Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, January 18, 2010

Latihan ABSEILING :Sikap KITA yang menyedihkan..

Latihan ABseiling @ Rahim Kajai
Oleh : Nawal Abd Kadir

18 Januari 2010

Selepas kelas Sains Kehidupan dalam Pendidikan selesai, suatu perbincangan telah berlangsung antara AJK Induk dan MT Bina Insan Murabbi ( BIM ) 2010 di luar dewan. Kemudian, aku melangkah menuju cafeteria Kompleks Tun Abdullah Salleh mendapatkan Ikin yang berada di situ. Setelah membeli makanan, aku bertanyakan soal tempat meeting dengan Shuk. Keadaan di situ teramatlah sibuk dan aku membeli makanan untuk dimakan di rumah bersama-sama dengan Yus, Aja dan Nad. Aku kira petang ini aku akan ke Masjid Ukm untuk follow up sumbangan yang aku mohon minggu lepas.

Setibanya di rumah sewa, aku dan rakan-rakan berborak sementara menungu pulangnya si Nad daripada bilik pkmk. Dalam keriuhan itu, telefonku berbunyi menandakan masuknya sms.

' Salam. Petang ni ada latihan abseiling di Rahim Kajai jam 3pm.Kumpul di foyer '

" Eh...ape ni? tadi shuk tak kate pape, tiba-tiba dapat msg mcm ni" aku bersuara.

" msg pe nawal? " aja menyampuk.

Aku membacakan msg itu dengan kuat.

' Ala,..malasnya..tak suke benda ad-hoc cam gini' aku berkata sendiri.

Ketika itu Nad sudah sampai di rumah dan kami makan bersama-sama. Masing-masing sibuk mengatakan tentang event petang itu yang arahanya datang secara ad-hoc. Aku sendiri merasa takut untuk mencuba abseiling itu. Rasa seperti tak bersedia. Namun, bila difikirkan..

' ahh..mesti ramai orang,..tak sempat kot aku buat.." dalam hati ada bisikan seperti ini.

Lama aku mencerna maklumat. Aku cuba berfikiran positif dengan sessi latihan ini. Aku jernihkan fikiran dan kembali bersemangat untuk join latihan petang ini.

Tepat jam 3pm. Aku bersama-sama Nad, Aja, Yus keluar menuju ke Kolej Rahim Kajai. Ikin dan Niza sudah keluar lebih awal kerana Ikin mahu singgah di Kolejnya untuk menukar uniform. Tiba di foyer Kajai,..

" AIk...tak dak sapa pun? Depa kumpul kat mana? " Aku bersuara.

" Kata pukul 3. Ni dah 3.1o..ingat kita yang lewat.." Nad menyambung.

" Takkan tak dak orang mai kot..." Yus menyampuk.

Masing-masing yang baru pertama kali memasuki ruang foyer Kajai berlegar-legar. Aku menghantar sms kepada Shuk. Aku menjengah ke luar dan kelihatan Zaim dan kawan-kawan daripada Pendidikan Sukan dan Rekreasi sudah siap bersedia di bawah pondok merah di luar foyer Kajai.

" Budak sukan pun dah mai.. mana budak-budak kita ni? " Aja bertanya.

Kemudian, Zarimi menelefonku untuk memaklumkan tentang tempahan dewan dan aku meminta dia untuk hadir ke Kajai. Kelihatan Dr. Tajul Ariffin yang baru kukenali petang itu keluar daripada biliknya sambil memegang mug.

" Budak laki mana? " itu soalan pertama yang keluar dari mulut Dr. Tajul.

Kami hanya mampu berkata tidak tahu. Tidak lama kemudian, Shuk tiba. Shuk juga kalut menghantar sms dan menelefon rakan-rakannya. Kemudian, Zarimi tiba dan berborak dengan budak-budak sukan. Kami yang tiba awal ini sedikit gelisah kerana cuaca panas dan berasa tidak selesa. Namun, apabila melihat wajah rakan-rakan yang hadir memberi sokongan dan bersemangat, rasa tidak selesa itu berjaya disingkirkan.

Jam 3.4opm. Dr meminta kami berkumpul di dalam foyer dan duduk beramai-ramai di atas lantai. Peserta muslimat ketika itu ada dalam kira-kira belasan orang dan lelaki hanya 3 orang dengan tambahan Fadhli. Dr memulakan penerangan tentang alat-alat yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti abseiling. Penerangan Dr sangat ringkas dan padat serta mudah difahami oleh kami yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan sukan. Suasana menjadi ceria dengan unsur 'humor' yang ditunjukkan oleh Dr semasa penerangan.

Jam 4pm muncul 3 orang lagi muslimin dan beberapa muslimat. Kemudian, kami diarahkan untuk keluar ke tempat melakukan abseiling iaitu di hadapan foyer Kajai. Dr sekali lagi memberi penerangan tentang cara-cara utk melakukan abseiling. Macam-macam yang Dr terangkan termasuklah aspek keselamatan. Dr turut menyelitkan unsur motivasi dalam kata-katanya. Walaupun cuaca panas, namun tidak terasa kerana seronok mendengar celoteh Dr Tajul di samping melawan rasa getar dalam diri.

