Let's share yur kind words here... (" _ ")

Tuesday, March 15, 2011

Dari Dapur RIMBA 3 (2)

Langkah seorang daie
Cerita Rimba (2)

Tekun mengacau  Bihun
13 Mac bermula seawal 4.30 pagi apabila Hannan dan Syafiq sudah berada di dapur merendam bihun. Saya tiba di dapur pada jam 5.15 pagi dan  Syafiq sudah mula menumis round pertama Bihun Rimba. Bihun Rimba ni penuh sederhana. Bahannya sangat mudah dan ringkas. Hanya ikan bilis menjadi perencah. Bukan itu yang mahu dihilightkan tetapi kesungguhan dan kesanggupan adik-adik berdua ini menjadi inspirasi saya untuk terus sabar melawan keletihan dan kantuk dinihari. 

Hannan dengan bihun yang direndam lalu ditoskan...

Saya tidak mampu untuk mengacau bihun dalam belanga sebesar ini.
Alhamdulillah, ada orang ni.
Hampir Subuh, Yat datang membantu. 
Subuh : barulah yang lain-lain muncul membantu.
Time ni dah masuk round keempat dah....
muaz in charge air teh...mcm2 ragam pulak adik saya nih...
Yat n Hazwan amik alih tugas untuk round yang kelima sbb syafiq g solat subuh..
Menu Bihun Rimba : Tumiskan bawang yg dihiris, kemudian masukkan bawang besar dan
bawang putih yang diblend bersama lada hitam, then masukkan sos tiram, sedikit cili giling dan kicap pekat.
Masukkan garam secukup rasa, dan ikan bilis. Setelah sebati masukkan bihun. Adjust ikut citarasa sahaja.
Mudah dan katanya sedap. Alhamdulillah.
Aktiviti pagi bermula selepas selesai sarapan iaitu aktiviti Jaulah Sirah ke Bukit Ayer. Adik-adik jelas begitu gembira dengan aktiviti outdoor ini. Sebelum itu, mereka bergambar dahulu untuk kenang-kenangan.


Fasilitator, JK Keselamatan dan JK Dokumentasi
Setia berkhidmat untuk RIMBA...
Peserta puteri bersama-sama dengan fasilitator dan urusetia
Ini adalah sessi melakar memori bersama adik-adik RIMBA. Kami yang berada di dapur terasa malas mahu melangkah ke sana. Maklumlah baru sahaja selesai dengan sessi makan pagi kan.Namun, ada seseorang melangkah menuju ke dapur dan mengarahkan kami untuk menyertai mereka yang sedang bergambar di padang kawad. " Kak Nawal, This is an order"... hah sudah dah...Bila Pengarah dah kata macam tu,..kena laa ikut. " Join ja,..xmandi pun xpa,bukan bau pun dalam gambar"...Itu kata-katanya sambil berpaling menuju ke padang kawad.
Inilah dia Pengarah yang 'memahami' itu.

Adik-adik putera posing atas arahan kem kom abang salim..

peserta putera dan fasilitator serta urusetia
Para fasilitator dan Urusetia RIMBA 3.
Dalam gambar ini adalah sebahagian fasilitator dan urusetia. Nampak tu pakcik Ghazali duk gamit siapa-siapa lagi yang lambat. Lalu, saya menyeru " Pakcik,turun tangan tu"...sebab saya nak snap dulu mana yang ada. Bunyi macam garang ja kan? Minta maaf pakcik, tak niat nak marah pakcik tapi nak ambil dulu mana yang ada. Sumimasen. 

ni baru molek sket...hehe
Berikut merupakan gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan.

Puteri-puteri masa solat subuh
Jaulah Sirah..merentas Rimba
Hadapan sekali : Abdullah Umar bersama ahli kumpulan.
Putera-putera waktu solat maghrib kalo xsilap
Fasi n urusetia menjamu selera,..berjemaah
Si cilik makan bersama-sama..sungguh comel..
AJK Makanan yg superb!
Menu masakan makcik mardziah dan makcik latifah
Pengarah Produksi dan Penerbitan KeARAH..insya Allah lebih mantap lg...
Tuu dia...Tauke Nasi kita...
Mengelap pinggan..menghabiskan baki tembikai...rajin sungguh
adik berdua nih...
Sekian sahaja coretan daripada Dapur Rimba 3..

