Let's share yur kind words here... (" _ ")

Saturday, January 22, 2011

Merentas Desa Sekolah Saya !

 Assalamualaikum wrht.

 Hari ini 22 Januari 2011. Masuk 2 bulan saya menjadi ahli keluarga SMK BSB (Sek Men Keb Bandar Sg.Buaya). Inilah pandangan hadapan SMK BSB yang tersergam di atas bukit dan dapat dilihat di mana-mana perumahan yang terletak di sekeliling sekolah ini.
Di sinilah saya mula bergelar guru secara rasmi di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Alhamdulillah, saya masih sihat dan bertenaga melalui hari-hari saya di sini.

Sekolah ini jumlah pelajarnya mencecah 1200 orang dengan 71 orang guru. 

 Ini adalah antara para pelajar tingkatan 1 Battani yang rajin datang ke sekolah pada hari cuti untuk membersihkan tingkap, kipas, lantai serta menghias kelas. Tahniah!

 Ya. Inilah dia antara guru yang sangat banyak membantu saya daripada mula saya mengenalinya sehingga sekarang ini. Namanya Pn.Rohana Bulat. Saya memanggilnya dengan gelaran Kak Na. Kak Na ni orang Perlis juga dan merupakan orang kuat SUKAN di sekolah ini. Cergas, aktif dan tangkas sekali orangnya.

Ini pula permandangan di garisan penamat untuk acara merentas desa SMK BSB pagi tadi. Bangunan belakang tu merupakan bangunan sek ren yang terletak bersebelahan ja dengan sekolah menengah.


Barisan Penjaga Masa untuk kategori P2 (perempuan tingkatan 1,2,3)

 Suasana di awal pagi,..berkumpul di dataran sekolah...nama dataran ni Seven Twenty Square (7.20)..agaknya sebab pelajar kena kumpul kat kotak ni pada jam 7.20am sbb tu namanya jadi gini...hehe

 Banner tahun ini

 Pelajar Lelaki Tingkatan 1,2,3...lari!!!

Pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5..
(nampak cam warna biru je ramai nih..hehe)

 Persembahan menimbang bola...dari SMK Bukit Sentosa..

 Ketua Rumah Satria...

 Inilah Ramizah...kawan saya yg sama2 baru posting di sini...

 Ini Eiyad Hamzi,..pelajar 1 Battani dari Rumah Satria yg dapat No2...

Shafiq,..ketua Rumah Satria yg dapat No1 kategori Lelaki 1

 Barisan pencatat peserta yang menang...

 Pelajar Tingkatan 1..

 Rumah Satria..

 Makan-makan,...

Hakim penamat yang setia menanti peserta yang lambat sampai....panas nih...

wallahualam

Monday, January 3, 2011

Cerita 31 Disember 2010

Assalamualaikum wrht.

Singgah sebentar di sini sementara menunggu Isya'. Melayari hari bersendirian tanpa teman menyebabkan masa yang singkat terasa begitu panjang. Ingin saya kongsikan atau lebih tepat ingin saya apresiasikan post ini buat seseorang yang sangat dikasihi.

Mengapa?

Kerana kehadiran insan ini telah memudahkan kerja-kerja mengemas dan mencuci rumah sewa baru saya di Bandar Sg.Buaya. Pada yang belum tahu, saya baru memulakan tugas sebagai seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor. Kini saya sedang menyewa di Kembojasari. 

Inilah ruang yang masih saya perlukan waktu untuk menempatkanya dalam hati saya.


 Insan yang bernama Hanani ini telah membantu saya mempercepatkan proses 'menyintai' rumah baru ini. Menjadikan setiap ruang adalah ruang saya dan saya harus menjaganya. Ingat senang ke untuk orang yang tak brapa rajin macam saya ni? huhu... tapi tak pe sbb saya akan berusaha untuk menjaganya.

Ruang untuk menempatkan segala kotak dan barang-barang yang tidak digunakan lagi. Sewaktu mengemas ni, saya rasa macam ikut kursus menjaga kebersihan dan kekemasan rumah pula. Yang best tu sebab FOC kan...Allah memang menghantar orang yang tepat kepada saya dan saya sangat bersyukur atas kehadiran 'bibik' saya ini..^_^
 Ruang belajar dan kerja saya. 'Jangan sepah'...itu pesanan yang diberikan kepada saya. Ya. Saya cuba. Meja ini mencatat pelbagai sejarah ketika saya tinggal di rumah sewa di Bangi tahun lepas. Kenangan itu tersemat kemas dalam ingatan dan di sini saya akan terus melakar kenangan bersama meja kesayangan saya ini. Kalau dulu di sini saya menyiapkan assignment, sekarang di sini bakal menjadi tempat saya menyiapkan lesson plan...insya Allah.

Dapur. Tempat favourite orang yang suka memasak. Nampak tu, semua dah tersusun dengan kemas. Cuma nak maintain supaya sentiasa kemas dan bersih selalu je. Nani, insya Allah kamu datang lagi sekali tempat ini akan kelihatan macam ni juga..hehe..

 Kebanyakan barang dapur saya diimport daripada rumah Desa Putera. Thanx to my love Ummi for that. Setiap yang diberikan akan dihargai dan digunakan sebaiknya. Alamak, rindu laa plak kat rumah desa putera. Sebab tidak sama memasak di sini dan memasak di rumah. Tak terasa nikmatnya memasak tanpa adik-adik di rumah.

Peti Ais. Mudah-mudahan saya dapat menjaga peti sejuk ini dengan baik dan tidak berlaku sebarang masalah seperti rumah sewa Bangi saya dahulu. Terima Kasih kepada Abah yang telah mendahulukan wangnya bagi membeli peti ais ini seawal saya berpindah ke Sg.Buaya ini. Alhamdulillah wa syukurillah....
Oh...ruang ini menempatkan Periuk Nasi, Kettle dan Toaster. Juga kipas kecil bagi menganginkan kawasan ini. Rindu time first time makan nasi goreng dengan Ummi, Nuha, Muaz dan Yaasir di sini....

Juga rindu saat menikmati mee rebus (mak ndak belanja) bersama Hanani ketika dentuman bunga api tanda 2010 telah melabuhkan tirai dan mengucapkan selamat datang kepada 2011.


Sekian sahaja coretan penghargaan buat semua terutama Ummi dan Abah. Juga kepada Hanani yang telah banyak membantu mengemaskinikan rumah ini. Semoga Allah sentiasa memelihara kita dan melindungi kita semua di bawah rahmat dan kasih sayangNya.