Ada apa dengan PEMIKIR?
Oleh : Nawal_sensei
Wah. Sebulan berlalu tanpa coretan. Kesibukan di sekolah dan kekangan tanpa talian internet. Cukupkah alasan itu diberikan untuk mereka yang menanti saya mencoret sesuatu. (ada ke?hihi). Kini, setelah seharian mencari 'rasa' untuk menulis, saya kembali mencoret rasa hati saya untuk anda. (sapa terasa,senyumlah ye)....
>>Apa itu PEMIKIR? <<
Logo PEMIKIR 2 |
PEMIKIR merupakan singkatan bagi Program Usrah Minda Kreatif yang menjadi platform bagi para fasilitator KeARAH (Kelab Remaja Haluan) untuk mengeratkan Ukhuwwah antara para peserta kem-kem atau program-program anjuran KeARAH disamping berfungsi sebagai medium untuk mendidik hati-hati remaja Perlis yang berhajatkan kepada Ilmu dan Islam. Program ini sangat bersesuaian dengan motto KeARAH Perlis sendiri iaitu "Kehadapan, Aktif dan Responsif".
>> Syukur <<
Alhamdulillah. Berkat kesungguhan pemuda pemudi KeARAH Perlis, PEMIKIR telah mengorak langkahnya menjejak PEMIKIR siri 2. Saya tidak berkesempatan untuk mengikuti PEMIKIR siri 1 kerana tarikhnya yang tidak mengizinkan saya untuk bersama mereka. Namun, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana saya berkesempatan bersama para fasilitator untuk PEMIKIR siri 2 ini.
Justeru saya hadir ke Chalet Serbaguna Jabatan Perhutanan Bukit Ayer pada 1 Jun 2011 dengan pelbagai misi. Antaranya adalah untuk mengutip mutiara ilmu sebanyak mungkin, menyerap kekuatan dan semangat pemuda pemudi yang bekerja untuk Islam ini, bertemu dengan adik-adik fasilitator dan peserta, menilai komitmen dan prestasi mereka serta pelbagai misi sampingan. Lantas saya coretkan disini apa yang saya lihat dan rasa sepanjang sehari bersama mereka di PEMIKIR 2 yang bertemakan "Memperkasakan Kecemerlangan Ilmu".
>> Kreatif & Inovatif <<
Sessi Perasmian Pembukaan PEMIKIR disajikan dengan gimik perasmian yang layak saya sebutkan sebagai H.E.B.A.T. Kerana apa? Kerana para pemikir gimik ini berjaya menarik perhatian bukan sahaja adik-adik peserta malah setiap lapisan umur yang berada di sini. Keunikan dan kekreatifan mereka telah menghasilkan video dan gimik yang 'gempak' walaupun hanya bermain dengan kamera biasa juga perisian biasa. Di situlah terletaknya kehandalan mereka. Kredit untuk Ahmad Nabil, Qawiem Khairi dan juga Salim Wahab.
Keterujaan itu benar-benar di rasakan dan elemen ini menjadi antara pemikat PEMIKIR 2 kali ini yang kalian gambarkan sebagai singkat tetapi memikat dalam tulisan-tulisan kalian di Lautan Rabbani, Memori Tasbih juga Mencari dan Terus Mencari....TAHNIAH dan SYABAS kepada kalian yang tidak jemu berusaha mencari jalan untuk me'letup'kan majlis perasmian dengan gimik yang menarik. Teruslah berinovatif dan kreatif dalam mengeluarkan karya-karya dakwah untuk Islam.
>> Padat & Berkesan<<
Forum bertajuk " Memartabatkan Islam melalui Kecemerlangan Ilmu " yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam sangat memberi kesan kepada hati. Terasa segar. Minda terasa dicuci dengan clorox. Ahli panelnya terdiri daripada Abu dan Ummu Zahra' iaitu Ustaz Muhtad dan isterinya Ustazah Faezah. ( mereka merupakan super senior saya semasa di Matri dahulu, saya tingkatan 1, mereka Tingkatan 6). Moderator forum ini pula bijak mengendalikan situasi dan menjadikan forum bertambah menarik. Siapakah Moderator itu? Sudah tentu tidak lain dan tidak bukan...Qawiem Khairi.
Forum singkat yang padat ini sangat memberikan kesan kepada saya sebagai pendidik. Sebagai seorang yang bergelar guru, kadang-kadang juga boleh terkabur matlamat asal dek simbahan jadual padat yang menekan juga rutin - rutin yang kalut serta agenda-agenda yang langsung tidak mengembalikan diri ini kepada matlamat utama iaitu Redha Allah. Sekiranya kita berpegang kepada ultimate goals, sudah tentu perkara-perkara lain tidak akan menjadi batu penghalang kepada perjuangan kita bukan?