Maaf dipinta kepada semua adik-adik  team RIMBA kerana tidak dapat serta membantu sepenuhnya. Hanya sekadar  memberikan pandangan dan nasihat dan muncul pada hari program membantu seadanya sahaja.

Wallahualam.

Monday, March 14, 2011

Dari Dapur RIMBA 3

Cerita RIMBA 3

Kangar 12&13 Mac 2011, Eagle Park Resort,Bukit Ayer,Perlis.- Saya tiba di Perlis jam 6pagi dan bertolak ke tapak Kem pada jam 7pagi. Sungguh saya teruja untuk berjumpa dengan semua adik-adik yang sudah lama tidak ketemu. Gerak kerja bermula seawal pagi itu. RIMBA kali ini saya bergerak di bawah AJK Makanan yang diketuai oleh Hannan. Saya hanyalah watak tempelan dalam cerita RIMBA ini dan cerita saya ini hanyalah cebisan kecil daripada RIMBA 3 yang berlangsung kali ini. Maka, berkisahlah saya di sini bersulam gambar-gambar untuk tatapan anda...

Muaz dan Hazwan : Giat membantu di Dapur Rimba..
Menu kudapan hari pertama merupakan kuih dan air teh panas. Menerima aduan tentang air terlalu panas dan teh terlalu manis merupakan kritikan pertama AJK makanan kali ini. Lantas air kosong disediakan untuk adik-adik cilik ini. Oh ya, untuk pengetahuan semua, RIMBA merupakan singkatan Rekreasi Minda Bestari yang dianjurkan khas buat adik-adik sekolah rendah di Perlis dan kawasan terdekat. 

Kakak-kakak menghidangkan makanan untuk adik-adik.
Perancang dan penyusun JK Makanan RIMBA kali ini diterajui oleh Saudari Mahfuzah atau lebih mesra dengan panggilan Ujah. Namun, ujah tidak dapat hadir dan segala wasiat ditinggalkan kepada Hannan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Hannan kini menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan di medan dapur.

jemput makan dik!
Saya sempat merakam gambar adik-adik sedang menikmati juadah tengahari. Menunya sederhana. Ikan goreng (fresh daripada laut,sangat manis dan best...thanx to Pak Syed), sayur kobis dan karot serta sambal belacan. Kecur air liur ditambah dengan ikan yang digoreng garing oleh Pak Jo. (ayah kak sanihah)..Saya ada juga memujuk beberapa orang adik-adik yang pada awalnya tidak mahu makan,..setelah dipujuk habis sepinggan dimakanya. Alhamdulillah. Penting juga mengajar adik-adik ini kesederhanaan dalam menjamu selera demi meningkatkan rasa syukur dalam diri kita.
Adik yang ceria dan 'murai' mulutnya,...Taqiyuddin atau Udin..
Abang-abang melayani kerenah adik-adik

Juadah tengahari ini diserikan dengan buah tembikan merah dan kuning sumbangan Pakcik Hamid dan Makcik Mardziah. Sedapnya tembikai ini dimakan pada tengahari yang panas. Kalau orang utara kata 'panah lit lit'. Air pula agak istimewa iaitu Air Jus Mangga yang mana kordialnya di sponsor oleh pihak kedai makan saparu. Terima Kasih diucapkan.

Dua sahabat. Berkongsi pinggan. Mereka pernah diuji bersama-sama. Keperitan dan kepayahan yang dilalui hanya mereka berdua sahaja yang faham hakikat sebenar2nya. Persahabatan yang terjalin atas dasar Ukhuwwah Islamiyyah ini jelas memancarkan suatu energi yang positif untuk Islam. Mereka kini sudah mampu melangkah ke hadapan. Kuasa Allah Maha Hebat. Baru beberapa bulan yang lalu, setelah selesai KMK,saya melihat salah seorang daripada mereka mengasingkan diri di tangga dewan. Tidak mahu bercampur lantaran rasa 'rendah diri' akibat kekurangan yang ada. Namun, kini insan itu sudah berdiri gagah memikul amanah sebagai Pengarah RIMBA 3. Bangga melihat dirinya kembali bersemangat dan yakin akan kebolehan diri.


