Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, March 15, 2009

Udara MATRI yang dirindui...

Menjejak MEMORI ( Tak ajak Nawal = ( )
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Salam. Saya baru tiba daripada Kangar pagi ini. Walaupun kepala terasa sedikit berdenyut dan mengantuk, saya meneruskan misi melihat gambar sepanjang aktiviti ISTIMEWA kami di Perkampungan Tunjung kelmarin. Lalu..terlihatlah oleh saya akan gambar-gambar sahabat-sahabat yang amat saya kasihi ketika mereka menelusuri bangunan akademik di MATRI tercinta.

" Walaupun korang tak ajak ana..ana tetap nak letak gambar kat sini.. Ana memahami kerinduan korang kat Matri, kelas kita dulu, dll...."...

Walau ke mana kaki melangkah.. MATRI tetap dalam hati...

Meja anti ke tuh??




Merenung ape tu khair??

Rindunya zaman kita bersama sekelas dulu..

Pandangan dari aras 4 Bangunan Akademik Matri

Pandanglah Matri..Hiruplah udara Matri..sepuasnya..


Semoga Ukhuwwah yang terjalin antara kita sesama batch Generasi Ke-9 MATRI..1999-2003 berkekalan dalam redha Illahi.. Sesekali mengenang memori,,..menggamit berlapis-lapis cerita dan kisah mencuit hati, cerita suka dan duka dsb.. Hidup ini indah dengan Ukhuwwah Islamiyyah.. Hidup ini hambar tanpa keimanan..

Kredit utk pelakon layar yg tak dibayar gaji...
Kamilah-Syuhada Othman-Aisyah Humaira- Syuwaida Nasuha- Khairiah Kamilah...

Friday, March 13, 2009

Konvoi ke Kenduri...

Menghadiri Majlis Walimah Azizah... Di Kelang..
Asma- Sarah - Kak Fauzan - Makcik -Pengantin- Athiyah - Hanisah
Habibah - Afeefah -Amnani -Aisyah Humaira- Asma- Kak Husna -
Kak Sumaiyah - Nawwar Arif - Nawal - Dhabitah Thaqifah

Bila Sistem Saliran tak berfungsi dengan baik...

Tajuk : Hujan Lebat + Air Teh Susu + Banjir
Tempat : Kawasan Komuter UKM
Foto diambil oleh : Nawal bt Abd Kadir
Ketika : menjemput Cik Farah Hambali yang lencun kaki tenggelam dalam air teh susu.
Masa : 12.10 tengahari
Perasaan : Terkejut sbb tak pernah tengok kawasan ni jadi serupa ini.



Raikan sahabat...

Kau Sahabat kau teman..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Sahabat...Teman...Rakan...Kawan...

Tidak kira apa jua gelaran..
asalkan jelas di kedudukan itu di dalam hati..
Pasti ukhuwwah bersemi...



25 Februari lalu.. Terlakar lagi kisah perkongsian membeli sebiji kek coklat untuk empunya diri yang lahir 23 tahun lalu pada tarikh ini..Musfirah, Ehima, Asyikin, Rabiatul Adawiyah, Yusraini, Nadzirah, Nawal dan Hajar merupakan butir-butir mutiara yang setia menyambung ikatan hati dengan Aniza...

Wah..wah..ikin tengok ape tuh? Aja tak dek..datang lambat..huhu

Raikan lah hari istimewa sahabat anda.. jika tidak dengan kek..dengan senyuman dan huluran tangan penuh erat tetap memberi erti dan kenangan yang manis dan indah..!!

Friday, March 6, 2009

Waffle + Beruk + Monyet

Bila waffle diambil beruk dan monyet...
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Selesai menjamah juadah tengahari yang berlapikkan polistrin dan air ais kosong yang memberi kelegaan kepada tekak yang kering. Cuaca panas. Maka, keletihan cepat menguasai diri. Lalu air menjadi penawar kepada dahaga yang menguasai. Mata sekilas memandang jam di tangah. Sudah lama waktu Zohor berlalu, aku gegas melipat meja jepun untuk mengosongkan ruang untuk menunaikan solat.

Terdapat beberapa plastik makanan yang tinggal berbaki di atas meja. Tangan cekap mencapai plastik keropok ikan yang tinggal sedikit, plastik waffle aku dan Yus serta botol air dan meletakkannya di atas meja dan disandarkan berhampiran tingkap. Terus dilaksanakan tanggungjawab padaNya.

3.30pm. Aku turun dari blok ke tempat parking mengambil kertas kaji selidik. Masha Allah, kawasan lapang kolej dipenuhi dengan 'cik ruk' dan 'cik nyet'.. Kelihatan tong sampah yang terletak di luar pintu bilik bersepah dek haiwan yang tinggal di kejiranan kolej-kolej dalam Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Kaki meneruskan langkah dengan hati-hati bimbang diterjah oleh cik nyet dan cik ruk. Lagi menakutkan kalau mereka mengendong anak. Sejak akhir-akhir ini perasaan takut menguasai diri andai ternampak monyet dan beruk kerana mereka berani bertindak ganas dengan menarik plastik di tangan, mengepung dan membahayakan diri. Sampai di blok. Lega!. Langkah diatur menuju bilik. Pintu ditolak.

" Eh..mai dah? " terus ditegur Aida yang bersila di atas katilku. Aida tersenyum. Yus sedang solat. Maka suasana sedikit diam. Aku berborak dengan Aida perlahan mengupdate cerita setelah seminggu tidak bertemu. Dalam pada itu, mata terpandang meja yang kelihatan kosong tanpa plastik-plastik Waffle dan keropok. 'Mungkin yus alihkan kot' desisku dalam hati. Al-maklumlah tadi sebelum aku melangkah keluar daripada bilik 'cik nyet' telah menjenguk tingkap bilik aku yang separuh terbuka. Aku dengan cepat mengetuk meja dengan kuat supaya cik nyet itu lari.

' Cik nyet atau cik ruk datang lagi kot. Yus letak bawah kot plastik tu' hatiku bergumam lagi. Lantas dilupakan hal itu sebentar. Perbualan dengan Aida diteruskan. Ryusda pula datang menyinggah di bilik untuk mengambil tempahan coklat kerana dia akan ke Langkawi. Maka bertambah rancak perbualan dari satu topik ke satu topik. Mengupdate cerita memang mengambil masa yang lama kerana masing-masing sibuk berkongsi perkara-perkara yang terjadi dalam seminggu.

6 petang. Solat Asar selesai ditunaikan. Teringat akan waffle tadi. Mata sekali lagi meliar mencari plastik yang berisi waffle.
" Aida, nampak tak waffle atas meja ni tadi?" soalku.
" Tak dak, tadi masa datang memang tak dak apa kat situ"
" Aik? mana p pulak. Tadi elok ja nawal letak kat situ.." balasku perlahan.
" Ha..tadi tingkap tu nak terkeluar..monyet tarik. Bila Yus ketuk jaring besi tu baru dia lari " Aida mengeluarkan cerita.

" Hah? Monyet tarik? Dia amik makanan ka? " responku terkejut.
Tidak pernah dalam sejarah aku menghuni bilik kecil ini, Cik nyet atau Cik ruk dan kaum kerabatnya berani-berani mengambil makanan dalam bilik aku. Belum sempat apa-apa aku akan mengeluarkan suara garang dan mengetuk-ngetuk meja dan berbuat bising. Pantas akalku cuba menterjemahkan bagaimana mereka boleh menarik makanan yang saiznya lebih besar daripada kotak-kotak jaring itu dengan mudah.

