Let's share yur kind words here... (" _ ")

Friday, January 23, 2009

Tak pening lagi..

Alhamdulillah..
akhirnya dapat dah tajuk untuk subjek HAKAM nih..
akhirnya...
tajuknya berbunyi...
Merokok di Kawasan Larangan Merokok : Hak Orang Awam dalam Peraturan2 Kawalan Tembakau 1993.
mudah2an dipermudahkan...

Sunday, January 18, 2009

Pening...

Tarikh serah tajuk pada En.Mohamad Taha tinggal lagi 3 hari..
Aku belum selesai lagi memikirkan tajuk apa nak buat untuk
tugasan kajian lapangan subjek Hak Asasi Manusia..
Pening gak nak mikir sbb sblm ni tak familiar sgt dengan those terms
ttg hak asasi.. baru terasa sendiri..teruk gaks aku ni..
emmm... dahlaa labtop wayar rosak..nak search sesuka hati kat tenet
pun tak bley.. kena laa meminjam kawan2 nye..thanx laa korang..
Macam mana ni.. banyak benda sbnrnya berkaitan dgn hak asasi kita kan......
tp blurr jeh ni..Confius pun ada...kang amik tajuk ni..tak sesuai..susah nak cari
responden.. agaknya aku ni terlalu rigid kot.. ehem..skrang kena tetapkan hati..
dah pilih tajuk..kena go on dan harungi kesulitan dalam mendapatkan
jawapan..okay??
gambatte!!

Thursday, January 15, 2009

STUDENT POWER !!

Alhamdulillah untuk PRK kali ini berhasil dengan keputusan yang memberansangkan walaupun tidak menang secara keseluruhan. Namun, terbuktilah kata2 keramat yang sering dilaungkan tentang student power ternyata power. Tetapi hanya power bila ada keberanian dalam menegakkan kebenaran. Saya secara peribadi sangat bersyukur dengan keputusan ini dan berharap semua calon yang dipilih mampu melaksanakan tugas dengan penuh amanah,tidak membazir dan membela hak asasi mahasiswa. Anda harus bekerja kerana itulah sebab mengapa anda dipilih dan kami sentiasa menyokong anda. Untuk mereka2 yang sangat gigih bekerja..berkorban..meluangkan masa.. memeras tenaga dan fikiran...dalam berkempen dan sebagainya, anda pasti keletihan dan saya pasti keletihan tersebut sedikit sebanyak terbayar pada malam ini. Tahniah untuk anda semua yang bekerja dan tahniah utk mereka yang berani mengundi yang benar. Moga kemenangan yang sedikit ini tidak melekakan kita malah menyuntik semangat untuk kita lebih berusaha dalam menegakkan kebenaran. Takbir! Allahu Akbar..Student..Power..

Untuk lihat keputusan..
klik sini :- Keputusan PRK UKM 09

Wednesday, January 14, 2009

Pilihanraya Kampus 09

Together we change.
By : Nawal bt Abd Kadir

15 January 2009. Semua mahasiswa dan mahasiswi IPT akan keluar mengundi untuk memilih calon kegemaran masing2. Begitulah juga halnya dengan keadaan di UKM. Bagi yang sedar, peka dengan persekitaran akan terasa bahangnya. Bahang perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan haq. Kebenaran yang sekian lama tidak dijunjung. Marilah kita memilih yang benar. Sama-sama kita menuju perubahan. Sama-sama menyaksikan gelombang mahasiswa. Jangan takut dan gentar wahai sahabatku. Untuk apa takut jika kita berada di pihak yang benar. Allah pasti bersama dengan mereka yang menyokong deen-Nya.

Saturday, January 10, 2009

SIAPA ISRAEL ????

Tajuk : Siapa Bangsa Israel ??
Oleh : Razali

Mungkin kita sudah tidak asing lagi dengan nama Israel. Terutama setelah penyerangan besar-besaran. Sebenarnya siapa bangsa Israel itu?