 Seorang lagi, saya ikuti luahan rasa dan cerita-ceritanya di blognya. Sangat perit melihat mereka berjuang menongkah pelbagai rasa sebelum sembuh seperti sediakala. Rasa sedih, kecewa, terkilan, bersulam rasa redha, tabah,kuat menjadikan kisah mereka suatu pengajaran juga buat saya yang pernah kehilangan upaya kaki buat sementara sama seperti mereka. Kini, insan itu sudah mula kembali menjadi dirinya yang dahulu malah lebih hebat lagi. Kreatif menghasilkan video-video, aktif berlakon, dan senyum yang terukir membuktikan dirinya sudah bersedia untuk kembali berkhidmat untuk Islam. Alhamdulillah. Tahniah untuk kamu berdua.

Pakcik menikmati nasi...saya pula kaco pakcik makan...
Bapa KeARAH Perlis. Pakcik yang di atas ini ialah seorang guru. Guru Bahasa Melayu. Namanya Cg.Ghazali Saad. Saya boleh dikatakan membesar bersama-samanya. Saya mengenali guru ini semenjak kecil lagi. Sering saya lihat pakcik ini di program-program aulad semasa saya kanak-kanak. Saya terus melihat dan berjumpa dengan pakcik ini di program-program remaja seperti KMK ketika saya melalui alam menengah dan saya masih bertemu dengan pakcik ini ketika saya menjadi fasilitator atau urusetia semasa saya melayari alam IPT dan kini saya tetap dan masih bertemu dengan pakcik ini malah bekerja bersamanya di saat saya melangkah masuk ke alam pekerjaan. Itulah Pakcik Ghazali atau singkatanya CGBS. 

Anaknya sebaya dengan saya. Taqiyah Khadijah namanya. Semakin hari saya semakin mengenali sosok insan bertubuh kurus ini. Kesabaranya pernah dan menjadi contoh buat diri saya. Ketenangan dan kebijaksanaanya dalam mengendalikan remaja membanggakan. Saya banyak belajar daripada CGBS. Saya sentiasa mendoakan CGBS sihat dan terus bersama mengorak langkah memajukan KeARAH untuk Islam. Diam-diam saya pernah berniat untuk mengikuti jejak langkah CGBS bersama remaja memantapkan program-program mendidik anak-anak remaja sekolah dalam mengambil Islam sebagai cara hidup.

Cg Husna, Ust Yazid dan Salman
Ust Yazid dan Kak Husna sekeluarga (Mujahid,Basyir,Farouq) 
Slot penyampaian petang hari pertama RIMBA disampaikan dengan penuh semangat oleh Ust Yazid. Selesai sahaja slot itu, Ust dan keluarga menikmati sedikit jamuan petang (kuih-kuih) di bawah pokok. Ala-ala open air dan kredit untuk pengarah yang beri cadangan ini. Ceria sahaja suasana semasa makan-makan ini.Jazakallah ustaz dan kak husna kerana sudi hadir.


Kerja-kerja di dapur memang tiada hentinya. Adik-adik peserta dijamu dengan biskut gula dan air teh untuk minum petang. Persediaan untuk juadah makan malam terus berjalan. Menu makan malam ialah telur masak kicap,asam pedas ikan goreng dan sayur. Kehadiran adik-adik di atas ini mempercepatkan proses menggoreng telur. Tetapi kemunculan hero di bawah ini lebih mempercepatkan proses menggoreng 150 biji telur ayam.

hero : akhyar (yat) dan syafiq O

Penyediaan menu makan malam berjalan dengan lancar kecuali kes nasi tidak cukup. Anggaran kami tersasar sedikit kemungkinan kerana adik-adik peserta terlalu lapar setelah aktiviti riadhah. Sepapan telur ditambah dan masak kicap dimasak untuk kali kedua kerana masih ramai fasi dan urusetia belum makan lagi. Supper pada malam ini disponsor oleh Laziz Bakery yang telah menaja roti untuk peserta. Alhamdulillah.

Saya bergambar bersama makcik-makcik kesayanganku. Mak Cik Mardziah dan Mak Cik Maimunah. Kedua-duanya merupakan seorang guru. Mereka tidak kekok bekerja bersama-sama remaja dan pemuda seperti kami. Mereka ternyata sangat hikmah dalam memberikan nasihat dan teguran. Suka saat berada bersama mereka.

Opps...ini bukan tangan yang memasak.hehe... dijari mereka ialah tepung yang berperanan sebagai bedak sejuk untuk games bersama adik-adik. Sangat ceria dan gembira adik-adik dan akak-akak nih...

