Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, January 25, 2010

Bila FIKIRAN mula bertutur dengan HATI dan FIZIKAL




Dialog Hati , Fikiran dan Fizikal.

Oleh : TKP

SITUASI 1. Sebelum Mesyuarat.

Hati terasa berdebar-debar. “ Boleh ke aku handle malam ni? Mampu ke aku ni? Aku kan tak pandai buat kerja ?”

Fikiran membalas “ Insya Allah boleh. Kau kena percaya pada diri sendiri. Kalau KP tak boleh hadir, sape nak handle malam ni. Yakinlah”.

“ Betul ke ni?”

“ Betul. Betulkan niat, wahai Hati.”

“ Baik, Fikiran. Aku cuba menurut katamu. Aku cuba ikhlaskan diri. Mudah-mudahan Allah bantu aku”.

*****

Kata kawan-kawan…

“ Kau kena tegas sbb kau orang atas”

“ Kau kena cakap apa kau rasa”

“Kau kena jadi diri sendiri”

Hati berkata.. “ Aku tak boleh. Aku tak biasa mengarah orang. Aku tak biasa share perasaan dengan orang jauh”

Fikiran bertegas. “ Kau Boleh”.

Hati menurut lagi kata fikiran.

*****

SITUASI 2. Semasa Mesyuarat.

Fizikal tiba di bilik mesyuarat dalam keadaan berpeluh, kelam kabut dan menggeletar. Hal ini demikian kerana masa yang ada untuk bersiap ke mesyuarat hanya 15 minit sahaja memandangkan Fizikal tiba di rumah pada jam 7.45pm selepas aktiviti ‘fitness’. Fizikal tiba di situ lewat 20 minit.

Hati berkata “ Kawan-kawan mesti marah aku. Astaghfirullah..maafkan aku kawan-kawan. Aku tak berniat membiarkan korang menunggu.”

Fikiran membalas.. “ Diorang faham tu…tak pe. Take yur time and start”.

Hati berdebar-debar. Terasa seperti dicucuk-cucuk. “ Fikiran, aku takut ni. Aku rasa rendah diri dengan diorang. Aku tak mampu nak cakap depan diorang ni. Aku tak biasa cakap dengan diorang ni. Apa aku nak buat ni, Fikiran… Tolong aku.. KP tak dek ni. S.U serah pada aku ni. Aku benar-benar tak mampu ni..”

Fikiran bertindak menenangkan hati yang gundah. “ Hati, dengar sini. Walau macam mana kau tak mampu, walau macam mana kau tak biasa, kau takut dengan diorang, kau tetap tak boleh lari dari sini dan biarkan kawan-kawan mcm tu je. Kau kena hadapi situasi ni. Kau kena rasional sekarang…”

Hati membalas.. “ Tapi aku rasa sakit tiba-tiba ni. Aku tak tau nak cakap apa ni.”

Fizikal mencelah .. “ Aah, aku menggeletar juga ni. Tangan aku shaking. Hati, Fikiran, buatlah sesuatu”.

Fikiran “ Hati, Fizikal, percaya pada diri sendiri. Cakap apa yang ada dalam hati kau. Biarlah apa orang nak cakap, asal kau settle kan kerja kau.Cepat, masa berlalu.”

Hati.. “ Aku cuba ya fikiran..Aku mohon Allah lindung aku dari benda-benda yang memperlihatkan kejahilan dan kecelaanku.”

Keadaan berlangsung dalam keadaan fizikal menurut kata hati dan nasihat fikiran. Ketika itu, hati merasa semakin berat, semakin terbeban, semakin sakit, semakin panas dan semakin berdenyut-denyut.

*****

SITUASI 3. Selepas mesyuarat Fasa 1.

“ selesai kerja kau.” Fikiran berkata.

“ mana da selesai. Banyak benda tak settle.” Hati menjawab.

Berkata orang bijak pandai.

Berkata orang cekap bekerja.

“ Meeting malam ni tak teratur, berterabur..”

“ Kau kena bagi arahan sebab kau MT.”

“ Kau kena buat kesimpulan selepas meeting. Meeting ni mcm tak da pa yang dapat”

“ Kau tak boleh serah pada post-post tu utk bagi arahan.”

“ Kau tak boleh ‘blebel’ sebelum meeting..”

Hati berkata.. “ Masha Allah.,banyaknya salah aku…fikiran, tulaa aku dah gtau, aku tak pandai wat kerja.”

Fikiran.. “ relax dulu hati. Jangan melatah. Itu nasihat diorang. Diorang kan kawan kau.”

Hati terusik.. “ Kau cakap pada aku suruh jadi diri sendiri dan bercakap apa aku rasa kan? Salah rupanya berkongsi apa yang aku rasa pada kawan-kawan ea fikiran?”

Fikiran.. “ Pada aku tak salah. Tapi dah cerdik pandai kata tak boleh. Jangan kau buat dah laa lepas ni..Maafkan aku hati. Aku salah bagi nasihat pada kau.”

Hati.. “ aku tak salahkan kau. Betul sebenarnya apa yang cerdik pandai ni cakap. Aku kena pujuk diri aku untuk terima. Aku terasa panas ni, Fikiran.”

“ Sabarlah hati. Aku terkilan sebenarnya. Diorang ni kan kawan-kawan kita. Kawan yang agak dekat juga kan dengan kita. Kawan yang tahu kita tak pandai wat kerja. Kawan yang tahu kita tak biasa berada di atas. Kalau benar diaorang nak bimbing kita, nak kita wat kerja tiptop, diorang dah jumpa kita sebelum meeting dan bagi panduan, bagi guideline..”

“ betul laa Fikiran. Aku rasa benda yang sama. Diorang selalu tegur aku bila sesuatu tu dah terlepas. Dah berlaku dan tak boleh patah balik, baru diorang tegur. Aku sedih laa sebab aku macam dipersalahkan atas ketidak sempurnaan malam ni. Kita je ke MT, kita je ke Induk ea Fikiran?. Aku tak fahamlaa diorang ni.”

Fikiran memahami perasaan hati namun fikiran lebih rasional daripada hati. “ Aku faham sedih kau tu. Kau rasa tak dak tempat nak share beban ni kan? Kau jangan lupa kita adalah satu. Aku sangat faham apa kau rasa. Tapi sekarang, kita kena terima teguran dan cuba perbaiki kelemahan kita, kelompangan kita dan ketidaksempurnaan kita. Okay, hati?”

“ Baik, Fikiran. Aku akan cuba memujuk diri aku yang terasa seperti dicucuk-cucuk besi panas ni..” Hati cuba bersikap rasional seperti Fikiran. Dalam pada itu, Fizikal mencelah.

“ Setiap sendi aku bergeletar. Aku terasa sakit satu badan. Aku terasa lemah ni. Aku rasa macam nak balik dan rehat.”

“ Relax Fizikal. Banyak benda tak selesai lagi nih. Kau bertahanlah yea. Ingat, kami sentiasa memahami kau.” Fikiran seperti biasa mengambil tugas memujuk.

*****

SITUASI 4. Selepas mesyuarat Fasa 2.

“ Hati, kau okay dah?” Fikiran mencelah.

“ Belum, Fikiran. Kau?”

“ Aku rasa nak kosongkan diri aku lah. Tak nak bincang tentang hal ni.. aku rasa nak campak semua benda ni pada orang lain. Kenapa aku yang kena tanggung beban ni. Kenapa aku je yang macam orang gila disebabkan hal ni.”

“ Fikiran, sabar-sabar. Kau jangan buat benda bodoh macam tu. Kalau kita lepaskan tanggungjawab kita ni, kita pun sama ‘mengong’ macam kawan-kawan kita. Kita nak ke diri kita jadi insan yang menyusahkan orang lain macam yang diorang buat tuh? Mesti tak nak kan? Kita kan saling lengkap melengkapi, aku yakin aku kena ikhlaskan diri aku. Aku kena yakin Allah akan tolong kita. Barulah kita akan lega..”

“ Aku setuju. Tengoklah macam sekarang, walau aku letih tapi aku tetap bersama korang.” Fizikal mencelah lagi.

“ Tapi susah kan Hati, Fizikal.”

“ Ya. Sangat susah. Inilah medan amal untuk menguji kesabaran kita. Betul tak Fikiran?”

