Let's share yur kind words here... (" _ ")

Saturday, December 31, 2011

Setahun berlalu...

Assalamualaikum wrht.

Sekadar mencoret sesuatu di hari akhir 31 Disember 2011...

Teringat tarikh-tarikh yang penting dalam kerjaya saya..

22 November 2010 - lapor diri di SMK Bandar Sungai Buaya.

27 Disember 2010 - Hari pertama memasuki rumah sewa saya di Sungai Buaya.

28 Disember 2010 - mesyuarat guru pertama yang saya hadiri.

3 Januari 2011 - Hari pertama saya sebagai seorang guru di SMK Bandar Sungai Buaya.

Kini sudah setahun berlalu. Tahun yang mencabar dan memeningkan kepala dan segala urat yang beselirat.
Terasa lama sungguh tahun 2011 ini berlalu dan pelbagai perkara berlaku samada gembira, sedih, bahagia dan sebagainya. Ada yang kembali mengadap illahi dan ada yang baru mencelikkan mata melihat dunia. Itulah rencah kehidupan.

Kita yang masih dibekalkan nafas haruslah sentiasa muhasabah diri dan merangka strategi menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa berada di titik keseimbangan yang sempurna antara titik akhirat dan dunia agar kita tidak terlalu asyik dengan dunia mahupun terlalu mengejar akhirat sehingga mengabaikan tempat untuk kita berusaha menuju akhirat yang abadi.

Pesan buat diriku, juga buat insan-insan yang saya kasihi ~ Marilah kita berazam menjadi Hamba yang Rabbani. Manusia yang soleh dan musleh dan sentiasa saling memperingatkan antara satu sama lain....


Thursday, December 29, 2011

Tok Pin saya sudah tiada lagi...


Kembali ke rahmatullah.
Oleh : Nawal

Assalamualaikum wrht.

Jam sekarang 11.15pm. 29 Disember 2011. Seorang hamba Allah telah dijemput pergi menghadapNya di Hospital Seberang Jaya dan insan itu ialah datuk saudara saya yang bernama Ariffin. Saya memanggilnya dengan gelaran Tok Pin. Ingin saya berkongsi sedikit tentang tok pin ini kerana rupa-rupanya pemergianya turut meninggalkan kesan dalam hati saya kerana selama ini saya tidak sedar bahawa saya akan menghadapi situasi sebegini. Maksud saya tokpin pergi dalam masa yang singkat selepas saya menziarahinya minggu lepas.


Gambar di atas dirakamkan ketika Hari Raya Aidil Fitri yang lepas.. Tok pin ni merupakan adik kepada nenek saya. Dia yang saya kenal tidak berupaya untuk melihat dengan jelas. Tok pin,isterinya dan anaknya Ahmad Mazis tinggal bersama dengan nenek saya di Butterworth. Jadi, kami (adik-beradik saya dan sepupu2) sudah biasa dengan karakter tokpin , dengan hobinya dan kata-katanya yang kadang-kadang lucu.  Semasa saya di sekolah rendah, saya rajin bersembang dan menegur tokpin namun, setelah meningkat dewasa saya semakin jarang berbuat demikian.

Saya mendapat tahu tokpin sering sakit semasa raya namun saya tidak memikirkan bahawa rupanya Hari Raya Aidil Fitri yang lepas merupakan raya terakhir saya melihat tokpin berjalan terketar-ketar ke ruang tamu, berjalan perlahan-lahan sambil dipimpin anaknya ke depan untuk bergambar, melihat tokpin menahan sebak apabila ada anak-anak saudaranya meminta maaf, melihat tok pin diangkat di atas kerusi untuk melancarkan pergerakan dan sebagainya. Sungguh. Manusia tidak pernah tahu bilakah nyawanya akan diambil oleh Allah swt. Oleh sebab itu kita harus sentiasa meningkatkan amal, sentiasa memohon maaf dan berusaha menjadi yang terbaik kerana Allah boleh menjemput kita pergi tanpa amaran.

