Let's share yur kind words here... (" _ ")

Saturday, January 31, 2009

Misi berjaya!!

Reunion kita..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah s.w.t dengan keizinan dan penyusunannya, majlis reunion generasi ke-9 matri berjalan dengan baik. Moga majlis kita dilimpahi barakah. Jazakillahu khairan kathira, thank you, terima kasih, arigato gozaimatsu, kamsamida, untuk semua yang hadir..

1. Ani Syahirah
2. Nurul Syuhada Othman
3. Siti Nadiah Fakhrudin
4. Sh.Suhailey
5. Munirah Abd Halim
6. Zakiyah bt Abd Hadi
7. Noor Laila Ariffin
8. Nur Liyana Roslan
9. Aishah Mohd Asri
10. Khairiah Kamilah Turahim
11. Nurul Huda Yaakob
12. Najwa Mohd Khalid
13. Nooralia bt Abu Zaharin
14. Siti Rohaya Mohd Shaharin Anuar
15. Munzirah Uzir
16. Wan Kamilah Wan Abdullah Sabary
17. Nur Rasyidah Zolkepili
18. Aisyah Humaira Alias
19. Sofiyah bt Nordin
20. Fatimah Zanirah bt Nordin

dan kepada yang tak dapat hadir tapi sangat berhajat nak hadir seperti Mahfuzah Hanisah, Nadiah Abu Yazid, Ikhwana, Faezah, Madihah, Fizah Zarullail, Sumayyah, QB, Qilah dan lain2...Insya Allah moga ada kesempatan lain untuk kita bersua muka, bertukar senyuman.
Akan saya kongsikan gambar2 yang dirakam sepanjang majlis ini berlangsung. Ukhuwwah kita Ukhuwwahfillah..

Nawal sayang semua!!

Wednesday, January 28, 2009

Reunion Kita...



Salam my dear beloved friends...
May Allah accompany you throughout your life and ease your way... :-)
Just to remind you in case you forgotten...
Our 'date' on this 31st January 09...Below are the full information that you may need to include in your diary or planner... ;-)

Program: Reunion of batch 1999-2003 (M3 9th Generation)
Venue: Bangi (At one of our friends' house- remember Mahfuzah Hanisah? If not, you'd better come...)
Fee: RM 5 only (but you are welcome to pay more...)
Programs included: Taaruf, Meeting,Changing gift, Games (Please pay attention to the changing gift..you may need to find one if you did not have yet.. :-) *reminder for me actually...hehe)

Please don't feel shy or reserve...We love to see you all on that day...Let's start a new us! (^_^)
Please contact Aishah Asri (019-9769831) if you have accomodation or transportation problem. Also contact Munzirah Uzir (019-476 2775) if you forgot to confirm your attendance... ;-)
Just to quote back what Ummu Ammar said...
"Tiada ikatan yang lebih kuat dalam Ukhuwwah Islamiyyah selain ikatan cinta yang didasarkan pada aqidah Islam "

Let us pray that this event will be bless by Him and counted as a part of our 'ibadah...
Wassalam...
p/s: Please pass around this message to those who did not get it. I may not have all the email addresses of all our friends. Thank you in advance!
Kamilah Sabary



Back to Bangi..

Malam ini insya Allah saya akan kembali ke dunia IPT di UKM..
Ini adalah kali pertama saya kembali ke ipt awal dari orang lain kerana
terlibat dengan program reunion batch saya semasa di Matri. Berkorban sekali sekala cuti apalah salahnya. Kalau orang lain senang2 mengorbankan cutinya, saya termasuk dalam golongan yg susah nak korbankan cuti sebab masa di rumah dan bersama keluarga amatlah penting bagi diri saya. Prinsip saya kadang2 lain sikit dari orang lain. Kalau tak boleh nak berbakti pada ibu bapa, apa perlu berbakti pada orang lain? Maksudnya pastikan diri kita bermanfaat untuk ibu bapa dan adik2 barulah kita mengorak langkah berbakti pada orang lain.. Bukankah ibu bapa rankingnya selepas Allah dan Rasul? emm...apa laa saya masuk bab lain plak nih..hehe.. Saya harap bas malam ni tak selembab bas time balik kangar dulu. Moga Allah permudahkan perjalanan...doakan ek?

Tuesday, January 27, 2009

Suatu ceritera....

Ceritera Persahabatan dalam kekeluargaan.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir.

