Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, March 28, 2011

Syarahan Peringkat Daerah (MTQ2011)

Pelajarku sedang bertanding.
Oleh : Nawal sensei

Pelajar ini namanya Dinnie Asyraf. Orangnya rajin, bersungguh-sungguh, suka membaca, berbakat tetapi pada masa yang sama  sangat baaaaaanyak cakap. Saya tujukan post ini khas untuk dia dengan harapan anda yang membaca turut sama mendoakan dia. Wallahualam.

Sedikit gambar pelajar-pelajar tingkatan 4 ku.

Dinnie sedang melakukan perbentangan bab Wajib Haji
Jelas peneranganya.
Tidak suka gambarnya diambil,tp sbb tengah bentang,
kena lah profesionalkan,dini?
Gadis 4 Akaun (Prasukan hari kedua)
Nah,kunci....selepas meletakkan kertas mahjungnya dalam kereta..
Putera 4 akaun yg 'sangat baik'..
Semasa saya menulis artikel ini, Dinnie sudah pun mengetahui yang dia telah menjadi JOHAN syarahan peringkat Daerah Hulu Selangor dan akan mewakili daerah ke negeri pula. Mudah-mudahan cita-cita pelajar ini tercapai. 

Wallahualam.

Wednesday, March 23, 2011

Teks Syarahan MTQ (Dinnie Ashraf)

Saya kongsikan teks pelajar saya yang sedang berentap untuk mendapat tempat pertama bagi Pertandingan Syarahan MTQ 2011. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Dinnie Asyraf seperti yang dihajatkanya. ameen.


Bismillahirrahmanirrahim.
Terima Kasih pengerusi majlis, Yang Berusaha para hakim yang arif lagi bijaksana, para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersilat lidah untuk mencari yang hak. Demi meninggalkan yang bathil, menghanyutkan yang lara dan menegakkan panji perjuangan serta menerbitkan keinsafan. Insya Allah, pada pagi yang penuh kemuliaan hari ini akan saya sampaikan sebuah syarakah bertajuk
IBADAH BERKUALITI TUNGGAK MUSLIM SEJATI
Namun, sebelum itu ayuh kita dengar definisinya dahulu.
Ibadah : tunduk,patuh kepada Allah.
Berkualiti : bermutu
Tunggak : asset
Muslim sejati : menyerah diri kepada Allah, patuh dan taat serta membenarkan perkara yang dibawa oleh Rasul.
Hadirin sekalian,
Marilah kita menyelusuri apakah yang dikatakan oleh ibadah yang khusyuk melahirkan hamba yang bertaqwa dengan menerapkan konsep yang digelar K-A-M-U-S iaitu KAMUS. Kamus ini merupakan rangkaian abjad yang bermaksud :
K- Khusyuk
A- Amalan yang benar
M- mahu melakukan
U- usaha yang bersungguh-sungguh
S- sayang akan agama Islam

Andai konsep ini diterapkan dalam sanubari hadirin, Insya Allah  ibadah yang dilakukan tidak menjadi sia-sia. Firman Allah :-

(Al-Bayyinah : 5)
Ibadah berkualiti ini bukanya memerlukan belanja yang besar, dan tidak perlu melabur berjuta-juta. Cukuplah hanya bersuluhkan kekhusyukan, keikhlasan dan ibadah yang dilakukan sejajar dengan syarat-syarat sahnya. Lihatlah betapa indahnya agama Islam ini.

Hadirin sekalian,
Peningkatan ibadah berbeza dan beraneka rupa sesuai dengan segala persiapan, perangai dan kecenderungan manusia itu sendiri. Sebagai mana dalam firmanNya :

(al-Lail :4)
Beristiqamahlah dalam beribadah. Hayati dengan mendalam akan ibadah yang dilakukan. Ibadah ini juga terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum. Ibadah khusus ini ialah ibadah wajib yang merangkumi solat fardhu dan puasa manakala ibadah umum pula merangkumi ibadah sunat melibatkan aktiviti yang kita lakukan untuk diri kita dengan sesama makhluk. Maka jelas terbukti kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan ibadah. Namun, adakah ibadah yang kita lakukan benar-benar berkualiti?
Hadirin sekalian,
Indahnya muslim sejati bersulamkan ibadah
Indahnya ibadah dihayati dengan kualitinya
Begitulah kiasan mauduk yang dapat digambarkan akan ibadah ini. Lihatlah, bagaimana nabi yang kita sayang, yang sangat kita cintai, iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang hebat sahsiahnya, tinggi budi pekertinya dan amat disanjung tinggi kerana baginda merupakan muslim sejati kerana ibadahnya benar-benar berkualiti.

