Let's share yur kind words here... (" _ ")

Friday, July 24, 2009

Kehilangan...

Kehilangan buat kesekelian kalinya..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir.

Bas Sri Maju yang kunaiki mula bergerak perlahan. Tempat dudukku yang bernombor 21 merupakan tempat duduk paling belakang. Seat yang rosak, kerusi yang tidak stabil agak kurang menyelesakan. Aku mengeluarkan telefon bimbit untuk menghantar pesanan ringkas kepada Ummi bahawa bas sudah bergerak. Sebelum sempat aku menghantar, sms menerjah peti inbox. Kulihat. Daripada Ummi dan Nailah. SMSnya sama berbunyi..

" Cikgu Ghazali Omar baru meninggal dunia.Innalillah "

Zapppp. Tersentak hatiku. Terbayang di ruang ingatanku wajah Sir Ghazali yang tenang. Seraut wajahnya yang bersih dan gerak langkahnya yang penuh tawadhu'. Sir telah pergi. Sir telah bersama dengan Ummi dan Ammar. Lama aku tidak berjumpa dengan Sir. Rasa rindu untuk menatap wajahnya menerpa.

Aku cuba mengimbas kenanganku bersama Sir. Sir Ghazali Omar pernah mengajarku Bahasa Inggeris ketika aku tingkatan 5 di Matri. Sir seorang yang baik, tutur bicaranya lembut, dan ketenangannya dalam bicara, langkah, dan sebagainya yang paling melekat di hatiku.

Aku lantas teringatkan adik-adik Form 5 di MATRI. Mereka sudah kehilangan 2 orang guru bahasa yang amat berkaliber. Hebat sungguh ujian Allah pada mereka pada tahun peperiksaan ini. Aku berdoa Allah memberi kekuatan dan kehebatan luar biasa pada mereka. Bukan calang-calang calon dapat berhadapan dengan situasi berat sebegini.

Aku berdoa untuk Sir yang kukasihi. Aku berdoa untuk Ummi yg kukasihi. Aku berdoa untuk Akhi Ammar. Aku berdoa untuk adik-adik SPM batch 09'. Aku berdoa untuk Matri. Aku berdoa untuk Islam. Aku berdoa untuk semuanya.

Betapa kematian itu dekat dengan kita. Betapa kematian itu suatu peringatan yang BAIK untuk kita. Hanya kita yang mengerti bagaimana ertinya suatu kehilangan. Namun, sampai bila kehilangan itu mampu kita tangiskan kerana kita masih ada tugas dan tanggungjawab yang Besar untuk kita langsaikan sebelum kita juga dipanggil pulang oleh Yang Maha Penyayang.

Wallahualam.

Melangkah ke semester baru


19 Julai 2009. Saya bertolak daripada Klang menuju ke Bangi kira-kira jam 10 am. Keluar daripada Klang dengan rasa sedih yang berbaki dan harapan akan dapat saya jejakkan kaki lagi ke bumi Klang yang penuh cabaran atau lebih tepat lagi bumi SMKRM tempat saya mengenal erti sebenar menjadi seorang guru praktikal.


Sedih atau tidak. Perjuangan harus diteruskan. Semester baru, iaitu semester 1 2009/2010 telah pun berlalu dua minggu dan kami sudah ketinggalan dua kuliah bagi setiap subjek. Lalu, saya perlukan pecutan dalam diri untuk mengumpul semangat baru dan keazaman baru. Insya Allah, untuk semester ini saya akan mengambil subjek-subjek berikut :-


1. Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

2. Qiraat

3. Sejarah dan Tamadun Islam

4. Penulisan Ilmiah ( Tesis )

5. Subjek PB


Tekadku untuk melakukan sebaiknya dalam subjek-subjek berikut semester ini sebagaimana saya menyalurkan semangat belajar kepada pelajar untuk fokus dan melakukan sebaiknya dalam setiap matapelajaran yang diambil mereka. Mudah-mudahan kesibukan saya dalam semester ini sentiasa dipelihara oleh Allah.


Gambattene!!


Wallahualam

Friday, July 17, 2009

Tak kusangka..

Sepantas itu ia berlalu..
Oleh : Nawal-sensei

Salam semua..lama tak menulis di sini.. sedar tak sedar..perasan tak perasan.. keributan..kekalutan..keresahan..yang melanda semasa hari2 awal menjalani praktikal sudah berlalu. Berlalu pula dengan penuh rasa sedih dan sayu. Sedih meninggalkan adik2 pelajar yang semakin rapat dengan saya, sayu mengenangkan mereka yang memerlukan teman berbicara, sedih meninggalkan mereka yang baik dan kasih pada guru. Terlalu perit pula perpisahan yang perlu dilalui kali ini kerana perpisahan kali ini tidak menjanjikan pertemuan. Namun, penyusunan Allah siapa yang tahu bukan?

Sungguh. Saya amat terkesan dengan perpisahan ini. Akan saya hadapi dengan tabah dan doa agar anak murid saya dapat terus mendalami agama islam dengan baik.

Wahai pelajar2ku Tingkatan 2K5,2K6,2K7,2K8 dan 4S1, 4S2,4S3,4S4,4A1.. andai kalian terbaca entri ini..ketahuilah bahawa ustzh amat mengasihi kalian...fillah..
dan kepada semua warga SMKRM...saya tidak menyesal pernah menjadi sebahagian daripada anda...

Arigato!