Nama Yahudi barangkali diambil dari Yehuda. Yehuda adalah salah seorang putra nabi Yakub (Kejadian 29: 22) yang kemudian hari dijadikan nama salah satu kerajaan Israel yang pecah menjadi dua, setelah Solomon (Sulaiman) meninggal (1 Raja-Raja 12). Sedangkan nama Israel adalah nama yang diberikan Tuhan kepada Yakub, setelah Yakub memenangkan pergulatan melawan Tuhan (Kejadian 32:28). Kerana dosa-dosanya yang sudah tidak termaafkan lagi, bangsa Israel ini dihukum oleh Tuhan dengan menghancurkan kerajaan yang mereka miliki (2 Raja-Raja 17:7-23).

Bangsa Yahudi sangat terobsesi oleh kitab suci mereka, bahawa hanya merekalah satu-satunya bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia ini. Bukankah Tuhan juga yang menyatakan kepada nenek moyang mereka Ibrahim, bahawa dari keturunan Ibrahimlah Tuhan akan menurunkan raja-raja didunia ini. Bagi mereka, keturunan Ibrahim hanyalah anak cucu yang lahir dari Sarah, isteri pertama Ibrahim, sehingga keberadaan Ismael anak sulung Ibrahim dari Hajar, dianggap tidak ada. Atas kecongkakkan dan kesombongan ini, Tuhan murka kepada bani Israel. Beratus-ratus tahun mereka menjadi warga negara kelas kambing yang tertindas di negeri Firaun. Setelah Musa berhasil membawa mereka keluar dari Mesir, bangsa Israel sempat mempunyai kerajaan yang dibangun oleh Daud dan mencapai masa keemasannya ditangan Solomon. Kerajaan yang kemudian pecah menjadi dua kerana perebutan anak-anak Solomon, lalu menjadi lemah dan akhirnya mereka dijajah oleh Firaun Nekho (2 Raja-Raja 23:31-35). Diusir sebagai orang buangan oleh Nebukadnezar bangsa Babilonia (2 Raja-Raja 25:1-21). Dijajah oleh Romawi. Dimusnahkan oleh Nazi, Jerman. Kesemuanya itu adalah hukuman Tuhan, kepada bangsa yang oleh Jesus (Isa al Masih) disebut sebagai keturunan bangsa ular beludak (Matius 23:33). Hukuman tersebut tidak membuat mereka insdaf, dan bertaubat. Malah menjadikan dendam kesumat dihati bangsa ini untuk melawan Tuhan, Allah Maha Pencipta.

Kecongkakkan mereka dengan menganggap diri sebagai bangsa pilihan Tuhan satu-satunya yang berhak memerintah dunia ini, membuat mereka dengan sombongnya bersumpah, untuk memerangi agama lain selain agama mereka dengan segala cara, persis ketika Iblis bersumpah kepada Tuhan untuk memperdayai anak cucu Adam, sampai dunia kiamat nanti. Tuhanpun memperingatkan umat Islam, melalui Al-Quran untuk berhati-hati terhadap tipu daya Yahudi ini.

Pegangan mereka adalah kitab Talmud. Yang merupakan kitab syaitan, kerana sangat jauh menyimpang, bahkan mungkin bertolak belakang dengan ajaran Taurat.

Nabi Daud AS, yang juga raja, menaklukkan bukit Zion yang merupakan benteng dari kaum Yabus. Nabi Daud AS tinggal di benteng itu dan diberinya nama: “bandar Daud” (Samuel II 5:7-9)

Sejak itu maka Zion menjadi tempat suci, dikeramatkan orang-orang Yahudi yang mereka percayai bahawa Tuhan tinggal di tempat itu: “Indahkanlah suaramu untuk Tuhan Yang menetap di Zion” (Mazmur 9:11).

Zionisme ialah gerakan orang-orang Yahudi yang bersifat ideologis untuk menetap di Palestin, yakni di bukit Zion dan sekitarnya. Walaupun Nabi Musa AS tidak pernah sampai menginjakkan kaki beliau di sana, namun orang-orang Yahudi menganggap Nabi Musa AS adalah pemimpin pertama kaum Zionis.

