Sunday, October 11, 2009
Seni Menghias
Oleh : TKP
Perlu saya coretkan suatu penghargaan kepada arkitek -arkitek kump Netball yang memberi idea dan cadangan + berusaha melaksanakan serta semua rakan yang bekerja memberi sokongan kepada kumpulan Netball.
Untuk ketua menghias khemah - Afani dan Hajar serta Izzati dan Imah. Kepada yang bertungkus lumus mencari bahan dan keperluan serta menyiapkan sehingga waktu subuh - Amirul Fahmi, Azrin, Aminnul, Shukri, Aswad, Atiqah. Kepada yang setia menyiapkan bahan-bahan, mengecat, membungkus, memberi yang terbaik utk kump - Ejah, Azura, Farhana, Nafisah, Salfarina, Kak dayah, suhada, suraya, hanis, kak syahid, fariha.. Kepada yang menyiapkan maskot kita - ros, eishah, mukriz, mirul,tikah,.. Kepada yang menyiapkan Sepanduk - Helmi, Faiz, Kak Wan, Husna, Asiah, Fazlun, kepada semua ahli yang membantu, menyempurnakan, menutup kekurangan, dan tidak banyak kerenah . Maaf pada yang tidak tersebut namanya. Kamsamida...May Allah bless..
Hadiah di Hari Lahir
Oleh : Nawal bt Abd Kadir.
10.10.2009 telah berlalu dengan penuh 'rasa'. Sedih, terkilan, gembira, bahagia, letih dan sebagainya. Segalanya bercampur menjadi satu rasa indah yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat ini. Tarikh ini mengukir sejarah satu lagi penganjuran pelajar PIPAQ yang mengambil subjek Pengurusan Kokurikulum Sekolah iaitu Program ' Sukaneka dan Jamuan Hari Raya iaitu dengan nama singkatnya SUKJA 09.
Hari ini juga setiap kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Bola Sepak, Bola Jaring, Persembahan dan Badminton bertanding dalam acara sukaneka yang dijalankan. Meriah sekali hari ini berlangsung. Antara yang turut dipertandingkan adalah perbarisan terbaik, khemah terbaik dan pemenang keseluruhan.
Alhmadulillah berkat doa dan usaha semua, sekali lagi kumpulan NETBALL mendapat kemenangan dalam kategori KHEMAH TERBAIK. Tidak terkata rasanya apabila usaha yang dijalankan dengan sesungguh hati mendapat ganjaran. Memang saya secara peribadi berasa gembira dan berpuas hati. Mengapa?
Kerana setiap ahli dalam kumpulan ini telah memberikan yang terbaik semampu mungkin. Persiapan untuk menghias khemah dilakukan sehingga mengorbankan waktu rehat. Malahan khemah dihias bermula selepas waktu maghrib sehingga waktu subuh. Ini adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dikutip pada waktu lain. Saya pasti setiap ahli dalam kumpulan ini merasakan apa yg saya rasakan. Hari berbahagia ini juga kebetulan jatuh pada tarikh lahir saya. 10101986. Kini, tarikh ini kembali mengukir sejarah yang menyeronokkan. Terima Kasih semua atas hadiah tidak ternilai ini. Hanya KITA rasa apa yang dilalui bersama.
Saturday, September 26, 2009
bestnya ziarah...
Oleh :Nawal bt Abd Kadir
' Nawal, nak tak kita p ziarah rumah kak long pagi ni '
Saya baru teringat nak ajak Sofiyah p ziarah rumah sahibah-sahibah. Tengok-tengok Sofiyah juga punya hajat yang sama.
' Nak p kul brapa? Nawal okay je' begitulah lebih kurang saya balas sms tersebut.
Setelah bersiap, saya bersama Nuha dan Yaasir berjalan di bawah payung menuju ke rumah Kak Long yang berada di hujung lorong. Rumah saya bernombor 2 manakala rumah Kak Long bernombor 25. Rumah kami tidak begitu jauh kerana nombor rumah berselang seli antara rumah teres dan rumah semi-D.
Tiba di sana, Sofiyah bersama Yusra dan Amni Farihah telah tiba. Kak Long tersenyum manis dimuka pintu menyambut kami.
" Amboi, janji ka? kaler pink baju " komen Kak Long apabila melihat pakaian saya dan Nuha.
" Eh,...mana ada..instinct sama ni..hehe"
Rupa-rupanya mereka bertiga juga memakai pakaian tema Pinky..
emmm..Mesti Nailah Fade-up duduk kat sana tak dak sapa2..sian dia kan? kan? kan?