“ Inilah benda yang sering aku terlupakan bila diuji Allah benda seberat begini..Terima Kasih Hati kerana mengingatkan aku.”

Hati seiring dengan Fikiran dan Fizikal melepaskan bebanan yang ditanggung di Kolej Rahim Kajai.

*****

SITUASI 5. Tiba di Rumah.

Sahabat-sahabat seperti biasa bermesyuarat pula di ruang tamu rumah menyatakan rasa hati masing-masing sepanjang mesyuarat.

Hati kembali berdenyut.

Fikiran kembali runsing.

Fizikal terasa semakin lemah.

Kerana, kekurangan-kekurangan itu berpunca dari mereka bertiga yang merupakan insan lemah tak berdaya. Fikiran tidak boleh berhenti memproses maklumat. Hati tidak boleh berhenti dari terasa panas dan berdenyut. Cuma Fizikal sahaja yang terdampar merehatkan sendi-sendi di ruang tamu rumah itu.

Keadaan ini berlanjutan sehingga jam 3am.

Fizikal bersuara.. “ Hati, Fikiran, sedar tak aku tak berehat daripada kita sampai di Bangi ni pagi tadi sampai laa sekarang ni. Korang sedar tak. Aku sangat letih ni,bai..”

Fikiran.. “ Alamak ! Aku lupa kita baru sampai pagi tadi.Banyak sangat benda kena settle kan. Maafkan aku Fizikal, banyak kerja sampai lupa kebajikan kau.”

Hati.. “ Aku pun minta maaf , Fizikal. Disebabkan kitorang, kau tak mendapat hak yang sepatutnya.”

“ Jomlah kita berehat. Mudah-mudahan esok ada sinar untuk kita”.

Fizikal melangkah naik ke atas. Seluruh tubuh sudah tidak bermaya, namun mata tidak mahu lelap. Lalu tangan menggapai sebuah buku di tepi tilam. Tajuknya lebih kurang begini..“ Apabila ‘ Allah menguji kita’.

Fikiran berkata. “ Elok sangat dah. Baca laa sekejap’.

Hati terasa terpujuk dengan kalimah-kalimah yang ditatap oleh mata. Antaranya ‘janganlah kita ingat benda yang sudah berlalu, kerana itu telah ditulis. Ia adalah ketentuan Allah. Kalau anda boleh patah balik ke sebelum sesuatu kejadian itu, apakah anda yakin anda dapat merubah apa yang anda sesali sekarang..” Lebih kurang begitulah maksudnya.

Fikiran terasa ringan. Hati berhenti menyucuk-nyucuk. Allah, rasa lapang sekejap. Mengapa kita bertiga tidak berserah pada Allah? Lalu, mata terpejam dan berehatlah mereka bertiga buat sementara.

*****

Pagi. Tercelik sahaja mata. Alhamdulillah masih dihidupkan atas muka bumi Allah ini.

Fikiran terus bekerja. “ macam-macam benda nak buat hari ni.”

Hati.. “ sekejap-sekejap. Fizikal, boleh minta tolong tak”

Fizikal bertanya “ Ape halnya”

Hati membalas “ Boleh tak kau coretkan kisah kita bertiga ni?..”

Fizikal.. “ Bisa diatur wahai hati.” Lalu Fizikal melangkah turun ke bawah dan mengambil labtop dan mula menaip kisah mereka bertiga… Inilah dia kisah Hati, Fikiran dan Fizikal. Tiga serangkai yang sering bekerjasama, saling menenangkan, saling memujuk, saling berkongsi rasa sakit dan perit, saling memahami dan bertoleransi. Tanpa kolaborasi antara mereka bertiga, boleh tidak siuman rasanya manusia yang bernama AKU ini.

Sekadar perkongsian.


" Tiit...telefon berbunyi.." Datang pelbagai kerunsingan untuk hari ni...

Moga 3 fakulti insan AKU boleh menangani tugas hari ini.

Wallahualam..

Thursday, January 21, 2010

currently at home

Salam semua..

