Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, October 10, 2011

Awak, Terima Kasih...


Penghargaan buat awak
Oleh : nawalsensei

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah.
Terima Kasih Ya Allah.

kerana...

mengurniakan insan-insan yang dekat di hatiku dan aku dekat di hati mereka...

mereka ialah..

buah hatiku dalam dunia baruku di sini,,

buah hatiku dalam dunia praktikalku di Klang...

buah hatiku saat aku menabur bakti di bumi wakafan...

Jazakumullahu Khairan kepada semua yang tidak pernah lupa akan tarikh ini, sentiasa menghantar pesan dan sebagainya. Saya kongsikan di sini untuk dikenang di kemudian hari....

Antara pesanan yang saya terima daripada pelajar saya;

Najuwah @ wawa smkrm " Selamat Menyambut Hari Ulangtahun kelahiran Mg panjang umur dan dimurahkan rezeki, jaga diri selalu.. sayang dan rindu ustzh"

Khairunnisa @ Nisha " Happy Birthday to u..hehe..Smga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..."

Maisarah Hamzi " Happy Befday ustazah..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..."

Farah Syazwani " Happy Birthday zah!"

Zulaika " Selamat Hari Jadi ustzh nawal..smga dimurahkan rezeki..amiin..."

Afiq Ikhwan " Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, dalam gurau senda, ada khilaf dan dosa,Maaf dipohon atas segalanya, mengharapkan kemaafan  yang rela, agar hidup lebih sejahtera, Zah, selamat hari jadi.. Sy nak minta maaf sbb selalu menyusahkan zah, buat bising dalam kelas, byk bg alasan kalau zah suh tlg wat pape, Sorry tau.. satu lg thanx sbb slalu sabar dengan saya dan kawan saya 'D.A'.selalu tlg saya..mengajar saya,..tak seberapa sebenarnya kalau nak banding ape ktorang wat dengan apa yang zah wat kat ktorang...insya Allah saya akan hadiahkan zah result agame A,insya Allah"

Amalina Natasha @ ama " Happy Bzday ustazah nawal yang dikasihi..hee sya orang last wish kan?"..

MDA " Still remember? hahaha. dulu zah jadi orang terakhir wish kat sy,rite? now is my turn...bahhh!! 123 dengarlah suara merduku...Allah selamatkan kamuuu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan NAK...Allah selamatkan kamu..yeah dah jubli perak dah ..."

Hikam & Umair " Salam Hari Lahir cikgu " 

Nur Aishah " selamat hari lahir ustazah"

Zawil " Happy birthday,May Allah bless u always"

Shahirah Rahmat " Happy birthday ustazah"

Puteri Nurina " Happy bornday ustazah"

Hamizi " Hb..."

Sarah Izzati " Happy Birthday, may Allah bless u..."

Aqmal Wahab " Hb ustzh.."

Fazren " Happy Birthday ustazah"

Fatin Hazirah " Happy birthday ustazah..May Allah bless u always.."

Khairunisa @ keron " Hb ustzh"

Nur Atiqa Zamri " Happy birthday ustzh..mg sentiasa bahagia dalam hidup..."

Atiqah Yusof,smkrm " Selamat ulang tahun ustazah,,i missed you......Ustazh insan yg telak membakar diri untuk menerangi hati kami semua dengan ilmu ustazah tue.. u'll always be in my heart..

Syafiq Zakwan " SELAMAT HARI JADI ustzh NAK

Aqilah Azmi "Hb ustazah..."

Fairuz Auni " Happy birthday..semoga ustzh panjang umur, murah rezeki dan cepat bertemu jodoh.."

Itulah sedikit sebanyak yang sempat saya simpankan di sini.... untuk tatapan saya pada masa akan datang..(kalau panjang umur)... Terima Kasih kepada awak semua yang sentiasa menjadi penguat saya tidak kira di mana saya berdiri untuk berbakti. Mudah-mudahan Allah mencampakkan kebaikan dalam hati-hati kalian dan  kalian dapat terus membesar menjadi seorang insan yang patuh pada perintah Allah, melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan seterusnya dapat berbakti untuk Islam dengan kelebihan-kelebihan yang kalian miliki. 

Maka, ucapan untuk awak-awak semua (para pelajar saya tidak kira di mana kalian berada )... 

" Awak, Terima Kasih..sebagai guru, saya kasih pada awak"....

Segunung Penghargaan juga saya tujukan buat semua ahli keluarga saya yang sangat dikasihi,  juga sahabat-sahabat saya semenjak daripada zaman sekolah sehingga zaman sekaranng yang masih tidak lupa pada tarikh ini... Kalianlah bintang yang menerangi hidup saya.. 

Nailah Kadir " Wahai ustazah nawal merangkap kakakku yang terhormat, Selamat Hari Lahir~~
Moga nikmat umur yang Allah kurniakan ini, bermakna dan berguna untuk Islam..
Daku selaku adikmu yang bertuah ini, berdoa di hari kelahiranmu:
Semoga Allah memudahkan urusan2mu, melapangkan segala kesusahanmu, menambahkan rezekimu, membantumu dalam perjalanan kehidupanmu ini, juga menjagamu setiap detik dan waktu..
Moga rahmat, redha dan kasih sayang Allah sentiasa bersamamu..

-no hadiah yer cik kak..saya 'yang menerima'..tak reti nak bagi2 hadiah..ampun maap..sok kta p makan mana2 no..hee~~"

Kin,PQ UKM " Nawal, Happy Birthday,,,.may Allah bless u.."

Aqilah Mahyidin,Matri "  tukang masak spagetti paling hebat happy besday!! =) miss u kak nawal..may Allah alway bless you.. :-)

Ahmad Izzat,cousin " Sanah Helwah Spagetti Marinara@kak nawal@ sepupuku....smga Allah mmnjangkn usiamu, memudahkn urusamu, dn semoga sntiasa brda di bawh naungan dan prlindungan NYA....^_^

Rasyidah,Matri " Salam,..wish u a happy birthday !! Selamat menyambut Hari Tua.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,..smga bertambah amal, semoga tabah mengharungi liku kehidupan..muuahh...sayang anti lillah...."

Nur Farihah & Teng Ipul,UKM " Sanah Helwah Nawal.."

Atiqah Manaf ,Matri " Kak Nawal, happy birthday..May Allah bless you..."

Aziera Naquiyah,SMKBSB " Happy Birthday sis,May this birthday offer u as much joy and happiness as u give to all who know u.."

Fadzliyana,Matri "Happy Birthday,semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki"

Zakiyah Abdul Hadi,Matri " Happy Birthday"

Emy Noorbaizura,SMKAP,UKM " Happy birthday Nawal"

Ummiku " Selamat Hari Lahir, semoga dipanjangkan umur murah rezeki dan diberkati Allah...ameen"

Mu'az " Happy Birthday...awai dak muaz wish?"

Sh.Suhailey,Matri,UKM " Salam hari Lahir nawal"

Suffiyah Shukri,Matri " Happy bufday k.nwl."

Wan Nur Hafifi,Matri " Kak nawal...selamat ulang tahun kelahiran...huhu rindu sgt2 trigat dorm 7...n geng2 bln 10

Azie,UKM " Salam hari lahir,nawal.."

Shukridiris " Salam hari Lahir sahabat sePTSL..."

Jaz,UKM " salam alaik..Sanah Helwah Ya Jamilah Al-Ukht Nawal @ Spagetti Marinara .. Smg rahmat Allah sentiasa bersamamu dalam mengharungi liku2 hidup serta meneruskan perjuangan sbg murabbi yg diredhai..insyaAllah..Senyum selalu ^_^ 
mode : feel like wanna eat chocolate cake --> handmade by nawal.. hehe..

Nadzirah,UKM " selamat hari lahir sahabatku Nawal abd Kadir.... semoga Allah memberikan ketenangan, kekuatan n keyakinan yang tinggi dalam mengharungi hidup sebagai ustazah yang comel...=).. nk skit kek n spageti... pos mai overc ni skit...

Adila,UKM " happy besday k.nwl may Allah bless you"..

Salimah Alias Matri " Selamat Hari Jadi kak nawal"

Wan Kamilah,Matri " Eid Milad,..May Allah bless you always.."

Nadiah Ozali,Matri.UKM " Hepi besday kak nawal.."

Musfirah Kader,SMKAP,UKM " Selamat hari lahir cik nawal cmey...may Allah bless you.."

Farah Ain Sm, Sg Buaya " Selamat Hari Kelahiran akak..."

Wan Nurul Izzah,UKM " Happy Bezday nawal"

Aniza Othman,SMKAP,UKM " Sanah Helwah sahabatku..mg mendapat keredhaanNya.."

Hanin Zulkifli,SMKAP" Happy bezday nawal comey..lama tak bersua.."

Saidah Mardhiah,Matri " Happy Birthday kak nawal..

Nadiah Fauzi,Matri " Happy birthday Nawal"

Jat Lid,UKM " happy birthday nawal spagetti"

Fadhli Nasir,UKM " Sanah Helwah ya sohibati..."

Sofiyah dan Yusra @ Aussie, Matri "
 Happy Birthday my dear sahibah!!
Semoga usiamu diberkahi Allah swt ^^
Sabda Rasulullah saw :-
[Sebaik-baik kamu ialah yg panjang umurnya serta baik amalannya]

A special cake from both of us to our dear sister (",)
Miss you and love you fillah ♥ ♥ ♥

Big hugs from us afar,
Fiah & Sho


Izza Lazam,UKM " Selamat Hari Lahir."

Syema,Matri "Selamat Ulangtahun Kelahiran...perghhh ayatku.."

Nadiah Fakhrudin,Matri " Selamat hari jadi Nawal.."

Nur Aqilah,Matri " Nawal dear...yg sentiasa sweet! selamat hari lahir semoga umur panjang di berkahi dan dimurahkan rezeki~

Syahmerra,Matri " Selamat Hari lahir sahabatku..moga panjang usiamu,..berkat kehidupanmu, rahmat tuhan menaungimu...selamanya..di sini,.di sana...ameen"

Hanani,Matri " Kak Nawal..selamat hari jadi..mg Allah berkati.."

Sir Afiq,SMKBSB " Ustazah,selamat hari lahir..mg panjang umur murah rezeki."

Ummu Ilyani Rusli,Matri " sanah helwah ya jameelah..:) moga akak sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.. salam rindu..

Syifa,Matri "Sanah Helwah kak nawal...may Allah bless u.."

Terima Kasih semua atas ingatan...

Terima Kasih juga kepada rakan sejawatku di SMK Bandar Sg Buaya, iaitu Cik Zairin kerana telah membelanjaku makan tengahari tadi di SMK Bukit Sentosa dan juga Pn Sulaiza Aini kerana waffle yang sedap itu... Juga kepada Pn.Puziah dan Cik Idayu yang sudi hadir ke rumah tadi...Mg Allah redha...

Juga Salam Eidul Milad juga buat mereka yang berkongsi tarikh yang sama terutama mereka yang dekat di hati saya ;

Muhammad Naim Rozaini ,sepupuku juga pelajarku di Matri.
Cikgu Sharudin,..cikgu matematikku suatu ketika dahulu di Matri...

Moga Allah redha kamu semua...
Marilah sama-sama kita mendoakan antara satu sama lain...

" Awak,..(shbt,kwn,teman,keluarga...) Terima Kasih sangat-sangat kerana membuatkan diri terasa disayangi.. sebagai manusia, saya sayang kamu..."

" Moga Allah Sayang kita juga."

10/10 menjelma lagi....


Ulang Tahun Kelahiranku
Oleh : Diriku

Sungguh pantas masa berlalu. Seakan baru sahaja tarikh cantik yang menjadi hari istimewa pelbagai jenis majlis berlalu. Ya. Setahun yang lepas, tarikh ini menjadi satu tarikh yang menarik iaitu 10.10.10.... kini setahun sudah berlalu dan tarikh ini kembali membawa aku kepada anjakan usia jubli perak. Subhanallah. Aku diam sejenak dan mengimbas kembali segala peristiwa yang berlaku sepanjang hidupku. Ke manakah usiaku dihabiskan? Banyak dosakah, banyak pahalakah yang kukutip.

Gerun. Itu yang melanda jiwa dan perasaanku. Sungguh aku sangat risau kerana aku manusia yang mudah alpa dan lupa. Maka, buat sekian kalinya aku menanam azam agar aku dapat menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Ya Allah, kau tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jangan kau pesongkan hatiku ini Ya Allah... bimbinglah aku menuju jalan ketaqwaan... bukan jalan kehinaan..,supaya umurku kuhabiskan untuk berbakti kepada agamamu...

Sungguh sukar hidupku kini,, maka teguhkanlah hatiku, kuatkan semangat dan jiwaku... agar aku tidak tersungkur dalam perjuangan ini,.. pertarungan menyampaikan risalah Islam dalam jiwa anak-anak muda kini...

Terima Kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menghantar pesanan ringkas dan juga msg di FB.. Mg Allah redha kita semua..

Saturday, October 8, 2011

LADAP : 1 Murid 1 Sukan

Cerita Santai : Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP)
Oleh : Cik Nawal Abd Kadir

Assalamualaikum wrht.

Hari ni saya nak cerita sket tentang antara perkara yang harus dilalui oleh seorang guru ialah mengikuti Latihan dalam Perkhidmatan yang dikenali dengan nama singkatanya LADAP/LDP. Kalau cikgu dulu-dulu pergi kursus kat hotel, kat tepi pantai, kat tempat mewah,...cikgu sekarang kena g kursus kat sekolah je la... jimat kerana kosnya murah. Tempat free, makanan? balik makan kat rumah...kadang-kadang je disediakan. So, hari ini sekolah saya buat sekian kalinya mengadakan LADAP dengan fokus kepada 1 Murid 1 Sukan. Hari ini para guru didedahkan dengan matlamat yang ingin dicapai menerusi Program 1 Murid 1 Sukan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar terhadap sekurang-kurangnya satu jenis permainan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kadar keaktifan pelajar pada hari ini.

Justeru sebelum buat kat pelajar, cikgu-cikgu laa kena lalui dulu. Kami diperkenalkan dengan 5 jenis permainan hari ini iaitu Hoki, Bola Baling, Bola Sepak, Badminton dan Ping Pong. Fuh! Hari ini saya mencipta sejarah buat pertama kalinya bermain bola sepak, bermain ping pong dan hoki. Memang seronok kerana dapat belajar dan mencuba perkara baru yang selama ini saya tak berpeluang pun nak buat. Awal pagi kami semua bersenam aerobik yang diconduct oleh instructor yang berpengalaman...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tidak pancit...phew...

Antara fasilitatornya ialah Cikgu-cikgu Pendidikan Jasmani iaitu Pn.Rohana,En.Kazarude dan En.Shamsul. Mereka telah dibantu oleh beberapa orang pelajar seperti Farah Syazwani, Erlisa, Eliya, Syafiq Zakwan, Afiq Ikhwan, Syafiqah, Syahmi, Aida, Amni dan beberapa pelajar lain. Sebahagian daripada pelajar ini telah mengikuti kursus 1 Murid 1 Sukan di Fraser Hill.

Tak mau cerita banyak... Jom tengok gambar je lah....


Pn Puziah bersama Eliya, Echa, Farah dan Syafiqah
di awal pagi... tak ramai sampai lagi time nih..

Yang baju biru tu Tuan Pengetua saya.. bermain Ping pong bersama
Ust Rashid dan Cg Istiaq..

Pn.Ilmiah, Pn Zaitun, Pn Saidah dan Pn Noriha

Pn Sh.Nadbah, Cik Ramizah, Pn Harisah, Pn.Asha, Pn Rozeta

Pn Rosalmi, Pn Turiah, Pn Zalina, Cik Idayu

Pn Iffadila, Pn Hamizan,Pn Wiedawati,Pn Hazita, 
Pn Norwati, Pn Roseminah

Pn Rabiatul, Pn Sulaiza, Pn Noriha (ada dimana-mana), 
Pn Azizah, Pn.Maryam, Pn Rosmani

Cikgu2 hari ni.. Cg Shamsul, Cg Kazarude, Cg Rohana

Pn Sabariah, Pn Hasnah, Pn Puziah, Pn Zaitun, Pn Saidah,
Pn Rokiah dan Pn. Aida

Pelajarku juga pembantu jurulatih : Afiq dan Syafiq

Menunggu.... bosan an?

Persediaan tempat : Ada 5 stesyen semuanya...

wif my beloved student...

Aksi apakah ini? Biru serang merah?


Cikgu-cikgu kena berbaris untuk tentukan kumpulan...

Malangnya saya lupa nak charge kamera.. maka takat ni jela gambar yang ada. Ada banyak gambar semasa permainan bermula pada kamera Cg Rohana..nanti saya amek... Konklusinya hari ini saya sedikit gembira kerana dapat melakukan senaman dan aktif sket ... Mudah-mudahan segala otot dan urat sendi saya tidak meragam esok kerana esok ada program pengisian rohani pula di Bangi...

See u in the next post....(^_^)

Wallahualam

Thursday, September 22, 2011

Pelajar saya menang lagi.



Pertandingan Kaunselor Muda (talk-show) 
Peringkat Daerah Hulu Selangor
Slide show dan video : Cik Nawal bt Abd Kadir
Penyampai : Muhammad Dinnie Asyraf b. Salim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bahagia yang singgah di hati saya apabila pelajar saya sekali lagi telah menjadi JOHAN dalam pertandingan yang saya sebutkan di atas. Sebenarnya saya sangat risau kerana saya bertanggungjawab ke atas slide, pemilihan isi, pemilihan gambar dan penyediaan video dalam proses menyiapkan slide. Saya tidak putus-putus berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Allah izin, pelajar saya memberitahu video ini tersangkut -sangkut semasa presentation berikutan masalah teknikal pada pc yang digunakan ketika bertanding. Saat itu saya hanya berserah sahaja pada Allah. Namun, dengan kelebihan yang dimiliki oleh pelajar saya, maka dengan izin Allah beliau dapat membentangkan slide saya dengan baik. Kepetahan dan ketrampilan yang dimilikinya berjaya memikat hati juri. Alhamdulillah.

Lantas saya kongsikan sedikit selingan video yang memperkatakan tentang definisi remaja menurut pandangan remaja di sekolah saya.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada pelajar-pelajar saya iaitu :-

Muhammad Dinnie Asyraf

sebagai Johan Pertandingan 'Kaunselor Muda'

Muhammad Afiq Ikhwan 
Syafiq Zakwan
Muhammad Sabri

yang bertindak sebagai camera-man dan membantu daripada aspek teknikal...

Farah Nabilla
Nur Erlisa
Eliya Natasha
Hakimi
Syafiq Jamuri
Syahir Naqwan
Fairuz Auni
Nuraliffa Zairen
Amelia

yang telah sudi ditemu ramah dan memberikan kerjasama yang baik semasa video dirakamkan. Jom kita saksikan sedikit sebanyak wajah-wajah mereka.



Moga kita boleh kerjasama lagi pada masa akan datang....

Wallahualam

Sunday, September 11, 2011

Terkejut


Assalamualaikum wrht.

Pagi tadi saya menerima panggilan daripada adik saya mengatakan berlaku kemalangan di Perlis yang melibatkan insan yang saya kenal, para pelajar Matri (sekolah tempat saya membesar dan juga pernah berkhidmat sebagai guru di situ) juga insan yang sangat dekat di hati guru yang saya kasihi. 

Tiada lafaz yang mampu saya suarakan melainkan keyakinan bahawa Allah kasih kepada mereka semua. Kematian dan pemergian ini haruslah kita ambil sebagai pengajaran buat diri kita yang masih hidup. Saya mendoakan agar guru yang sangat saya kasihi, Cg Asmah Omar dan juga anaknya Adila juga Amir (pelajar saya) tabah menerima ujian Allah ini. Allah tahu kalian mampu menghadapinya. Saya hanya mampu berdoa daripada jauh.