Bertanggungjawab. Rajin. Boleh tahan leternya..
Sessi syahdu lagi menyedihkan sememangnya tidak dapat dipisahkan apabila bekerja di dapur. Sob..sob..sob..saya baru sahaja mengupas 6 ulas bawang besar, sudah meleleh-leleh air mata. Mereka berdua tidak kurang juga sedihnya kerana mengupas lebih baaaaaaaaanyak bawang daripada saya. Terima Kasih adik-adikku...


Ha....inilah dia.saat memperkenalkan orang kuat dapur RIMBA kali ini. Inilah Hannan. Semua orang di kem RIMBA ini merasa air tangan Hannan kerana semua nasi dimasak oleh Hannan tanpa campur tangan pihak lain. Kebolehanya dalam mengukur air dan memasak nasi dengan baik sangat ditabik. Hannan juga sangat berdisiplin dan punya kudrat yang banyak serta ketahanan mental yang tinggi. Tugas di dapur dijalankan sebaik-baiknya tanpa jemu juga tanpa rehat. Keletihan tampak diwajahnya namun dia masih setia bekerja di dapur. Tahniah Hannan. 


Juadah hari kedua. Sedap ke tak ayam masak merah ini tidak saya ketahui kerana tidak punya kesempatan untuk merasanya. Terliur sekejap tengok ayam ni. 

Sayur buncis dan karot.


Banyak sudah yang dilaporkan daripada dapur RIMBA 3. Saya memohon maaf andai saya ada mengguris hati sesiapa. Semoga kita semua dapat bekerja lagi di Kem -kem akan datang. Kalau rajin saya akan sambungkan lagi Dari Dapur RIMBA untuk post akan datang.


SATRIA JUARA!

Cerita Hari Sukan Sekolah 2011
Oleh : Nawal_sensei

Mengimbau kenangan Kejohanan Olahraga SMKBSB 2011 sememangnya membawa senyuman yang hanya segelintir sahaja yg akan memahaminya. Rumah sukan yang diwakili 4 warna Biru,Merah,Kuning dan Hijau dinamakan sebagai Satria, Waja, Wira dan Jaguh. Semangat kesukanan dan sepasukan menyumbang kepada kemeriahan kejohanan yang berlangsung pada 5 Mac lepas.

Setelah mengharungi pelbagai acara dan kepenatan, hero dan heroin Biruku...atau lebih tepat Atlet rumah Satria telah menyumbang sebanyak 19 pingat emas serta berbelas pingat perak dan gangsa untuk rumah Biru ini. Jauh meninggalkan rumah sukan lain di belakang. Namun, ujian Allah ada di mana-mana kerana pada hari sukan tersebut, Satria tidak dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan. Riak kecewa dan sedih atlet2 jelas terpancar di wajah mereka. Ketenangan Ketua Rumah menerima kekalahan menjadi contoh buat yang lain terus menerima keputusan hakim dengan rela serta tidak membuat kecoh.

Ternyata ketenangan itu berbalas. Pada Hari Isnin, suatu pengumuman telah dibuat. Rupa-rupanya terdapat kesilapan dan Satria diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan pada tahun ini. Alhamdulillah. Saya sebagai guru hanya mampu merasa kelegaan yang besar dalam jiwa kerana akhirnya atlet2 yang menyumbang begitu banyak pingat kepada rumah sudah tersenyum lebar kelegaan. Puas kerana usaha mereka membuahkan hasil yang membanggakan. Tahniah buat semua atlet rumah Satria, juga kepada barisan peserta perbarisan kawad kaki dan TTS, juga kepada yang membantu daripada segi teknikalnya. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian.

Keseronokan berhari sukan setahun sekali pada zaman sekolah ini tidak wajar dilepaskan oleh semua pelajar.
Jom tengok gambar mana sempat dirakam....

Shahruz Fariz...membantu guru dokumentasi..

Bersama maskot rumah satria...belon biru umpama beri biru yg menjadi tema umah Satria

Kenangan bersama rumah Jaguh..

Dua teruna..anak angkatku dari rumah Wira..Sabri dan Afif..

Guru Rumah Waja..
Kak Maryam, Ain dan Kak Aasha

Atlet Sekolah yg juga atlet Kebangsaan..

Perbarisan rumah satria..

We fight...We Conquer..We Win..

Tahniah kepada semua...

Thursday, February 24, 2011

Pendidik yang cemerlang....

25 Februari 2011

Lama tidak mencoret di sini.

Singgah sebentar muhasabah diri.