Untuk mencapai cita-citanya, Zionisme membangkitkan fanatisme kebangsaan (keyahudian), keagamaan dengan mempergunakan cara kekerasan untuk sampai kepada tujuannya. Zionisme memakai beberapa tipudaya untuk mengurangi dan menghilangkan sama sekali penggunaan kata “Palestin”, yakni mengganti dengan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan sejarah bangsa Yahudi di negeri itu. Digunakanlah nama “Israel” untuk negara yang telah didirikan oleh mereka, sebab Zionisme di Palestin identitinya adalah kekerasan, kezaliman dan kehancuran. Kaum Zionis mengambil nama Israel adalah untuk mengelabui dan menipu orang ramai, bahawa negara Israel itu tidak akan menggunakan cara-cara yang biasa digunakan oleh kaum Zionis. Pada hal dalam hakikatnya secara realitinya tidaklah ada perbezaan sama sekali antara Israel dengan Zionisme. Israel sendiri berasal dari dua kata, isra mempunyai arti hamba, dan ell berarti Allah.

Protokol Zionisme adalah suatu konspirasi jahat terhadap kemanusiaan. Protokol berarti pernyataan jika dinisbatkan kepada para konseptornya, dan berarti laporan yang diterima serta didukung sebagai suatu keputusan jika dikaitkan pada muktamar di Bale, Switzerland, tahun 1897, yang diasaskan oleh Teodor Herzl.

Protokol-protokol itu yang sebagai dokumen rahsia disimpan di tempat rahsia, namun beberapa diantaranya dibocorkan oleh seorang warga Perancis yang beragama Kristian dalam tahun 1901. Dalam perjumpaan beliau dengan seorang pemimpin teras Zionis di rumah rahsia golongan Mesonik di Paris, beliau sempat melihat sebahagian dari protokol-protokol itu. Beliau itu sangat terkejut setelah membaca isinya. Ia berhasil mencuri sebahagian dari dokumen rahsia itu, yang disampaikannya kepada Alex Nikola Nivieh, ketua dinas rahsia Kekaisaran Rusia Timur.

Sebahagian kecil dari protokol-protokol Zionisme itu akan disampaikan seperti berikut:

  1. Manusia terbahagi atas dua bahagian, iaitu Yahudi dan non-Yahudi yang disebut Joyeem, atau Umami. Jiwa-jiwa Yahudi dicipta dari jiwa Tuhan, hanya mereka sajalah anak-anak Tuhan yang suci-murni. Kaum Umami berasal-usul dari syaitan, dan tujuan penciptan Umami ini untuk berkhidmat kepada kaum Yahudi. Jadi kaum Yahudi merupakan pokok dari anasir kemanusiaan sedangkan kaum Umami adalah sebagai budak Yahudi. Kaum Yahudi boleh mencuri bahkan merampas harta benda kaum Umami, boleh menipu mereka, berbohong kepada mereka, boleh menganiaya, boleh membunuh serta memperkosa mereka. Sesungguhnya tabiat asli kaum Yahudi ini bukan hanya ada disebutkan dalam protokol dokumen rahsia Zionis tersebut, melainkan ini adalah warisan turun temurun sejak cucu Nabi Ibrahim AS dari jalur Nabi Ishaq AS ini mulai mengalami dekadensi (baca: busuk ke dalam), iaitu sepeninggal Nabi Sulaiman AS. Ini diungkap dalam Al Quran (transliterasi huruf demi huruf): QALWA LYS ‘ALYNA FY ALAMYN SBYL (S. AL ‘AMRAN, 75), dibaca: qa-lu- laysa ‘alayna- fil ummiyyi-na sabi-l (s. ali ‘imra-n), artinya: mereka berkata tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi (3:75).
  2. Protokol Zionisme tentang faham jiwa-jiwa Yahudi dicipta dari jiwa Tuhan, hanya mereka sajalah anak-anak Tuhan yang suci-murni, sangatlah menyimpang dari syari’at yang dibawakan oleh Nabi Musa AS. Mereka yang menyimpang inilah yang dimaksud dengan almaghdhu-b, artinya yang dimurkai dalam Surah Al Fa-tihah ayat 7.
  3. Protokol-protokol Zionisme itu merancang serangan pemikiran dengan menyebarkan fahaman-fahaman yang bermacam-macam. Fahaman yang mereka sebarkan berbeza dari masa ke masa. Suatu waktu memperkenalkan sekularisme kapitalisme, suatu waktu menyebarkan fahaman atheisme komunisme, kemudian dengan fahaman sosialisme. Untuk menebarkan pengaruh internasional, protokol-protokol itu antara lain berisikan perencanaan kewangan bagi kerajaan Yahudi Internasional yang menyangkut mata wang, pinjaman-pinjaman, dan bursa. Media surat kabar adalah salah satu kekuatan besar dan melalui jalan ini akan dapat memimpin dunia. Manusia akan lebih mudah ditundukkan dengan bencana kemiskinan daripada ditundukkan oleh undang-undang.

