Cerita RIMBA 3
Kangar 12&13 Mac 2011, Eagle Park Resort,Bukit Ayer,Perlis.- Saya tiba di Perlis jam 6pagi dan bertolak ke tapak Kem pada jam 7pagi. Sungguh saya teruja untuk berjumpa dengan semua adik-adik yang sudah lama tidak ketemu. Gerak kerja bermula seawal pagi itu. RIMBA kali ini saya bergerak di bawah AJK Makanan yang diketuai oleh Hannan. Saya hanyalah watak tempelan dalam cerita RIMBA ini dan cerita saya ini hanyalah cebisan kecil daripada RIMBA 3 yang berlangsung kali ini. Maka, berkisahlah saya di sini bersulam gambar-gambar untuk tatapan anda...
Muaz dan Hazwan : Giat membantu di Dapur Rimba.. |
Menu kudapan hari pertama merupakan kuih dan air teh panas. Menerima aduan tentang air terlalu panas dan teh terlalu manis merupakan kritikan pertama AJK makanan kali ini. Lantas air kosong disediakan untuk adik-adik cilik ini. Oh ya, untuk pengetahuan semua, RIMBA merupakan singkatan Rekreasi Minda Bestari yang dianjurkan khas buat adik-adik sekolah rendah di Perlis dan kawasan terdekat.
Kakak-kakak menghidangkan makanan untuk adik-adik. |
Perancang dan penyusun JK Makanan RIMBA kali ini diterajui oleh Saudari Mahfuzah atau lebih mesra dengan panggilan Ujah. Namun, ujah tidak dapat hadir dan segala wasiat ditinggalkan kepada Hannan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Hannan kini menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan di medan dapur.
jemput makan dik! |
Saya sempat merakam gambar adik-adik sedang menikmati juadah tengahari. Menunya sederhana. Ikan goreng (fresh daripada laut,sangat manis dan best...thanx to Pak Syed), sayur kobis dan karot serta sambal belacan. Kecur air liur ditambah dengan ikan yang digoreng garing oleh Pak Jo. (ayah kak sanihah)..Saya ada juga memujuk beberapa orang adik-adik yang pada awalnya tidak mahu makan,..setelah dipujuk habis sepinggan dimakanya. Alhamdulillah. Penting juga mengajar adik-adik ini kesederhanaan dalam menjamu selera demi meningkatkan rasa syukur dalam diri kita.
Adik yang ceria dan 'murai' mulutnya,...Taqiyuddin atau Udin.. |
Dua sahabat. Berkongsi pinggan. Mereka pernah diuji bersama-sama. Keperitan dan kepayahan yang dilalui hanya mereka berdua sahaja yang faham hakikat sebenar2nya. Persahabatan yang terjalin atas dasar Ukhuwwah Islamiyyah ini jelas memancarkan suatu energi yang positif untuk Islam. Mereka kini sudah mampu melangkah ke hadapan. Kuasa Allah Maha Hebat. Baru beberapa bulan yang lalu, setelah selesai KMK,saya melihat salah seorang daripada mereka mengasingkan diri di tangga dewan. Tidak mahu bercampur lantaran rasa 'rendah diri' akibat kekurangan yang ada. Namun, kini insan itu sudah berdiri gagah memikul amanah sebagai Pengarah RIMBA 3. Bangga melihat dirinya kembali bersemangat dan yakin akan kebolehan diri.
Seorang lagi, saya ikuti luahan rasa dan cerita-ceritanya di blognya. Sangat perit melihat mereka berjuang menongkah pelbagai rasa sebelum sembuh seperti sediakala. Rasa sedih, kecewa, terkilan, bersulam rasa redha, tabah,kuat menjadikan kisah mereka suatu pengajaran juga buat saya yang pernah kehilangan upaya kaki buat sementara sama seperti mereka. Kini, insan itu sudah mula kembali menjadi dirinya yang dahulu malah lebih hebat lagi. Kreatif menghasilkan video-video, aktif berlakon, dan senyum yang terukir membuktikan dirinya sudah bersedia untuk kembali berkhidmat untuk Islam. Alhamdulillah. Tahniah untuk kamu berdua.
Pakcik menikmati nasi...saya pula kaco pakcik makan... |
Bapa KeARAH Perlis. Pakcik yang di atas ini ialah seorang guru. Guru Bahasa Melayu. Namanya Cg.Ghazali Saad. Saya boleh dikatakan membesar bersama-samanya. Saya mengenali guru ini semenjak kecil lagi. Sering saya lihat pakcik ini di program-program aulad semasa saya kanak-kanak. Saya terus melihat dan berjumpa dengan pakcik ini di program-program remaja seperti KMK ketika saya melalui alam menengah dan saya masih bertemu dengan pakcik ini ketika saya menjadi fasilitator atau urusetia semasa saya melayari alam IPT dan kini saya tetap dan masih bertemu dengan pakcik ini malah bekerja bersamanya di saat saya melangkah masuk ke alam pekerjaan. Itulah Pakcik Ghazali atau singkatanya CGBS.
Anaknya sebaya dengan saya. Taqiyah Khadijah namanya. Semakin hari saya semakin mengenali sosok insan bertubuh kurus ini. Kesabaranya pernah dan menjadi contoh buat diri saya. Ketenangan dan kebijaksanaanya dalam mengendalikan remaja membanggakan. Saya banyak belajar daripada CGBS. Saya sentiasa mendoakan CGBS sihat dan terus bersama mengorak langkah memajukan KeARAH untuk Islam. Diam-diam saya pernah berniat untuk mengikuti jejak langkah CGBS bersama remaja memantapkan program-program mendidik anak-anak remaja sekolah dalam mengambil Islam sebagai cara hidup.
Cg Husna, Ust Yazid dan Salman |
Ust Yazid dan Kak Husna sekeluarga (Mujahid,Basyir,Farouq) |
Slot penyampaian petang hari pertama RIMBA disampaikan dengan penuh semangat oleh Ust Yazid. Selesai sahaja slot itu, Ust dan keluarga menikmati sedikit jamuan petang (kuih-kuih) di bawah pokok. Ala-ala open air dan kredit untuk pengarah yang beri cadangan ini. Ceria sahaja suasana semasa makan-makan ini.Jazakallah ustaz dan kak husna kerana sudi hadir.
Kerja-kerja di dapur memang tiada hentinya. Adik-adik peserta dijamu dengan biskut gula dan air teh untuk minum petang. Persediaan untuk juadah makan malam terus berjalan. Menu makan malam ialah telur masak kicap,asam pedas ikan goreng dan sayur. Kehadiran adik-adik di atas ini mempercepatkan proses menggoreng telur. Tetapi kemunculan hero di bawah ini lebih mempercepatkan proses menggoreng 150 biji telur ayam.
Opps...ini bukan tangan yang memasak.hehe... dijari mereka ialah tepung yang berperanan sebagai bedak sejuk untuk games bersama adik-adik. Sangat ceria dan gembira adik-adik dan akak-akak nih...
Bertanggungjawab. Rajin. Boleh tahan leternya.. |
Sessi syahdu lagi menyedihkan sememangnya tidak dapat dipisahkan apabila bekerja di dapur. Sob..sob..sob..saya baru sahaja mengupas 6 ulas bawang besar, sudah meleleh-leleh air mata. Mereka berdua tidak kurang juga sedihnya kerana mengupas lebih baaaaaaaaanyak bawang daripada saya. Terima Kasih adik-adikku...
Ha....inilah dia.saat memperkenalkan orang kuat dapur RIMBA kali ini. Inilah Hannan. Semua orang di kem RIMBA ini merasa air tangan Hannan kerana semua nasi dimasak oleh Hannan tanpa campur tangan pihak lain. Kebolehanya dalam mengukur air dan memasak nasi dengan baik sangat ditabik. Hannan juga sangat berdisiplin dan punya kudrat yang banyak serta ketahanan mental yang tinggi. Tugas di dapur dijalankan sebaik-baiknya tanpa jemu juga tanpa rehat. Keletihan tampak diwajahnya namun dia masih setia bekerja di dapur. Tahniah Hannan.
Juadah hari kedua. Sedap ke tak ayam masak merah ini tidak saya ketahui kerana tidak punya kesempatan untuk merasanya. Terliur sekejap tengok ayam ni.
4 comments:
hmmm...
dapat pengarah OKU..hehe...makanan sgt sedap pada hari last..time makan ayam...mmg rugi kalau tak makan...:D
Ish...di hati UA Pengarah RIMBA dah tak OKU dah....sedap ke? tu ayam UA yg gaul garam n kunyit..he3..tp tak sempat merasa ayam yg dikatakan pedas itu...
entry yg mengusik rasa dan hati,
perasaan bercampur baur diselang-seli sayu dan syahdu,
mahu ketawa juga ada,
semuanya 'Dari Dapur Rimba 3',
manarik!!
Allahuakhbar.
moga Allah kasih. (",)
~ MQ ~
MQ..apakah yg timbulkan rasa mahu ketawa?hehe..
alhamdulillah,kerana diberi kekuatan untuk berkongsi..kadang2 kalau Allah tak izin, tak menjadi juga entri..nak tulis rasa xda idea..Subhanallah,,
Moga Allah sayang kita juga..
Terima Kasih jenguk sini..
Post a Comment