Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, May 31, 2009

C.I.N.T.A ???


C.I.N.T.A . Kita hidup kerana cinta. Adanya kita kerana cinta. Kehidupan kita dikelilingi dengan cinta. Pokoknya cinta pada siapa? Adakah cinta kita itu benar dalam landasan syara'? Hidup saya dikelilingi mereka yang hangat bercinta, bermadu kasih dan bersayang-sayang. Tiada kata yang mampu diungkapkan dalam menjelaskan bukan begitu caranya untuk kita menjaga 'cinta' kita. Hari ini saya membaca suatu artikel tulisan 'Laksamana Angkasa' berkaitan dengan topik yang dekat dengan kita. Saya ingin kongsikan disini kerana tulisan itu selari dengan nada yang menari-nari dalam hati saya.

Adakah benar itu cinta?

Oleh : Hilal Ashraf

Seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang perempuan.

“ Aku betul-betul sayangkan dia” Ujar lelaki itu. “ Perempuan itu pun cintakan aku”

Saya memandang sahaja.

“ Kami berdua saling cinta mencintai” Tambahnya lagi.

Saya menghela nafas.

“ Salah ke kami berjumpa? Keluar sama-sama? Sembang-sembang? Kami nak lepaskan rasa rindu. Cinta kami terlalu menggunung”

“ Kau panggil itu cinta?” Saya memandangnya. Kali ini, mata saya mencerun.

Kononnya, cinta tidak tertanggung, rindu menyelirat agung. Oh, lautan api akan diredah, gunung tinggi akan didaki. Langit angkasa akan dijejak. Bulan bintang akan menjadi saksi. Segala apa pun sanggup dilakukan, asalkan cinta bersemi di dalam hati.

“ Aku betul-betul sayangkan dia, cintakan dia”

Rasa itu memang bergejolak, menolak-nolak. Hati rasa tersiat, seluruh tubuh seakan khianat. Kadang-kadang langsung tidak dapat mengawal diri. Ada masa hendak menangis menanggung cinta ini, ada masa tersennyum-senyum sendiri.

Setiap waktu hanya nampak dia. Ketika tidur hanya mimpikan orang yang kita cinta. Bila bangun terbayangkan dia. Setiap waktu hanya nampak dia sahaja.

“ Aku cintakan mu, i love you, aishiteimasu, uhibbuki, saranghaeyo, ik houk van jou, miluji tě, je’ti aime” Bahasa melayu, inggeris, jepun, arab, korea, belanda, albania dan perancis disebut. Semuanya makna satu. Kalau arif seratus bahasa, kesemuanya akan diluahkan sebagai tanda cinta.

Mabuk. Mimpi yang entah berapa tahun lagi baru menjadi realiti, tetapi terasa seperti esok akan menjadi.

Benarkah itu cinta?

“ Kau panggil itu cinta?” Mataku mencerun.

“ Habis?” Walau saya tidak menyentuh dadanya, dari matanya sudah saya ketahui hatinya diamuk getar. Mungkin terasa bila cinta yang dianggapnya agung itu hendak digugah.

“ Kau tahu apa itu cinta?” Saya bertanya.

Dia mengangguk pantas. “ Cinta itu adalah sayang. Cinta dari hati, sayang sepenuh hati”

“ Kau tahu apa makna sayang?”

“ Menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan, membuat dia bahagia”

“ Maka kamu tidak mencintai dia sebenarnya” Saya menjawab perlahan.

Matanya membesar. Terus tangannya meragut kolat baju saya. Saya ditarik kasar.

“ Apa dia? Mana kau tahu? Jangan kau hendak menghitung cintaku. Cintaku kepadanya seluar langit dan bumi. Apa sahaja boleh kuberi. Kenapa kau nyatakan yang aku tidak mencintainya?” Marah. Matanya berapi.

Mabuk. Dia tidak sedar. Yang dikatakannya cinta itu, hakikatnya tidak bernilai walau satu habuk.

“ Sebab kau lontarkan diri kau, dan orang yang kau kata kau cinta itu, ke dalam neraka” Mataku memandangnya tidak berkelip.

“ Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Dia terdiam.

“ Apakah itu cinta?”

Manusia terlalu bodoh. Dia merasakan cintanya agung melangit. Tetapi dia tidak sedar, sebenarnya ketika itu dia tidak mencintai. Hakikatnya, dia pun tidak dicintai. Dia melontarkan pasangannya ke neraka. Pasangannya juga melontarkannya ke neraka. Apakah itu cinta yang sebenarnya?

