Let's share yur kind words here... (" _ ")

Saturday, October 8, 2011

LADAP : 1 Murid 1 Sukan

Cerita Santai : Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP)
Oleh : Cik Nawal Abd Kadir

Assalamualaikum wrht.

Hari ni saya nak cerita sket tentang antara perkara yang harus dilalui oleh seorang guru ialah mengikuti Latihan dalam Perkhidmatan yang dikenali dengan nama singkatanya LADAP/LDP. Kalau cikgu dulu-dulu pergi kursus kat hotel, kat tepi pantai, kat tempat mewah,...cikgu sekarang kena g kursus kat sekolah je la... jimat kerana kosnya murah. Tempat free, makanan? balik makan kat rumah...kadang-kadang je disediakan. So, hari ini sekolah saya buat sekian kalinya mengadakan LADAP dengan fokus kepada 1 Murid 1 Sukan. Hari ini para guru didedahkan dengan matlamat yang ingin dicapai menerusi Program 1 Murid 1 Sukan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar terhadap sekurang-kurangnya satu jenis permainan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kadar keaktifan pelajar pada hari ini.

Justeru sebelum buat kat pelajar, cikgu-cikgu laa kena lalui dulu. Kami diperkenalkan dengan 5 jenis permainan hari ini iaitu Hoki, Bola Baling, Bola Sepak, Badminton dan Ping Pong. Fuh! Hari ini saya mencipta sejarah buat pertama kalinya bermain bola sepak, bermain ping pong dan hoki. Memang seronok kerana dapat belajar dan mencuba perkara baru yang selama ini saya tak berpeluang pun nak buat. Awal pagi kami semua bersenam aerobik yang diconduct oleh instructor yang berpengalaman...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tidak pancit...phew...

Antara fasilitatornya ialah Cikgu-cikgu Pendidikan Jasmani iaitu Pn.Rohana,En.Kazarude dan En.Shamsul. Mereka telah dibantu oleh beberapa orang pelajar seperti Farah Syazwani, Erlisa, Eliya, Syafiq Zakwan, Afiq Ikhwan, Syafiqah, Syahmi, Aida, Amni dan beberapa pelajar lain. Sebahagian daripada pelajar ini telah mengikuti kursus 1 Murid 1 Sukan di Fraser Hill.

Tak mau cerita banyak... Jom tengok gambar je lah....


Pn Puziah bersama Eliya, Echa, Farah dan Syafiqah
di awal pagi... tak ramai sampai lagi time nih..

Yang baju biru tu Tuan Pengetua saya.. bermain Ping pong bersama
Ust Rashid dan Cg Istiaq..

Pn.Ilmiah, Pn Zaitun, Pn Saidah dan Pn Noriha

Pn Sh.Nadbah, Cik Ramizah, Pn Harisah, Pn.Asha, Pn Rozeta

Pn Rosalmi, Pn Turiah, Pn Zalina, Cik Idayu

Pn Iffadila, Pn Hamizan,Pn Wiedawati,Pn Hazita, 
Pn Norwati, Pn Roseminah

Pn Rabiatul, Pn Sulaiza, Pn Noriha (ada dimana-mana), 
Pn Azizah, Pn.Maryam, Pn Rosmani

Cikgu2 hari ni.. Cg Shamsul, Cg Kazarude, Cg Rohana

Pn Sabariah, Pn Hasnah, Pn Puziah, Pn Zaitun, Pn Saidah,
Pn Rokiah dan Pn. Aida

Pelajarku juga pembantu jurulatih : Afiq dan Syafiq

Menunggu.... bosan an?

Persediaan tempat : Ada 5 stesyen semuanya...

wif my beloved student...

Aksi apakah ini? Biru serang merah?


Cikgu-cikgu kena berbaris untuk tentukan kumpulan...

Malangnya saya lupa nak charge kamera.. maka takat ni jela gambar yang ada. Ada banyak gambar semasa permainan bermula pada kamera Cg Rohana..nanti saya amek... Konklusinya hari ini saya sedikit gembira kerana dapat melakukan senaman dan aktif sket ... Mudah-mudahan segala otot dan urat sendi saya tidak meragam esok kerana esok ada program pengisian rohani pula di Bangi...

See u in the next post....(^_^)

Wallahualam

Thursday, September 22, 2011

Pelajar saya menang lagi.