Kemudian, Dr meminta wakil daripada Lelaki dan Perempuan. Sudah tentu untuk muslimat, Hajar menjadi tunggak kami kerana dia berani. Tambahan pula dia adalah Palapes manakala lelaki diwakili oleh Shukri. Hajar berjaya melakukan dengan cemerlang.

" Bagus..bagus..ni dah boleh graduate ni.." Dr Tajul memuji Hajar. Kemudian tiba giliran Shukri..

" Shukri kalau tergolek, pindak ke Hussin, jangan duduk Kajai lagi.." Dr mengusik Shuk.

Suasana menjadi ceria dengan usikan utk meninggalkan wasiat dsb. Setelah itu seorang demi seorang mencuba latihan abseiling ini. Aku berhajat namun ketakutan menguasai diri. Aku seorang yang penakut dan gayat. Namun, Aja dengan nada suara ala-ala tentera menggesaku untuk mencuba. Aku mendapat semangat daripada Aja yang sering menyokong aku dan rakan-rakan. Nad, Yus, Aja sentiasa memberikan sokongan terhadapku. Aku bertuah punya rakan seperti mereka.

Aku mencuba merasai kekuatan tali dengan latihan yang Dr anjurkan. Dr Tajul seorang yang sangat baik dan bertolak ansur. Tidak pernah sekali pun semasa latihan itu Dr meninggikan suara. Malah, Dr siap memberikan peneguhan positif yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri, Dr memberikan tunjuk ajar dan kelihatan sangat mengambil berat keselamatan peserta. Aku mengkagumi Dr Tajul dari aspek itu. Dengan izin Allah, aku berjaya menghabiskan juga sessi latihan yang penuh debar itu.

Pelajaran baru yang kuperolehi daripada aktiviti abseiling ini ialah seperti kata Dr Tajul :

1. Mengatasi ketakutan yang ada dalam diri.
2. Yakin dengan kebolehan diri sendiri.
3. Yakin dengan Ilmu abseiling, teknik-tekniknya dsb.

Maka, sangat rugi kepada sesiapa yang tidak hadir. Sebenarnya, aku berkongsi cerita di sini kerana aku merasa sangat terkilan dengan sikap rakan-rakanku yang tidak hadir ke sessi latihan ini. Bayangkanlah out of 150, yang hadir hanya dalam 20+. Budak PI boleh menyatakan mereka ada kelas jam 4pm namun dimana budak PQ? Budak PI juga boleh hadir jam 3 untuk mendengar penerangan jika benar-benar mereka memberi komitmen. Selepas kelas juga mereka boleh hadir, contohnya Zarimi, Aiman dan Nik datang selepas kelas dan masih sempat melakukan latihan tersebut.

Aku sangat terkilan dengan sikap kita para ustaz dan ustazah. Budak Sukan yang jika diikutkan tiada kepentingan untuk berada di situ telah siap sedia sebelum jam 3pm lagi sedangkan para pelajar pipaq yang memerlukan tunjuk ajar dan latihan tidak datang untuk mendengar taklimat tersebut. Aku malu dengan Dr. Aku malu dengan budak-budak sukan.. Aku tidaklah sebaik mana, namun salahkah jika kita semua memberikan kerjasama terhadap benda-benda yang tidak menyalahi ajaran Islam? Salahkah kawan-kawan?

Aku secara peribadi berharap untuk sessi latihan pada Rabu ini, perkara ini tidak akan berlaku lagi. Ketahuilah kawan-kawan, sessi latihan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan keyakinan dalam diri kita terhadap aktiviti abseiling kerana di Pangkor nanti, cabaranya adalah lebih besar. Aku disini hanya berkongsi rasa hatiku dan penilaianku terhadap kawan-kawan pipaq kita. Marilah kita ubah persepsi 'negatif' orang pada kita dengan menjadi seoran yang tidak banyak songeh dan sami'na wa ata'na. Marilah kita berubah wahai kawan-kawan... Tak rugi kita lakukan benda yang bermanfaat untuk diri kita juga,,kan?

Di bawah ini aku kongsikan wajah-wajah yang hadir ke sessi latihan abseiling kali pertama di Kolej Rahim Kajai.

Aisyah, Nad, Odah,Ikin, Aisyah

Ikin yang berani

huhu..

Nad yang nervous sepertiku..


Aja Rahman - kekuatan kami

Gadis ayu yang sahut cabaran..
"ustazah boleh"

Dr Tajul dan Shukri

Dr Tajul Arifin

Ketua Pengarah cuba jugak..!

Sekadar itu cerita yang dapat kukisahkan pada anda.
Hidup ini tidak pernah lari daripada kisah-kisah hidup samada yang kita suka atau pun tidak.
Namun, bukankah sharing is caring?
Teruslah menyokong BIM untuk kebaikan kita bersama juga, insya Allah.

Wallahualam


No comments: