Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, August 29, 2011

I.F.T.A.R : Sederhana Bermakna + Sayu Terharu

Majlis Berbuka Puasa + Meraikan Sahabat-sahabat ke 'Oversea'.
Oleh : Nawal_sensei

Tarikh : 27 Ogos 2011 bersamaan dgn 27 Ramadhan 1432H
Tempat : Tadika Embun Sejati
Masa : 6.00pm - 11.00pm

Tentatif :-

1. Penyediaan Makanan dan Minuman
2. Berbuka Bersama-sama
3. Solat Maghrib bersama
4. Kultum (Kuliah Tujuh Minit)
5. Solat Isya' dan Terawih bersama
6. Ucapan Yang Diraikan ( Zulkarnain,Qawiem Khairi,Nabil dan Salim)
7. Ucapan Para Pengarah Program sepanjang tahun (KMK2010,PEMIKIR,KAResMa)
8. Ucapan Para Pelapis SURF
9. Ucapan Murabbi (CGBS,PC HAMID,MC MAZIAH)
10. Bersalam dan Bergambar
11. Bersurai

Terlalu 'speech less' untuk bercerita..  Biarlah gambar sahaja yang berbicara...

Ahmad Muhaimin mengalunkan azan..
Antara juadah yg tersedia
Menu Utama disediakan oleh Makcik Mardziah :-
Nasi Putih
Ayam Goreng Rempah
Asam Pedas Johor
Sayur Buncis Goreng ala sambal goreng Johor


Air disediakan oleh En.Hamizan Hamid :-
Jus Oren
Air Lengkong


Makanan Sampingan :-
- Makaroni Bakar  dan agar-agar merah disediakan oleh Adila dan Afifah Ismail
- Spagetti Marinara disediakan oleh UA
- Dadih disediakan oleh Makcik Latifah (mak amin)
- Agar-agar Cocktail disediakan oleh Makcik Asma (mak fatin)
- Murtabak
- Kuih Raya

Pelapis SURF : Lukman Jamil & Mu'az
Adila, Nailah, Afifah, Fatin
Kelihatan Pengerusi SURF Perlis di situ...
Ketibaan Hannan 
Makcik bercerita apa tuh?
Hazwan bakal menjadi orang kuat SURF di Perlis..
Tak sempat bersapa dgn Shafiq O..
Dua beranak : CGBS dan Umar Muhajir
Ketibaan VVVVIP...dekat sgt dgn waktu  berbuka...
Bayangan orang hebat....=)
dah habis makan,..apa lg..kemas la..
ayam goreng yg masih berbaki..
pinggan sapa dah licin ni?
sudah kenyang semua..alhamdulillah
sibuk betul sorang tu dgn telefonya..
tazkirah daripada CGBS
dalam hati ada taman....bahagia
Udin teman Yaasir main lego
Ucapan penuh syahdu dan terharu daripada Zulkarnain
Muka terharu ujah...
Hamizan da pengerusi majlis
Halaqah sembang...mesti ada setiap event nih..

Qawiem Khairi  yang akan melanjutkan pelajaran di University of Yarmouk,Jordan

Salim Wahab yang akan melanjutkan pelajaranya di Madinah
Nabil yang akan menyusul abangnya melanjutkan pelajaran
di Universiti of Yarmouk,Jordan.


Bergambar kenangan beramai-ramai...
Sebenarnya ada banyak lg gambar tapi malangnya memory card cik neah mengalami masalah. Tidak dapat dibaca. Maka, setakat ini sahaja cerita hari yang penuh  'speechless' dan 'terharu'...(doa laa bg memory card dapat dibaca)..

Terima Kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis berbuka kita.

Izinkan saya memetik sajak pendek yang sangat menyentuh hati dan jiwa ;

" Hiba di hati pasti terukir
Saat indah itu lahir
Membuat diriku terus berfikir
Kenapa waktu cepat berakhir
Apakan daya itu semua takdir
Akhirnya pujian menjadi zikir.."