Pertandingan Kaunselor Muda (talk-show) 
Peringkat Daerah Hulu Selangor
Slide show dan video : Cik Nawal bt Abd Kadir
Penyampai : Muhammad Dinnie Asyraf b. Salim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bahagia yang singgah di hati saya apabila pelajar saya sekali lagi telah menjadi JOHAN dalam pertandingan yang saya sebutkan di atas. Sebenarnya saya sangat risau kerana saya bertanggungjawab ke atas slide, pemilihan isi, pemilihan gambar dan penyediaan video dalam proses menyiapkan slide. Saya tidak putus-putus berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Allah izin, pelajar saya memberitahu video ini tersangkut -sangkut semasa presentation berikutan masalah teknikal pada pc yang digunakan ketika bertanding. Saat itu saya hanya berserah sahaja pada Allah. Namun, dengan kelebihan yang dimiliki oleh pelajar saya, maka dengan izin Allah beliau dapat membentangkan slide saya dengan baik. Kepetahan dan ketrampilan yang dimilikinya berjaya memikat hati juri. Alhamdulillah.

Lantas saya kongsikan sedikit selingan video yang memperkatakan tentang definisi remaja menurut pandangan remaja di sekolah saya.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada pelajar-pelajar saya iaitu :-

Muhammad Dinnie Asyraf

sebagai Johan Pertandingan 'Kaunselor Muda'

Muhammad Afiq Ikhwan 
Syafiq Zakwan
Muhammad Sabri

yang bertindak sebagai camera-man dan membantu daripada aspek teknikal...

Farah Nabilla
Nur Erlisa
Eliya Natasha
Hakimi
Syafiq Jamuri
Syahir Naqwan
Fairuz Auni
Nuraliffa Zairen
Amelia

yang telah sudi ditemu ramah dan memberikan kerjasama yang baik semasa video dirakamkan. Jom kita saksikan sedikit sebanyak wajah-wajah mereka.



Moga kita boleh kerjasama lagi pada masa akan datang....

Wallahualam

Sunday, September 11, 2011

Terkejut


Assalamualaikum wrht.

Pagi tadi saya menerima panggilan daripada adik saya mengatakan berlaku kemalangan di Perlis yang melibatkan insan yang saya kenal, para pelajar Matri (sekolah tempat saya membesar dan juga pernah berkhidmat sebagai guru di situ) juga insan yang sangat dekat di hati guru yang saya kasihi. 

Tiada lafaz yang mampu saya suarakan melainkan keyakinan bahawa Allah kasih kepada mereka semua. Kematian dan pemergian ini haruslah kita ambil sebagai pengajaran buat diri kita yang masih hidup. Saya mendoakan agar guru yang sangat saya kasihi, Cg Asmah Omar dan juga anaknya Adila juga Amir (pelajar saya) tabah menerima ujian Allah ini. Allah tahu kalian mampu menghadapinya. Saya hanya mampu berdoa daripada jauh.



Keadaan van tersebut

Ya Allah....

Saya petik berita ini daripada laman sesawang Matri.
Kematian adalah suatu kepastian bagi setiap yang bernyawa.
Bagi yang masih hidup, pengakhiran seorang insan hanya terbahagi kepada dua, iaitu husnul khatimah ataupun su'ul khatimah. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi, MATRI telah kehilangan tiga butir permata yang amat berharga didalam perjalanan hidup mereka demi memartabatkan ilmu ke tahap yang Allah kehendaki. Kejadian yang berlaku pada pagi ini melibatkan lapan orang pelajar MATRI dan seorang bapa angkat pelajar semestinya termasuk dalam ilmu dan hikmah Allah Taala.
Kumpulan pelajar yang mengikuti program Bapa Angkat yang dianjurkan oleh pihak MATRI sedang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan. Bapa Angkat tersebut iaitu Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang juga merupakan suami kepada guru MATRI, Cikgu Nor Asmah binti Omar, merupakan salah seorang bekas kakitangan Kilang Gula. Hujan lebat yang berterusan semenjak semalam telah melembutkan tanah, menyebabkan sebatang pohon besar yang rendang ditepi jalan telah terbalik dan menghempap kenderaan mereka yang sedang bergerak perlahan disebabkan hujan lebat. Allahyarham Ahmad Izzat bin Ismail dan Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang berada di bahagian hadapan bersama dengan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan yang duduk dibelakang pemandu telah dihimpit teruk oleh bumbung kenderaan tersebut dan meninggal ditempat kejadian.
Muhamad Ahnaf bin Anissofian yang cedera telah dimasukkan ke Unit Kecemasan manakala 5 pelajar lain yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. Menjelang petang tadi, kesemua 6 pelajar tersebut telah dibenarkan pulang. Kesemua jenazah akan disolatkan di Dewan Musolla MATRI selepas Maghrib atau Isya', bergantung kepada perlepasan oleh pihak hospital. Jenazah Allahyarham Hj Shahidan bin Ali  akan disemadikan di Beseri, Perlis, manakala Allahyarham Ahmad Izzat b Ismail dan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan akan disemadikan di Pulau Pinang dan Kulim.
Saya menanti berita dan cerita daripada adik saya kerana dia turut berada di hospital sejurus kejadian berlaku.
Ya Allah, kau ampunilah dosaku dan juga dosa mereka...

