Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, November 21, 2011

AlKisah Nadi KMK 2011

Coretan dari Dapur KMK2011
Oleh : nawalsensei

~ Muqaddimah


Kem Minda Kreatif (KMK) 2011 Perlis telah selamat melabuhkan tirainya sekaligus menjadi KMK pertama yang berlangsung di seluruh negara pada tahun ini. Tahniah kepada Pengarah Kem iaitu Cik Nailah Kadir, Timbalannya Syafiq Akmal dan Hanan , juga kepada Komandan Kem Daniel dan Iffahana, serta semua team urusetia dan fasilitator. Tidak lupa kepada para peserta yang mencecah 180 orang,...tahniah kerana memilih untuk mengisi masa cuti anda dengan menyertai kem yang bermanfaat. Semoga Allah redha kita semua.

~ Mengambil keputusan untuk pulang.

Oktober 2011. Surat rasmi Lantikan sebagai Pengawas SPM 2011 diserah oleh kerani sekolah. Warrghhh, rasa nak menjerit sebab sepanjang tahun, saya berdoa perkara ini tidak terjadi. Nak tau sebab apa? 
1. Sebab Mu'az adikku nak SPM tahun ni. Terasa nak berada di Perlis.
2. Sebab KMK2011. Saya mahu berkhidmat di sini.


Setelah saya periksa tarikh-tarikh exam, hari jumaat xda exam..saya merancang untuk pulang. Sekali, hari jumaat itu adalah hari saya perlu berada di sekolah untuk menyerahkan slip peperiksaan. Namun, setelah menimbang dan berfikir, saya telah membuat keputusan untuk pulang berKMK di Perlis. Tiket saya beli. Keputusan itu takkan saya ubah walaupun selepas itu  saya sedar bahawa kerja-kerja saya di SMKBSB masih sangat banyak untuk diselesaikan. Maka, 18.11.2011 jam 9.30pm saya bertolak ke Perlis dan tiba di sana 19.11.2011 jam 5.00am. 

Jam 8.30am.
Saya menjejakkan kaki ke tempat kem dan meninjau suasana tapak dapur KMK yang sunyi tanpa sesiapa, yang ada cuma barang-barang, peralatan dan makanan basah yang diangkut oleh adik-adik, saat itu saya sedar bahawa saya telah membuat keputusan yang tepat untuk pulang ! Syukur kerana pulang. Ya Allah, terima kasih kerana menetapkan hatiku.

~ Langkah bermula.

Saya mengemas dan menyusun atur peralatan supaya senang mendapatkanya apabila diperlukan. Tapak memasak KMK 2011 kali ini merupakan sebuah pondok rehat yang agak luas dan selesa untuk bekerja. Makcik Latifah antara makcik-makcik yang awal datang. Makcik mula mengopek bawang besar dsb. Kemudian, makcik Yati, Makcik Ru, Makcik Rogayah, Makcik Izzah Husna, Cg Norizan dan ramai lagi datang membantu membuat persediaan memasak untuk tengahari. 

Oh lupa nak diberitakan bahawa tauke dapur KMK 2011 kali ialah Makcik Mardziah dan tekongnya pula ialah Mahfudzah a.k.a Ujah. Untuk menu pertama, Ujah tidak dapat bersama kerana perlu bertugas di Hari Kecemerlangan SRIM. Menu yang pertama selalunya ada masalah kerana baru nak set up dan masalah pertama yang dihadapi ialah dalam proses memasak nasi. 

Gigih nak cuba pasang dapur gas....
Rijal yang tak pernah putus asa
Periuk elektrik yang besar tak dak. Yang ada periuk nasi dapur gas tetapi tak bleh nak pasang sebab gas ada, tp kepalanya tiada. Periuk elektrik yang ada kecil, hanya boleh muat 4 mangkuk beras. Saya masak juga nasi dalam periuk tu perlahan-lahan sebanyak 4 kali masak untuk 8kg beras. Kemudian, dengan pelbagai usaha daripada pakcik-pakcik yang sangat cekap, nasi dapat dimasak atas dapur gas. Alhamdulillah.

Dapur sedikit gempar apabila diberitakan peserta bertambah daripada anggaran 80 orang ke 180 orang. Dicampur dengan fasilitator dan urusetia dalam 30 orang, maksudnya jumlah semua ialah 210 orang lebih. Lalu 30kg nasi dimasak untuk tengahari ni. Banyak kan? Sebab kami (Syafiq Akmal dan saya) bajet 10kg beras untuk 60 org berdasarkan KMK tahun lepas. Ermm, namun setelah pemerhatian tahun ni, ada fakta yang perlu diubah, ..tolong ingat anggaran ini ya utk KMK/apa2 program tahun akan datang,..10kg beras boleh dimakan dalam 80orang pelajar remaja. 

Sayur sawi dan kubis. Pakcik Syafie yg tlg masak. TQ Pakcik

Menu Tengahari Hari Pertama.