Sesekali berkumpul begini memang meriah dengan pelbagai cerita. Tambahan pula dengan kehadiran adik bongsuku yang banyak mulut dan tak tahu malu menceriakan keadaan. Semua kakak-kakak ni dia kenal. Apa lagi, kuatlaa mereka mengusik Yaasir.
Tak kurang juga dengan Mak Cik Mas. Turut sama berbual dengan kami semua termasuk si kecil Yaasir. Ada ke patut Yaasir dengan tak malunya minta duit raya dengan Mak Cik Mas.
Kami suruh Yaasir tanya Makcik Mas nama dia..tiba-tiba soalan yang keluar adalah berlainan..
" Mak cik Mas, tak dak duit raya ka? "
Masha Allah. Malunya adik saya berkata begitu. Semua ketawa besar dengan keletahnya yang tak tahu malu. Adoiyai..susah juga nak mendidik si kecil ni.
Alhamdulillah diberi kesempatan menziarahi mereka Eid Fitr tahun ini.
" Nak tak kita p ziarah Hidayah dan Kak Sanihah?" saya utarakan soalan kepada Sofiyah.
" Nak-nak. Kita p esok lepas Zohor bleh? " terus Sofiyah bersetuju.
Kami telah berkunjung pula menziarahi Anak-anak Mak Cik Ramlah di Beseri HARI INI.
Indahnya rasa apabila dapat bersama sahabat-sahabat sefikrah yang saling mengasihi antara satu sama lain tidak mengira paras, pangkat dan status. Inilah BAHAGIA yang harus kita cari dalam berukhuwwah.
Ziarah adalah antara elemen yang dapat mengeratkan Ukhuwwah dan Mahabbah dalam persahabatan kita. Mudah-mudahan selepas semua sahabat baikku yang tercinta ini mendirikan mahligai Bait al-Muslim, elemen ziarah menziarahi ini masih dapat diteruskan dicelah-celah komitmen rumah tangga. Insya Allah.
Cerita KITA yang menjadi menjadi pilihan tajuk. Kita adalah kami semua iaitu merujuk kepada sekumpulan 3 keluarga yang bersahabat semenjak zaman Ibu bapa kami belajar. Ummi-ummi saling bersahabat, Abah-abah semuanya sahabat Karib dan anak-anak bertaut menjalinkan ukhuwwah sesama 3 keluarga ini. Saya mendoakan agar keakraban kita kekal segar dan mekar sehingga generasi-generasi seterusnya.
Ukhuwwah Fillah Abadan Abada..
Salam Eid Fitri untuk anda yang juga bergelar Sahabat...
Wallahualam.
Thursday, September 24, 2009
Salah SIAPA ??
R.E.M.A.J.A
Oleh : Nawal bt Abd Kadir
Siapakah remaja?
Apakah definisi sebenar remaja ?
Bagaimana keadaan remaja pada hari ini ?
Kebanyakan Remaja hari ini :-
Gemar bersuka ria.
Malas belajar.
Tidak berminat terhadap ilmu pengetahuan.
Mengamalkan budaya hidonisme dalam hidup.
Alpa dengan cinta dunia demi memuaskan nafsu.
Berfoya bersama rakan. Berbual topic tidak penting.
Menggunakan bahasa yang kesat dan tidak sopan.
Kurang adab dan tatasusila.
Tidak menghargai orang tua.
Tidak makan saman dengan nasihat.
Cinta Dunia melebihi segalanya...
Mengapa remaja kita begini?
Mengapa?
Di mana silapnya kita?
Siapakah yang salah?
Apakah akan terjadi kepada masa depan Negara jika rijal-rijalnya begini ?
Hatiku menangis hiba.
Mindaku berkocak mencari jawapan.
Dirikukah yang gagal memberi contoh kepada adik-adik?
Salah ibu bapa kah?
Salah Sistem pendidikan hari ini kah?
Salah Tarbiyah kah?
Salah Rakan-rakan kah?
Salah siapa?
Salah siapa?
Tuesday, September 22, 2009
Seloka - Zapin Nasihat
hehe..biasalah..stage fright..
Seloka Nasihat untuk ANDA.
Assalamualaikum seloka dibuka
Kepada semua moga berbahagia
Bersama hayati untaian kata
Mutiara nasihat untuk anda semua
Adik lirik-lirik, lirik pada siapa
Kalau pada abang, hai jagalah matanya
Adik senyum-senyum, senyum pada siapa
Adik dengar sini abang nak bercerita
Hai cik Adik, Ye cik abang
Kita siapa ? .. Manusia
Perlu jadi ?.. insan berguna
Untuk apa ?.. mendapat taqwa
Boleh kami ?.. boleh apanya abang?