Alhamdulillah Allah memilih saya untuk mendengar forum ini. Nak ciplak ayat Pelaut Rabbani untuk situasi ini..."Akhirnya pujian menjadi zikir....".
>> Memikat Hati <<
Antara yang memikat hati peserta tentulah Komandan Kem iaitu Abang S kita iaitu Salim Wahab ( utk sekolah menengah ) dan juga Syahril ( utk sekolah rendah ). Kebijaksanaan memilih kata-kata, lontaran nasihat, cerita-cerita, juga aktiviti yang dijalankan menjadi penarik untuk adik-adik terus bersemangat mengikuti PEMIKIR 2 kali ini. Tidak kurang juga fasilitator lelaki dan perempuan yang manis melontar senyum buat peserta, setia membantu mereka juga beraktiviti bersama mereka menambahkan rasa terpikat peserta kepada program ini. Tahniah buat anda semua.
Pemikat lain tentulah makanannya yang sangat sedap walaupun ringkas. Pada mulanya bolehla Cik Kak AJK Makanan iaitu tidak lain yang cekap lagi cekal 'Kak Ujah' kesayangan ramai atau nama sebenarnya Mahfuzah sembunyikan siapakan caterernya....Tetapi di akhirnya persoalan kepada nasi dan ayam masak kicap serta sayur yang enak itu terjawab juga. Mak Cik Fizah rupanya yang masak. Patutlaa sedap benar. (",)
Pemikat sampingan lain ialah button badge PEMIKIR yang menarik. Lama saya perhatikan betapa 'excited'nya wajah polos adik-adik peserta bila melihat mereka diberikan button badge selepas mendaftar. Maka, elemen ini wajar dikekalkan atau diberi penambahbaikan untuk program akan datang.
>> Ending Story <<
Bagi saya, setiap langkah atau tindakan yang dilaksanakan dengan perancangan yang rapi dan berjalan dengan baik atas keizinan Allah semuanya menjadi penyumbang kepada terpikatnya hati-hati manusia ini kepada program-program seumpama PEMIKIR ini. Alhamdulillah. Tiada kata yang dapat saya lontarkan lagi kepada kamu semua melainkan syabas dan teruskan usaha-usaha mulia ini walau di mana sahaja kita berada.
Sentiasa harus dipesankan kepada diri, walau dimana pun kita berada, walau siapa pun kita, walau sesibuk mana pun kita, tugas hakiki ini harus berjalan dalam kehidupan kita cuma cara dan wasilahnya sahaja yang berbeza. Kerana apa? Kerana kita berkongsi matlamat yang sama, ultimate goals yang sama iaitu inginkan syurga Allah dan untuk kesana kita sangat perlukan Redha Allah..
Akhir kata, macam-macam ada dengan PEMIKIR 2 ini.
Semoga PEMIKIR 2 diredhaiNya.
Adik-adik peserta Putera bersama Fasilitator |
Adik-adik peserta Puteri bersama fasilitator... |
p/s : Terima Kasih kepada adik-adik yang banyak berkongsi dan mendidik diriku....Saya beruntung mengenali kalian semua,,,
5 comments:
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.
tersenyum sendiri membaca coretan sensei Nawal,
tidur lewat malam ni,
sbb yakin ummu ammar bakal menghunuskan penanya,
sungguh! Penantianku tidak sia2. (",)
kami adik2 tumpang gembira dgn kehadirn kak nawal,
juga dari hati.. ingin sgt berjumpa kak nawal di PEMIKiR 2.
Alhamdulillah. Allah perkenankan.
terima kasih sis.
mengenai penulisan di atas,
terasa kerdil diri ini apbl membacanya..
jalan cerita yg tersusun kemas ditambh dgn sulaman kosa kata yg menarik dan berstrategi benar2 menggamit rasa.
Habat2. (",)
'Rasa' itu benar2 hadir apabila ada insan yg benar2 menanti....(",)
Pantas sungguh kamu meninggalkan jejak.
Terima Kasih MQ..
Semestinya pantas kak nawal,
dah lupa ka saya dtg dari mana?
dah lupa ka saya siapa?
jika dah lupa, boleh lihat kembali video gimik PEMIKiR 2..
haha.. (",)
itu belum masuk jenaka dari cg ghazali lagi. lg mantap kak nawal. =)
>> MQ
(>_<)
Uppss,...terlupa sudah,,,,jenakanya boleh dibaca di mana? Kalau tak boleh dibaca,kongsikan di sini....teringin juga hati ni nak tahu..
ada nma ana laa...terbaik2!!!
Post a Comment