Lauknya ialah Kari Telur, Sayur Goreng dan Ikan Masin. Makcik-makcik sudah siap pesiang sayur dan mencuci semuanya, saya pun asingkan sayur dan bahan-bahan lain kepada dua bahagian utk makan malam.. tetapi semua yg dibungkus semula terpaksa dibongkarkan kerana jumlah peserta meningkat. Rasa kelakar pun ada bila diingatkan kembali.
 Ini pula gambaran suasana makcik-makcik yang tekun bekerjasama membantu di dapur KMK kali ini...


                                          
                                                         Prof Zakaria dan Pc Miswan tekun membantu mengupas telur rebus
Sementara itu, Abdullah Farhan a.k.a Pa'an dan adik-adik tingkatan 4 berusaha memasang bumbung untuk menutup bahagian pili air supaya tidak terkena hujan.


Pa'an.....


Rekrut 'tenaga' pelapis  baru.

Insya Allah, saya akan memperkenalkan kepada semua adik-adik tingkatan 4 yang diserap menjadi urusetia untuk menjadikan mereka pelapis berkaliber. Bermula dengan panggilan 'cikgu' berakhir dengan panggilan 'kak' sebab bila depa panggil cikgu, saya tak alert. (sbb tak penah ajaq batch depa). Masih saya ingat kata-kata Syafiq O, " Kak, suruh ja depa ni buat kerja apa pun,...tu tujuan depa ni mai sini.."


Dengan mandat yang diberikan oleh Timbalan Pengarah KMK2011, saya pun mula mengarah mereka buat kerja itu dan ini. Mengarah sambil mengajar dan memberitahu apa yang saya tahu.

" Baru kutahu pembelajaran itu bukan sekadar di dalam kelas sahaja" kata Abu Ubaidah

Inilah wajah-wajah terbaru pelapis masa hadapan yang dilatih dengan agak 'kejam' oleh saya dan kakak2/abang2 lain... memberikan gambaran kepada mereka bahawa inilah realiti bekerja dalam kem, pengorbanan sebeginilah yang dituntut dan kesabaran inilah yang mendidik diri kita... Mereka yang sangat komited dalam mendengar arahan ini ialah Abu Ubaidah, Syaarani, Muhammad Arif (dalam gambar di atas) dan adik-adik puteri pula ialah Izyan dan Nabihah. 


 Alhamdulillah, pelbagai perkara yang dipelajari bermula dengan hidupkan dapur gas, masak air gula dalam periuk, bancuh teh dalam periuk besar, pesiang ikan 30kg, pesiang ayam utk 200 orang makan, basuh periuk, kemas khemah makanan, goreng bihun di waktu subuh, dan sebagainya. Sangat terharu dapat bekerja dengan mereka. Jangan serik nooo.....(^_^) 


Syaarani bertugas bersama kami dari jam 4am-subuh.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam berkenaan dengan aksi ahli rekrut baru di dapur KMK2011.


Sifu Syakir dan Sifu Hanan mengajar adik-adik cara untuk pesiang ikan kembung.


Kami seronok belajar banyak perkara baru....


First time ka pegang ikan kembong fresh daripada laut macam ni? 


Ikan sumbat jari Arif....


Tekun pesiang ikan yang berkilo-kilo


Acara membasuh telur untuk direbus


Ikan kembong sebelum dibakar... Air tangan siapa tah?

Sesunguhnya kerja-kerja di dapur tidak pernah berkesudahan daripada awal pagi sehingga lewat malam. Perlu daya kekuatan fizikal dan minda yang betul-betul kuat untuk bertahan daripada proses penyediaan seperti menyiang, membasuh, memasak kemudian kepada sessi menghidangkan makanan, kemudian harus pula mengemas tempat makan dan tempat masak dan kemudian terus bersedia untuk sessi makan/minum yang seterusnya. 


Walaupun belengas/berpeluh-peluh, banyak yang dipelajari apabila kita berada di dapur. Di sinilah kita banyak mengetahui petua-petua daripada makcik/pakcik, dapat kenal rapat dengan mereka, dapat belajar daripada sahsiah, kesungguhan dan kesabaran mereka .Jika dapur tidak berfungsi maka seluruh jentera program akan terjejas dek perut yang minta diisi. Itu fitrah manusia,bukan? Makan untuk hidup dan bekerja bukan hidup untuk makan. Justeru dapur sesuatu kem adalah nadi bagi sesuatu program kan? Maka, ini adalah sebahagian kecil coretan Nadi KMK2011. 


Terima Kasih kepada semua.
Minta maaf kepada orang-orang tertentu kerana sangat lambat menyiapkan entri ini. (sbnrnya tak siap pun, ...hehe) tetapi Allah izin malam ni berjaya menamatkan ayat hingga ke ayat yang terakhir di bawah ini.


Moga ada sedikit manfaat daripada perkongsian yg sedikit ini.
Wallahualam.

1 comment:

Qawiem Khairi said...

sambung2.. xsabar nk baca. ^^