Keadaan van tersebut

Ya Allah....

Saya petik berita ini daripada laman sesawang Matri.
Kematian adalah suatu kepastian bagi setiap yang bernyawa.
Bagi yang masih hidup, pengakhiran seorang insan hanya terbahagi kepada dua, iaitu husnul khatimah ataupun su'ul khatimah. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi, MATRI telah kehilangan tiga butir permata yang amat berharga didalam perjalanan hidup mereka demi memartabatkan ilmu ke tahap yang Allah kehendaki. Kejadian yang berlaku pada pagi ini melibatkan lapan orang pelajar MATRI dan seorang bapa angkat pelajar semestinya termasuk dalam ilmu dan hikmah Allah Taala.
Kumpulan pelajar yang mengikuti program Bapa Angkat yang dianjurkan oleh pihak MATRI sedang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan. Bapa Angkat tersebut iaitu Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang juga merupakan suami kepada guru MATRI, Cikgu Nor Asmah binti Omar, merupakan salah seorang bekas kakitangan Kilang Gula. Hujan lebat yang berterusan semenjak semalam telah melembutkan tanah, menyebabkan sebatang pohon besar yang rendang ditepi jalan telah terbalik dan menghempap kenderaan mereka yang sedang bergerak perlahan disebabkan hujan lebat. Allahyarham Ahmad Izzat bin Ismail dan Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang berada di bahagian hadapan bersama dengan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan yang duduk dibelakang pemandu telah dihimpit teruk oleh bumbung kenderaan tersebut dan meninggal ditempat kejadian.
Muhamad Ahnaf bin Anissofian yang cedera telah dimasukkan ke Unit Kecemasan manakala 5 pelajar lain yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. Menjelang petang tadi, kesemua 6 pelajar tersebut telah dibenarkan pulang. Kesemua jenazah akan disolatkan di Dewan Musolla MATRI selepas Maghrib atau Isya', bergantung kepada perlepasan oleh pihak hospital. Jenazah Allahyarham Hj Shahidan bin Ali  akan disemadikan di Beseri, Perlis, manakala Allahyarham Ahmad Izzat b Ismail dan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan akan disemadikan di Pulau Pinang dan Kulim.
Saya menanti berita dan cerita daripada adik saya kerana dia turut berada di hospital sejurus kejadian berlaku.
Ya Allah, kau ampunilah dosaku dan juga dosa mereka...

My first ever Carbonara Bowties

Spagetti Carbonara ala UA
Oleh : Nawalkmn

Assalamualaikum wrht.

Sedikit perkongsian hari ini berkenaan dengan makanan. Heee....
Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya telah berjaya memasak Makaroni (Bowties) Carbonara.

Saya mencuba  hidangan ini kepada para pelajar yang datang berkunjung ke rumah. Alhamdulillah. Licin sudah semuanya.

 Rupanya tak cantik sangat,kan?

Inilah dia my first ever Bowties Carbonara

Saya juga sempat memasak Spagetti ala UA saya tulah sebab yang carbonara tu sekadar percubaan sahaja.

Fettucini

Kuahnya cair sket kali ni.. tp budak2 kata ok...

"Tinggalkan utk zah sket..." kata saya..

Alhamdulillah. Hari ini saya berjaya memasak resepi baru sebab saya ni jenis suka hentam je bila masak, saya suka bila pelajar datang sebab ada tukang habiskan. Sedap ke tak sedap ke diorang makan je... Kadang-kadang siap tapau balik rumah lagi... (sape makan cili tu terasa laa pedasnya) ye tak?

So, sape2 ada resepi best atau lain sket utk spagetti or makaroni or apa2 lah, bleh laa share2 ye..
Sharing is caring,..kan?

Wallahualam

Friday, September 9, 2011

Resepi buat kamu yang jauh

Marinara kah? 
Assalamualaikum wrht.

Genap 7 hari mereka melangkah meninggalkan tanah air. Hari ini saya menerima permintaan daripada mereka. Permintaan yang tidak pernah terlintas di fikiran. Saya cuba tunaikan di sebalik rasa 'segan' yang menerpa. Lalu, saya kongsikan di sini untuk tatapan mereka dan juga anda yang membaca. 

Spagetti UA ala lidah melayu.

Bahan-bahan:-

Spagetti / Makaroni 
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi (orang perlis kata cili api)
Tomato ( separuh dikisar, separuh dipotong dadu)
Daging/Ayam cincang
Udang 
Tomato puree
Sos Prego
Cendawan Butang
Carrot
Sos Tiram
Kicap
Sos Cili
Oregano 
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :-

Persediaan.
- Rebus spagetti / makaroni (letak sket minyak dan garam semasa rebus)
- Hiris sedikit bawang besar untuk tumis.
- Dadukan tomato untuk tumis juga.
- Kisar  / Tumbuk / hancurkan bawang besar,bawang putih,cili padi dan tomato.
- Hiris cendawan butang dan carrot ikut citarasa.

Jom masak ( main campak-campak je nih...)

- Panaskan minyak masak.
- Tumis bawang dan tomato (yg dihiris dan didadu tadi)
- Masukkan udang dan daging/ayam cincang.
- Masukkan sos tiram . Kacau sehingga naik bau.
- Masukkan bahan yang dikisar tadi.
- Masukkan tomato puree, sos prego, kicap dan sos cili.
- Masukkan carrot. (masak sehingga carrot sedikit lembut)
- Masukkan cendawan dan oregano.
- Letak garam secukup rasa.
- Sekarang boleh rasa dan adjust ikut citarasa lidah anda.

Maka, siaplah sudah kuah spagetti anda. Senang je kan? Semua orang boleh buat...

Cita rasa kita semua berlainan,ada yang suka masam,kurang kan lah cili tu,..sapa suka pedas, tambahkan lagi,..walaupun makanan ni ala-ala western or italian,,..tetapi tak salah untuk kita adjust ikut selera kita kan? Maka, selamat mencuba ya...

Kepada orang yang jauh di bumi Anbiya' sana, semoga berjaya memasak spagetti ala UA nih,.., bila dah siap jangan lupa snap gambar dan sila upload untuk tatapan kami semua ya...

Wallahualam.

Monday, September 5, 2011

Kemuncup Eid Fitr

Kisah Kemuncup
Oleh : Nawal_Kadir


Hari Raya Eid Fitri yang kedua. Kami sekeluarga menziarahi keluarga Mak Long di Taman Intan Sg.Petani Kedah. Lewat petang hari tersebut aku membawa adik bongsuku ke taman permainan yang terletak di padang berhadapan dengan rumah Mak Long.  Menurut hajat adikku yang tidak kenal erti diam, aku melangkah merentas padang bersamanya sambil menghirup angin petang yang bertiup damai.

Taman Permainan itu kecil cuma. Tiada yang menarik padaku namun itulah yang mengamit-gamit hati si kecil untuk mendekatinya. Dipaut tanganku ketika melangkah longkang. Indahnya saat itu. 

 " Adik berani langkah longkang sendiri,...cepat laa kak" katanya bersahaja.

 Inilah dia si kecil buah hati pengarang jantungku. Namanya Abdullah Yaasir bin Abd Kadir. Si kecil ini sudah melihat dunia selama 5 tahun. Alhamdulillah dia dikurniakan kesihatan badan dan kecerdasan akal yang sangat baik. Syukur padaMu Ya Allah. ( teringat segala kerisauanku pada tahun 2005 yg lalu). Kanak-kanak ini memang sangat aktif dan tidak berhenti menjana idea dalam setiap tindakanya. Ada sahaja yang menarik minat dan perhatianya. Mudah-mudahan dia membesar menjadi seorang pemuda mukmin yang soleh dan musleh.


Ya. Tidak lama kemudian lagi seorang adik lelakiku datang menyusul. Dia ialah Muhammad Mu'az b. Abd Kadir yang merupakan adik lelakiku yang pertama. Pernah kuceritakan perihal dirinya di sini. Klik utk baca.