Gambar kenangan terakhir bersama Tok Pin..Eid Fitr 2011
Selasa minggu lepas saya bersama keluarga singgah di Penang dan mendapat tahu bahawa tokpin terkena serangan strok. Saya menjenguk tokpin di bilik tidurnya. Kasihan sungguh melihat keadaan dirinya yang tidak boleh bercakap dan bergerak. Semenjak daripada hari itu hati saya sentiasa dilanda debar. Kemudian, apabila saya kembali ke Rawang, setiap kali telefon berbunyi, hati saya berdegup kencang dan perkara itu berlangsung selama 3 hari semenjak tokpin dikejarkan ke hospital Selasa lalu...Berita tok pin sedang nazak dan tenat saban hari dikhabarkan... sehinggalah malam ini, pesanan ringkas itu menjengah juga ke dalam inbox saya. " Tok Pin dah meninggal..."

Saya tahu saya akan rindukan suara tokpin yang pantang diusik anak saudaranya dan menantu2nya...  Dalam pada itu, saya sentiasa mendoakan agar Allah mengampunkan seluruh dosa datuk saudara saya ini dan merahmati tok pin saya ini kerana walaupun dia kelihatan seperti bukan sesiapa,..tetapi dia tetap ada ruang di hati saya kerana saya merasa 'sakit' dalam dada saya sekarang. "Ya Allah, rahmatilah tok pin dan ampunilah dia..."

Saya juga berdoa dan menghantar 'sabar' dan 'tabah' daripada jauh buat bapa saudara saya yang muda dua tahun daripada saya iaitu Ahmad Mazis yg saya panggil amad saja, semoga Allah beri kekuataan kepadanya.. juga pahala kepadanya kerana bersabar meladeni karenah ayahnya selama ini, ..dan juga semoga tok mami (isteri tokpin) sentiasa dilapangkan dadanya dan ditenangkan hatinya selepas pemergian suaminya itu. Juga buat nenek saya yang saya panggil 'tokna'... saya tahu tokna saya kuat dan akan tenang dengan pemergian adiknya yang mendahului dirinya setelah saban puluhan tahun tokna menjaga dan memelihara tokpin dan keluarga. Semoga Allah kasih tokna dan semua..

 Semoga Allah redha keluarga kita.
Ameen.

Wallahualam.

Friday, December 23, 2011

ReAKTIF 2011 Sehari yang mengikat hati...(1)

Padat & Memikat
Oleh :nawalsensei

Assalamualaikum wrht.

Berikut merupakan kisah perjalanan suatu hari yang layak dikatakan bersejarah dalam hidup saya pada tahun ini. Andai tahun lepas saya diamanahkan untuk mengendalikan suatu kem yang pertama kalinya diadakan atas kaki KeARAH Ps sendiri iaitu KMK2010,..tahun ini saya diminta untuk menganjurkan suatu program untuk mengumpul kembali para peserta KMK2011 dan KASEH2011 dan program tersebut dinamakan ReAKTIF2011 dan merupakan ReAKTIF pertama juga seumpamanya. Alhamdulillah.Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana melancarkan segala urusan yang telah dirancang. 

Para Urusetia/Fasilitator bergambar dengan peserta.
ReAKTIF : Reunion KMK/KASEH Towards Islamic Friendship

Program bermula dengan sessi pendaftaran yang dibuka seawal jam 8.00am di Eagle Park Resort,Bukit Ayer,Perlis. Suasana pagi yang tenang menghantar damai dalam hati. Peserta mula tiba jam 8.15am dan sedikit demi sedikit bertambah apabila jam menginjak 9.00am.

Kelihatan Danial Afiq dan Abdullah Farhan yang akan bertindak sebagai Komandan Kem telah bersedia dan mendekati adik-adik peserta yang sedang beratur. Seperti yang dijangka, adik-adik peserta yang hadir berjumlah seramai 45 orang . Jam 9.00am majlis bermula dengan bacaan surah al-Fatihah.


Slot pertama ialah Ice breaking dan team building. Para peserta diperdengarkan dengan Nasyid Tema ReAKTIF iaitu Jalinan nyanyian kumpulan nasyid UNIC. Kemudian, para peserta bersama fasilitator dan urusetia berdiri sambil menjalinkan tangan menasyidkan Jalinan bersama-sama. Suasana pagi yang sunyi mula riuh dengan suara adik-adik yang berpadu dengan suara kakak-kakak dan abang-abang.



Kemudian, dalam slot ini para peserta diminta oleh Komandan Kem untuk bermain dengan tiga permainan iaitu Stand Up, Indian Chief dan The Hand Game. Alhamdulillah, ketiga-tiga game ini sedikit sebanyak berjaya memecahkan 'ais' dalam kalangan peserta dan juga fasilitator. Aktiviti yang dilakukan sangat sesuai dengan jumlah peserta yang sedikit dan ternyata sangat menghiburkan.


memberi cth kedudukan game stand up




Iqbal Bustami sebagai the indian chief...



Fasilitator tunjuk cara main the hand game
Adik-adik peserta bermain bersama-sama

berjaya tak pecahkan ais dalam kumpulan? insya Allah,kan?
Tepat jam 10.10am, para peserta telah duduk di dalam kumpulan bersama fasilitator masing-masing dan bersedia untuk sessi Sharing Fikrah atau Halaqah Tazkirah. Terdapat 8 buah kumpulan yang dapat dibina iaitu 5 kumpulan peserta KMK dan 3 kumpulan peserta KASEH. Tajuk untuk peserta KMK ialah ' Apa Erti Saya Menganut Islam di Sudut Akidah'  manakalah tajuk  untuk peserta KASEH ialah 'Limau Masam' yang berkait dengan sirah Rasulullah dengan wanita yahudi.

Kumpulan Hazmin
Para peserta dibekalkan dengan sekeping kertas dan pensil ReAKTIF2011 untuk mencatat kerana ilmu itu akan mudah meresap dalam hati dan fikiran jika melalui tiga proses iaitu mendengar, melihat dan mencatat.(Abdullah Farhan).

Kumpulan Amin Abral dan Izham
Kumpulan Khaulah dan Amalina
Kumpulan Hanani dan Naimah
Kumpulan Arwa
Kumpulan Nafis dan Irfan Fauzan
Kumpulan Nasywah
Untuk menjimatkan masa, Abdullah Farhan telah membenarkan peserta untuk mengambil kudapan sambil mendengar nasihat dan kata-kata akhir daripada Fasilitator. Kudapan untuk pagi itu ialah Roti D'Melati ( roti syamil pc bakri) dan air cucuk. Kemudian, para peserta diberi penerangan tentang Slot Master Chef ReAKTIF oleh Komandan Kem. Slot ini merupakan slot Pertandingan Memasak dengan dua modul berbeza antara peserta KMK dan peserta KASEH.

Sibuk membeli belah di gerai Pak Usu
Setiap kumpulan dibekalkan dengan RM50 untuk membeli barang.
Gerai Jualan Master Chef ReAKTIF2011
Ayam RM5 sekeping...
Hazwan- Wan Akmal- Hanif- Solehin
Hakim Rasa dan Juri Hiasan dan Kekemasan
AJK Makanan ReAKTIF yang setia..
Makcik yang setia menyokong dan memberi semangat
Timbalan Pengarah a.k.a AJK Teknikal yang sibuk uruskan dapur dan peralatan
untuk adik-adik peserta...
Siap sedia tempat untuk memasak..
Pak Usu yang membantu...
Tekun membeli belah...
Gerai Kak Ujah....
Berbincang menu yang akan dimasak...
Bersatu kumpulan nih..
Kumpulan yang mendapat gelaran Master Chef ReAKTIF KMK
Kumpulan  No Name..
Kumpulan yang menjadi Master Chef ReAKTIF KaSeh
bagus si cilik berdua nih...


pesiang..
sengihan arwa.
pakcik hamid memantau...sesekali menasihati kami
tekun  dua beradik ni pesiang ikan..
"Seronoknya kami kak..." kata mereka.
Syaza, Naimah dan Khaulah.
Situasi semasa Slot Master Chef..

pening ka nak masak apa?
Fasilitator memantau..
Kumpulan yang mendapat tempat kedua..
Wajah gembira sambil memasak..
Sessi memasak..
Tekun dan gigih..
Fasilitator teruja melihat hasil kumpulan adik-adik mereka..

Ayam masak kicap...
Kumpulan yang soleh

Makan secara jama'ie
Ukhuwwah terjalin antara  Urusetia- Peserta...
Sambal ikan....
Slot Master Chef berakhir apabila juri selesai mengambil markah daripada segi rasa, warna, hiasan dan juga kekemasan dan kebersihan barang peralatan memasak. Para peserta kemudianya diberi peluang untuk menikmati juadah yang dimasak mereka. Masa ketika itu menunjukkan jam 1pm. Setelah selesai sessi menjamu selera secara berukhuwwah dan ceria dengan usikan urusetia serta fasilitator, para peserta bersedia untuk solat Zohor secara berjemaah.

Bersambung...