“ Cinta itu mahal. Kau sebenarnya tidak mengerti makna cinta” Aku menambah. Pegangan tangannya mula melonggar.

Cinta yang sebenar, cinta yang menembusi akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, kemudian di akhirat bermusuhan. Masing-masing akan menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa. Ayah ibu akan menyalahkan anak kerana dosa anak terpalit pada dirinya. Anak akan menyalahkan ayah ibu menuduh ayah tidak menjaga dan mendidiknya. Suami akan menyalahkan isteri kerana tidak taat kepada ALLAH. Isteri juga akan menyalahkan suami kerana meninggalkan amanah mentarbiyah keluarga. Hari itu, tidak bermakna langsung cinta cinta yang diperkatakan manusia. Cinta mereka tidak menembus ke akhirat. Bertahan di tebing kubur sahaja, kemudian tertinggal.

Apakah itu dinamakan cinta?

Saya tidak nampak.

“ Kau fikir, cinta dengan perempuan itu, hanya sekadar ucap i love you?” Saya menepuk bahunya.

Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada TUHAN. Maka cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan. Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan.

“ Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAh Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan(perancangan, agenda)” Surah An-Nur ayat 30.

“ Tetapi, aku merasa bahagia. Malah, ada orang seperti ku, berkahwin, dapat anak, bahagia hingga ke akhir hayat” Dia cuba mempertahankan diri.

“ Apakah makna cinta, jika ia tidak dikira sebagai kehidupan? Hidup hanya untuk ALLAH, apakah harga cinta jika ia tertolak di sisiNya? Kau bahagia di dunia, tetapi kau sengsara di akhirat sana. Apakah makna cinta?”

“ Dan ada dari kalangan mereka yang meminta, Ya RABB kami, berilah kami apa yang ada di dunia. Dan di akhirat kelak, mereka ini tidak mendapat apa-apa pun” Surah Al-Baqarah ayat 200.

Secara tidak sedar, cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk ILAHI. Dari cinta kepada ILAHI inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asasnya iman dan taqwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan ALLAH.

“ Habis, salahkah aku bercinta? Cinta fitrah manusia!” Dia cuba membentak. Nampak sukar menerima.

“ Cinta tidak bersalah. Jatuh cinta bukan jenayah. Persoalannya, bagaimanakah kau bercinta, kenapa kau bercinta, untuk apakah kau bercinta?”

“ Sesungguhnya setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap manusia akan mendapat apa yang diniatkan olehnya. Sekiranya dia berhijrah kerana ALLAH dan rasulNya, maka dia akan mendapat ALLAH dan rasulNya. Jika dia berhijrah kerana dunia untuk mendapat isinya, atau kerana wanita untuk mengahwininya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang dia hijrahkan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Akhirnya, manusia yang tidak mendirikan cintanya berasaskan iman dan taqwa, akan melihat jawapan-jawappan kepada tiga persoalan itu adalah sama. Nafsu. Ya, kepuasan diri semata-mata. Rapuh bukan? Sedangkan cinta itu saling kasih mengasihi. Tetapi sedar atau tidak, kita menjalani cinta yang berasaskan nafsu ini, hanya untuk kepuasan diri sendiri. Itukah cinta?

“ Tapi… tapi… aku bukan sekadar cinta sahaja. Aku berkorban juga. Aku belikan dia itu dan ini. Aku…”

“ Itu semua tipuan sahaja. Kau berkorban untuk dia mencintai kau bukan? Bukankah itu mementingkan diri? Kau mencintainya untuk diri kau. Kau namakan itu cinta?”

Akhirnya kepalanya tertunduk. Saya menghela nafas. Daifnya cinta manusia. Syaitan menghias-hias cinta daif itu menjadi agung. Tinggi melangit. Merentas lautan api kononnya. Mahu merentas neraka bersama kah?

“… Dan syaitan telah menjadikan indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk” Surah An-Naml ayat 24.

Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tetapi bahagia hingga ke akhirat sana. Apakah makna cinta jika kita melontarkan pasangan kita ke neraka?

Kita akan ada anak, kita akan ada kerja, hidup berkeluarga nanti penuh dengan cabarannya. Siapakah yang memandang ke hadapan melihat hal ini? Biasanya, yang bercinta berasaskan kepuasan diri ini, hanya nampak sebatas gerbang perkahwinan sahaja. Nampakkah dia bagaimana dia hendak membesarkan anaknya nanti? Nampakkah dia bagaimana dia hendak menyara keluarganya nanti? Lebih besar lagi, bagaimana dia hendak membawa keluarganya hidup dalam keredhaan ALLAH?