Tuesday, January 6, 2009

Situasi tidak menyenangkan...

Sopan dan Santun ??
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Situasi : Hentian Kajang
Masa : Tengahari.
Tarikh : 2 Januari 2009
Objektif : Beli tiket utk abah balik 2jan malam.
Teman : Nailah

Kaunter pertama yang dituju ialah kaunter bas seri maju.

" Cik, tiket ke Kangar malam ni ada lagi ke tak?"

Soalan dijawab dengan gelengan kepala..Begitulah seterusnya untuk beberapa kaunter lain termasukla Durian Burung yang mahal benar harga tiketnya hingga mencecah RM61 untuk ke Kangar. Kemudian, kami bergerak ke kaunter tiker Roadways lalu soalan yang sama diajukan pada seorang kakak@Cik ( agaknye lah ) yang bertugas di situ.

Lalu dia menelefon dan masih ada tiket lagi. Bas Etika.

Kami bersetuju untuk beli tiket tu untuk seorang dan aku menyerahkan RM100 yang abah beri kepada cik tersebut.

" Tukar duit dulu boleh tak? " tanya cik@kakak itu.

" Tak dek baki ke? " soalku.

" tak dek " jawabnya.

" Sepatutnya dia laa yang kena p tukar sbb kita customer " Nailah bersuara.

" Emm, ada ke kedai nak tukar duit eh kalau kami tak beli barang? " dengan baik aku menyoal kakak itu sebelum bergerak ke kedai berdekatan.

" tak pasti " jawab kakak itu dengan muka ala2 kerek juga lah.

" emm, kak tak leh tukarkan ke? Kami yang nak beli tiket ni. " aku bertanya dengan tujuan kakak itu akan carikan wang untuk ditukar.

Tidak semena2 dia mengeluarkan sampul surat yang berisi helaian2 RM dan mencampakkan duit itu ke dalam laci dan berkata ..

" tak dek...kalau ade dah lama bagi dah "

" Masalahnya kami yang nak beli tiket akak ni " aku terkejut dengan reaksi sebegitu.

Mendengar pertanyaanku si kakak tadi menghempas laci meja kaunter tu dan berkata...

" peduli apa aku..."

tergamam seketika aku dan Nailah. Beginikah caranya melayan pelangga di kaunter tiket?
Banyak yang inginku hamburkan pada si perempuan itu. Tapi kesan terkejut, tersentak dan rasa sedih ( ada juga manusia mcm ni ) menyekat kata2 itu dari terkeluar dari mulutku.

" patutnya kita kata kat akak tuh, akak ni tak tahu berbudi bahasa ke? " Nailah bersuara dlm nada geram.

" emm..entahlaa " malas aku melayan rasa sakit hati.

Alhamdulillah ada satu lg kaunter Etika di bahagian lain stesen itu. Setelah mendapatkan tiket tanpa diherdik kami kembali ke kereta dan bercerita pada abah.. Biasalah abah pasti akan mengeluarkan kata2 yg melucukan ...

" awat tak tnya kat dia..kak ni datang bulan ka? "

" heheheheh " hilang sedikit rasa sakit hati dengan ketawa yang pecah bersama Nailah dan Abah..

Emm..terfikir kat sini betapa masyarakat kita hari ini sudah runtuh akhlaknya, semakin terhakis budi bahasanya, makin hilang sopan santun yang terpelihara. Dimanakah apa yang diwar2kan tentang perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan. Ah.. dimana sahaja lebih kurang sama cuma dalam kes kakak ni..mmg sukar diterima akal. Kita yang terpaksa berhabis membeli tiket yang harganya melambung tidak dilayan dengan baik. Bukankan customer is always right??





Monday, January 5, 2009

REUNION 9th GENERATION MATRI

Assalamualaikum wrht.