" Tak dak rezeki laa tuh" Yus menyampuk.
" Memang laa..." Aku tak kisah sangat tak dapat makan , tetapi yang dikisahkan itu tentang hal bagaimana Cik nyet ini berjaya mencuri makanan aku. Kalau ada perasaan pun, hanya rasa terkilan kerana waffle itu aku, Yus dan Farah dapat hasil belanja seorang taukeh kedai membuat Waffle di Hentian Kajang semasa kami bertiga membuat kajian lapangan berkenaan dengan kawasan larangan merokok. Abang Bos yang baik itu belanja kami waffle seorang sekeping. Segan dan menolak kami pada mulanya tapi dia sendiri yang pergi menyuruh pekerjanya melayan kami. Promosi lah kepada sesiapa yang pernah pergi ke Hentian Kajang, belilah waffle yang ada di tingkat atas tu. Hehe..

Dalam diam, aku perasan ada rasa sedikit kecewa dan sedih kerana waffle itu menjadi rezeki Cik Nyet dan Cik ruk.. Kecewa juga kerana makhluk Allah itu akhirnya berjaya mengambil makanan daripada bilikku melalui jaring yang kecil itu yang selama ini aku pertahankan dengan jayanya. Tetapi aku sedar ini adalah susunan Allah.

Waffle itu bukan rezeki ku tapi rezeki makhluk yang tinggal di kejiranan kami. Aku harus belajar menilai keadaan kerana ia adalah tarbiyyah alamiyah yang sangat mendidik hati dan perasaan. Cuma aku sebagai manusia biasa digelumangi dengan dosa dan kesalahan, memungkinkan aku memiliki pelbagai rasa sebagai manusia sebelum akalku menepis rasa hatiku dengan hujjah yang logik dan berasas. Ini adalah sebahagian daripada cabaran dalaman yang perlu ditangani dengan bijak.

Bersama kita menangani cabaran-cabaran ringkas dalam kehidupan dengan mengambil jalan penyelesaian Islam. Jangan terikut dengan perasaan seperti kisahku di atas. Harus yakin dengan penyusunan Allah. Sama-sama kita berusaha. Gambatte!!

Thursday, March 5, 2009

Ilmiah_Talk

Perkongsian tentang Hadith Hukum
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Alhamdulillah dengan kesempatan yang ada pada pagi ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang diperolehi semasa dalam kuliah Hadith Hukum di Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Asas Kajian Hadith Hukum.

Asas ialah kaedah yang mencengkan dan menunjangi sesuatu struktur binaan. Allah swt berfirman dengan maksud : " Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail meninggikan binaan asas tapak Baitullah". ( Al-Baqarah : 127 )

Setiap disiplin ilmu mengandungi asas sebagai pemangkin kekukuhannya dan kaedah fiqh ialah asas umum fiqh yang ada pada nas-nas perundangan ringkas untuk diaplikasikan ke atas isu-isu yang terperinci.

Asas Kajian Hadith Hukum meliputi 3 perkara asas iaitu :-
1. Kajian Berdasarkan Dalil yang Sahih
2. Berpegang dengan Prinsip Al-Ittiba'
3. Menjauhi Takalluf

Kajian Berdasarkan Dalil yang sahih.

Allah berfirman " Katakanlah : Bawalah kemari dalil-dalil keterangan kamu, jika betul kamu orang yang benar " ( An-Naml : 64 )

Islam merupakan agama berasaskan nas ( dalil ). Konsep beragama yang dicanangkan oleh Islam terbina di atas dasar hujjah yang didatangkan dengan bukti dan dalil. Generasi pada sahabat, tabien dan Atba' at-Tabien mempelajari agama berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah. Imam asy-Syafie memulakan pengajian fiqhnya dengan kitab Muwatta' Malik yang mengandungi nas-nas hadith hukum.

Fiqh = Ilmu tentang hukum syara' amali yang diperolehi daripada dalil-dalilnya yang terperinci.