Saya baru tiba di rumah sebelum subuh pagi tadi. Tujuan saya pulang sebentar ke rumah adalah untuk mengambil barang-barang keperluan untuk Kem BIna Insan Murabbi yang akan berlangsung kurang 10 hari lagi. Insya Allah, dengan masa yang sedikit ini, saya cuba rebut untuk selesaikan apa yang patut.

Saya mengharapkan doa anda yang setia membaca disini,...agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk mengendalikan program ini. Mudah-mudahan apa yang dilakukan ini sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah.

Teruslah menyokong BIM 2010

Wallahualam

Monday, January 18, 2010

Latihan ABSEILING :Sikap KITA yang menyedihkan..

Latihan ABseiling @ Rahim Kajai
Oleh : Nawal Abd Kadir

18 Januari 2010

Selepas kelas Sains Kehidupan dalam Pendidikan selesai, suatu perbincangan telah berlangsung antara AJK Induk dan MT Bina Insan Murabbi ( BIM ) 2010 di luar dewan. Kemudian, aku melangkah menuju cafeteria Kompleks Tun Abdullah Salleh mendapatkan Ikin yang berada di situ. Setelah membeli makanan, aku bertanyakan soal tempat meeting dengan Shuk. Keadaan di situ teramatlah sibuk dan aku membeli makanan untuk dimakan di rumah bersama-sama dengan Yus, Aja dan Nad. Aku kira petang ini aku akan ke Masjid Ukm untuk follow up sumbangan yang aku mohon minggu lepas.

Setibanya di rumah sewa, aku dan rakan-rakan berborak sementara menungu pulangnya si Nad daripada bilik pkmk. Dalam keriuhan itu, telefonku berbunyi menandakan masuknya sms.

' Salam. Petang ni ada latihan abseiling di Rahim Kajai jam 3pm.Kumpul di foyer '

" Eh...ape ni? tadi shuk tak kate pape, tiba-tiba dapat msg mcm ni" aku bersuara.

" msg pe nawal? " aja menyampuk.

Aku membacakan msg itu dengan kuat.

' Ala,..malasnya..tak suke benda ad-hoc cam gini' aku berkata sendiri.

Ketika itu Nad sudah sampai di rumah dan kami makan bersama-sama. Masing-masing sibuk mengatakan tentang event petang itu yang arahanya datang secara ad-hoc. Aku sendiri merasa takut untuk mencuba abseiling itu. Rasa seperti tak bersedia. Namun, bila difikirkan..

' ahh..mesti ramai orang,..tak sempat kot aku buat.." dalam hati ada bisikan seperti ini.

Lama aku mencerna maklumat. Aku cuba berfikiran positif dengan sessi latihan ini. Aku jernihkan fikiran dan kembali bersemangat untuk join latihan petang ini.

Tepat jam 3pm. Aku bersama-sama Nad, Aja, Yus keluar menuju ke Kolej Rahim Kajai. Ikin dan Niza sudah keluar lebih awal kerana Ikin mahu singgah di Kolejnya untuk menukar uniform. Tiba di foyer Kajai,..

" AIk...tak dak sapa pun? Depa kumpul kat mana? " Aku bersuara.

" Kata pukul 3. Ni dah 3.1o..ingat kita yang lewat.." Nad menyambung.

" Takkan tak dak orang mai kot..." Yus menyampuk.

Masing-masing yang baru pertama kali memasuki ruang foyer Kajai berlegar-legar. Aku menghantar sms kepada Shuk. Aku menjengah ke luar dan kelihatan Zaim dan kawan-kawan daripada Pendidikan Sukan dan Rekreasi sudah siap bersedia di bawah pondok merah di luar foyer Kajai.

" Budak sukan pun dah mai.. mana budak-budak kita ni? " Aja bertanya.

Kemudian, Zarimi menelefonku untuk memaklumkan tentang tempahan dewan dan aku meminta dia untuk hadir ke Kajai. Kelihatan Dr. Tajul Ariffin yang baru kukenali petang itu keluar daripada biliknya sambil memegang mug.

" Budak laki mana? " itu soalan pertama yang keluar dari mulut Dr. Tajul.

Kami hanya mampu berkata tidak tahu. Tidak lama kemudian, Shuk tiba. Shuk juga kalut menghantar sms dan menelefon rakan-rakannya. Kemudian, Zarimi tiba dan berborak dengan budak-budak sukan. Kami yang tiba awal ini sedikit gelisah kerana cuaca panas dan berasa tidak selesa. Namun, apabila melihat wajah rakan-rakan yang hadir memberi sokongan dan bersemangat, rasa tidak selesa itu berjaya disingkirkan.

Jam 3.4opm. Dr meminta kami berkumpul di dalam foyer dan duduk beramai-ramai di atas lantai. Peserta muslimat ketika itu ada dalam kira-kira belasan orang dan lelaki hanya 3 orang dengan tambahan Fadhli. Dr memulakan penerangan tentang alat-alat yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti abseiling. Penerangan Dr sangat ringkas dan padat serta mudah difahami oleh kami yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan sukan. Suasana menjadi ceria dengan unsur 'humor' yang ditunjukkan oleh Dr semasa penerangan.

Jam 4pm muncul 3 orang lagi muslimin dan beberapa muslimat. Kemudian, kami diarahkan untuk keluar ke tempat melakukan abseiling iaitu di hadapan foyer Kajai. Dr sekali lagi memberi penerangan tentang cara-cara utk melakukan abseiling. Macam-macam yang Dr terangkan termasuklah aspek keselamatan. Dr turut menyelitkan unsur motivasi dalam kata-katanya. Walaupun cuaca panas, namun tidak terasa kerana seronok mendengar celoteh Dr Tajul di samping melawan rasa getar dalam diri.

Kemudian, Dr meminta wakil daripada Lelaki dan Perempuan. Sudah tentu untuk muslimat, Hajar menjadi tunggak kami kerana dia berani. Tambahan pula dia adalah Palapes manakala lelaki diwakili oleh Shukri. Hajar berjaya melakukan dengan cemerlang.

" Bagus..bagus..ni dah boleh graduate ni.." Dr Tajul memuji Hajar. Kemudian tiba giliran Shukri..

" Shukri kalau tergolek, pindak ke Hussin, jangan duduk Kajai lagi.." Dr mengusik Shuk.

Suasana menjadi ceria dengan usikan utk meninggalkan wasiat dsb. Setelah itu seorang demi seorang mencuba latihan abseiling ini. Aku berhajat namun ketakutan menguasai diri. Aku seorang yang penakut dan gayat. Namun, Aja dengan nada suara ala-ala tentera menggesaku untuk mencuba. Aku mendapat semangat daripada Aja yang sering menyokong aku dan rakan-rakan. Nad, Yus, Aja sentiasa memberikan sokongan terhadapku. Aku bertuah punya rakan seperti mereka.

Aku mencuba merasai kekuatan tali dengan latihan yang Dr anjurkan. Dr Tajul seorang yang sangat baik dan bertolak ansur. Tidak pernah sekali pun semasa latihan itu Dr meninggikan suara. Malah, Dr siap memberikan peneguhan positif yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri, Dr memberikan tunjuk ajar dan kelihatan sangat mengambil berat keselamatan peserta. Aku mengkagumi Dr Tajul dari aspek itu. Dengan izin Allah, aku berjaya menghabiskan juga sessi latihan yang penuh debar itu.

Pelajaran baru yang kuperolehi daripada aktiviti abseiling ini ialah seperti kata Dr Tajul :

1. Mengatasi ketakutan yang ada dalam diri.
2. Yakin dengan kebolehan diri sendiri.
3. Yakin dengan Ilmu abseiling, teknik-tekniknya dsb.

Maka, sangat rugi kepada sesiapa yang tidak hadir. Sebenarnya, aku berkongsi cerita di sini kerana aku merasa sangat terkilan dengan sikap rakan-rakanku yang tidak hadir ke sessi latihan ini. Bayangkanlah out of 150, yang hadir hanya dalam 20+. Budak PI boleh menyatakan mereka ada kelas jam 4pm namun dimana budak PQ? Budak PI juga boleh hadir jam 3 untuk mendengar penerangan jika benar-benar mereka memberi komitmen. Selepas kelas juga mereka boleh hadir, contohnya Zarimi, Aiman dan Nik datang selepas kelas dan masih sempat melakukan latihan tersebut.