Ikut bersama ?.. pergi ke mana?
Berganding bersama menuju syurga
Berakit ke hulu berenang ke tepian
Bersakit dahulu bersenang kemudian
Tuntutlah ilmu jadikan amalan
Mudah-mudahan kan menjadi bekalan
Hai cik Abang,..Cik adik semua..
Adik bertanya.. Nak tanya apa?
Kenapa kita ?.. kenapa apa?
Perlu usaha ?..supaya berjaya
Untuk dunia ?.. Akhirat juga..
Kalau malas juga ?.. sama atasinya
Moga kita semua diredhaiNya
Hai cik Adik, Ye cik Abang..
Kunci syurga..solat utama
Ibu bapa..taatinya
Guru pula.. hormatinya
Sahabat pula..raikan dirinya
Masyarakat..kita dekatinya..
Negara kan jadi aman sentosa
Islam dijulang amal dijaga
Ilmu dipegang sebarkanlah ia
Nasihat diambil semat didada
Agar beroleh ketenangan di jiwa..
BERSAMA !!
Marilah saling berpesan-pesan
Tanda kita selalu ingat pada Tuhan
Jikalau ada terguris perasaan
Maafkan kami janganlah disimpan
Sekadar ini kami persembahkan..
Beginilah lirik zapin usik-mengusik senario yang telah diubah suai untuk tujuan pertandingan zapin-seloka bersempena Festival Kesenian Islam PIPAQ 2009 ( FEKIS 09 ).
Pengubahsuai lirik : Nawal bt Abd Kadir
Solo Lelaki : Mohd Helmi b. Hamid
Solo Perempuan : Norafanie
Suara ramai :-
Aminnul Hafidz
Amirul Fahmi
Najib
Azrin
Heirol
Aswad
Shukri
Faidzal a.k.a Ajai
Faiz Hasanudin
Suraya
Farahana
Izzati
Atikah Orip
Hidayah Ismail
Azura
Fatimah
Salfarina
Mariani
Ini suatu pengalaman berharga yang mungkin bakal digunakan semasa di sekolah nanti. Siapa tahu? Ini adalah pengalaman kita bersama dan akan menjadi kenangan terindah semester ini. Emm..betul ke? Mayb lah...=)
Saturday, September 19, 2009
Eid Fitr
Oleh : Nawal
Saat jemari sedang menaip, rumah ini sunyi dari suara-suara yang biasanya riuh bercerita. Mengapa? Kerana tokna, ummi, abah dan adik-adik ke masjid menunaikan solah sunat raya sementara mak-mak sedara semua belum sampai lagi. Em..lantas kesempatan ini kuambil untuk mengucapkan salam eidul fitri kepada anda semua...tidak kira di mana anda berada. Tautkanlah kasih dan ukhuwwah yang sedia terjalin selama ini dengan insan-insan sekitar kita..
Taqabbalallahu minna wa minkum.!
Wednesday, September 16, 2009
Selamat Pulang ke Kampung Halaman
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kalian menuju destinasi tercinta
tidak kira di mana tempat yang kalian tuju.
Semoga perjalanan itu dinaungi rahmat dan redha Allah s.w.t
Semoga kepulangan kita kali ini menggembirakan hati-hati yang menanti.
Semoga pulangnya kita dengan niat untuk membantu meringankan
beban kedua ibu bapa dan saudara kita di kampung.
Mudah-mudahan hari-hari akhir ramadhan dapat dimaanfaatkan
sepenuhnya di kampung halaman masing-masing.
Ku menyusun 10 jari memohon maaf kepada kalian yang mengenali saya
seandainya sepanjang tempoh ini ada tersalah silap di mana-mana.
Wallahualam.
Sunday, September 6, 2009
Alhamdulillah...
Oleh : Nawal
Alhamdulillah. Dengan berakhirnya FEKIS 09, berakhir sudah kepenatan yang dirasai sepanjang seminggu persediaan untuk persembahan pentomen dan seloka. Pelbagai rintangan dilalui bermula seawal pencarian idea untuk pentomen, kerahan tenaga membuat Props, melakukan latihan, dan menghafal lirik untuk seloka. Semuanya berjaya dilalui dengan baik hasil usahasama semua ahli kumpulan Bola Jaring a.k.a Sallahuddin Al-Ayubi.
Entah macam mana.. kegalauan rasa semasa melihat persembahan kumpulan lain yang telah mempersembahkan lakonan yang hebat-hebat berganti dengan suatu rasa syukur dan bahagia apabila mendapat tempat pertama. Ini suatu keajaiban kerana sepanjang sessi latihan, ada sahaja yang tidak berjalan dengan lancar.