Imam Syafie berkata : ' Bila sah sesuatu hadith daripada Rasulullah s.a.w maka ia wajib diikuti oleh sesiapa yang mengetahuinya...' ( Ar-Risalah )

Imam Asy-Syatibi : ' Sesungguhnya beberapa puak telah terpesong disebabkan mereka tidak berhujah dengan dalil, sebaliknya hanya bergantung kepada pendapat orang semata-mata. Mereka terkeluar daripada kebaikan para Sahabat dan Tabien sehingga mereka mengikut hawa nafsu mereka tanpa ilmu lalu mereka sesat dari jalan yang lurus.' ( Al-I'tisam, 2 505-501 )

Justeru pendapat fiqh perlu didasari dengan dalil yang sahih. Jika tiada dalil yang sahih, maka baru dilakukan ijtihad ke atas sesuatu perkara. Hal ini berdasarkan Kaedah Fiqh yang menyatakan " Tidak boleh berijtihad di tempat yan telah ada nas "

Realiti masyarakat hari ini memperlihatkan manusia lebih serius memastikan kesahihan butiran perbelanjaan hariannya daripada memastikan kesahihan nas-nas agama yang menjadi pegangannya. Realiti pengajian fiqh di Nusantara juga berdasarkan kitab-kitab yang tidak menyertakan dalil yang lengkap. Pendapat para fuqaha nusantara ada yang bercanggah dengan dalil atau didasari dalil yang dhaif ( lemah ) atau mengandungi Unsur Takalluf.

Perlu disedari oleh kita bahawa pengajian hukum berdasarkan dalil yang lengkap membawa kita kepada nilai-nilai pendidikan yang membina.


Berpegang kepada Prinsip Al-Ittiba'

Bahasa : Ikut
Istilah : Berpegang dengan sesuatu hukum syara' setelah mengetahui hujah dan dalil-dalilnya..

Antara dalil prinsip ini ialah : Firman Allah ( maksudnya ): Katakanlah ( Wahai Muhammad ) inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada agama Allah dengan keterangan dan bukti yang jelas, aku dan orang yang mengikutiku. Maha Suci Allah ( dari segala iktikad dan perbuatan syirik ) dan aku bukan dari golongan yang mempersekutukan Allah. ( Yusuf : 108 )

Al-Ittiba' mengandungi 4 ciri iaitu :-

1. Kesanggupan mengkaji dalil dan hujah para ulama tanpa mengira mazhab.
2. Kesanggupan mengenepikan pendapat mazhab yang bercanggah dengan dalil dan kaedah syara' dan seterusnya mendukung pendapat yang menepati dalil dan kaedah tersebut.
3. Menjauhi taklid buta.
4. Menjauhi taksub.

Hukum Meninggalkan Mazhab yang bercanggah dengan Nas yang Sahih...

Imam Syafie : " Bila kamu dapati dalam kitabku ( pendapat ) yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w maka hendaklah kamu berkata ( berpegang ) dengan Sunnah Rasulullah s.a.w itu dan tinggalkan pendapatku". ( Al-Majmu' Sharh Al-Muhazzab, 1:104 )

Imam Nawawi berpendapat wajib meninggalkan pendapat mazhab yang bercanggah dengan hadith. Mempertahankan pendapat yang menyalahi nas adalah sejenis ketaksuban yang haram.

IJTIHAD - mengkaji dalil-dalil syara' untuk menetapkan hukum berdasarkan kaedah-kaedah tertentu.

TAQLID - berpegang dengan sesuatu hukum syara' tanpa mengetahui dalil dan hujahnya.

ITTIBA' - berpegang dengan sesuatu hukum syara' setelah mengetahui dalil dan hujahnya.

TAKSUB - mempertahankan pendapat lemah yang bercanggah dengan dalil dan kaedah.

Kesimpulanya, prinsip Ittiba' menepati konsep Basirah dan penting untuk mengelak taqlid buta manakala taqlid buta bercanggah dengan konsep Basirah dan mengandungi unsur kesyirikan.
Hukum taqlid adalah wajib bagi orang awam yang tidak mampu mengkaji dan memahami dalil. Tetapi dengan syarat : belum sampai maklumat daripada mana-mana ulama thiqah ( dipercayai )
bahawa pendapat yang ditaqlidkan itu bercanggah dengan dalil dan kaedah syara'.