" Banyak betoi temucut kat sini " omelnya.
" A'ah, habis seluar adik kena...." sambut si kecil.
" Alah, sat g kita cabut la...adik main laa dulu" ujarku.
" Tak mau. Temucup ni tajam. Sakit kaki adik kena cucuk" bantahnya.

Pokok Kemuncup. Nama saintifiknya Chrysopogon Aciculatus atau nama tempatanya Kemuncup Cacak, sangat sinonim dengan kehidupan kita di Malaysia ini. Pokok ini tumbuhnya di mana-mana sahaja, di padang rumput, tepi longkang, tepi jalan, dan mana-mana kawasan bertanah. Sesekali apabila pakaian kita disapa kemuncup ini, pasti terasa rimas dan rungutan pasti singgah di bibir kita. Entah mengapa pokok kemuncup ini kukenal dengan nama 'temucut' seperti mana yang disebut oleh adik-adikku ini. 

Lantas aku dan dia bersama-sama mencabut temucut yang memenuhi ruang seluar di kakinya. 

" Awat temucup ni melekat kat kita ha?" soalnya.

" Haa dah Allah jadikan sifat dia macam tu..." jawapan orang tak berilmu. Aku lah yang jawap tu.

" Adik, Mu'az, cuba fikir temucut ni boleh diibaratkan macam apa?" soalku sambil membuang kemuncup yang melekat di seluar si kecil. 

" Ntah,..apa dia?" Mu'az seperti biasa menyoalku kembali.

" Cuba bayangkan temucut ni macam jahiliyah. Dia ada di mana-mana di sekeliling kita. Sedikit sebanyak tentu jahiliah itu melekat pada diri kita kan? Sakit kan adik kalau kena cucuk dengan temucut ni?" .

" Sakitlaaa...." jawab si kecil yang leka mencabut temucut.

" Macam tulaa diri kita kalau dihinggapi jahiliah. Fizikal, hati kita akan sakit kerana jahiliah telah merosakkan sistem yang Allah nak kita buat dalam hidup kita".

Muaz dan Yaasir diam. Aku meneruskan kata. 

" Kalau temucut kena kita, kita mesti akan cabut kan? Betul dak?" 

" Betul,betul betul..." jawab mereka.

" Macam tu laa juga kalau kita rasa kita dah terkena virus jahiliah, kita kena usaha untuk cabut jahiliah tu daripada diri kita. Kalau setakat basuh guna mesin basuh, temucut yang degil ni takkan tertanggal,... serupa juga dengan jahiliah, kita kena buang dan cabut dengan hati-hati supaya tiada lagi sisa-sisanya yang tertinggal." Panjang aku berceloteh.

Sebenarnya aku berpesan lebih kepada diri sendiri. Aku juga mahu Mu'az dan Yaasir turut faham apa yang aku ingin sampaikan kerana masyarakat hari ini dilimpahi dengan jejarum jahiliah yang sangat pekat. Maka, dari hari ke hari kita harus berusaha untuk membersihkan diri kita daripada karat-karat jahiliah. 

Bukanlah maksudku pokok kemuncup itu jahat. Kemuncup juga makhluk Allah yang dicipta untuk manusia mengambil pelajaran daripadanya. Terdapat pelbagai analogi dan tafsiran  yang dibuat dengan pokok ini namun itulah apa yang terlintas di benakku petang Eid Fitr itu.

Mengambil ibrah daripada Pokok Kemuncup @ Temucut. 
Dua putera yang kukasihi....
Marilah sama-sama kita mengislah diri kita sambil mengajak orang lain kerana kejayaan terbesar dalam hidup kita ialah menyelamatkan diri kita dan keluarga serta insan-insan kesayangan kita daripada menerima azab api neraka Allah. Na'uzubillahi min zalik....


Akhir kata, Salam Eid Fitr daripadaku buat kamu yang sedang membaca.
Semoga Allah menerima amalan kamu dan amalan kami.