Kebaikan akan memusnahkan keburukan, tetapi keburukan tidak akan sesekali mendatangkan kebaikan.

Jatuh cinta bukan jenayah. Tetapi bagaimakah kita bercinta, kenapa kita bercinta, untuk apa kita bercinta? Itu persoalan yang mesti dijawab sebenarnya. Cinta berasaskan iman dan taqwalah yang membuatkan kita mencintai pasangan kita, anak-anak kita sepenuh jiwa. Kita sara mereka dengan wang yang halal, kita hidupkan mereka dalam suasana ISLAM, agar bahagia itu berkekalan hingga ke syurga, bukan sebatas air mata di tepi perkuburann sahaja.

Cinta adalah ibadah. Bukan untuk memuaskan perasaan sahaja.

“ Dan tiadalah AKU ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah” Surah Adz-dzariyat ayat 56.

“ Habis, bagaimana aku sekarang? Perlukah aku memutuskan cinta?”

Saya menggeleng. Belakang tubuhnya saya tepuk-tepuk lembut.

“ Perbaiki diri kamu, dan ajaklah orang yang kamu cintai itu untuk kembali muhasabah. Sama-sama kamu perbaiki diri. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada ILAHI. Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul, bercintalah dengan matlamat yang betul.”

“ Sekiranya kamu bersyukur kepadaKu, maka akan AKU tambahkan bagimu(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.

Dia menghela nafas. Aku tersenyum sahaja. Bukan senang. Tetapi itulah jalannya. Sebab syurga, dan harga kekal abadi itu lebih mahal nilainya.

Itu cinta dia.

Bagaimanalah agaknya dengan cinta saya?


( Artikel ini saya petik daripada laman web Langit Ilahi.com )

Saturday, May 30, 2009

Rakan se-PRAKTIKAL

Mari kenal kawan-kawan saya..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

SMK Raja Mahadi menerima 5 orang guru praktikal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 2 orang akan mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan 3 orang akan mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Kami berlima sangat rapat dan saling membantu antara satu sama lain jika terdapat kesukaran dan masalah. Cikgu berlima ini ialah :-

1. Cik Nawal bt Abd Kadir
2. Cik Nadzirah bt Zakaria
3. Pn. Alice a/p Raman ( ibu kepada anak P yang berumur 3 tahun )
4. Cik Haneitha
5. Pn. Abidah bt Saul Hamid

" Kami datang dalam pakej. Pakej 5 orang. Kalau datang satu tugas, kelima-lima mesti terlibat. Tidak boleh pecah-pecah" itu 'joke' yang selalu Alice ulangkan apabila ada antara kami yang tidak mendapat kelas ganti.

Setiap kali sebelum pulang dari sekolah, kami akan saling berkongsi cerita apa yang berlaku semasa di dalam kelas. Saya sangat senang dengan situasi ini lantaran di tempat baru kami masih kekurangan kawan-kawan yang baik.

Thanx to Alice, Haneitha and Kak Abi...It's nice to know all of u..

Ini ialah Alice dan Haneitha

Kak Abidah masa time breakfast di Kantin

Nadzirah di bilik guru..

Bersama guru yang mendapat undian Guru Paling Popular sessi Pagi..


Hari-hari di SMK Raja Mahadi



Benarlah kita tidak mengetahui..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Sek.Men.Keb.Raja.Mahadi ( SMKRM ). Sekolah bertuah ini terletak di Taman Klang Jaya, Klang, Selangor. Di sinilah tempat pertama saya menjalani latihan sebagai guru pelatih. Hari-hari minggu pertama dilalui dengan penuh rasa perit. Hal ini adalah berikutan proses adaptasi dan asimilasi sedang berlaku dalam dunia baru saya sebagai seorang guru. Tekanan yang diterima bukan sedikit. Namun, inilah realiti dunia pendidikan pada hari ini.

Setelah berlalunya minggu pertama, saya merasakan hari berlalu dengan agak pantas. Apa maksudnya itu? Saya sudah mula membiasakan diri dan mula merasa gembira ke sekolah. Ditambah lagi dengan adik-adik pelajar yang sudah mengenali diri saya membuatkan saya mula terasa bersemangat untuk ke sekolah. Jadual waktu saya ke sekolah berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Seperti yang pernah disebut di entri sebelum ini, saya menjadi guru dua alam. Istilah dua alam digunakan di sekolah yang memiliki dua sessi yang mana seseorang guru itu hadir pada kedua-dua sessi. Berikut saya kongsikan masa saya harus datang ke sekolah dan pulang dari sekolah.