Tertulis kata-kata di wall pensyarahku Prof Madya Dr.Ab.Halim Tamuri, 

" Pendidik yang cemerlang sentiasa perlu bekorban untuk anak didiknya"...

Cemerlang menurutku harus seimbang dunia dan akhirat. Bagaimana aku menyeimbangkan hidupku sebagai seorang pendidik supaya aku tidak terjerumus ke dalam kancah dunia yang fana ini? Dunia seorang guru yang aku lalui sekarang sangat berbeza dengan apa yang aku lihat guru aku dahulu melaluinya. 

" tak cukup tanah " itu kata-kata yang sering terkeluar bagi menunjukkan betapa sibuknya hari-hari seorang pendidik.  Lalu dengan kesempatan masa yang sedikit, celah mana harus kita letakkan ruang untuk bekorban?

Allah anugerahkan kita semua jumlah masa yang sama. 24jam. Hanya satu sahaja jalanya supaya masa yang kita lalui terasa panjang dan bermakna. DOA. Memohon kepada Allah supaya masa kita sentiasa cukup untuk melakukan segala kerja yang menjadi tanggungjawab kita. Keberkatan masa itulah sebenarnya yang penting bagi seseorang pendidik sepertiku. 

Oh,..terasa berat tanggungjawab setelah bekerja ini. Kata-kata yang diungkapkan indah pada zaman belajar dahulu kini diuji. Mampukah aku berkorban seikhlasnya demi mereka? Demi mereka permata yang sedang menanti untuk digilap setelah sekian lama malap dalam timbusan debu-debu jahiliyah.

Tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku. Aku tidak mahu menjadi biasa. Aku mahu menjadi pendidik yang luar biasa pada azamnya,pengajaranya,kemahiran generiknya,komunikasinya dan segenap aspek..

Kuatkan aku Ya Allah....!!

Saturday, January 22, 2011

Merentas Desa Sekolah Saya !

 Assalamualaikum wrht.

 Hari ini 22 Januari 2011. Masuk 2 bulan saya menjadi ahli keluarga SMK BSB (Sek Men Keb Bandar Sg.Buaya). Inilah pandangan hadapan SMK BSB yang tersergam di atas bukit dan dapat dilihat di mana-mana perumahan yang terletak di sekeliling sekolah ini.
Di sinilah saya mula bergelar guru secara rasmi di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Alhamdulillah, saya masih sihat dan bertenaga melalui hari-hari saya di sini.

Sekolah ini jumlah pelajarnya mencecah 1200 orang dengan 71 orang guru. 

 Ini adalah antara para pelajar tingkatan 1 Battani yang rajin datang ke sekolah pada hari cuti untuk membersihkan tingkap, kipas, lantai serta menghias kelas. Tahniah!

 Ya. Inilah dia antara guru yang sangat banyak membantu saya daripada mula saya mengenalinya sehingga sekarang ini. Namanya Pn.Rohana Bulat. Saya memanggilnya dengan gelaran Kak Na. Kak Na ni orang Perlis juga dan merupakan orang kuat SUKAN di sekolah ini. Cergas, aktif dan tangkas sekali orangnya.

Ini pula permandangan di garisan penamat untuk acara merentas desa SMK BSB pagi tadi. Bangunan belakang tu merupakan bangunan sek ren yang terletak bersebelahan ja dengan sekolah menengah.


Barisan Penjaga Masa untuk kategori P2 (perempuan tingkatan 1,2,3)

 Suasana di awal pagi,..berkumpul di dataran sekolah...nama dataran ni Seven Twenty Square (7.20)..agaknya sebab pelajar kena kumpul kat kotak ni pada jam 7.20am sbb tu namanya jadi gini...hehe

 Banner tahun ini

 Pelajar Lelaki Tingkatan 1,2,3...lari!!!

Pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5..
(nampak cam warna biru je ramai nih..hehe)

 Persembahan menimbang bola...dari SMK Bukit Sentosa..

 Ketua Rumah Satria...

 Inilah Ramizah...kawan saya yg sama2 baru posting di sini...

 Ini Eiyad Hamzi,..pelajar 1 Battani dari Rumah Satria yg dapat No2...

Shafiq,..ketua Rumah Satria yg dapat No1 kategori Lelaki 1

 Barisan pencatat peserta yang menang...

 Pelajar Tingkatan 1..

 Rumah Satria..

 Makan-makan,...

Hakim penamat yang setia menanti peserta yang lambat sampai....panas nih...

wallahualam