Kak Long. Begitulah nama panggilan adik2 beradiknya dan kawan2 terdekatnya. Saya mengenali insan ini semenjak kecil lagi. Darjah satu kalau tak silap saya sebab kak long baru berpindah dari Sg.Petani ke Perlis. Kami tinggal setaman di Taman Melati Indah, Beseri, Perlis. Dari dulu lagi kak long memang bertindak sebagai kakak kepada kami semua. Tak kiralah waktu bila. Main bersama, pergi nursery bersama. Mengaji bersama. Kalau ummi dan abah pergi KL, saya dan Nailah ditinggalkan bersama keluarga kak long. Nursery tempat kami berehat,makan dan mengaji selepas pulang dari sekolah sementara menunggu ummi dan abah balik kerja. Jadinya, pengalaman tidur bersama, makan bersama dan bergaduh juga bersama. Hehe..

Teringat lagi keriuhan di alam kanak-kanak dulu. Kami bersekolah di Sek.Keb.Seri Tunjung. Ingat lagi, kak long masuk 1Teratai, saya pun masuk 1 Teratai. Bila darjah 4, kak long masuk 4 Anggerik, saya pun masuk 4 Anggerik. Kemudian, kami sama2 berpindah ke Taman Desa Putera di Kangar. Kami bersekolah di Sek.Ren.Keb.Putra. Saya masuk kelas 5 Tekun dan kak long di 6 Cemerlang. Zaman bersekolah di Kangar ni pun best juga sbb kami kayuh basikal ke sekolah bersama. Bersiar-siar di taman pada waktu petang. Kak long tua setahun daripada saya. Jadinya kak long melangkah ke alam sekolah menengah lebih awal.
Sekolah mana lagi kan..tentulah MATRI. Bila balik cuti je kak long mesti akan cerita pengalaman dia kat Matri. Kak long memang suka bercerita dan berkongsi pengalaman.

Setahun kemudian, saya mengikut jejak kak long ke Matri. Saya memang berbeza dengan kak long. Kak long seorang yang ceria, positif, berani, yakin diri, bersemangat, mudah berkawan dan lain2. Kak long sering memberi nasihat dan kata semangat untuk saya. 5 tahun berada di Matri memberi suatu pengalaman yang indah bersama kak long. Walaupun tidak serapat zaman sekolah rendah, kak long masih tetap kak long yang sama. Sentiasa mengambil berat. Bercerita dengan gaya selamba. Berkongsi nasihat yang membina dll. Memang terasa ketiadaan kak long selepas kak long ke Matrix. Kak long semakin jauh apabila setahun kemudian kak long ke UPM Serdang. Namun, semangat kak long masih tetap tinggal bersama saya. Walaupun tiada kata2, surat nasihat dan suara yang bercerita menaikkan semangat, masih saya simpan kenangan bersama kak long ketika saya melalui alam tingkatan 6 di SMKAP.

Masa berlalu. Kak long masih tetap kak long yang sama. Bezanya, kak long tidak se'rock' dulu. Kak long menjadi kak long yang ayu, matang dan wanita solehah. Saya terus mengkagumi kak long. Saya melangkah ke UKM dan kak long masih di UPM. Kebetulan kami di bidang yang agak-agak sama iaitu bidang pendidikan. Lantas, sekali lagi kak long menjadi mentor kepada saya dalam soal mengawal kelas, how to deal dengan students. Semuanya dikongsi menerusi cerita2 dan pengalaman kak long sendiri.

Dalam soal dakwah dan tarbiyah kak long jauh lebih mantap. Kak long dengan keperibadiannya yang sebegitu berjaya menarik ramai hati2 ke arah Islam yang dibawa oleh kak long. Kak long berjaya menamatkan pengajiannya di UPM dengan kejayaan yang membanggakan Islam. Beberapa kali kami bersama dalam program2 motivasi dan ternyata ikatan antara kami tidak pernah putus. Kak long masih kak long yang saya kenali dahulu.
Seronok bekerja bersama kak long. Terutama semasa di dapur time KMK12 tempoh hari..hehe. ingat lagi tak resepi ikan bilis masak kicap?? Itulah idea yang dikeluarkan oleh kak long dan saya hanya bertindak mengikut arahan..hihi.

