Let's share yur kind words here... (" _ ")

Wednesday, March 16, 2011

Baitul Dakwah terbina di bulan Mac

Walimatul Urus sahabat-sahabatku
Oleh : Nawal

Cerita 1

Alhamdulillah. Mahligai dakwah antara dua insan yang sangat dikenali dan dikasihi telah terbina pada 13 Mac yang lalu.Mereka ialah pasangan yang terkenal dengan tingginya keperibadian dan sahsiah mereka. Ali Irfan merupakan senior saya di Matri. Dirinya dikenali lewat tugasnya sebagai pengerusi majlis semasa perhimpunan dan juga dia antara 3 Ali yang terkenal dalam batch mereka. Ali Ilman, Ali Zainal Abidin dan Ali Irfan. (saya kenal daripada adik AZAN). Dia semakin dikenali setelah berakhir zaman persekolahanya dan saya pernah bertugas bersamanya pada zaman awal KMK dan Pewaris 4. Begitu banyak yang dapat dipelajari daripada sosok yang layak bergelar ikon remaja muslim ini. 

  Isterinya, Maryam Fatin Hanisah pula merupakan junior saya. Mengenalinya hari demi hari menjadikan saya semakin mengkaguminya. Langkahnya, bicaranya, senyumnya serta tokohnya sangat menyenangkan hati dan menjadi qudwah buat sahabat sekelilingnya. Dia boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja. Itulah yang menjadikan sesiapa sahaja selesa berkomunikasi dengan maryam. Akhir-akhir ni ramai yang memanggilnya kak yam,lalu saya turut terikut memanggilnya begitu. Banyak juga perkongsian cerita yang pernah berlaku antara saya dan kak yam cuma akhir-akhir ini sahaja sudah tidak punya masa dan ruang untuk bekerja bersama-samanya lagi. Hanya doa dihantar dari jauh untuk dirinya. Alhamdulillah, setelah 5 tahun mengikat janji, mereka disatukan dalam majlis penuh sederhana dan barakah.

Saya mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua, contoh yang baik untuk remaja dan pemuda/i Islam hari ini. Barakallahulakuma....

Kami bersama insan yang sgt sepadan ini...
Pemuda-pemuda RIMBA 3 bergambar bersama pengantin n Makcik Pah                                                  

Cerita 2


Ini pula kisah sahabat baik saya. Namanya Siti Nur Zuhaili bt Hussin. Dia saya kenali pada zaman tuisyen semasa umur 15 tahun tetapi ketika itu saya yang merupakan seorang yang pendiam tidak begitu ramah denganya. Saya mula rapat dengan dia yang mesra dengan panggilan 'siti' dalam kalangan kawan-kawanya ketika kami bersama-sama menongkah arus pelajaran di SMKAP,Kangar. Siti merupakan seorang yang tegas dengan prinsip hidupnya. Kami banyak berkongsi tawa, air mata, kecewa, gembira dan juga pernah bosan bersama.hehe. 

Persahabatan ini bertambah mekar apabila kami sama-sama melangkah ke alam Universiti. Kami sekolej! Kolej kediaman kami bernama Kolej Ungku Omar. Bilik saya ketika itu 415 dan biliknya 414. Bilik kami berhadapan. Alhamdulillah. Kami sama-sama menjalani rutin sebagai mahasiswa dan Siti menjadi sahabat yang sangat setia mendengar luahan rasa hati saya. Kemudian pada tahun 4 kami menyewa bersama-sama di Bandar Baru Bangi di seksyen 3 Tambahan. Di rumah ini kami sebilik dan bertambah akrablah saya dan siti. Saya juga antara yang awal diberitahu tentang berita dia dirisik. Siti sangat istimewa di hati saya. Bergaduh dan berjauh hati itu lumrah tetapi itulah yang menjadi pengikat persahabatan kami.

Pada 14hb Mac yang lalu, Siti sah bergelar isteri kepada Saiful Azzam. Seorang abang kepada sahabat baiknya sendiri. Itulah yang dikatakan jodoh kerana Siti tidak pernah bertemu dengan Azzam sehingga hari dia dirisik.Saya tidak pernah berhenti berdoa untuk sahabat baik saya ini. Kadang-kadang saya terasa bagai tidak percaya yang sahabat baik saya sudah menjadi milik orang lain. Rasa masa berlalu begitu pantas. Untuk sahabatku Siti, " andai t baca entri ni, ketahuilah nawal tak pernah lupa doakan kebahagiaan t. T orang yang baik, dan tentu Allah akan jaga t sehingga akhir hayat. Bercintalah sampai ke syurga. Jangan lupa doakan nawal juga"

Pada malam pernikahanya. Siti manis berbaju ungu.
( t, ingat tak surat ungu untuk Nuha?hihi)
Siti dan Azam bersama parents masing-masing

Saya dan Siti beberapa minit sebelum siti bergelar isteri ...


Buat Ali dan Maryam...juga Azzam dan Siti,..selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga kalian terus mengorak langkah bersama-sama menegakkan deen Allah dan melahirkan ramai generasi Khalifatullah untuk Islam...

wallahualam

1 comment:

Syed Ahmad Fathi said...

Oh Abg Ali dah nikah.
Alhamdulillah.
Tahniah tahniah.