Menjauhi Takalluf

Bahasa = bercakap perkara yang tidak perlu atau memikul beban yang tidak biasa dipikul.
Istilah = Mengada-adakan persoalan dan andaian tidak perlu dalam perbahasan hukum sehingga membebankan dan melebihi kehendak nas ( dalil ).

CIRI-CIRI takalluf :-

1. Mengandaikan perkara yang tidak berlaku.
2. Mempersoalkan perkara yang tidak perlu dan tidak berfaedah.
3. Menambah beban amalan melebihi kehendak syara'.







Tuesday, March 3, 2009

Dedikasi 0n 3 March


Specially dedicated...
To all my beloved friend....
No matter where u r..
MATRI's friends..
UKM's friends...
PIPAQ's friends..
Desa Putera's friends...
Long Lost Friends...

Please show me the true pathway towards Allah....

Love u all without any doubt...

Sunday, March 1, 2009

Jawab jangan tak jawab..

Apa kata anda?
Oleh : Ummu_Ammar

Ingin penulis timbulkan persoalan di sini tentang hak anda. Penulis berharap anda sudi kongsikan pendapat, pengalaman dan apa jua yang ingin diperkatakan tentang perkara di bawah.

1. Apakah pendapat/ perasaan anda apabila HAK anda sebagai orang awam untuk mendapatkan persekitaran dan udara yang bersih daripada asap rokok telah dicemari oleh mereka yang merokok dalam Kawasan Larangan Merokok ???

2. Dimanakah hak kita sebagai penumpang bas ekspress yang membayar RM sekian2 yang begitu mahal dan kemudian mendapat tempat duduk yang kerusinya rosak, bas yang buruk dan rosak dan keadaan bas yang tidak menyenangkan seperti asap rokok dsb. Apakah pendapat anda?


Penulis menantikan respon daripada pembaca sekalian terutama untuk soalan no.1... Anda boleh respon kedua2 soalan atau salah satu. Ana memerlukan jawapan anda kerana ia adalah sebahagian daripada tugasan ana dalam subjek Universiti iaitu Hak Asasi Manusia.

Jazakillah hu khairan kathira pada semua anda yang budiman kerana sudi respon pada n3 kali ini.

Matri Menang....

Alhamdulillah...
Syukur dengan rahmat dan kasih-sayang Allah...
Buat kali pertama dalam tournament MHL ini
Matri berjaya menewaskan pihak lawan...
Tahniah untuk semua pemain
bg skuad Matri Bawah 19 tahun..
Semoga kalian terus maju ke hadapan
mengibar panji Islam..
membawa sahsiah Islam dalam permainan
matlamat utama anta semua !!


Saturday, February 28, 2009

MATRI dan HOKI



Malaysian Hockey League

MATRI ( Ma'had Attarbiyyah Al-Islamiyyah ) yang terdiri daripada pelajar MATRI, pelajar UiTM dan beberapa pelajar daripada institusi lain buat sekian kalinya menyertai MHL ini...

" Didoakan semoga kalian berjaya dalam tournament kali ini seperti yang coach dan anda semua harapkan.. Kalaupun tiada rezeki untuk meningkatkan prestasi, insya Allah usaha kalian dalam menyampaikan dakwah menerusi medan sukan ini mendapat nilai di sisi Allah s.w.t. Tunjukkanlah syaksiyyah Islam yang baik. Banyak mata-mata yang memerhatikan tingkah dan peribadi kalian semasa beraksi di padang hoki. Jadilah kalian seorang 'hockey player' yang berstatus daie ilallah..Adik-adikku,..andai kalian berjaya..itu adalah rahmat daripada Allah dan andai kalian tewas,..itulah juga rahmat daripada Allah..suatu tarbiyyah daripada Allah. Teguhlah kalian di atas medan ini dengan niat dan jalan yang betul. Ramai yang menyokong kalian.

dari yang mendoakan kalian dari jauh....