengemas bagasinya dan bersiap-siap. Kelihatan cantik memakai blaus labuh dan seluar.

" Zai nak p mana tu ? Lawanya " Yani melaung dari tempat duduknya.

" Nak p Langkawi lah .." selamba Zai menjawab.

Ana dan Ash yang sedang membelek majalah terdiam. Tidak tahu mahu membuat muka bagaimana sedang yani dengan selamba menegur Zai sebegitu.

" P naik bas ka? dengan sapa? " Yani terus menyoal.

" dak.. p naik flight " Zai menjawab lurus tanpa nada.

" Oooo..." Yani terdiam. Mungkin tidak tahu mahu bereaksi bagaimana..Ingin dibuat muka terkejut, berita itu sudah diketahuinya. Maka masing-masing cuma terdiam begitu sahaja. Zai sedang menunggu Mimi dan rakanya yang akan menghantar mereka ke LCCT.

Ed ketika itu berada di bilik persatuan untuk mengecat banner. Kemudian, apabila selesai Ed pulang ke rumah. Ed melangkah masuk ke dalam rumah dan berselisih dengan Zai namun Zai tidak menegur apatah lagi bersalam dengan Ed sedangkan dia akan berlepas ke LCCT beberapa minit sahaja lagi. Sedang Ed berada di atas rumah untuk menukar pakaian, Mimi tiba dan mereka berangkat bersama-sama. Ana sempat bersalaman dengan Zai. Zai tetap kawannya walau apa jua berlaku. Zai tetap temanya walau sedalam mana hati terguris dengan sikap Zai.

" P elok2.." Ana bersuara.

" Kirim salam kat Ja. " Zai membalas.

" Aik..kat Ja je? " Ana mengusik.

" Kirim salam kat Naz n Eli sama " Zai membalas.

" Okay.." Ana membalas. Dalam hati ingin sahaja Ana bertanya..' tak mau kirim salam pada sahabat baikmu Ed ke? '..tetapi getusan itu hanya terlontar di dalam hati sahaja. Tidak berjaya diluahkan. Ana menghantar Zai pergi dengan pandangan mata yang sayu.

Beberapa ketika kemudian, Ed turun ke dapur.

" aik? mana Zai? " Ed bertanya.

" dah p dah laa " Yani pantas menjawab.

" La...tak salam aku dulu pun ? "

" dia kalut tadi kot.." Ana cuba mencari alasan.

" Tadi masa aku kat bilik persatuan, Zai sms aku suruh aku pegang duit tambang feri Rm2K. "

" Hah...dah tu hang balas tak msg dia ? " Ash pantas mencelah.

" tak pun. tak dak rasa nak balas msg dia " Ed menjawab.

" Hang cuba bayang tengok. Tadi baru dia sms aku..tiba-tiba aku balik bertembung dengan dia kat sini..dia boleh wat tak tau kat aku. Dia tak kata apa2 pun...pelik dak? " Ed menyambung kata.

" Ish..awat jadi macam tu? Patutnya dia habaq laa kat hang..tunjuk duit tu ka.pesan lagi skali.. dah hang ada depan mata dia.. awat dia buat macam tu haa? " suara Ana naik sedikit.

" Dia tu buat keputusan..tindakan ..tak guna mata hati tu.. main ikut suka hati jaa kot.." Yani membuat kesimpulan..

" Ish..tak baik kata macam tu..tp peliklaa aku pun.." Ash membalas.

Masing-masing tidak berpuas hati dengan tingkah laku sahabat mereka Zai terhadap sahabat mereka juga..Ed. Badai apakah yang melanda persahabatan ini? Sungguh rumit walaupun kelihatanya kecil. Ia rumit kerana komunikasi terbatas. Ia menjadi pedih kerana kebenaran tidak dibongkar. Perkara menjadi lebih menyakitkan apabila sahabat sendiri yang melakukan sedemikian.

bersambung...