( Qawiem Khairi, Lautan Rabbani

Wednesday, August 3, 2011

Impian Ramadhan


Assalamualaikum wrht.

Buat kalian yang sentiasa sudi membaca tulisan sepiku di sini,....

Ku layangkan butir bicaraku ini buat kalian yang ku kasihi di luar sana dengan iringan doa moga kita semua sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah swt.  Saat kalian menatap huruf-huruf yang terlakar, sedarlah bahawa kita sekarang sedang meniti hari-hari di dalam bulan yang sangat dicintai oleh Rasulullah, bulan yang penuh dengan rasa cinta, bulan yang dipenuhi dengan zikrullah, bulan yang di dalamnya terkandung rahmah, keampunan dan janji untuk dibebaskan daripada azab api neraka.

Janji Allah itu pasti. Justeru apakah kita mahu tergolong dalam golongan mereka yang mensia-siakan janji Allah? Sudah tentu tidak bukan? Sudah sangat besar kasih-sayang Allah pada kita dengan izin-Nya umur kita dipanjangkan sehingga sempat melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Sungguh beruntunglah kita kerana dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan bulan ini. Saya pasti begitu ramai sahabat-sahabat, kenalan, guru dan sesiapa yang dekat dengan kalian telah dijemput pergi oleh Allah sebelum sempat melangkah ke Ramadhan yang penuh barakah ini.

Maka, haruslah kita yang diberi kesempatan oleh Allah ini untuk  sama-sama memastikan Ramadhan kita pada kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Jika tidak, sesungguhnya kita termasuk dalam kalangan mereka yang rugi.

Telah diberitakan kepada kita akan kelebihan bulan Ramadhan ini lewat surat cinta Illahi  a.k.a al-Qur'an juga hadith-hadith....

“Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah. Telah difardhukan ke atas kamu berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu SYURGA, dan ditutup pintu-pintu NERAKA, dan SYAITAN-SYAITAN dibelenggu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada SERIBU BULAN, sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya (dalam bulan ini), maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan (di bulan lain).”    
(hadis riwayat imam Ahmad, an-Nasai’e dan al-Baihaqi)



Saya menyeru diri saya dan anda untuk menyusun strategi yang tersendiri bagaimana mahu memenuhi setiap ruang yang ada dalam jadual kita dengan amal yang dapat menambahkan kebaikan dalam 'buku' kita. Kita haruslah berazam untuk menambahkan saham akhirat kita di dalam bulan ini. Kita harus merebut segenap tawaran yang Allah berikan kepada kita. Niat kita haruslah sentiasa betul iaitu beramal ibadah untuk mendapat redha Allah.

Saya melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan kali ini dengan perasaan berbaur-baur. Jika tahun-tahun sebelum ini persekitaran saya sentiasa membawa saya untuk mengingati Allah, menyedarkan saya tentang kepentingan Ramadhan, saya sentiasa diajak untuk berbuat kebaikan,....sekarang saya harus berusaha sendiri mencari peringatan untuk menguatkan diri dan berkongsi dengan pelajar saya. Saya harus berusaha mencipta bi'ah yang menghargai Ramadhan.

Mengapa? Kerana realiti masyarakat hari ini sangat menyedihkan. Masyarakat umpama tanah yang gersang dan kontang daripada peringatan yang dapat menyuburkan jiwa. Ramadhan bagai tiada erti selain daripada menahan lapar dan dahaga. Ramadhan pengisianya mercun dan bunga api, bazar Ramadhan dan persiapan Hari Raya. Semua ini kerana persekitaran yang sangat tidak mendidik hati juga kekurangan ilmu pengetahuan.

Maka, tugas saya di sini sangat berat. Saya mencuba untuk berkongsi apa yang saya tahu dengan pelajar saya. Strategi pertama saya ialah memberikan kultum (kuliah tujuh minit) berkenaan dengan Ramadhan sebelum saya mula mengajar. Saya juga mengajak pelajar saya sama-sama berdoa, membaca al-Qur'an, bertadarus dan berlatih tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik ( yang selalunya bermain di bibir mereka). Apa yang diseru kepada pelajar sebenarnya itulah yang sering diseru di dalam hatiku ini kerana....


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan itu maka  Allah tidak merasa perlu dia meninggalkan makan minumnya”

Riwayat Nasa’I dan Ibnu Majjah
Strategi seterusnya ialah saya harus mengisi ruang kosong pada sela waktu P&P dan tugas sekolah lain dengan membaca al-Quran. Azam saya ialah untuk menghabiskan 30 juzu' al-Quran dan jika mampu mahu mengulanginya lagi. Maka, sedikit sebanyak dengan membaca al-Qur'an kita akan kurang berbicara perkara-perkara yang tidak perlu.

Seterusnya, saya berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. Saya ingin memperbaiki segala sifat buruk saya. Setiap tahun saya berazam benda yang sama, dan saya harap tahun ini saya dapat mengikis segala kelemahan saya sedikit demi sedikit dan saya dapat istiqamah untuk bulan -bulan mendatang. Anda bagaimana? Saya pasti anda juga punya azam yang tersendiri. Jomlaa sama-sama kita kuatkan diri dan hati untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri sendiri ke arah kebaikan.

Pembaca yang dikasihi,
Pada bulan Ramadhan ini ada satu malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar. Mahukah kita melepaskan peluang merebut bulan yang lebih baik daripada seribu bulan ini? Ya. Kita semua berhajat untuk bangun beribadah pada malam tersebut,kan? Hah, tidak semudah kita berbicara untuk menjadi insan pilihan Allah untuk mendapat kemuliaan pada malam ini. Justeru sebagai hamba Allah yang lemah dan sentiasa mengharap, kita harus berusaha setiap malam untuk bangun dan melakukan sebanyak mana amalan, menyusun jari berdoa penuh harap agar Allah memilih kita...

Kalau mahu diceritakan impian Ramadhan masing-masing sudah tentu tidak cukup ruang untuk mengisinya. Yang pasti kita semua mengimpikan untuk menjadi hamba Allah yang diterima amal ibadahnya. Kita semua juga harus memanfaatkan bulan ini sebaiknya untuk mendapat rahmat serta kasih-sayang Allah, mendapat keampunan Allah juga dijauhkan daripada azab api neraka.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.ha oleh Ahmad, Ibnu Majjah dan Tirmidzi, katanya:

“Saya bertanya:” Ya Rasullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya bertemu malam alqadar itu, apakah yang harus saya ucapkan waktu itu? Maka ujar Nabi, perbanyakkanlah membaca doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini”
اللّهم انّك عفوّكريم تحبّ العفوا فاعفعنّي"

Sesunggunya sebenar-benar kejayaan kita sebagai hamba Allah ialah bebas daripada azab api neraka. Oleh itu, marilah diri, marilah hati,...berusaha sesungguh hati bertaubat atas dosa yang menggunung, berdoa moga Allah kasih pada diri kita, berdoa moga Allah menerima amalan kita, berdoa mudah-mudahan kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini akan terus kita istiqamah sehingga akhir hayat kita kerana kita tidak mahu menjadi hamba Allah yang Ramadhani tetapi impian kita ialah untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani...

Moga Allah kasih kita.
Moga Allah redha kita.

Minta kalian doakan saya di sini juga.
Ramadhan Kareem !

Yang Mengharapkan Doa Kalian,
Nawal_Sensei
3 Ramadhan 1433H




Anda boleh terus mendapat input dan peringatan yang sangat berguna di sini
Mudah-mudahan bermanfaat dan terus bermotivasi untuk meningkatkan amal.