Aku sangat terkilan dengan sikap kita para ustaz dan ustazah. Budak Sukan yang jika diikutkan tiada kepentingan untuk berada di situ telah siap sedia sebelum jam 3pm lagi sedangkan para pelajar pipaq yang memerlukan tunjuk ajar dan latihan tidak datang untuk mendengar taklimat tersebut. Aku malu dengan Dr. Aku malu dengan budak-budak sukan.. Aku tidaklah sebaik mana, namun salahkah jika kita semua memberikan kerjasama terhadap benda-benda yang tidak menyalahi ajaran Islam? Salahkah kawan-kawan?

Aku secara peribadi berharap untuk sessi latihan pada Rabu ini, perkara ini tidak akan berlaku lagi. Ketahuilah kawan-kawan, sessi latihan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan keyakinan dalam diri kita terhadap aktiviti abseiling kerana di Pangkor nanti, cabaranya adalah lebih besar. Aku disini hanya berkongsi rasa hatiku dan penilaianku terhadap kawan-kawan pipaq kita. Marilah kita ubah persepsi 'negatif' orang pada kita dengan menjadi seoran yang tidak banyak songeh dan sami'na wa ata'na. Marilah kita berubah wahai kawan-kawan... Tak rugi kita lakukan benda yang bermanfaat untuk diri kita juga,,kan?

Di bawah ini aku kongsikan wajah-wajah yang hadir ke sessi latihan abseiling kali pertama di Kolej Rahim Kajai.

Aisyah, Nad, Odah,Ikin, Aisyah

Ikin yang berani

huhu..

Nad yang nervous sepertiku..


Aja Rahman - kekuatan kami

Gadis ayu yang sahut cabaran..
"ustazah boleh"

Dr Tajul dan Shukri

Dr Tajul Arifin

Ketua Pengarah cuba jugak..!

Sekadar itu cerita yang dapat kukisahkan pada anda.
Hidup ini tidak pernah lari daripada kisah-kisah hidup samada yang kita suka atau pun tidak.
Namun, bukankah sharing is caring?
Teruslah menyokong BIM untuk kebaikan kita bersama juga, insya Allah.

Wallahualam


ZoOm In SKEMA V

SKEMA V
Tempat : Auditorium Masjid Putra Jaya
Tarikh : 17 Januari 2010
Peserta : Mahasiswa/i dari IPT Wilayah Tengah

Kalau saling berjumpa, aktiviti bergambar tidak pernah menjadi agenda yang disisihkan..
maklumlah peluang bertemu bukan selalu..lantas pertemuan pada Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Kali ke-5 kali ini turut diselangi dengan aktiviti merakam wajah-wajah sahibah tercinta.. mudah-mudahan ukhuwwah kita kekal dalam redha illahi.

batch 1986.. seronok jumpa dan kenal kalian..

my mas'ul for this semester..
sahsiah dan peribadinya inspirasiku..

gen paling ramai..hehe..
1988 gurls..

orang kuat UKM.. Husna dan Izzati
bersama rakan-rakan mereka..

suasana dalam auditorium Masjid Putra Jaya


Tuesday, January 5, 2010

SIBUK ITU INDAH ?

Anda bahagia dgn sibuk anda?
Oleh : nawal_sensei

Benarkan sibuk itu suatu yang indah? Bukankah sibuk itu tidak disukai oleh ramai orang?

" Arrrggghhh...bila laaa kerja aku nak selesai ni..."

" Bila nak free..?? Letih laa sibuk ni.."

" Teringin rasanya nak relax sepanjang hari..."

" Agaknya dalam dunia ni tak de orang yang dapat rehat lama-lama ek"

" Bencilaa bila dah mula kelas. Sibuk sana, sibuk sini.."

Dialog-dialog seumpama ini sering dikeluarkan oleh individu-individu yang sibuk samada dengan kerjaya, pelajaran, rumahtangga, perniagaan dan lain-lain. Terdapat segelintir yang merasakan bahawa sibuk itu suatu yang tidak menyeronokkan. Kesibukan menyesakkan dada. Kesibukan melelahkan dan meletihkan.

Namun, keadaan ini akan bertukar jika sibuk itu dihiasai dengan keimanan kepada Allah swt. Kesibukan yang dipenuhi dengan kerja-kerja yang jelas matlamatnya, tujuan dan jalanya akan menimbulkan rasa indah dalam diri. Contohnya jika kita disibukkan dengan kerja-kerja yang kita suka, kita tidak akan mengeluh. Jika kita melakukan pekerjaan yang Allah redha, jalan kita akan dipermudahkan dan kita akan merasa seronok dengan sibuk yang Allah anugerahkan kepada kita.

Bayangkan jika kita tiada apa-apa kerja yang hendak dilakukan, sudah pasti kita akan membuang masa kita dengan begitu sahaja tanpa kita sedar ia sudah berlalu meninggalkan kita tanpa kita mendapat manfaat darinya. Jika kita sibuk dengan jadual yang padat, dengan program pengisian mendidik hati dan jiwa, dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita, kita akan merasa puas setelah berjaya melaksanakanya dan kemudian kita mendapat manfaat yang banyak daripada kesibukan itu.

Darinya kita belajar menghargai masa, kita menyusun masa kita, kita menetapkan target kita dsb. Ini adalah sebahagian kecil daripada contoh-contoh yang lain ..yang anda sendiri alami.

Adakah saya sibuk?

Emm.. saya merasakan diri saya sibuk namun mungkin tidak sesibuk orang lain.

Semester ini saya diamanahkan untuk menghafal JUZ 29 dan 30. Sudah lama saya tidak mengulang bacaan dan ia adalah berat bagi saya untuk mengingat kembali surah-surah itu dan lebih sukar utk surah yang belum pernah saya hafal.

Kemudian, saya diamanahkan dengan jawatan Timb.Pengarah bagi Kem Bina Insan Muallim. Saya pada mulanya negatif dengan perlantikan ini, namun setelah mencuci fikiran saya, saya merasakan ini adalah tarbiyyah daripada Allah untuk melatih sifat kepimpinan dalam diri saya disamping memberi peluang kepada saya untuk mengamalkan 'sabar' dalam organisasi juga 'sabar' melayan sahabat-sahabat saya.

Saya juga dikehendaki mencari duit sponsor atau sumbangan bagi menampung belanja ke Kem Bina Insan Muallim kerana saya sekarang sudah kekeringan wang ringgit. Saya berusaha sedaya upaya saya, menebalkan muka kerana ini adalah kali pertama saya terlibat dalam usaha mencari dana untuk program. Ini pelajaran baru saya semester ini !.

Kemudian, aktiviti-aktiviti HaluanSiswa perlu diberi perhatian. Saya sedar diri saya terlalu sibuk semester lepas sehingga saya tergelincir daripada memberikan komitmen terhadap HS ini. Semester akhir ini saya cuba untuk tidak tergelincir lagi dengan memakai kasut baru berbunga lebih tebal ( supaya tak tergelincir)..untuk konsisten dalam program-program JIWA yang dianjurkan. Insya Allah, sahabat-sahabat marilah kita bersama-sama berkunjung ke program-program yang telah dianjurkan.

Tugasan assignment sudah semestinya menjadi agenda utama saya sebagai pelajar. Namun, semester ini saya perlu menyelesaikan lagi suatu projek di bawah subjek ' Sains Kehidupan' yang lebih berorientasikan " pendidikan lestari ". Kemudian, untuk subjek kewarganegaraan saya sudah mendapat tajuk dan bakal memulakan langkah untuk menyiapkanya. Bagi subjek hafazan, insya Allah saya akan cuba tasmi' dengan Ust Ashraf setiap minggu supaya saya tidak keciciran dan untuk subjek Kurikulum Penilaian Pendidikan Islam, kuliahnya hanya akan bermula pada hari Jumaat ini.

Sekarang saya dalam usaha untuk meminta sumbangan daripada pihak JAWI, Pusat ZakaT Bangi dan sebagainya. Saya harap setiap dari anda yang membaca coretan 'sibuk' ini akan mendoakan kelancaran kutipan dana dan program yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sekadar itu utk perkongsian. Saya tahu anda juga sibuk dan tidak pnya masa membaca coretan ini lebih lama lagi.

Marilah kita sama-sama sibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada sahabat syaitan yang gemar membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.

Wallahualam.