Dengan berbesar hatinya ana memaklumkan kepada sahabat2 ana sekelas dari form1 smpai form 5.. atau form 1 sampai form3 dan juga yang tak sekelas...asalkan pernah bersekolah di matri batch 1999-2003.. kami ( beberapa orang AJK perancang ) akan menganjurkan satu reunion batch kita pada 31 JANUARY 2009 di SEKITAR BANGI . Antara aktiviti yang dirancangkan ialah taaruf, mesyuarat, games dan tukar2 hadiah. Akhir sekali yang penting ialah yurannya... RM 5.. sapa nak bayar lebih dialu-alukan...

Lama kita semua tak bersua wajah..didoakan agar Allah mempermudahkan proses pengaturan majlis ini dan juga diluangkan masa untuk semua yg terlibat hadir dan juga dipermudahkan perjalanan kita semua.

Untuk yang perlukan tempat jika hadir awal dan untuk urusan pengangkutan boleh contact Aishah Mohd Asri: 019-9769831

Dan sila confirmkan kehadiran pada Munzirah Uzir : 019-476 2775

Sila beri nama pada munzirah selewat2nya sebelum 22 january untuk kemudahan tempahan makanan, tempat,pengangkutan dan sebagainya.

" tiada ikatan yang lebih kuar dalam Ukhuwwah Islamiyyah selain ikatan cinta yang didasarkan pada aqidah Islam "

Wallahualam.

Friday, January 2, 2009

Si Kecilku..

Salam Eidul Milad..
buat si kecil..
si periang..
si cilik..
si petah berbicara...
buah hati keluarga..
penawar duka..
penghibur suasana..
Abdullah Yaasir..
2 Januari dirimu lahir..
dalam suasana yang sangat
mendebarkan...
Kelahiranmu amat
membahagiakan..
Kini sudah 3 tahun..
kau membesar..
doaku..agar
kau akan terus membesar..
dan menjadi anak muda
yang insya Allah..
akan membanggakan
Islam..

Selamat Tinggal 2008

Menyingkap tirai baru 2009.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Dua hari menjejakkan kaki ke tahun baru bagai tidak terasa kelainannya. Entah mengapa. Mungkin minda belum disetkan dengan baik dan hati tidak diingatkan untuk terus peka dengan masa yang berlalu. Setelah sedar, seketika aku menoleh ke belakang. Melihat 2008 yang penuh dengan warna-warna suka, duka, perit, dan mengundang pelbagai rasa. Pelbagai peristiwa berlaku dari sekecil2 insan sepertiku hingga ke masalah ummah ini. Detik hatiku..Biarlah 2009 ini berlalu dengan lebih baik daripada 2008. Ini azamku. Terutama dalam penerusan D&T di IPT. Terlalu sedikit rasanya sumbanganku untuk Islam..

Catatan Perjalanan Kangar - UKM

Catatan Perjalanan
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

3.45 am : Saya dan abah memulakan perjalanan dari kangar menuju ke Selangor.

6.00 am : Solah Subuh di Bukit Gantang dan rehat sebentar.

7.10 am : Singgah di Manjoi, rumah Pak Manap, adik abah. Ziarah pak manap yang sakit.

8.00 am : Bertolak ke UKM

10.00 am : Singgah di Ulu Bernam utk sarapan.

11.15 am : Singgah di Kolej Alamanda Uitm di Jalan Kelang Lama, fetch Nailah.

11.45 am : Tiba di Pejabat Kolej Ungku Omar, UKM dan mendaftar.

12.15 tghr : Makan capati di Kedai Mamak di Seksyen 15.

12.40 tghr : Bertolak ke Wangsa Maju..rumah maklang utk amik barang.

1.20 pm : Tiba di rumah Mak lang dan berehat.

3.30 pm : Ke Carrefour Wangsa Maju. Beli sabun dan barang2 termasuk ubat ummi.

5.00 pm : Singgah di kedai Az-Zain. Pengeluar produk halal daging dan ayam kg.

5.10 pm : Balik umah mak lang dan goreng nugget ikan..

6.00 pm : Mak lang balik keje dan masak mee kuah..

8.15 pm : Bertolak ke Jalan Klang Lama utk hantar Nailah dan barang2.

9.00 pm : Bertolak ke Stesen bas Kajang.

9.20 pm : Tiba di stesen dan abah suruh saya balik ke UKM.

9.30 pm : Kemas bilik dan bergerak ke bilik kawan ( ct zuhaili ) utk tumpang tidur..

11.00 pm : Mencatat perjalanan di ruangan ini.