Isnin : 10.30 am - 5.30 pm
Selasa : 7.30 am - 5.00 pm
Rabu : 10.30 am - 5.30 pm
Khamis : 7.30 am - 5.30 pm
Jumaat : 2.15 pm - 6.35 pm

Inilah warna-warni jadual saya ke sekolah. Majoriti guru-guru di SMKRM baik dan sedia memberi bantuan dan idea. Selain itu, mereka tidak lokek berkongsi pengalaman, tips mengawal budak, dan nasihat-nasihat untuk menjadi guru yang baik. Minggu kedua juga, telinga saya sudah menjadi kian kalis bunyi. Bunyi bising sudah tidak menjadi masalah besar bagi saya. Alhamdulillah.

Masuk minggu ketiga, saya semakin selesa dengan jadual harian ini. Walaupun keletihan, entah mengapa masa yang dilalui di sekolah sudah tidak begitu perit seperti minggu pertama. Inilah yang dikatakan lemahnya manusia itu. Lemahnya kita kerana kita tidak mengetahui apa yang baik bagi kita. Manusia seringkali tidak mengetahui bahawa apa yang disukainya boleh jadi tidak baik baginya, dan apa yang tidak disukainya boleh jadi baik baginya. Kerana itu kita amat-amat bergantung kepada Pencipta kita. Kuasa yang menjaga kita.

Benarlah saya tidak mengetahui apa hikmahnya saya diletakkan di SMKRM yang sangat mencabar emosi, akli,jasmani dan rohani..Namun, saya pasti suatu hari nanti saya akan menjadi lebih kuat dan bersemangat kerana beradanya seorang guru itu di SMKRM membawa erti dia harus menjadi kuat. Insya Allah.

Masa untuk cuci sawang...


Cuci..jangan tak cuci..
Oleh : Sensei_nawal

Salam semua. Lamanya saya meninggalkan laman ini daripada sentuhan perkongsian cerita mahupun gambar. Ketiadaan broadband di tangan ditambah dengan keletihan mengharungi dunia pekerjaan menyebabkan berhabuk sudah blog ini. Kepada yang setia membelek tulisan saya, maafkan saya kerana lama tidak mengupdate cerita di sini. Insya Allah, dengan masa yang ada selama cuti sekolah 2 minggu ini, saya akan kongsikan segala peristiwa yang berlaku selama dua minggu tidak mencoret di sini..Nantikan! Saya akan teruskan kerja pencucian blog ini segera...

Wednesday, May 13, 2009

Mengapa begini...

Hari-hari yang berlalu begitu lambat terasa...
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Hari ini hari ketiga saya berada di Klang atau lebih tepat lagi di SMK Raja Mahadi. Saya kini berada di tingkat atas rumah sewa saya yang bertempat di Kawasan perumahan Andalas. Hari yang berlalu saya rasakan begitu lambat berjalan... Terasa masa begitu panjang dalam keadaan saya baru belajar menyesuaikan diri dalam suasana dan persekitaran baru. Rumahlah yang menjadi kerinduan. Selain itu, yang kurindukan juga adalah Bangi dan UKM yang penduduk majoritinya Melayu. ( hehe ). Mengapa? Kerana disini persekitaranku dikelilingi oleh bangsa India dan Cina.

Tiada kedai makan melayu di sekitar kawasan Klang Jaya. Di kawasan Bukit Tinggi juga sukar menemukan kedai makan melayu. Kedai makanan cina dan india bertebaran. Ini pengalaman yang baik dalam perit. Saya belajar menyukai bangsa lain. Saya belajar berbaik-baik dengan mereka. Saya belajar yang mereka juga baik dengan bangsa lain. Saya membiasakan diri mendengar ocehan dalam bahasa mereka. Tiada lagi rasa sakit kepala bila mendengar borak2 mereka dalam bahasa Tamil. Malahan, terasa seperti mahu belajar bahasa Tamil kerana saya mengalami kesukaran mengetahui apa yang berlaku di sekolah apabila guru bercakap dalam bahasa tamil dengan rakan sekerja atau pelajar2.