Semasa cuti semester lepas, setiap minggu kami menghadiri halaqah bersama. Setiap minggu bertukar lokasi dari sebuah rumah ke rumah makcik2 yang lain. Kak long dengan konsistennya setia mengajak kami join aktiviti2 riadhah dan pengisian. Kini, kak long berjaya di tawarkan sebagai tenaga pengajar di Kolej Mara Kuala Nerang. Kak long akan memulakan tugasnya pada hari ini. 28 Januari 2009. Saya mendoakan kak long berjaya mendidik2 anak-anak pelajar dengan berkesan.

Kak long juga sekarang sudah diikat orang. Tidak tahu bila kak long akan melangsungkan majlis walimahnya. Saya tumpang gembira dengan keadaan kak long sekarang. Cuma saya tidak pasti ikatan persahabatan ini akan terjadi bagaimana selepas itu. Hanya perlu tunggu dan lihat. Kak long, nawal dan sofiyah dan cup nak jadi pengiring kak long.keh2..tak de lah..jadi tukang basuh pinggan pun boleh..kan fiah kan????

Emm...macam mana bleh cerita pasal kak long nih? Ha...semalam, saya teman kak long drive kereta sampai Matri. Tahniah kak long sebab dah berjaya mengharungi suatu rintangan dan tentu kak long akan lebih cekap dari nawal. Ternyata kak long masih lagi kak long yang dulu. Kelakar dalam selamba. Serius dalam ketawa. Gementar dalam confident.dsb. biarlah rahsia yang lain tuh....

Asik bercerita tentang insan bergelar kak long ni... lupa nak cerita siapa dia sebenarnya. Nama sebenarnya ialah Nik Nadiah bt Nik Ramli. Tinggal di rumah no.25 setaman dengan saya. Anak sulung daripada 5 adik beradik. Abahnya Dr.Nik Ramli Nik Rasyid dan Umminya Pn.Masturah bt Zainur Rasyid. Kak long mengambil degree dalam Sains Biologi dalam Pendidikan di UPM. tu je laa kot...

Kak long oh kak long. Kak long tetap menjadi kak long pada kami2...( nawal, sofiyah, nailah, yusra, sahel,nabil,muaz,suhaib,afifah,amni,akif,nuha,yaasir, nadiah,imran) di samping adik2 kak long sendiri ( amin,cik ah,adil dan ipah ). Saya berharap ikatan ukhuwwah dalam kekeluargaan yang terjalin antara kita..ummi2 kita..abah2 kita akan berkekalan hingga tiba ke peringkat kita pula. Kak long tetap di hati. Syaksiyah kak long diikuti dan ketinggian budi kak long kami teladani.

Sayang kak long fillah..
Uhubuki fillah..abadan abada...
Inilah kak long saya..kak long kebanggaan kami...tak percaya,..tanyalah sapa2 yang pernah membesar bersama kak long..pasti dia bersetuju dengan saya...

gambar ni time kami riadhah di denai larian, pengkalan asam...

WALLAHUA'LAM

Sunday, January 25, 2009

Notes..oh Notaku!!

Sudah tiga hari saya dan ummi dan adik2 menghabiskan masa di Butterworth..rumah tokna..gelaran untuk nenek saya..hal ini berikutan abah dan muaz yang ada tournament hockey kat kuala kangsar. Makanya, kami tinggallah di rumah tokna nih.. dalam kesibukan mengarang ayat2 untuk assigment..jenguk2laa kejap gambar2 yang di tangkap semester lepas... terjumpa lah gambar2 masa tengah kalut wat nota final exam sem lepas....rindulaa plak kat nota2 nih.. semuanya dah difaraid pada junior2..ni adalah sebahagian daripada nota2 yang dirindui...










Friday, January 23, 2009

Yahudi dan Pokok Gharqad

Kisah Yahudi dan POKOK GHARQAD

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....akibat keegoan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.


Artikel ini dipetik dari pewaris.net

Peminat _ Pengikut Setia...= )

Bersiar di taman membeli barang..
Membeli barang harganya naik..
Sudah ku jumpa peminat seorang..
Senyumnya manis orangnya baik...

Pantun ini ditujukan kepada sahabatku seorang yang asik2 memanggilku dengan nama ummu_ammar time Skema ritu..hehe..Namanya Syuwaida Nasuha..dikenali dengan gelaran shu busuk..kiki...It's nice to know u shu.. Sayang anti fillah..

Wajah2 dirindui...