Firman Allah :

(az-Zariyat : 56)
Sejarah juga telah membuktikan muslim yang berpegang teguh akan ibadah yang sempurna merupakan orang yang mempunyai wawasan yang jauh dan mampu mencapainya.
Hadirin sekalian,
Masalah akhlak muslim kita semakin menjadi-jadi, mereka bangga dengan imej buruk mereka. Mereka tidak malu minum arak, tidak malu mengamalkan  seks bebas malah tampil dengan imej samseng, kaki pukul. Isu mat rempit juga berleluasa. Pembuangan bayi juga semakin menjadi-jadi. Mengapa perkara ini terjadi? Sudah tentu jawapannya ialah kurangnya kesempurnaan dalam ibadah. Ingatlah bahawa ibadah yang berkualiti dan sempurna dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat. Firman Allah dalam surah al-Ankabut : 45 :

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar”
Justeru, ayuhlah kita sempurnakan solat agar kemungkaran tidak lagi bernaung di hati.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Paradigma masyarakat hari ini semakin hebat seiring arus semasa yang semakin maju dan moden. Namun, umat Islam masih dengan ibadahnya yang umpama bermain dengan air. Mengerjakan ibadah apabila dipaksa dan terpaksa. Lantas, bagaimana ibadah yang sempurna dapat dilaksanakan terutamanya dalam bab solat kerana Allah telah berfirman :

(al-Ma’un :4-5)
Maka, marilah kita menjadi muslim yang jelas matlamatnya, khusyuk solatnya, dan beribadah dengan hati yang terbuka mencapai tahap sempurna. Sudah tentu kita tidak mahu mencontohi kaum-kaum terdahulu yang dilaknat Allah, bukan? Na’uzubillahi minzalik…
Bersamalah kita  mengorak langkah dengan mendirikan solat yang betul kerana solat itu tiang agama, tanpanya runtuhlah segala.
Hadirin sekalian,
Marilah kita bergabung tenaga bagi memastikan permasalahan ini bisa diatasi dengan menerangkan pendidikan agama sedari kecil lagi. Yakinlah bahawa pendedahan awal ini mampu membentuk kesedaran diri untuk beribadah dengan lebih sempurna. Sabda Rasulullah :

(riwayat abu daud)
Selain itu, bertawaduklah agar wujudnya nilai ihsan dalam diri dalam pelaksanaan ibadah. Akhir sekali, jadikan para sahabat baginda sebagai idola seperti Saidina Ali, Bilal b Rabah dan beberapa nama agung lain kerana mereka merupakan golongan sejati kerana ibadahnya berkualiti.
Hadirin sekalian,
Konklusinya, sentiasalah menjaga hubungan kita dengan Allah. Beribadahlah dengan lebih keyakinan agar diterima dan diredhainya. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Bertawakkallah agar ibadah yang dilakukan berkualiti supaya menjadi muslim sejati.
Masa telah mencemburui hubunga kita bersama. Sebelum mengundur diri, serangkap pantun saya hadiahkan :
Pagi subuh ayam berkokok,
Bangun Mukmin menghadap ilahi,
Ibadah berkualiti harus dipupuk,
Agar menjadi muslim sejati.

Harap tarbiyah membina jati diri, Yang benar bersama kita imani, Mohon diri mengundur diri.

Friday, March 18, 2011

Dari Dapur RIMBA 3 (3)

Cerita Rimba 3 (3)

Suhaib dan Nabil : Pewaris mantap...


Assalamualaikum wrht.  Bertemu kembali Dari Dapur Rimba 3. Ermmm,, rasa saya sudah habis semua cerita yang mahu dikongsi tentang RIMBA 3,..versi cerita dari dapur sahaja la..kalau cerita lain masih banyak lagi,...cuma saya menanti yang lain-lain pula untuk menulisnya. Lantas saya membelek-belek gambar dalam folder..Ahh,ada satu lagi secebis cerita menarik yang ingin saya kongsikan.. Pada hemat saya menariklah, tapi kalau anda rasa tak menarik,nak buat mcm mana kan..errmmmm, Jom dengar cerita sambil tengok gambar-gambar yang ada. 

Sebelum tu ingin saya kenalkan salah seorang AJK Rimba yang saya gelarkan dia Si tenggelam timbul. Kenapa? Kerana dia hanya kelihatan pada waktu-waktu tertentu sahaja dalam tempoh kem ini. (selepas kem baru diberitahu rupanya krn dia sibuk bekerja). Manusia yang terkenal dengan gelaran Dikwan saya kenali semasa TOT KMK. Semasa KMK saya mengenali dia sebagai seorang yang rajin dan sentiasa memastikan tugasnya dijalankan dengan baik dan penuh amanah. Setiap tugas atau kerja yang kita minta tolong dengan dikwan, jarang dikecewakan. Terima Kasih dikwan!. Walaupun time Rimba ni dikwan tenggelam timbul, tapi saat timbulnya dia tu 'berguna'. Dia akan muncul pada waktu dan saat kita memerlukan bantuanya. Contohnya time nak isi belon dalam air, kemas barang, mop lantai dan sebagainya.

Haa....yang kat sebelah ni laa belon-belon yang ditiup oleh dikwan bersama muaz dan yang lain-lain. Sekejap sahaja masa yang diambil.
Dik wan ni selalu diberi tugas sebagai JK Logistik dan Peralatan dek kerana kekemasan kerjanya. Semua barang KeARAH disimpan, disusun, dikemas dan dijaga dengan baik. Alhamdulillah. Teruskan kerja-kerja yang baik tu dikwan noo...Ini adalah aset untuk Islam sebenarnya.


 Sikap positif dikwan harus dicontohi oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi yang bekerja untuk maslahat Islam. Saya juga banyak belajar daripada insan dan pemuda yang kadang- kadang karakternya mengundang tawa ini. Gambar kat sebelah ni masa dikwan tengah sibuk mengepop lantai dapur setelah program hampir selesai.

Di luar dapur, majlis perasmian penutup sedang berlangsung dan diakhiri dengan salam semut bersama adik-adik peserta. Suasana pilu menyelubungi dalam renyai hujan mengiringi kepulangan adik-adik ke rumah masing-masing.

Adik-adik bersalam dengan abang Salman

Adik-adik puteri pula bersalam dengan kakak-kakak fasilitator dan urusetia perempuan.

Pelukan kasih seorang kem kom puteri...
Bila dah selesai semuanya, tibalah masa untuk adik-adik pulang termasuklah adik-adik yang mai dari Kuala Perlis. Di sinilah bermula cebisan cerita yang ingin dikongsi. Ceritanya begini....

Watak Utama : Inche NN - seronok membawa van maklong Natrah ni (kot)
Pelakon Pembantu 1 - Inche MQ
Pelakon Pembatun 2 - Inche SW
Pelakon Tambahan - adik-adik RImBA dan pemerhati tak bertauliah.
Jurugambar : mestila UA

Sebelum kejadian sempat pula pelakon-pelakon ini ber'posing' di dalam van kesayangan Mak Long Natrah yang banyak berjasa ini. Untuk pengetahuan semua, van maklong ni laa yang duk angkut adik-adik peserta bila ada program dan juga pernah berkhidmat masa KMK dulu untuk angkut peserta lelaki pergi solat Jumaat di Masjid. Banyak lagi jasa van ni sebenarnya untuk pembangunan Islam.(^_^)

MQ yang ceria..
Apa punya gaya laa ni...hanya mereka yg faham..
Ish..awat gmbar ni 'CERAH' sgt tak tau..(hikhik)
Selepas berposing, tibalah masa untuk pulang. Dalam pada itu, Inche N ni dengan niat yang ikhlas membantu Maklong telah berusaha untuk memusingkan van itu agar menghadap ke jalan. Dipandunya van itu kehadapan sedikit masuk ke kawasan tanah seperti yang dapat anda lihat di bawah ni.

tersangkut ke tu?
Lama pula dia berhenti di situ. Apabila Inche N mula me'reverse' van tersebut, tiba-tiba sedikit masalah berlaku. Van tidak dapat diundur walaupun setelah dicuba berkali-kali. Enjin juga telah mati beberapa kali. Kasihan watak utama kita nih. Lalu, sahabat-sahabatnya menghampiri dan memberikan nasihat dan kata-kata semangat..(cee wah).Saya yang pada mulanya berada jauh daripada tempat kejadian bergerak menghampiri watak utama.

Inche MQ dan Inche SW mula membantu menolak van tersebut ke belakang. Tidak berjaya juga. Usaha tetap diteruskan. Semakin ramai yang melihat situasi itu berkumpul untuk melihat adegan menarik ini. 


Melihat kesusahan itu, saya memberikan cadangan agar adik-adik yang berada dalam van itu diturunkan lalu sebahagian adik-adik ni turunlaa daripada van. Mereka yang malu-malu kerana menjadi perhatian itu pun turunlah dengan separuh hati dan ada juga yang turun tanpa kasut. Tak pa. Demi membantu Inche N mereverse van tersebut dengan jayanya.

Inilah adik-adik yang baik itu.
Usaha masih diteruskan. Inche tidak berputus asa. Arahan untuk mengimbangkan antara minyak dan gear juga diberikan. " tekan kuat-kuat sikit"..." bertahan...." macam-macam suara dikeluarkan untuk menarik perhatian Inche N... Adik-adik lelaki pun ada yang datang membantu. Bagus betul.

Prihatin?
Jangan putus asa....Gambatte!
Adik-adik bersemangat membantu abang-abang.
Entah apa laa yang menyebabkan van ni tersangkut sebegitu lama dan kelihatan susah untuk dikeluarkan sehingga menarik perhatian orang ramai dan memerlukan ramai pembantu untuk menolak van.

Ha...tgklaa ramai tak ramai yg tlg...
MQ tolak penuh gaya tuh..
.(mmg dia tau jurugambar nak tulis sal cerita ni kot..)
Akhirnya berkat kesabaran, kesungguhan dan bantuan orang ramai, van berjaya dikeluarkan dan direverse ke jalan simen dengan jayanya. Tabik kepada pemandu yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Moral of the story : Don't stop at the top, touch the sky before u drop. Jangan mudah give up,putus asa. Mesti yakin diri dan buat kerja sampai habis. Buat sesuatu sampai kita berjaya dapat apa kita nak...arachi?

Wajah lega (sedikit bangga) Inche N..
Haaa...tu jelaa cebisan cerita hari akhir RIMBA  yang saya nak kongsi dan watak utama itu ialah adik kepada sahabat baik saya Sofiyah iaitu Nabil Nordin...Jangan serik bawak van mak long nooo...hehe

Selingan :
Dengan tak malunya, mereka berkata kepada Jurugambar.." tengok saja ka kami duk berdiri elok 4 orang kat sini...".............
4 sahabat seiring sejalan...
(MQ dan Salman bleh berdiri sama tinggi dah dgn NN dan SW)
Berhimpun untuk ucapakhir daripada CGBS dan Kem Kom
Puteri harapan agama..
Kelihatan kotak-kotak yang dijeling2 oleh para fasi kerana hajatkan isinya...
sessi pembahagian cenderamata...
Akhirnya, selesai juga berkongsi cerita tentang RIMBA...insya Allah tak dak dah entri ttg RIMBA 3 lepas ni...Terima Kasih kerana sudi membaca sehingga akhir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan RIMBA samada watak utama, watak sampingan, tempelan atau sebagainya. Allah yang kira itu semua. Mana yang baik itu jadikanlah tauladan dan mana yang tidak baik itu jadikan sempadan. 

Jumpa lagi di RIMBA 4 (insya Allah)

Wednesday, March 16, 2011

Baitul Dakwah terbina di bulan Mac

Walimatul Urus sahabat-sahabatku
Oleh : Nawal

Cerita 1

Alhamdulillah. Mahligai dakwah antara dua insan yang sangat dikenali dan dikasihi telah terbina pada 13 Mac yang lalu.Mereka ialah pasangan yang terkenal dengan tingginya keperibadian dan sahsiah mereka. Ali Irfan merupakan senior saya di Matri. Dirinya dikenali lewat tugasnya sebagai pengerusi majlis semasa perhimpunan dan juga dia antara 3 Ali yang terkenal dalam batch mereka. Ali Ilman, Ali Zainal Abidin dan Ali Irfan. (saya kenal daripada adik AZAN). Dia semakin dikenali setelah berakhir zaman persekolahanya dan saya pernah bertugas bersamanya pada zaman awal KMK dan Pewaris 4. Begitu banyak yang dapat dipelajari daripada sosok yang layak bergelar ikon remaja muslim ini. 

  Isterinya, Maryam Fatin Hanisah pula merupakan junior saya. Mengenalinya hari demi hari menjadikan saya semakin mengkaguminya. Langkahnya, bicaranya, senyumnya serta tokohnya sangat menyenangkan hati dan menjadi qudwah buat sahabat sekelilingnya. Dia boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja. Itulah yang menjadikan sesiapa sahaja selesa berkomunikasi dengan maryam. Akhir-akhir ni ramai yang memanggilnya kak yam,lalu saya turut terikut memanggilnya begitu. Banyak juga perkongsian cerita yang pernah berlaku antara saya dan kak yam cuma akhir-akhir ini sahaja sudah tidak punya masa dan ruang untuk bekerja bersama-samanya lagi. Hanya doa dihantar dari jauh untuk dirinya. Alhamdulillah, setelah 5 tahun mengikat janji, mereka disatukan dalam majlis penuh sederhana dan barakah.

Saya mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua, contoh yang baik untuk remaja dan pemuda/i Islam hari ini. Barakallahulakuma....

Kami bersama insan yang sgt sepadan ini...
Pemuda-pemuda RIMBA 3 bergambar bersama pengantin n Makcik Pah                                                  

Cerita 2


Ini pula kisah sahabat baik saya. Namanya Siti Nur Zuhaili bt Hussin. Dia saya kenali pada zaman tuisyen semasa umur 15 tahun tetapi ketika itu saya yang merupakan seorang yang pendiam tidak begitu ramah denganya. Saya mula rapat dengan dia yang mesra dengan panggilan 'siti' dalam kalangan kawan-kawanya ketika kami bersama-sama menongkah arus pelajaran di SMKAP,Kangar. Siti merupakan seorang yang tegas dengan prinsip hidupnya. Kami banyak berkongsi tawa, air mata, kecewa, gembira dan juga pernah bosan bersama.hehe. 

Persahabatan ini bertambah mekar apabila kami sama-sama melangkah ke alam Universiti. Kami sekolej! Kolej kediaman kami bernama Kolej Ungku Omar. Bilik saya ketika itu 415 dan biliknya 414. Bilik kami berhadapan. Alhamdulillah. Kami sama-sama menjalani rutin sebagai mahasiswa dan Siti menjadi sahabat yang sangat setia mendengar luahan rasa hati saya. Kemudian pada tahun 4 kami menyewa bersama-sama di Bandar Baru Bangi di seksyen 3 Tambahan. Di rumah ini kami sebilik dan bertambah akrablah saya dan siti. Saya juga antara yang awal diberitahu tentang berita dia dirisik. Siti sangat istimewa di hati saya. Bergaduh dan berjauh hati itu lumrah tetapi itulah yang menjadi pengikat persahabatan kami.

Pada 14hb Mac yang lalu, Siti sah bergelar isteri kepada Saiful Azzam. Seorang abang kepada sahabat baiknya sendiri. Itulah yang dikatakan jodoh kerana Siti tidak pernah bertemu dengan Azzam sehingga hari dia dirisik.Saya tidak pernah berhenti berdoa untuk sahabat baik saya ini. Kadang-kadang saya terasa bagai tidak percaya yang sahabat baik saya sudah menjadi milik orang lain. Rasa masa berlalu begitu pantas. Untuk sahabatku Siti, " andai t baca entri ni, ketahuilah nawal tak pernah lupa doakan kebahagiaan t. T orang yang baik, dan tentu Allah akan jaga t sehingga akhir hayat. Bercintalah sampai ke syurga. Jangan lupa doakan nawal juga"

Pada malam pernikahanya. Siti manis berbaju ungu.
( t, ingat tak surat ungu untuk Nuha?hihi)
Siti dan Azam bersama parents masing-masing

Saya dan Siti beberapa minit sebelum siti bergelar isteri ...


Buat Ali dan Maryam...juga Azzam dan Siti,..selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga kalian terus mengorak langkah bersama-sama menegakkan deen Allah dan melahirkan ramai generasi Khalifatullah untuk Islam...

wallahualam

Tuesday, March 15, 2011

Dari Dapur RIMBA 3 (2)

Langkah seorang daie
Cerita Rimba (2)

Tekun mengacau  Bihun
13 Mac bermula seawal 4.30 pagi apabila Hannan dan Syafiq sudah berada di dapur merendam bihun. Saya tiba di dapur pada jam 5.15 pagi dan  Syafiq sudah mula menumis round pertama Bihun Rimba. Bihun Rimba ni penuh sederhana. Bahannya sangat mudah dan ringkas. Hanya ikan bilis menjadi perencah. Bukan itu yang mahu dihilightkan tetapi kesungguhan dan kesanggupan adik-adik berdua ini menjadi inspirasi saya untuk terus sabar melawan keletihan dan kantuk dinihari. 

Hannan dengan bihun yang direndam lalu ditoskan...

Saya tidak mampu untuk mengacau bihun dalam belanga sebesar ini.
Alhamdulillah, ada orang ni.
Hampir Subuh, Yat datang membantu. 
Subuh : barulah yang lain-lain muncul membantu.
Time ni dah masuk round keempat dah....
muaz in charge air teh...mcm2 ragam pulak adik saya nih...
Yat n Hazwan amik alih tugas untuk round yang kelima sbb syafiq g solat subuh..
Menu Bihun Rimba : Tumiskan bawang yg dihiris, kemudian masukkan bawang besar dan
bawang putih yang diblend bersama lada hitam, then masukkan sos tiram, sedikit cili giling dan kicap pekat.
Masukkan garam secukup rasa, dan ikan bilis. Setelah sebati masukkan bihun. Adjust ikut citarasa sahaja.
Mudah dan katanya sedap. Alhamdulillah.
Aktiviti pagi bermula selepas selesai sarapan iaitu aktiviti Jaulah Sirah ke Bukit Ayer. Adik-adik jelas begitu gembira dengan aktiviti outdoor ini. Sebelum itu, mereka bergambar dahulu untuk kenang-kenangan.


Fasilitator, JK Keselamatan dan JK Dokumentasi
Setia berkhidmat untuk RIMBA...
Peserta puteri bersama-sama dengan fasilitator dan urusetia
Ini adalah sessi melakar memori bersama adik-adik RIMBA. Kami yang berada di dapur terasa malas mahu melangkah ke sana. Maklumlah baru sahaja selesai dengan sessi makan pagi kan.Namun, ada seseorang melangkah menuju ke dapur dan mengarahkan kami untuk menyertai mereka yang sedang bergambar di padang kawad. " Kak Nawal, This is an order"... hah sudah dah...Bila Pengarah dah kata macam tu,..kena laa ikut. " Join ja,..xmandi pun xpa,bukan bau pun dalam gambar"...Itu kata-katanya sambil berpaling menuju ke padang kawad.
Inilah dia Pengarah yang 'memahami' itu.

Adik-adik putera posing atas arahan kem kom abang salim..

peserta putera dan fasilitator serta urusetia
Para fasilitator dan Urusetia RIMBA 3.
Dalam gambar ini adalah sebahagian fasilitator dan urusetia. Nampak tu pakcik Ghazali duk gamit siapa-siapa lagi yang lambat. Lalu, saya menyeru " Pakcik,turun tangan tu"...sebab saya nak snap dulu mana yang ada. Bunyi macam garang ja kan? Minta maaf pakcik, tak niat nak marah pakcik tapi nak ambil dulu mana yang ada. Sumimasen. 

ni baru molek sket...hehe
Berikut merupakan gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan.

Puteri-puteri masa solat subuh
Jaulah Sirah..merentas Rimba
Hadapan sekali : Abdullah Umar bersama ahli kumpulan.
Putera-putera waktu solat maghrib kalo xsilap
Fasi n urusetia menjamu selera,..berjemaah
Si cilik makan bersama-sama..sungguh comel..
AJK Makanan yg superb!
Menu masakan makcik mardziah dan makcik latifah
Pengarah Produksi dan Penerbitan KeARAH..insya Allah lebih mantap lg...
Tuu dia...Tauke Nasi kita...
Mengelap pinggan..menghabiskan baki tembikai...rajin sungguh
adik berdua nih...
Sekian sahaja coretan daripada Dapur Rimba 3..

Maaf dipinta kepada semua adik-adik  team RIMBA kerana tidak dapat serta membantu sepenuhnya. Hanya sekadar  memberikan pandangan dan nasihat dan muncul pada hari program membantu seadanya sahaja.

Wallahualam.