Di SMK Raja Mahadi juga, ramai pelajar melayu dapat bertutur dalam bahasa India. Wah! Ini suatu yang baru bg saya. I'm impressed. Hari pertama di sekolah saya dihidangkan dengan dua peristiwa pergaduhan di sekolah. Pelajar-pelajar keluar masuk daripada bilik guru ke tempat Guru Disipilin iaitu Cikgu Bala. Tidak sunyi Cikgu Bala menghukum mereka yang membuat hal. Setelah berlalu kumpulan-kumpulan yang didenda, ada seorang budak duduk di kerusi Cikgu Bala. Kemudian, terdengar dia berborak dengan Cikgu Bala dalam bahasa tamil. Saya menyangka dia pelajar India, kemudian saya menoleh dan melihat wajahnya. "Eh, Melayu ni" bisikku dalam hati..mataku tertancap pada tag namanya.."Faiezzull". Nama Melayu.
Sah. Dia boleh bercakap bahasa Tamil. Ini pengalaman pertama aku melihat pelajar Melayu bertutur dalam bahasa Tamil. hehe..

Guru-Guru Raja Mahadi baik-baik. Ramah. Tidak sombong. pendek kata baguslaah. Pengetuanya bagus. Guru pagi dan petang ok lah. Saya terpaksa mengajar dua alam. Mengajar pagi dan petang. Letih tidak terkata. Tapi, alah bisa tegal biasa. Maybe akan terasa biasa dalam sedikit hari lagi...

banyak nak cerita..tp terganggu dengan perbualan di Ym..terbang idea..hihi..
akan saya kongsi setiap pengalaman di Klang ini..
Mohon doa dari semua yang membaca..

Wallahualam

Wednesday, May 6, 2009

Exam dah habis....!!!

Musim Peperiksaan bagi semester 2 Tahun 3 sudah berakhir dengan habisnya last paper
" Kajian Teks Arab dalam Pendidikan" yang tidak begitu kejam walaupun susah jg lee..hehe...
terima Kasih semua..Perjalanan diteruskan ke arah Alam Praktikal pula...Tunggu kedatanganku wahai anak bangsa...SMK Raja Mahadi...

Friday, May 1, 2009

Bersatu + sehati + seAl-Bait...

Pelajar PIPAQ ke Baiti Jannati
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Ct bersama batang penyapu

Pose dgn kunci rumah

Pemandangan dari Master Bed Room atas

Peralatan yang digunakan..hehe

Dari kiri : Yus,Nad,Ima,Niza,Ct

Menuai cili burung

comelnya cili ni...

siapa ni? sedap nye ulam raja tu...

bersama tumbuhan2 di blkg rumah

bertungkus lumus menyelamatkan pokok betik
daripada tumbuhan tumpangan

ps : Nape tak nampak aja pun dalam gmbar ni??? tiada siapa yg tahu..hehe

melangkah ke MEI dengan debaran...


Hari Pekerja..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Hari ni cuti..sedihnya tak dapat berkunjung ke favourite place ku iaitu PTSL sbb pakcik2 pekerja sume cuti hari ni...makanya melekat laa seharian kat bilik kecil hari ni. Menyiapkan nota2 dan bacaan untuk exam yg bakal datang. terasa April 2009 yg baru berlalu begitu singkat sekali. Tidak banyak entri berjaya dipostkan kerana kesibukan menyiapkan diri menghadapi exam. ditambah dengan Jaring yg tak dapat diconnect sekian lama...

Mengapa mei penuh debaran?
Kerana...

1. 4 hb nak exam Ulum Hadith... banyaknya nak update dalam ingatan...

2. 6hb nak exam Kajian Teks Arab dalam Pendidikan... yg ni mmg killer paper... menggigil nak hadapi exam ni. Subjek inilah yg kuGeruni seawal semester 1... mOga ku dapat hadapinya tanpa Migrain dan sakit kepala dan stress..

3. 11hb bakal menjejakkan kaki ke SMK Raja Mahadi untuk latihan mengajar. Penuh debaran dan keterujaan..( yeke? )... memang risau sbb tak dek persediaan rohani + fizikal dan mental nak hadapi hari-hari di sekolah. Yelah selama ni sekolah di SMKA dan Matri kan.. ni first experience nak deal dgn SMK biasa...

4. debaran tentang RM...huhu.. sepanjang berpraktikal banyak menuntut ongkos yg agak tinggi...

hehe...macam2 lg sbnranya..tp bak kata Coach Hussam dalam VT... " Biarlah rahsia.."
( maklumlaa baru habis baca VT )

Pada sesiapa yg terbaca entri ringkas ini..teruslah menembak doa..
wallahualam.