SKEMA 3
Alhamdulillah, dapat juga bersua wajah dengan adik2 dan sahabat2 yang kukenali di samping menambah kenalan baru...

adik comel ku...rumaisa' Nordin

Kakakku..Fatimah Mohd Adi

Sahabatku Taqiyah Khadijah dan Ainul

Farah Hambali dan Siti Aqilah

Adik2 batch SPM 04, generasi ke-10

Adik2 SPM 05, generasi ke-11

Sahabat2 dari UiTM Shah Alam


Nasirah-Atiqah-Nailah-Afini-Farhana-Nawwar-Ummu Hani-Fatimah


Azzahra, Munirah dan Nabilah Ahmad

Sekitar SKEMA 09

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Kali ke-3.
Dewan 3B-301, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
( FSSK ) UKM.

18 Januari 2009


breakfast...maisarah dan rakan2

suasana dalam dewan sblm progam bermula

Orang kuat nih.. Kak Kirah, Kak Fizah, Kak Sanihah..

Meja Pendaftaran Puteri

Farah dan Aqilah..

Sebahagian peserta...

Slot 3 - Bersama Dr Muqaddam

Bersemangat..!!



Begitulah keadaan yang sempat dirakamkan semasa Skema-3 yang berlangsung di UKM. Begitu banyak mutiara nasihah yang diperolehi, bekalan2 bermanfaat yang menjadi sumber kekuatan minda dan hati untuk terus menjalankan dakwah di kampus.




Home Sweet Home


Kisah Cuti Semester Tahun3 Semester 2.

22 January 09. Jam 12tengahari aku dengan bersemangatnya naik bas yang bernama Seri Maju untuk pulang ke Kangar. Nampaknya perjalanan kali ini tidak memihak kepadaku dan penumpang2 lain. Setelah bergerak ke Puduraya, lama pulak bas ni berhenti. Jam 1.30 baru bertolak. Aku melelapkan mata seketika untuk menghilangkan rasa letih. Tersedar kira2 jam 3pm. Bas berhenti sekejap dan aku mengambil peluang untuk ke tandas dan mengambil wudhuk untuk solah zuhur dan asar. Aku meninjau2 untuk melihat di mana aku sekarang... Jam 5.30pm baru aku tersedar yang kami baru melepasi terowong. Alahai bas... kenapa lambat sgt nih.. dah 4 jam bertolak baru di Ipoh..Nampaknya aku kena siap sedia jentera2 kesabaran supaya aku lebih tenang dan bersabar dengan pemandu bas yang membawa bas dengan kelajuan yang amat perlahan. Umpama kura2 lagaknya. Kalau pandang permandangan di tingkap tuh, rasa2 macam naik bas pelancong yang pemandunya nak bg peluang pada para pelancong menikmati permandangan di luar. Tiada urgency langsung. Allah izin, seat aku tuh, tempat kaki dia rosak. Lenguh jugaklaah. Yang rasa tak puas hati sebab tambang punya mahal, tp perkhidmatan tak seberapa. Seat rosak, lambat sampai, bau pemandu merokok dsb. Aku terus bertahan dengan kesabaran yang masih ada. Kira2 jam 10.00pm baru aku berjaya menjijakkan kaki di stesen bas Kangar. Lama kan? Kalau naik bas malam, tak rasa sangat. Ni bas siang. Ingat boleh jimat masa, tp lebih kurang je pun. Kalau tambah 2 jam lagi, ala2 naik train laa plak.. Ni la pengalaman naik bas 10jam dari kajang-kangar.. Melihat wajah ummi, nuha dan Yaasir yang datang menjemput, lega skit kepenatan yang dirasakan masa perjalanan tadi..

Maka bermulalah episod cuti semester a.k.a cuti raya cina di rumah. Macam2 yang aku kena settle kan... ape dia ek??

1. Assignment Hadis Hukum ( pas cuti kena submit )
2. Assigment Ulum Hadis ( Ulasan kitab Tadrib Ar-Rawi )
3. Siapkan Bookmark untuk Reunion
4. Cari Cenderahati.
5. Buat Kek Batik untuk Reunion
6. Tolong Fiah siapkan risalah
7. Teman kak long drive kereta..( hehe )
8. Pakai inai... ( langsung tak masuk dalam senarai.kiki )

tu jelaa kot yang teringat.. yang lain pasti banyak lagi.. 29hb akan bertolak kembali ke Bangi. So, kena manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya...Bestnya balik rumah...akan ku cuba untuk menyenangkan,..membantu..memudahkan semua yang ada di rumah ini...gambatte!