Let's share yur kind words here... (" _ ")

Thursday, December 4, 2008

cuti oh cuti

Cuti oh cuti.....
Suatu masa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pelajar, guru dan sesiapa sahaja. Cuti adalah masa untuk berehat dan melapangkan fikiran daripada segala tekanan kerja dan apa shj yang dilakukan semasa belajar atau bekerja.
ada macam2 jenis cuti kan?
cuti sekolah - cuti semester - cuti sakit - cuti kerja- cuti bersalin - cuti sabatikal - dan mcm2 jenis cuti lagi... tapi sedarkah kita dalam keseronokan bercuti ini..adakah kita dah menghabiskan cuti dengan sia2?? dalam sedar atau tidak, seringkali kita tidak sedar cuti sudah habis begitu sahaja tanpa menyedari apakah pengisian yang diisi di dalamnya.. Ini adalah muhasabah yang seringkali difikirkan saya... alhamdulillah cuti semester kali ini ada juga perkara yang bermanfaat.. bagi saya, penyusunan dan perancangan cuti perlulah dilakukan secara teliti dan mestilah seimbang. Seimbang di sini dari sudut masa yang dihabiskan untuk berkhidmat kepada ibu bapa, adik2, sahabat-sahibah, masyarakat dan yang penting untuk Islam. Seringkali peranan rakan-rakan dalam memperingati diri yang terleka juga adalah suatu yang baik.
Antara perkara yang saya penuhi masa cuti kali ini ialah dengan membantu apa yang patut di rumah, melayan adik2 yang masih kecil, membantu di kem2 remaja dan menambahkan input dengan mengikuti halaqat. Petang tadi ada " career talk " di MATRI. Alhamdulillah dapat lapangkan masa untuk adik2 tingkatan 5 di dewan makan puteri dengan membincangkan hal2 berkaitan IPT dan lain2..semoga cuti kita yang masih berbaki ini diisi dengan perkara yang bermanfaat.. insya Allah..

p/s : ada sape nak kongsi pengisian masa cuti..sharelaa..=)

No comments: