Let's share yur kind words here... (" _ ")

Saturday, October 29, 2011

Pengalaman: Kursus Tahsin Al-Quran

Oleh : Nawal_sensei

Alhamdulillah. Saya buat kali pertamanya setelah bergelar guru, diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti sebuah kursus yang bertempat di Pulau Pangkor,Perak. Seperti dalam gambar di atas, kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para guru Kelas Kemahiran Al-Quran(KKQ) seluruh negeri Selangor untuk bertalaqqi dan musyafahah dengan murabbi al-Quran khas dalam bidang Tarannum dan Qiraat.


Kami menginap di Pangkor Coral Bay Resort. Saya berkongsi apartmen 3 bilik ini dengan 5 orang rakan guru yang akan saya perkenalkan di bawah. Inilah bilik saya dan ustazah Syakirah.


Selepas Maghrib, sempat saya menanda kertas Pendidikan Islam Tingkatan 4 sementara menunggu waktu untuk Slot seterusnya.


Membaca Al-Quran sambil mempraktiskan apa yang dipelajari. 


Inilah tok guru tarannum kami. Ustaz Zainul Ariffin. Sungguh merdu dan mantap suaranya. 


Alat perakam suara yang sangat membantu. Terima Kasih kepada empunya MP3 iaitu Cik adik saya Nailah Kadir atas kesudian meminjamkan gajet ini kepada saya. Dengan bantuan alat ini dapatlah saya merakam suara ustaz dan ustazah untuk dijadikan panduan semasa saya mengulangkaji pelajaran nanti.


Saya dan Ustazah Shakirah Hashim. Dia yang mesra dengan panggilan Kirah merupakan sahabat yang kukenali semenjak kami menuntut dalam bidang yang sama di UKM. Allah izin, kami berdua sahaja yang terlempar ke daerah Hulu Selangor dan dalam Selangor, kami berdua sahaja (dari UKM grad 2010) ustazah yang mengajar KKQ di sekolah. Memang rezeki lah dapat jumpa dan belajar skali dengan Kirah ni.


Beginilah suasana dalam dewan tempat kami berkursus. 


Ustaz yang mengajar Qiraat. Tidak pula saya ingat namanya kerana saya catat di buku. Malangnya buku itu tiada di sini semasa saya update blog nih... Memang simple dan mudah ustaz ni memahamkan kami dengan silibus Qiraat Tingkatan 1. 


Fokus  & Khusyuk. 
Khairukum man ta'allamul Qur'an wa 'Allamahu..


Ya. Inilah dia ahli seapartment saya juga ahli sekumpulan saya. Kami berenam. Saya mulakan dengan akak bertudung oren itu ialah Ustazah Noma.Sangat peramah dan kuat benar suaranya. Seorang yang outspoken. Akak yang ditengah itu sedikit pendiam. Namanya Ustazah Humaira. Melihat dia persis ibu saudara saya sahaja gayanya. Apa yang saya ingat tentang akak ini ialah suaranya sedap dan anaknya ramai, 9 orang. 8 lelaki dan seorang perempuan. Hebat kan? Akak comel bertudung hijau tu pula Ustazah Fahriyah atau Kak Yah. Orangnya sangat motherly dan penyayang. Suaranya merdu dan menjadi ketua kami dalam bertarannum.


Akak yang terakhir ialah rakan baik kak Yah iaitu Ustazah Wan Noriah atau kami panggil Kak Wan. Orangnya juga sangat motherly dan lemah lembut. Saya sangat gembira dapat berkenalan dan bersama mereka dalam satu kumpulan. Banyak yang saya pelajari daripada mereka.


Suasana dalam kumpulan. Latihan Tarannum.

 Kami ibarat satu keluarga. Ada tiga peringkat umur dalam kumpulan ini. Kak Yah dan Kak Wan dalam kelompok umur 50-an (mak-mak katanya..), Kak Humaira dan Kak Noma dalam kelompok umur 40-an ( adik-adik katanya...) dan saya juga Syakirah dalam kelompok umur 20-an ( anak-anak katanya..) Mereka sungguh mesra dengan saya dan Syakirah. Masih saya ingat gurauan Kak Yah " Kalau awak maghi umoh Kak Yah pah ni, jange panggil Kak tahu,..panggil Mokcik...."


Semasa lawatan pusing Pangkor..


Pantai Teluk Nipah. Di sini saya pernah berkem Bina Insan Murabbi tahun lepas bersama rakan seperjuangan UKM. Sangat mengimbau memori. Kawan-kawan, airnya masih biru seperti birunya langit. Indah sungguh ciptaan Allah. Subhanallah.


Singgah ke Kota Belanda... dapat snap dua tiga gambar jadilah....


Untuk pengetahuan, akak berdua ni merupakan kawan baik semenjak zaman bujang lagi dan mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di Mesir. Lama sungguh tempoh persahabatan mereka sampai dah ada cucu pun berkekalan bersama-sama dalam bidang yang sama, iaitu Al-Quran. Comel kan mereka?


Bergambar kenangan pada malam terakhir kami bersama. Sebelum turun untuk dinner..Motif amek gambar? Semuanya berjubah dan bertudung labuh...(^_^)



Breakfast hari terakhir.. Sepanjang kami di sini kami sentiasa bergerak bersama-sama 6 orang. Breakfast, Lunch, Dinner, turun ke kelas, naik ke bilik, ke tandas, ke kedai, semua mesti berkepit 6 orang, agaknya sebab tu ukhuwah cepat terjalin.



Buah-buahan mesti ada. sedap kan?



Aktiviti berkumpulan yang terakhir. Para peserta diminta untuk membuat persembahan mengikut lagu tarannum yang diberi. Kumpulan kami berlatih untuk lagu Nahwand. Pelbagai lagat dan lagu yang keluar sebelum menjumpa alunan yang sebenar.


Kursus yang penuh ilmu, penuh pengisian dan penuh keceriaan berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Ketua Sektor Bahagian Agama Islam, Jabatan Pelajaran Selangor. Semua bersurai pada jam 12.30 tengahari dengan check out. Saya tiba di Rawang pada jam 6.50pm.


Maka, dengan berakhirnya kursus ini, berikut merupakan input yang saya dapat :-

1. Qiraat dan Tarannum merupakan cabang daripada ilmu al-Quran. Tidak sia-sia mereka yang mempelajarinya kerana menurut hadith Rasulullah, 'Yang terbaik dalam kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkanya'. 

2. Tarannum memerlukan bakat untuk menguasainya dengan cepat namun usaha dan kesungguhan memungkinkan mereka yang tidak berbakat juga untuk menguasainya. Kuncinya adalah USAHA yang berterusan. Dalam konteks Guru KKQ, perlu berlatih menggunakan CD yang disediakan.

3. Ukhuwwah itu boleh bersemi dalam masa sehari jika matlamat insan yang berkasih itu jelas kerana Allah swt dan tidak mengharapkan balasan daripada perhubungan itu selain daripada redha Allah.

4. Sebagai guru, saya harus terus belajar dan belajar untuk meningkatkan potensi diri demi berkhidmat untuk masyarakat pelajar yang dahagakan ilmu.

Gambatte nawalsensei !!

No comments: