Lama tidak mencoret di sini.
Singgah sebentar muhasabah diri.
Tertulis kata-kata di wall pensyarahku Prof Madya Dr.Ab.Halim Tamuri,
" Pendidik yang cemerlang sentiasa perlu bekorban untuk anak didiknya"...
Cemerlang menurutku harus seimbang dunia dan akhirat. Bagaimana aku menyeimbangkan hidupku sebagai seorang pendidik supaya aku tidak terjerumus ke dalam kancah dunia yang fana ini? Dunia seorang guru yang aku lalui sekarang sangat berbeza dengan apa yang aku lihat guru aku dahulu melaluinya.
" tak cukup tanah " itu kata-kata yang sering terkeluar bagi menunjukkan betapa sibuknya hari-hari seorang pendidik. Lalu dengan kesempatan masa yang sedikit, celah mana harus kita letakkan ruang untuk bekorban?
Allah anugerahkan kita semua jumlah masa yang sama. 24jam. Hanya satu sahaja jalanya supaya masa yang kita lalui terasa panjang dan bermakna. DOA. Memohon kepada Allah supaya masa kita sentiasa cukup untuk melakukan segala kerja yang menjadi tanggungjawab kita. Keberkatan masa itulah sebenarnya yang penting bagi seseorang pendidik sepertiku.
Oh,..terasa berat tanggungjawab setelah bekerja ini. Kata-kata yang diungkapkan indah pada zaman belajar dahulu kini diuji. Mampukah aku berkorban seikhlasnya demi mereka? Demi mereka permata yang sedang menanti untuk digilap setelah sekian lama malap dalam timbusan debu-debu jahiliyah.
Tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku. Aku tidak mahu menjadi biasa. Aku mahu menjadi pendidik yang luar biasa pada azamnya,pengajaranya,kemahiran generiknya,komunikasinya dan segenap aspek..
Kuatkan aku Ya Allah....!!
No comments:
Post a Comment