My first ever Carbonara Bowties

Spagetti Carbonara ala UA
Oleh : Nawalkmn

Assalamualaikum wrht.

Sedikit perkongsian hari ini berkenaan dengan makanan. Heee....
Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya telah berjaya memasak Makaroni (Bowties) Carbonara.

Saya mencuba  hidangan ini kepada para pelajar yang datang berkunjung ke rumah. Alhamdulillah. Licin sudah semuanya.

 Rupanya tak cantik sangat,kan?

Inilah dia my first ever Bowties Carbonara

Saya juga sempat memasak Spagetti ala UA saya tulah sebab yang carbonara tu sekadar percubaan sahaja.

Fettucini

Kuahnya cair sket kali ni.. tp budak2 kata ok...

"Tinggalkan utk zah sket..." kata saya..

Alhamdulillah. Hari ini saya berjaya memasak resepi baru sebab saya ni jenis suka hentam je bila masak, saya suka bila pelajar datang sebab ada tukang habiskan. Sedap ke tak sedap ke diorang makan je... Kadang-kadang siap tapau balik rumah lagi... (sape makan cili tu terasa laa pedasnya) ye tak?

So, sape2 ada resepi best atau lain sket utk spagetti or makaroni or apa2 lah, bleh laa share2 ye..
Sharing is caring,..kan?

Wallahualam

Friday, September 9, 2011

Resepi buat kamu yang jauh

Marinara kah? 
Assalamualaikum wrht.

Genap 7 hari mereka melangkah meninggalkan tanah air. Hari ini saya menerima permintaan daripada mereka. Permintaan yang tidak pernah terlintas di fikiran. Saya cuba tunaikan di sebalik rasa 'segan' yang menerpa. Lalu, saya kongsikan di sini untuk tatapan mereka dan juga anda yang membaca. 

Spagetti UA ala lidah melayu.

Bahan-bahan:-

Spagetti / Makaroni 
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi (orang perlis kata cili api)
Tomato ( separuh dikisar, separuh dipotong dadu)
Daging/Ayam cincang
Udang 
Tomato puree
Sos Prego
Cendawan Butang
Carrot
Sos Tiram
Kicap
Sos Cili
Oregano 
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :-

Persediaan.
- Rebus spagetti / makaroni (letak sket minyak dan garam semasa rebus)
- Hiris sedikit bawang besar untuk tumis.
- Dadukan tomato untuk tumis juga.
- Kisar  / Tumbuk / hancurkan bawang besar,bawang putih,cili padi dan tomato.
- Hiris cendawan butang dan carrot ikut citarasa.

Jom masak ( main campak-campak je nih...)

- Panaskan minyak masak.
- Tumis bawang dan tomato (yg dihiris dan didadu tadi)
- Masukkan udang dan daging/ayam cincang.
- Masukkan sos tiram . Kacau sehingga naik bau.
- Masukkan bahan yang dikisar tadi.
- Masukkan tomato puree, sos prego, kicap dan sos cili.
- Masukkan carrot. (masak sehingga carrot sedikit lembut)
- Masukkan cendawan dan oregano.
- Letak garam secukup rasa.
- Sekarang boleh rasa dan adjust ikut citarasa lidah anda.

Maka, siaplah sudah kuah spagetti anda. Senang je kan? Semua orang boleh buat...

Cita rasa kita semua berlainan,ada yang suka masam,kurang kan lah cili tu,..sapa suka pedas, tambahkan lagi,..walaupun makanan ni ala-ala western or italian,,..tetapi tak salah untuk kita adjust ikut selera kita kan? Maka, selamat mencuba ya...

Kepada orang yang jauh di bumi Anbiya' sana, semoga berjaya memasak spagetti ala UA nih,.., bila dah siap jangan lupa snap gambar dan sila upload untuk tatapan kami semua ya...

Wallahualam.

Monday, September 5, 2011

Kemuncup Eid Fitr

Kisah Kemuncup
Oleh : Nawal_Kadir


Hari Raya Eid Fitri yang kedua. Kami sekeluarga menziarahi keluarga Mak Long di Taman Intan Sg.Petani Kedah. Lewat petang hari tersebut aku membawa adik bongsuku ke taman permainan yang terletak di padang berhadapan dengan rumah Mak Long.  Menurut hajat adikku yang tidak kenal erti diam, aku melangkah merentas padang bersamanya sambil menghirup angin petang yang bertiup damai.

Taman Permainan itu kecil cuma. Tiada yang menarik padaku namun itulah yang mengamit-gamit hati si kecil untuk mendekatinya. Dipaut tanganku ketika melangkah longkang. Indahnya saat itu. 

 " Adik berani langkah longkang sendiri,...cepat laa kak" katanya bersahaja.

 Inilah dia si kecil buah hati pengarang jantungku. Namanya Abdullah Yaasir bin Abd Kadir. Si kecil ini sudah melihat dunia selama 5 tahun. Alhamdulillah dia dikurniakan kesihatan badan dan kecerdasan akal yang sangat baik. Syukur padaMu Ya Allah. ( teringat segala kerisauanku pada tahun 2005 yg lalu). Kanak-kanak ini memang sangat aktif dan tidak berhenti menjana idea dalam setiap tindakanya. Ada sahaja yang menarik minat dan perhatianya. Mudah-mudahan dia membesar menjadi seorang pemuda mukmin yang soleh dan musleh.


Ya. Tidak lama kemudian lagi seorang adik lelakiku datang menyusul. Dia ialah Muhammad Mu'az b. Abd Kadir yang merupakan adik lelakiku yang pertama. Pernah kuceritakan perihal dirinya di sini. Klik utk baca.


" Banyak betoi temucut kat sini " omelnya.
" A'ah, habis seluar adik kena...." sambut si kecil.
" Alah, sat g kita cabut la...adik main laa dulu" ujarku.
" Tak mau. Temucup ni tajam. Sakit kaki adik kena cucuk" bantahnya.

Pokok Kemuncup. Nama saintifiknya Chrysopogon Aciculatus atau nama tempatanya Kemuncup Cacak, sangat sinonim dengan kehidupan kita di Malaysia ini. Pokok ini tumbuhnya di mana-mana sahaja, di padang rumput, tepi longkang, tepi jalan, dan mana-mana kawasan bertanah. Sesekali apabila pakaian kita disapa kemuncup ini, pasti terasa rimas dan rungutan pasti singgah di bibir kita. Entah mengapa pokok kemuncup ini kukenal dengan nama 'temucut' seperti mana yang disebut oleh adik-adikku ini. 

Lantas aku dan dia bersama-sama mencabut temucut yang memenuhi ruang seluar di kakinya. 

" Awat temucup ni melekat kat kita ha?" soalnya.

" Haa dah Allah jadikan sifat dia macam tu..." jawapan orang tak berilmu. Aku lah yang jawap tu.

" Adik, Mu'az, cuba fikir temucut ni boleh diibaratkan macam apa?" soalku sambil membuang kemuncup yang melekat di seluar si kecil. 

" Ntah,..apa dia?" Mu'az seperti biasa menyoalku kembali.

" Cuba bayangkan temucut ni macam jahiliyah. Dia ada di mana-mana di sekeliling kita. Sedikit sebanyak tentu jahiliah itu melekat pada diri kita kan? Sakit kan adik kalau kena cucuk dengan temucut ni?" .

" Sakitlaaa...." jawab si kecil yang leka mencabut temucut.

" Macam tulaa diri kita kalau dihinggapi jahiliah. Fizikal, hati kita akan sakit kerana jahiliah telah merosakkan sistem yang Allah nak kita buat dalam hidup kita".

Muaz dan Yaasir diam. Aku meneruskan kata. 

" Kalau temucut kena kita, kita mesti akan cabut kan? Betul dak?" 

" Betul,betul betul..." jawab mereka.

