Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, December 29, 2008

Salam Ma'al Hijrah

Salam Ma'al Hijrah untuk semua.
Semoga Allah menerima Amalan kamu dan Amalan kami..


Usrah@Family...


Usrah Keluarga
Oleh : Nawal Abd Kadir
Tarikh : 2 Disember 2008

Catatan ini merupakan suatu perkongsian.
Sedikit apa yg di perolehi semasa halaqat keluarga
yang disampaikan oleh En.Abd Kadir Mohd Noor...
ayahanda tercinta..

1. Halaqah dan Usrah adalah suatu tarbiyah.. Jangan cuba kita lari dari halaqah kerana ia adalah sumber untuk menjana kekuatan kita dalam banyak hal.

2. Every deeds that we do..we do it with doa. Mesti ada continuous communication with Allah.

3. Setiap detik hidup kita adalah tarbiyah. Sahabat Rasulullah dulu setiap perbuatan mereka pasti dikaitkan dengan Allah s.w.t.

4. Mesti pujuk diri agar jauh dari maksiat. Pujuk dengan pujukan yang membina hati dan jiwa supaya tak buat perkara yang Allah tak suka.

5. Harus sentiasa sedar akan kehadiran Allah. Then, kita akan terus dengan sikap berfikiran terbuka dan berlapang dada dsb. Kemudian, barulah kita akan tenang berhadapan dengan ujian yang dihadapai sebagai seorang pelajar dan daie seperti masa, tenaga, kerja dll.

Wallahua'lam.

Wasiat utk pemuda Islam...



Wahai pemuda dan pemudi Islam

Sabda Rasulullah s.a.w
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Wasiat untuk KITA..
Pesanan untuk KITA..
siapakah pemuda dan pemudi Islam..
Mereka ialah KITA..

1. Ikhlaskan niat kita dalam beramal kerana Allah s.w.t.
2. Berhati-hati dari riya' baik dalam perkataan atau perbuatan.
3. Ikuti sunnah Rasulullah dalam semua aspek kehidupan.
4. Bertaqwa kepada Allah s.w.t.
5. Banyakkan bertaubat dan beristighfar.
6. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita.
7. Jadilah orang pertama yang melakukan kebaikan tak kira di mana berada.
8. Jagalah pemakananmu.
9. Tegakkan solah malam dalam diri.
10. Jagalah dirimu daripada perkara2 yang menghampiri zina.
11. Berbaiklah dengan masyarakat, jiran, orang tua dll.
12. Hiaskanlah diri dengan sabar, lemah lembut, teliti dan segala sifat mahmudah yg lain.
13. Bersabarlah dengan musibah dan bersyukurlah dengan nikmat.
14. Banyakkan berselawat ke atas Nabi.
15. Perbanyakkan amalan yang dianjurkan oleh syarak dan pahalanya berterusan.

Berikut adalah antara yang dianjurkan oleh Islam kepada para Muslimin dan Muslimat seluruhnya terutama kepada pemuda dan pemudi seperti kita. Sesungguhnya dengan mengambil cara hidup yang dikehendaki oleh Islam akan melahirkan suatu kehidupan yang tenang dan aman untuk kita. Bahagia dan gembira buat kita. Kita yang bergelar pemuda. Dalam kesibukan, kita tenang. Dalam kedukaan kita gembira. Dalam kesusahan tetap terasa bahagia. Kerana kita hidup untuk Islam. Kita berjuang kerana Allah dan Islam. Kita melakukan sesuatu atas landasan syarak. Semoga kita semua bahagia dalam redhaNya.

* ada mklmt ana petik dari kuliah Ust.Abd Rahman Munawir.

Friday, December 26, 2008

Walimah Nabilah-Munaim ( 2 )

Melangkah ke alam baru ( 2 )
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Alhamdulillah. Setelah menangguhkan n3 ni beberapa ketika, kerana sibuk mengupdate cerita2 terbaru dan kekangan masa yang ada, saya cuba kongsikan gambar2 walimah munaim dan nabilah seperti yang dijanjikan pada edisi (1). Pada yang tak berkesempatan untuk hadir, ini antara gambar2 sekitar majlis akad nikah dan kenduri sebelah munaim yang diadakan di dataran Matri pada sebelah malam hari yang sama.











Ini kek yang dihadiahkan oleh Kedai Rislah
kepada Nabilah dan Munaim



Pelik tapi unik. kami ber5 je yg hantar
hantaran ke rumah pihak lelaki..


masuk dalam tak dek org sbb semua sibuk kt dataran ma3.hehe..self servis laa.
masuk sendiri..susun sendiri..amik gmbar sendiri..sgt sporting lah..

antara yang hadir..

nabilah bersam cik pah dan syidah

kesian cik nab..mana munaim nih..
kena call dulu cari munaim


ada pun..sempoi jeh munaim..pengantin paling selamba..hehe..
seronok !!

tgklaa sapa yg stat..pakat mai habis tumpang sekaki amik gambar..

tetamu ramai yg tak cam mana satu pengantin..munaim kata
" kita wat pertandingan cari pengantin" sempat lg wat lawak..


nailah-fatimah-razana-nazihah ( ceria )

dulu : munirah + nabilah = sahabat baik.
skarang : munirah + nabilah = kakak/adik ipar

wah..nabilah dah jadi anak makcik fizah..dah panggil ibu..
yang tengah tu tok munaim merangkap tok nabilah..hehe


Stakat ni jeh perkongsian gambar untuk majlis walimah nabilah dan munaim. Harap yang hajat nak tgk tuh berpuas hati.hehe..wallahua'lam.

menyesal tak sudah...

Monolog_sendiri.
By : Me

Sedih. Menyesal.Marah.Kecewa.Geram.
entahlah..tak tahu nak describe perasaan skrang nih..
semuanya bermula dgn kesalahan sndiri
dan membawa kepada penyesalan
yang tak henti2..
dituduh tak tahu menghargai..
dilabel tak reti menjaga brg sndiri..
semuanya ku telan sendiri...
sakit di dalam..kucuba hapuskan sendiri..
Bukan aku tak cuba untuk lebih berhati2..
cuma kekadang kealpaan menguasai diri..
Mungkin ini suatu petunjuk dari ilahi..
supaya aku EXtrRa berhati2..
extra menghargai..
exTra menyayangi...
teguran illahi untuk aku memperbaiki diri..

Hari ini spec aku buat sekian kali 'broken' up by my little brother..
bukan takat patah..pecah berderai.
ditekan dek yaasir..
dia ingat backhoe dia kot..
huhu..
alamatnya rm bakal mengalir lagi..
mata pun rabun wat sementara ni..

Ya Rabbi..
ampunkan dosa-dosaku..
berikan aku kekuatan
utk berdepan dgn situasi tidak
dijangkakan ini dgn lebih
rasional dan bijak..

Thursday, December 25, 2008

Rehlah Keluarga 2008

Hari Keluarga Matri
Tarikh : 25 Disember 2008
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Tanggal 25 Disember lalu..suatu program kekeluargaan telah dianjurkan oleh pihak Matri ( Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah ) iaitu Hari Keluarga Matri yang bertempat di Wang Mu, Perlis. Pelbagai aktiviti yang menarik telah di susun oleh Ahli Jawatankuasa perancang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun terselit kekurangan di sana-sini. Itu adalah suatu kebiasaan bagi pelajar Matri khususnya dan ia menjadi suatu yang sangat istimewa kerana pengalaman sebegini mungkin tidak dapat ditimba di tempat lain.


Aktiviti di Wang Mu bermula dengan sarapan pagi @ kudapan. Kemudian, aktiviti trekking atau lebih tepat berjalan kaki di sekitar kawasan. Riadhah tersebut dimulakan dengan acara memanaskan badan yang diketuai oleh Pak Ca. Lama tak jumpa pak ca dan dengar arahan2 kawad pak ca. Teringat time kat matri dulu.Emmm...

Seronok melihat wajah2 ceria semua yang hadir dari kanak2 kecil hingga ke makcik2 dan pakcik2. Kami memulakan perjalanan mengikut arah perjalanan yang dibawa oleh pak ca. Kemudian, bermula lah aktiviti untuk kanak-kanak bawah 9 tahun, atas 9 tahun dan remaja L dan P. Sementara kami ( para pelajar IPT + adik2 Matri ) menjayakan sukaneka, pertandingan kreatif, Amazing Race, dll makcik2 pula disibukkan dengan pertandingan memasak perseorangan dan juga berkumpulan. Semua aktiviti berlangsung sehingga waktu zohor dan setelah itu kami menjamu selera dengan makanan yang dimasak secara gotong-royong oleh sahabat2. Biasalah kalau yang dah tahu juadah yang dimasak oleh Ustaz Din, Ustaz Shaari dll rasanya bagaimana. Sudah pasti enak. Selesai menjamu selera, solah Zohor, ada tazkirah oleh Ustaz Wafiq dan kemudian acara penyampaian hadiah dan seterusnya bersurai. Meriah dan sangat tergambar ukhuwwah, mahabbah yang terjalin antara makcik2 dan anak2 pelajar, remaja dan adik2 kecil dsb. Alhamdulillah. Saya sempat menangkap gambar sepanjang aktiviti dijalankan. Tengoklah...

ain dan nuha




baru nak bertolak nih..



memberi arahan kepada adik2 peserta lelaki 9 tahun ke atas.

adik2 mendengar arahan..

fasi pun dah tersilap kira kump...pening ke?

adik2 dari kump 4

kump 1

mencabar juga mengawal adik2 lelaki nih..sabar fiah

kak long menjalankan tugasnya...

ala comelnya adik2 cilik nih


di garisan mula untuk game 'tangki bocor' versi puteri

bola ping pong dan tangki yg dilubangkan ( 20 lubang )

baldi berisi air...

cepat...cepat isi air..tutup jari..

dah nak menang ni...jangan panik.

kami dah kalah...

pertandingan menyalakan api versi lelaki ..hazwan jd pengadil..

akif dan nyalaan apinya


mendengar dgn teliti sbb nak mandi sg..

demo dari salman + nabil utk permainan straw getah

ala..adik2 nih..tak lepas ma'rof dan akif

geli hati tgk gelagat 'tak sabar' kawan2 len..

sabar dik..sabar..

kalau program tak dek aktiviti tutup mata..tak sah...

beratur tunggu giliran..

laluan bertali rafia..mcm traffic light dlm air jeh.

macamana perasaan dlm air smbil tutup mata yea?

adik comel..hazirah-izzah-ala tak ingat nama..

tunduk jgn tak tunduk..selam pun boleh

nuha dan amni..lega dan happy bila dah habis..


" meh abg ikat ketat2" kata salman kepada irfan.

gedebush..adik2 putera kena terjun smbil
mata tertutup ke dlm sungai..dibuli dek abg fasi..


ni pengawal lalu lintas dlm sungai..= )

adeh..

menanti dgn sabar saat utk terjun..

cantik beratur satu kump biru...

jaga elok2 anak orang tuh..

muaz pun jadi pengawal lalu lintas..? ke pengacau??hehe

ini daniel..antara yg awal tunjuk berani.sekarang apa dah jadi..
rasa kecut sendiri.kena paksa dek muhaimin.


setelah cuba utk mengalah.tp daniel tetap berani dalam kecut.sambil kena
provok dgn abang2 yg nakal nih..kenalaa dia tunjuk macho..


terjun jugak si daniel ni..berani pun..alhamdulillah.

cikgu idris, pakcik abral..melihat kawasan sekitar
dan aktiviti yg dijalankan


ni sorang lagi..irfan ghazali..hero kg yg mulanya berani
dalam takut..tp terbukti keberaniannya..


tersengih tgk gelagat adik2

irfan mendarat dlm sungai dgn selamat..alhmd

dah habis aktiviti.sessi makan lah..jom makan..

makcik2 dan anak2 kecil makan di pondok

selesai makan..as-solah..

beginilah mudah dan indahnya Islam itu..

dari jauh ku bersyukur dan terharu melihat adik2 yg
menyahut seruan Illahi tak kira di mana walau
dalam kebasahan...


antara hamper untuk pemenang.. fasi dapat jugak !

masa majlis tazkirah sebelum penyampaian hadiah..

Wallahua'lam..setakat tu je gambar yg dapat dikongsi.Rasa mcm dah terlalu banyak. Time penyampaian hadiah, saya tak sempat amik gambar sbb sy terlibat. Agak kalut dan malu pada makcik2 dan pakcik2.. dan kemudian bersurai. Terlalu banyak untuk dikongsi dan i believe in " picture tells us a thousand word and story "..

Penghargaan untuk adik2 dan rakan2 yg sama2 bekerja dgn gembira semasa sukaneka Hari Keluarga Matri. Antaranya, Nazihah,Nik Nadiah,Sofiyah, Maryam Jameelah, Masyitah, Nailah, Nurul Hidayah,..adik2 matri : Salman, Nabil, Mu'az, Suhaib, Adil, Shakirudin, Hazwan, dll. Semoga kerja2 dan usaha kita bermanfaat utk Islam dan dikira disisiNya.