Let's share yur kind words here... (" _ ")

Wednesday, October 12, 2011

Terasa seperti superwoman...


Tentang saya.
Oleh : nawalsensei

Assalamualaikum wrht.

Psssttt...hari ini merupakan hari pertama jejakkan semula kaki ke sekolah setelah lebih kurang 5 hari bertugas sebagai Pengawas PMR di SMK Bukit Sentosa. Bermulanya hari saya hari ini dengan menyemak Buku Kehadiran pelajar kelas saya iaitu Tingkatan 1 Battani. Selesai menulis Surat Amaran Pertama kepada pelajar, saya singgah di pejabat dan menyelesaikan urusan menfotokopi Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 Pendidikan Islam.

Sekarang kalau nak fotokopi apa-apa mesti dapatkan kebenaran Pengetua atau PK1 terlebih dahulu. Alhamdulillah Tuan Hj  ada dipejabat time tuh... Saya pun naik ke atas dan berjumpa Kak Syam yang baru serah soalan KKQ kepada saya. Maka, turun pulak saya ke pejabat untuk fotokopi soalan tersebut dengan kebenaran PK1.

Jam 8.10 am saya melangkah masuk ke kelas 1 Battani sehingga jam 9.30 am. Hari ni saya buat ulangkaji pengertian istilah perkataan yang ada dalam bab form 1. Selesai saya turun ke bilik guru dan menanda buku pelajar. Dalam masa 15 minit saya turun ke kantin untuk mengisi perut. Jam 10.30 am saya perlu masuk ke kelas 1 Biruni. Surprise!!! Pelajar-pelajar saya yang comel-comel ni telah menghadiahkan sebiji kek yang memang cantik lah... siap ada nama fb saya lagi kat situ..Terima Kasih semua...

Makan kek, ambil gambar dan tidak lupa membuat ulangkaji tentang pengertian seperti yang dilakukan di kelas 1 Battani. Saya melangkah keluar dalam jam 11.50am begitu. Kemudian sempat saya berkongsi kek yang berbaki dengan rakan-rakan guru. Jam 12.30 saya memanjat tangga ke kelas 1 Khindi pula. Hari Rabu merupakan hari saya bertemu dengan ketiga-tiga kelas Tingkatan 1. Memang sangat memenatkan lah senang cerita.  Kelas 1 Khindi merupakan kelas yang full of energy kerana pelajarnya tidak pandai duduk diam walaupun dalam ranking kelas mereka merupakan kelas yang sederhana.

Subhanallah penat tak terkata saya semasa proses menerangkan format soalan kepada mereka. Kemudian tibalah masa untuk waktu amali solat di mana saya perlu menggunakan segenap tenaga yang ada untuk mengeluarkan suara yang kuat. Mengapa? Kerana saya perlu memanggil mereka-mereka yang suka mengelat di celah-celah pelajar tingkatan lain. Saya perlu memastikan pelajar solat Zohor sebelum mereka pulang. Jam 1.50pm menginjak jam 2pm tugas saya sebagai guru rasmi di sekolah telah selesai. 

Dalam perjalanan ke bilik guru, saya bertemu dengan beberapa orang pelajar yang menyatakan hasrat untuk datang ke rumah untuk belajar English. Saya kebetulan tiada kenderaan hari ini kerana sudah dicilok cik adik saya yang pergi ke Uitm Puncak Alam. Maka, saya menghabiskan kerja saya di bilik guru dan mengulangkaji subjek English Tingkatan 4. Maklumlaa dah lama sangat tinggal benda nih.. Saya sempat solat dan membaca al-Quran untuk menangkan hati yang kurang enak. Entah mengapa...

Jam 4pm saya masih di bilik guru dan adik saya tiba menjemput saya jam 4.10pm. Setiba di rumah, saya terus dengan proses untuk mengajar pelajar Tingkatan 4 subjek Bahasa Inggeris. Saya cuma menerangkan format, membuat latihan bersama-sama dan sedikit penerangan. Kemudian, saya sempat memasak telur masak kicap ala Nawal sebab adik saya dan pelajar saya lapar. Jam 6.45pm kami makan nasi bersama-sama setelah penat belajar.

Jam 7pm saya menghantar pelajar pulang dan saya sempat membersihkan diri sebelum bersedia untuk Kelas mengaji al-Quran. Jam 8.pm berderet pelajar sekolah rendah datang ke rumah untuk mengaji. 13 orang semuanya. Saya mengajar sehingga jam 9.15pm. Dalam pada itu ada beberapa pelajar lain datang ke rumah untuk belajar English juga. Saya memberikan latihan kepada mereka sementara saya mengajar al-Quran. Setelah selesai, maka bermulalah proses yang sama iaitu perbincangan subjek English di mana malam ini upgrade sket dari petang tadi sbb ada penambahan literature... bleh bayang tak ustazah ajar english? dah laa tak pandai sangat, tetapi dengan sedikit ilmu yang ada,saya kongsikan dengan mereka yang ingin belajar. 

Sessi ini berakhir jam 10.40pm. Fuh, terasa lega seluruh badan dan saya terasa seperti seorang superwoman sebab dapat buat banyak kerja dan perkara sepanjang hari tanpa rehat kecuali waktu solat. Alhamdulillah, boleh rupanya bekerja keras sebegini kan? Sebelum fully rest saya kerjakan otak dan jari saya untuk mencoret di sini supaya suatu hari nanti bila saya rasa tak mampu buat banyak kerja dalam satu hari, saya bleh baca entri ini untuk ingatkan diri saya sebenarnya BOLEH. Saya pasti anda juga begitu. 

Begitulah orang Islam seharusnya memanfaaatkan masa yang Allah beri semaksimum mungkin untuk melakukan kebaikan. Dunia saya sekarang adalah medan dakwah saya. Mudah-mudahan dalam keakraban saya bersama pelajar, dapat saya suntik kebaikan dan teguran membina terhadap mereka agar suatu hari nanti pelajar-pelajar saya dapat menjadi seorang mukmin yang soleh lagi musleh. Moga Allah kira apa yang saya kerjakan hari ini sebagai amal kebajikan....ameen.

Wallahualam.

2 comments:

Qawiem Khairi said...

subhanallah.. bertapa puasnya apbl kita tidur dlm keadaan hari itu adlh hari yg byk kita membri.

hmm.. selamat maju jaya knawal.
mendidik anak bangsa kearah mengenal islam. moga Allah permudhkn knawal. ceria selalu ~

kim salam pada knailah. pesanan utk beliau.. hati2 memandu.

Sekian,
Pelaut Rabbani. :)

siti hajar said...

lame x tgk blog ko..cayala nawal sensei!! keep it up dude...!!