" Macam tu laa juga kalau kita rasa kita dah terkena virus jahiliah, kita kena usaha untuk cabut jahiliah tu daripada diri kita. Kalau setakat basuh guna mesin basuh, temucut yang degil ni takkan tertanggal,... serupa juga dengan jahiliah, kita kena buang dan cabut dengan hati-hati supaya tiada lagi sisa-sisanya yang tertinggal." Panjang aku berceloteh.

Sebenarnya aku berpesan lebih kepada diri sendiri. Aku juga mahu Mu'az dan Yaasir turut faham apa yang aku ingin sampaikan kerana masyarakat hari ini dilimpahi dengan jejarum jahiliah yang sangat pekat. Maka, dari hari ke hari kita harus berusaha untuk membersihkan diri kita daripada karat-karat jahiliah. 

Bukanlah maksudku pokok kemuncup itu jahat. Kemuncup juga makhluk Allah yang dicipta untuk manusia mengambil pelajaran daripadanya. Terdapat pelbagai analogi dan tafsiran  yang dibuat dengan pokok ini namun itulah apa yang terlintas di benakku petang Eid Fitr itu.

Mengambil ibrah daripada Pokok Kemuncup @ Temucut. 
Dua putera yang kukasihi....
Marilah sama-sama kita mengislah diri kita sambil mengajak orang lain kerana kejayaan terbesar dalam hidup kita ialah menyelamatkan diri kita dan keluarga serta insan-insan kesayangan kita daripada menerima azab api neraka Allah. Na'uzubillahi min zalik....


Akhir kata, Salam Eid Fitr daripadaku buat kamu yang sedang membaca.
Semoga Allah menerima amalan kamu dan amalan kami.

Monday, August 29, 2011

I.F.T.A.R : Sederhana Bermakna + Sayu Terharu

Majlis Berbuka Puasa + Meraikan Sahabat-sahabat ke 'Oversea'.
Oleh : Nawal_sensei

Tarikh : 27 Ogos 2011 bersamaan dgn 27 Ramadhan 1432H
Tempat : Tadika Embun Sejati
Masa : 6.00pm - 11.00pm

Tentatif :-

1. Penyediaan Makanan dan Minuman
2. Berbuka Bersama-sama
3. Solat Maghrib bersama
4. Kultum (Kuliah Tujuh Minit)
5. Solat Isya' dan Terawih bersama
6. Ucapan Yang Diraikan ( Zulkarnain,Qawiem Khairi,Nabil dan Salim)
7. Ucapan Para Pengarah Program sepanjang tahun (KMK2010,PEMIKIR,KAResMa)
8. Ucapan Para Pelapis SURF
9. Ucapan Murabbi (CGBS,PC HAMID,MC MAZIAH)
10. Bersalam dan Bergambar
11. Bersurai

Terlalu 'speech less' untuk bercerita..  Biarlah gambar sahaja yang berbicara...

Ahmad Muhaimin mengalunkan azan..
Antara juadah yg tersedia
Menu Utama disediakan oleh Makcik Mardziah :-
Nasi Putih
Ayam Goreng Rempah
Asam Pedas Johor
Sayur Buncis Goreng ala sambal goreng Johor


Air disediakan oleh En.Hamizan Hamid :-
Jus Oren
Air Lengkong


Makanan Sampingan :-
- Makaroni Bakar  dan agar-agar merah disediakan oleh Adila dan Afifah Ismail
- Spagetti Marinara disediakan oleh UA
- Dadih disediakan oleh Makcik Latifah (mak amin)
- Agar-agar Cocktail disediakan oleh Makcik Asma (mak fatin)
- Murtabak
- Kuih Raya

Pelapis SURF : Lukman Jamil & Mu'az
Adila, Nailah, Afifah, Fatin
Kelihatan Pengerusi SURF Perlis di situ...
Ketibaan Hannan 
Makcik bercerita apa tuh?
Hazwan bakal menjadi orang kuat SURF di Perlis..
Tak sempat bersapa dgn Shafiq O..
Dua beranak : CGBS dan Umar Muhajir
Ketibaan VVVVIP...dekat sgt dgn waktu  berbuka...
Bayangan orang hebat....=)
dah habis makan,..apa lg..kemas la..
ayam goreng yg masih berbaki..
pinggan sapa dah licin ni?
sudah kenyang semua..alhamdulillah
sibuk betul sorang tu dgn telefonya..
tazkirah daripada CGBS
dalam hati ada taman....bahagia
Udin teman Yaasir main lego
Ucapan penuh syahdu dan terharu daripada Zulkarnain
Muka terharu ujah...
Hamizan da pengerusi majlis
Halaqah sembang...mesti ada setiap event nih..

Qawiem Khairi  yang akan melanjutkan pelajaran di University of Yarmouk,Jordan

Salim Wahab yang akan melanjutkan pelajaranya di Madinah
Nabil yang akan menyusul abangnya melanjutkan pelajaran
di Universiti of Yarmouk,Jordan.


Bergambar kenangan beramai-ramai...
Sebenarnya ada banyak lg gambar tapi malangnya memory card cik neah mengalami masalah. Tidak dapat dibaca. Maka, setakat ini sahaja cerita hari yang penuh  'speechless' dan 'terharu'...(doa laa bg memory card dapat dibaca)..

Terima Kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis berbuka kita.

Izinkan saya memetik sajak pendek yang sangat menyentuh hati dan jiwa ;

" Hiba di hati pasti terukir
Saat indah itu lahir
Membuat diriku terus berfikir
Kenapa waktu cepat berakhir
Apakan daya itu semua takdir
Akhirnya pujian menjadi zikir.."

( Qawiem Khairi, Lautan Rabbani

Wednesday, August 3, 2011

Impian Ramadhan


Assalamualaikum wrht.

Buat kalian yang sentiasa sudi membaca tulisan sepiku di sini,....

Ku layangkan butir bicaraku ini buat kalian yang ku kasihi di luar sana dengan iringan doa moga kita semua sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah swt.  Saat kalian menatap huruf-huruf yang terlakar, sedarlah bahawa kita sekarang sedang meniti hari-hari di dalam bulan yang sangat dicintai oleh Rasulullah, bulan yang penuh dengan rasa cinta, bulan yang dipenuhi dengan zikrullah, bulan yang di dalamnya terkandung rahmah, keampunan dan janji untuk dibebaskan daripada azab api neraka.

Janji Allah itu pasti. Justeru apakah kita mahu tergolong dalam golongan mereka yang mensia-siakan janji Allah? Sudah tentu tidak bukan? Sudah sangat besar kasih-sayang Allah pada kita dengan izin-Nya umur kita dipanjangkan sehingga sempat melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Sungguh beruntunglah kita kerana dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan bulan ini. Saya pasti begitu ramai sahabat-sahabat, kenalan, guru dan sesiapa yang dekat dengan kalian telah dijemput pergi oleh Allah sebelum sempat melangkah ke Ramadhan yang penuh barakah ini.

Maka, haruslah kita yang diberi kesempatan oleh Allah ini untuk  sama-sama memastikan Ramadhan kita pada kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Jika tidak, sesungguhnya kita termasuk dalam kalangan mereka yang rugi.

Telah diberitakan kepada kita akan kelebihan bulan Ramadhan ini lewat surat cinta Illahi  a.k.a al-Qur'an juga hadith-hadith....

“Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah. Telah difardhukan ke atas kamu berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu SYURGA, dan ditutup pintu-pintu NERAKA, dan SYAITAN-SYAITAN dibelenggu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada SERIBU BULAN, sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya (dalam bulan ini), maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan (di bulan lain).”    
(hadis riwayat imam Ahmad, an-Nasai’e dan al-Baihaqi)



Saya menyeru diri saya dan anda untuk menyusun strategi yang tersendiri bagaimana mahu memenuhi setiap ruang yang ada dalam jadual kita dengan amal yang dapat menambahkan kebaikan dalam 'buku' kita. Kita haruslah berazam untuk menambahkan saham akhirat kita di dalam bulan ini. Kita harus merebut segenap tawaran yang Allah berikan kepada kita. Niat kita haruslah sentiasa betul iaitu beramal ibadah untuk mendapat redha Allah.

Saya melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan kali ini dengan perasaan berbaur-baur. Jika tahun-tahun sebelum ini persekitaran saya sentiasa membawa saya untuk mengingati Allah, menyedarkan saya tentang kepentingan Ramadhan, saya sentiasa diajak untuk berbuat kebaikan,....sekarang saya harus berusaha sendiri mencari peringatan untuk menguatkan diri dan berkongsi dengan pelajar saya. Saya harus berusaha mencipta bi'ah yang menghargai Ramadhan.

Mengapa? Kerana realiti masyarakat hari ini sangat menyedihkan. Masyarakat umpama tanah yang gersang dan kontang daripada peringatan yang dapat menyuburkan jiwa. Ramadhan bagai tiada erti selain daripada menahan lapar dan dahaga. Ramadhan pengisianya mercun dan bunga api, bazar Ramadhan dan persiapan Hari Raya. Semua ini kerana persekitaran yang sangat tidak mendidik hati juga kekurangan ilmu pengetahuan.

Maka, tugas saya di sini sangat berat. Saya mencuba untuk berkongsi apa yang saya tahu dengan pelajar saya. Strategi pertama saya ialah memberikan kultum (kuliah tujuh minit) berkenaan dengan Ramadhan sebelum saya mula mengajar. Saya juga mengajak pelajar saya sama-sama berdoa, membaca al-Qur'an, bertadarus dan berlatih tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik ( yang selalunya bermain di bibir mereka). Apa yang diseru kepada pelajar sebenarnya itulah yang sering diseru di dalam hatiku ini kerana....


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan itu maka  Allah tidak merasa perlu dia meninggalkan makan minumnya”

Riwayat Nasa’I dan Ibnu Majjah
Strategi seterusnya ialah saya harus mengisi ruang kosong pada sela waktu P&P dan tugas sekolah lain dengan membaca al-Quran. Azam saya ialah untuk menghabiskan 30 juzu' al-Quran dan jika mampu mahu mengulanginya lagi. Maka, sedikit sebanyak dengan membaca al-Qur'an kita akan kurang berbicara perkara-perkara yang tidak perlu.

Seterusnya, saya berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. Saya ingin memperbaiki segala sifat buruk saya. Setiap tahun saya berazam benda yang sama, dan saya harap tahun ini saya dapat mengikis segala kelemahan saya sedikit demi sedikit dan saya dapat istiqamah untuk bulan -bulan mendatang. Anda bagaimana? Saya pasti anda juga punya azam yang tersendiri. Jomlaa sama-sama kita kuatkan diri dan hati untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri sendiri ke arah kebaikan.

Pembaca yang dikasihi,
Pada bulan Ramadhan ini ada satu malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar. Mahukah kita melepaskan peluang merebut bulan yang lebih baik daripada seribu bulan ini? Ya. Kita semua berhajat untuk bangun beribadah pada malam tersebut,kan? Hah, tidak semudah kita berbicara untuk menjadi insan pilihan Allah untuk mendapat kemuliaan pada malam ini. Justeru sebagai hamba Allah yang lemah dan sentiasa mengharap, kita harus berusaha setiap malam untuk bangun dan melakukan sebanyak mana amalan, menyusun jari berdoa penuh harap agar Allah memilih kita...

Kalau mahu diceritakan impian Ramadhan masing-masing sudah tentu tidak cukup ruang untuk mengisinya. Yang pasti kita semua mengimpikan untuk menjadi hamba Allah yang diterima amal ibadahnya. Kita semua juga harus memanfaatkan bulan ini sebaiknya untuk mendapat rahmat serta kasih-sayang Allah, mendapat keampunan Allah juga dijauhkan daripada azab api neraka.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.ha oleh Ahmad, Ibnu Majjah dan Tirmidzi, katanya:

“Saya bertanya:” Ya Rasullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya bertemu malam alqadar itu, apakah yang harus saya ucapkan waktu itu? Maka ujar Nabi, perbanyakkanlah membaca doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini”
اللّهم انّك عفوّكريم تحبّ العفوا فاعفعنّي"

Sesunggunya sebenar-benar kejayaan kita sebagai hamba Allah ialah bebas daripada azab api neraka. Oleh itu, marilah diri, marilah hati,...berusaha sesungguh hati bertaubat atas dosa yang menggunung, berdoa moga Allah kasih pada diri kita, berdoa moga Allah menerima amalan kita, berdoa mudah-mudahan kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini akan terus kita istiqamah sehingga akhir hayat kita kerana kita tidak mahu menjadi hamba Allah yang Ramadhani tetapi impian kita ialah untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani...

Moga Allah kasih kita.
Moga Allah redha kita.

Minta kalian doakan saya di sini juga.
Ramadhan Kareem !

Yang Mengharapkan Doa Kalian,
Nawal_Sensei
3 Ramadhan 1433H




Anda boleh terus mendapat input dan peringatan yang sangat berguna di sini
Mudah-mudahan bermanfaat dan terus bermotivasi untuk meningkatkan amal.