Kerisauan, kegundahan, dan kegentaran yang dirasai amat-amat meletihkan.Tambahan pula dengan sessi latihan yang berlarutan sehingga tengah malam. Namun, ku ucapkan sekalung terima kasih kepada semua..individu2 yang saling menguatkan di saat lemah, mengucapkan kata2 motivasi dan sebagainya..
Ini adalah hadiah untuk kepayahan yg kita lalui bersama.. Tidak tahu apa kriteria yg menjadi pilihan juri sehingga memilih kami..sungguh..kami tidak menjangka kemenangan ini..
Secara peribadi..saya melakarkan setinggi TERIMA KASIH kepada individu-individu berikut :-
1. Muzaidi - Ketua Pengarah Kumpulan yg sabar mengemudi ahli kump + sgt mengambil berat.
dan lakonan watak syaitan yg sangat cemerlang.
2. Shukri - Ketua Pengarah Persembahan yg sgt komited merangkap pelakon BABAK
ke-3./seloka / suara latar Azrin
3. Afani - Timb.Ketua Pengarah Persembahan yg bersemangat..merangkap solo (P) utk seloka
4. Mukriz - Penata bunyi yg sgt dedikasi dan telah bersusah payah./ pelukis props motor yg
sangat cantik.
5. Hajar - Penata Cahaya yg sgt bersabar, merangkap editor skrip yg sgt tenang.
6. Helmi - Solo (L) seloka,..bersusah mencari minus one utk zapin./ suara Latar untuk watak
Pak Awang Besar, Aminnul dan Syaitan.
7. Ejah - Ketua Props yg sangat bertanggungjawab.
8. Fariha- Membantu ejah dan lain2 untuk kelancaran props.
9. Eishah - Pelakon watak 'Mak Kuntum' yg hebat di pentas. Thanx so much!
10. Zulfahmi - Pelakon watan 'Pak Awang Besar' yg mendapat pujian ramai..
11. Atikah - Keretamu sangat berjasa../ seloka
12. Izzati - Menjaga busana dgn baik../seloka / suara latar utk Tika dan Sal
13. Fatimah - menjaga busana/ seloka/menjadi props penyangkut baju..
14. Aminnul Hafiz - pelakon watak gangster sgt menjadi..tahniah!! / seloka
15. Farahana - berlatih seloka dgn penuh kesungguhan
16. Azura - lakonan mu menjadi../ seloka
17. Heirol - pelakon gangster / mat rempit /seloka
18. Ajai - pelakon babak ke 2 / seloka
19. Kak Syahid - suaramu aset kejayaan watak Mak Kuntum.../suara cikgu syuhada dan budak
gagap. thanx..
20. Najib - pelakon watak gangster, pelajar / seloka
21. Azrin- lakonan mantap utk watak budak lembut / seloka
22. Ros - pemegang props pintu.
23. Syuhada - pembawa babak
24. Suhada Majid - pemegang props backdrop
25. Azah - props tikar,baju,dan pondok pengawal
26. Fazlun - props kipas
27. Husna- props kerusi Mak Kuntum
28. Salfarina - pelakon watak Sal dan pelajar / seloka
29. Hanis - pelukis backdrop rumah Mak Kuntum.
30. Aswad - suara latar untuk Ajai/ seloka
31. Amirul Fahmi - pelakon watak ustaz / seloka.. sangat bersemangat..
32. Faiz Hasanudin - pelakon watak pak guard yg cemerlang / seloka
33. Nora - props
34. Suraini - pelakon watak pelajar
35. Nafisah - pelakon watak pelajar gagap yg baik
36. Aisyah Daud - props hotel
37. Nurul Izza - setiausaha
38. Kak Asiah - props
39. Kak Huda Rahman - penyokong setia
40. Su - seloka
41. Mariani - seloka
42.Kak Dayah Ismail - pelokon watak cikgu syuhada / seloka
43. Asiah - props
44. Kak Cik wan - akak tak bersama kami krn akak sakit..tp sy tau akak sokong km dr jauh kan?
45. Me my self - idea asal/pengurus pentas/lirik seloka
Thanx so much..
Maafkan saya andai sepanjang kita berlatih bersama,,ada terdapat salah dan silap..
FEKIS 2009
Tempat : Dewan Anuar Mahmud
Tarikh : 5 September 2009
Anjuran : Sekretariat Seni Persembahan
Subjek : Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Disini...segalanya bermula..
Bakat dicungkil..
Idea dikeluarkan..
demi satu nama..
JUARA..