Let's share yur kind words here... (" _ ")

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Hari Terakhir dalam tahun 2009.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Sedar tidak sedar esok kita bakal melangkah ke tahun baru yang bernombor 2010. Alhamdulillah Allah telah panjangkan umur kita sehingga sempat menghirup udara pada hari akhir 2009 ini. Betapa pantasnya masa berlalu sehingga terasa 2009 begitu sebentar sahaja. Terasa diriku baru sahaja memasuki tahun 2009 dan kini sedang melangkah menuju ke tahun yang semakin bertambah nilainya.

Jelas, walaupun 2009 terasa singkat, namun 2009 telah mencatatkan begitu banyak perkara-perkara penting samada yang menyakitkan dada mahupun yang menggembirakan hati. Aku kehilangan insan-insan yang aku kasihi dalam 2009. Aku diuji dengan kehilangan yang amat berat dan hebat. Namun, 2009 juga tidak sunyi daripada menyaksikan terikatnya hati ramai pasangan yang telah melangsungkan majlis walimah mereka.

Insya Allah, di celah-celah kesibukanku menguruskan Program Kem Bina Insan Murabbi 2010, aku akan cuba bercerita kisah-kisah suka dan duka yang terpahat di hati pada tahun 2009.

Semester akhirku ini akan ku harungi dengan sabar bertemankan subjek-subjek yang masih berat walaupun akhir sem...

1. Hafazan Al-Quran
2. Sains Kehidupan
3. Kurikulum Penilaian Pendidikan Islam
4. Kewarganegaraan dan Pembangunan Insan.

Ya Allah..lancarkanlah semester akhirku ini.

Wednesday, December 23, 2009

Entri ke-100..ku..= )


Ini adalah entri ku yang ke-100.
dan
ini adalah entri untukku menilai apakah perancangan yang kusenaraikan tercapai
sepanjang cuti ini.

Pertama : menolong kemaskini rumah desa putra. - aku jayakan bersama adik-adik. Namun, masih banyak perkara yang belum selesai.

Kedua : habiskan masa yang ada bersama adik-adik.- alhamdulillah, rasanya yang ini aku manfaatkan sebaiknya walaupun ada juga bergado, adegan marah2 dsb.

Ketiga : Ikut program J. - aku sempat join TOT je. KMK tak sempat. Hq pun tak pergi sbb selalu balik kampung.

Keempat : Penuhi undangan walimatul urus. - kenduri yg sempat ku pergi ialah kak inas, kak husni, kak nazihah, kak long. banyak lg kenduri yang tak sempat sebab terlibat dengan kenduri di rumah tok. cousinku kawen.

Kelima : Build water confident. - yg ni tak fully tercapai, namun sempatku pelajari teknik bubbling. rasanya dah ok sket kot dgn air walaupun masih nerves.

Keenam : persediaan mental dan fizikal ke KBIP.- yang ini tidak berjaya.

Ketujuh : Tingkatkan ibadah dan kerohanian. - alhamdulillah sepanjang cuti ni..usrah/hq keluarga berjalan dan perkongsian ilmu, fikrah dsb dapat dipenuhi. sekurang2nya terisi rohani cuti ini dengan pesan n nasihat.

Kelapan : Tidak cari pasal dengan sesiapa pun. - alamak, yang ni masih gagal walaupun cuba diminimumkan. Ada laa cari pasal sket dgn adik2 dgn niat mengusik..tapi akhirnya jadi kot lain..hehe..

Kesimpulanya, alhamdulillah sebahagian besar daripada perancangan ini dapat dilaksanakan walaupun tak sempurna. Tambahan pula, cuti yang kelihatan panjang ini sebenarnya pendek kerana tempohku berada di rumah hanyalah 20 hari. Hari-hari lain semuanya dipenuhi dengan aktiviti pulang ke penang, pergi ke shah alam, pergi kelantan dan aktiviti luar rumah yang lain.

Malam ini aku akan melangkah pulang ke UKM. Memulakan semester akhir dengan semangat dan azam baru. Akan kumanfaatkan semester akhirku di UKM sebaiknya, insya Allah.

Ya Allah, bantulah aku dalam meniti hari-hari akhirku sebagai student undergraduate di UKM.

Wahai sahabat, tegurlah, nasihatlah, bimbinglah diriku yang serba kekurangan ini.

Wahai diri, janganlah kau alpa dengan kesenangan duniawi,..kerana kau sudah berjanji untuk setia di atas jalan D&T yang penuh berliku dan berduri.

Wallahualam.

Untuk ANDA yang kukasihi...

Post ini khas untuk sahibah-sahibahku yang sama-sama ke TOT HaluanSiswa Nasional dan juga untuk sahibah-sahibah yang tak pergi..inilah antara kenangan kami di bumi kelantan..

breakfast time..
kami tiba di KB kira-kira jam 5 am. diambil
oleh pelajar KTD dan berehat di surau.
Lepas persiapan diri..semua dah lapar..
katanya bihun tu sedap..alhamdulillah

my two cute sister.. cik and syafiqah..

mereka2 yg berada di belakang meja ku..
khairiah, aishah, syafiqah

kaco jap fiah n wani yg tengah berurusan
tentang tiket bas..

kak kirah, asma bersama adik-adik pelajar KTD

si kembar KTD..sabahan rasanya..

bersama ketua haluansiswi

kakak-kakakku yg sentiasa di hati.
kak zakirah, kak inarah, kak fatimah,kak hafizah

ni adik-adik yang melekat di hati..
tasnim, widad, umaina, fatimah

sahabat sebatch yang sangat dikasihi..
1986 gurls..

cerianya mereka..
tambah2 widad tuh..

adik kesayangan,..batch 1989
Adibah Jamar dan Nik Nasihah

asobiyah..hehe..gurau je.. ni geng Uitm Shah Alam..
bersama mas'ul mereka..

kelihatan pakcik rosdi dan sahibah2..
tp nak tunjuk kereta tu sbnrnya..
tu kereta kak aisyah rashid..yang banyak berjasa
semasa kami di kelantan..
terima kasih ya..!!

dan gambar terakhir..
dalam bas KTD menuju ke stesyen Bas
berdekatan dengan Tesco..
kami naik bas Shamisha untuk pulang ke
Sg.Petani dan Kangar..

Alhamdulillah perjalanan ini dipermudahkan Allah..

Terima Kasih sahabat seperjalanan..
Sofiyah, Yusra, Nik Nasihah, Shafiqah, Aishah, Nailah...

Tuesday, December 22, 2009

Tot @ Ktd : Refresh Iman..

Training Of Trainers ( Kem Jati Diri )
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

20 Disember - 21 Disember 2009 telah berlangsung suatu program yang sangat bermakna di KTD yang boleh dikenali sebagai Kolej Tarbiyyah Dakwah atau Kolej Terbaik Dunia atau Kolej Teknologi Darul Naim. Alhamdulillah saya antara yang dipilih oleh Allah untuk mengikuti program ini dan menerima input-input yang sangat menyegarkan.

Slot-slot yang disampaikan adalah sangat relevan dengan realiti hari ini dan banyak membantu saya mendapatkan jawapan kepada persoalan D&T yang sering terlintas dalam fikiran dan hati saya.

Antara slot-slot yang telah para peserta ikuti ialah :

1. Slot 1 : 'Halangan-halangan dalam kehidupan berorganisasi' yang disampaikan oleh Pengerusi Haluan Kelantan, Tuan Haji Mohd Nasir Saat.

2. Slot 2 : Forum maraton bersama kepimpinan HaluanSiswa Nasional.

3. Slot 3 : ' AUKU : Antara cabaran dan peluang' oleh PM Nordin Endut.

4. Slot 4 : 'Pembentukan Murabbi Mithali' oleh Cg.Ishak, Pengerusi Haluan Terengganu.

5. Slot 5 : 'Kepimpinan Menurut Islam' oleh ayahanda yang dikasihi yg juga merupakan Ketua Eksekutif KTD, Dr.Abdullah Sudin bin Abdul Rahman.

6. Slot 6 : ' Gerbang Kebahagiaan @ Dakwah adalah Cinta' oleh ayahanda Pak Cik Rosdi Baharom.

6 slot ini sangat menyegarkan dan mengembalikan hati-hati yang mendengar kepada Rabb yang sangat kita cintai. Saya antara peserta yang sangat tersentuh dengan penyampaian Pak Lah Sudin dan Pak Cik Rosdi. Seringkali saya terasa hati, muhasabah diri, dan bersemangat untuk merubah diri dengan perkara-perkara yang telah para penceramah sebutkan.

Program ini juga telah menjalin silaturrahim antara para peserta dan sahabat-sahabat saya yang sekian lama tidak berjumpa. Selain itu, ini adalah kali kedua saya menjejak kaki ke KTD setelah hampir 5 tahun. Kali terakhir saya ke KTD adalah untuk menghadiri program Himega pada tahun 2004.

Saya sangat bersyukur kerana dalam kepenatan kenduri dan travel, saya dan sahabat-sahabat masih boleh memberi fokus terhadap penyampaian dan meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya. Marilah bersama kita menjadi HAMBA Allah dalam erti kata sebenar-benarnya.

Wajah-wajah ceria di bawah merupakan antara peserta yang hadir.

bergambar bersama-sama,..berbackgroundkan bas KTD
yang membawa kami ke Tg.Chat dan juga stesen bas.

Aduhai sahabatku.buah hatiku..
kitalah rijal-rijal Islam..
di rahim kita insya Allah akan
lahir muhahid Islam..

Antara yg ada dlm gambar..
masyitah, adibah, yusra, syafiqah, sofiyah, k.aishah,
k.inarah, nailah, khairiah,k.fizah, asma, fazira,
nabihah, k.timah adi, nazihah, aisyah ruq,
kamsiah, k.zakirah, nusaibah, nawal
dan adik2 pelajar KTD.

Kita adalah Murabbi.
Yang akan membela Islam.
Yang akan melawan musuh-musuh Islam.
Yang sedang bertempur dengan Jahiliyyah.
Yang sedang bergerak menyediakan
rijal-rijal akidah...
Yang akan syahid di jalan yang mulia ini.
kerana Yang kita Cinta hanyalah
Dakwah dan Islam.

wallahualam.

Tuesday, December 8, 2009

ZOom iN Eid Adha.. = )

Eid Adha [ siapa yang kena ]
Oleh : Nawal AK

Alhamdulillah. Raya Haji atau raya korban tahun ini berjalan dengan lancar dengan suasana penuh keinsafan. Bermula dengan sedikit tazkirah dalam sessi usrah keluarga pada malam raya, disambung dengan menunaikan solah sunat eid adha, mendengar khutbah, menjamu sedikit jamuan yang dibawa oleh makcik-makcik, menyaksikan ibadah korban dijalankan, dan akhir sekali tentunya merasa daging lembu yang segar.

Semuanya dikongsi bersama ahli keluarga dan bertambah meriah dengan kehadiran Mak Ngah, Mak Lang, Kak Tina dan Syamil.

Seperti biasa, akan ramai yang saya temui seusai solah sunat raya. Walaupun tahun ni tak berkesempatan jumpa Nabilah ( dlm pantang ) dan Rasyidah ( beraya di rumah suami ), namun masih ada rakan2 lain yang menceriakan pagi raya ini.

Jom tengok sapa yang terkena dalam ZOom iN eid Adha kali ni..

Nailah dan My luv cousin- Josa Kartina

Akhirnya, saya dapat bertemu mata dengan
sahabat baik saya Munirah Abdul Halim
yang sedang mengandung 5 bulan.
Saya tak jumpa dia semenjak dia walimah..
Syukur Ya Allah...

My strength.. Adila, Ujah dan Tasnim

My senior ' kak timah Adi'
Junior wif Senior Matri..

Kak Tina, Mak Ngah, Mak Lang, Nuha, Nailah
berbackgroundkan surau Matri yang
sangat kami kasihi.

Afifah yang comel..

Mak cik Fizah..ibu Munirah..
yang bagaikan Ibuku juga..

Cikgu sumber kekuatanku..
Cikgu Asmah..takkan dapat cikgu sepertinya
dimana-mana..

Taqiyah Khadijah dan Syaza..

Kak Syafiyah yang dah lama tak jumpa..
bakal jadi pengantin jg nih..hihi..

Setakat itu sahaja wajah-wajah yang sempat saya kongsikan di sini.
Pendek kata kalau raya haji tak beraya di Matri, akan terasa kelainannya kerana suasana di sini sangat istimewa untuk digambarkan dengan kata-kata.
Hanya yang mengalaminya sahaja mengetahuinya..

Wallahualam.

Wednesday, December 2, 2009

Terkilan...

Dalam hati..
ada rasa terkilan dan sedih kerana..

Saya tidak dapat bersama-sama menyumbang bakti ke TOT ( training of Trainers ) dan Kem Minda Kreatif ( KMK 14 ) yang akan berlangsung di Pusat Latihan Kokurikulum Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sedangkan kem inilah yang saya look forward nak join sebelum habis exam ritu..

Emmm..mungkin ada hikmahnya saya tak dapat turut serta. Namun, saya tetap mendoakan semua urusetia dan fasilitator KMK 14 dapat menjayakan KMK kita ini. Saya memberi moral support dari jauh.

Mudah-mudahan KMK 14 berjaya menyentuh hati-hati adik-adik sekolah dengan sentuhan dakwah yang berkesan.

Wallahualam.

- esok saya akan ke Shah Alam atas urusan keluarga.

Wednesday, November 25, 2009

Tetamu datang membawa rezeki..

Menjelang Eid Adha
Oleh : Nawal Abd Kadir

Day before eid adha..

Rumah saya akan diziarahi oleh my beloved aunty and cousin..

Mak Lang, Mak Ngah, Kak Tina dan Syamil.. ( mayb Pak Yob juga akan datang )

Hari ini juga persiapan dilakukan demi memuliakan tetamu yang akan tiba petang nanti.

Seronoknya Eid Adha kali ni beraya di rumah sendiri dengan kehadiran ahli keluarga yang dikasihi kernaNya.

Mudah-mudahan kehadiran tetamu akan menambahkan keceriaan dan keberkatan dalam rumah ini dan datangnya mereka membawa rahmat dan rezeki kepada seluruh ahli keluarga.

Inilah keluargaku..


Muhammad Mu'az, Abdullah Yaasir, Nailah

Abdullah Yaasir pada pagi raya

Me and my sisters with LUv Cousin Kak tina

Keluarga KAMI..di Ipoh, Perak

bersama Opah di halaman rumahnya..

Ya Allah,..sinarilah keluarga ini dengan cahaya..
cahaya daripada kasih dan sayangmu...
simbahilah kami dengan sakinah dan rahmat..

Jauh Perjalanan....

Opkim d'mahsuri 2009
Oleh : Nawal Abd Kadir

Pada 13 November 2009 telah bermula suatu perjalanan yang melibatkan dua biji bas daripada UKM Bangi menuju ke jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Mereka adalah peserta program anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah ( PKMK ) UKM untuk program Operasi Khidmat Masyarakat di Mukim Ayer Hangat, Langkawi.

Hari ini telah genap seminggu saya pulang ke rumah setelah selesai program tersebut pada 18 November 2009 yang lepas. Namun, kenangan di sana amat sukar dilupakan kerana ia amat manis dan memberi banyak pengajaran kepada saya.

Teringat semasa form 3 dulu, guru BM kesayangan saya iaitu arwah Ummi Halimaton suruh kami semua menghias kulit buku dengan gambar dan kata-kata..saya telah mendapat pujian daripada beliau. Antara kata-kata yang saya tulis..yg sy masih ingat laa..

' Jauh perjalanan, luas pemandangan, tinggi pengetahuan, tambah keimanan, tingkat ketaqwaan..'

Justeru semasa saya mengikuti opkim di Langkawi, ternyata ada benarnya ungkapan yang pernah saya tulis dahulu.. Begitu banyak kebesaran Allah yang dapat saya lihat dan kagumi. Banyak nilai yang saya pelajari semasa di sana. Alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti program tersebut.

Saya kongsikan sedikit gambar semasa di sana..

Bersama Mak Angkat sewaktu baru tiba di Balai Raya Kg.Padang Lalang
Gadis coklat.. sewaktu riadhah di tepi pantai Tg. Rhu

Sewaktu lawatan keliling Langkawi..
ni di taman haiwan selepas menaiki cable car..
keras tau bulu rusa tuh..


Saya sempat menaiki bot menerusi kawasan pokok bakau
dan merentas Laut Andaman dan melihat
pelbagai jenis bukit yang terbentuk menyerupai
kasut, king kong, budak kecil dsb.
Subhanallah..

Tengok tu.. macam king kong kan ??

Insya Allah,.saya akan kongsikan pemandangan-pemandangan yang sempat saya rakamkan semasa di Langkawi dalam entri seterusnya. Subhanallah... kalau kita tidak meneroka alam ini, manakan kita tahu betapa hebatnya alam yang Allah cipta ini dan betapa kerdilnya kita di sisiNya.

Sunday, November 22, 2009

Perancangan...


Plan untuk cuti semester kali ini.

Insya Allah, saya berazam untuk...:-

1. Menolong mengemaskinikan rumah desa putera ini.
2. Menghabiskan masa yang ada bersama adik-adik.
3. Mengikuti program-program J yang dianjurkan.
4. Memenuhi undangan walimatul urus sahabat-sahabat.
5. Build water confident.
6. Persediaan mental n fizikal untuk ke KBIP
7. Meningkatkan ibadah dan kerohanian.
8. Tidak cari pasal dengan sesiapa pun.

Mampukah saya melaksanakanya.?
Saya mengharapkan doa daripada rakan-rakan.
Changes start with a single step..

Gambattene..!!

Saturday, November 21, 2009

Kenduri kendara

Salam semua.

Alhamdulillah setelah selesai program Opkim d'Mahsuri yang bertempat di Mukim Ayer Hangat Langkawi dari 13-18 November, saya kembali ke rumah tersayang dengan selamatnya. Maka, dengan itu bermulalah rutin di rumah seperti cuti-cuti biasa. Cuma, november dan disember kali ini dipenuhi dengan undangan ke walimatul urus sahabat-sahabat handai keluarga dan saya sendiri. Justeru hari ini kami memenuhi jemputan ke dua buah rumah kenduri sahabat senior MATRI saya iaitu Kak Inas Asma di Kg. Tunjung dan Kak Husni Zaim + Fadhli Md Diah di Taman Melati Indah.

Saya kongsikan gambar mereka di sini.

Cak...terjumpa adik2 kg tunjungku yang cumel2..dah besar dah..
dah UPSR..arwa - dapat 5A, syifa n nani dapat 3A 2B.
Tahniah !!..

Kak Inas Asma dengan suaminya.

Nuha bergambar bersama cikgunya..
Abdullah Yaasir tumpang sekaki..

ramai betul adik2 form 5 datang..
so saya tumpang snap je gambar kak husni..

Fadhli dan Kak Husni
Moga kekal hingga ke syurga..=)

nantikan lebih banyak lagi gambar-gambar dan berita
majlis walimatul urus sahabat-sahabat kita yang lain.
Wallahu'alam


Thursday, November 12, 2009

KEmbara JiwA - C2aC (1)

Kembara Hati.
Oleh : nawal_sensei


April 2009. Puncak Bukit KIY.

" Krek..krek.." telefon bimbit Ed berbunyi kuat memecah kesunyian petang yang suram. Ed mencari telefon di dalam fail yang dibimbitnya sedari tadi.

' Ang ada di mana ? Nape tak balik-balik lagi? ' Sms daripada Ana rupanya.

' Aku kat KIY. malas nak balik lagi..'

' Aku g sana '

Beberapa minit kemudian Ana melabuhkan punggungnya di sebelah Ed yang sedang jauh merenung pemandangan indah UKM dari atas bukit KIY a.k.a Kolej Ibrahim Yaakub.

" Napa ni ? Fikir apa ni sampai tak mau balik umah ni? " Ana bersuara.

" Tak dak pa lah. Banyak sangat benda berlaku akhir-akhir ni .." Perlahan Ed menjawab.

" Tipulah. Aku kenai sangat hang tu cam na. Kalau tak dak pa, tak dak nak mai duduk merenung sorang-sorang kat tempat jin bertendang macam ni aih..."

" Pasai skim tu..."

" Laa...awatnya pasai skim tu..kan kita semua pakat-pakat setuju tak mau terlibat dengan benda-benda macam tu. Kita kan tak mau pikiaq dah pasai tu.. awat duk susah hati lagi ni? "

" Dak.. aku sedih..eh, tak tau laa apa yang aku rasa..kecik ati ada..susah ati..ntahlaa "

" Pasai pa? Cuba bawak cerita dengan aku.. "

" Zai baru join skim tu.."

" Haa??? Ish...takkan kot..mana hang tau ni? "

" Adalaa orang gtau aku. Sampai ati dia tak gtau kita.. Ritu kita duk sembang semua sama pendapat. Kata kita tak setuju langsung dengan benda-benda macam tu. Baru 3 hari lepas duk cakap-cakap dengan aku, tiba-tiba hari ni aku dengaq cerita dia dah join. Aku tak taula pasai pa aku rasa sedih... sapa laa ayat dia sampai dia boleh tukaq fikiran cepat sangat.."

Ana terdiam mendengar khabar yang baru diberitakan oleh Ed. Rasa terkilan menusup masuk ke dalam hati. Kerisauan dan kesedihan Ed turut dirasainya. Masing-masing diam seribu bahasa melawan perasaan. Mereka sahabat yang telah saling mengenali sejak tahun pertama di UKM. Teman serumah dan temah sekursus. Pandangan mereka selalunya seiring dan tidak hairanlah andai keputusan Zai sangat mengguris hati mereka berdua.

Februari 2009. Fasa 1, Bangi.

" Ed...ooo ed... cepatlaa bersiap. Aku nak p dah ni.." Zai melaung Ed yang sedang bersiap. Mereka berdua telah berjanji untuk pergi ke pusanika bersama-sama.

Di waktu lain..

" Jom Ed kita p fak skali " Zai sering mengajak Ed ke mana dia ingin pergi. Jarang sekali Zai membiarkan Ed sendirian memandangkan mereka sepersatuan.


April 2009. Pavillion UKM.

" Ana, kenapa dengan Ed akhir-akhir ni. Cemberut je mukanye? " Ash berbisik kepada Ana perlahan semasa Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Jaring Fakulti Pendidikan.

" Ada berita best nak gtau ko.." Ana tersengih perlahan. Ash tidak sabar untuk mengetahui berita tersebut.

" Ada kawan kita yang bersemangat dengan kita tak nak terlibat dengan skim..tetibe join. Dah tu..tak gtau kita plak tu.."

" Yeke..aduh..aku tau da sape...sedihnya. Patutla cemberut je si Ed tuh" Ash mengomel sendirian.

" Ed bukan sedih sangat sebab dia join tu. Tapi sebagai kawan baik, aku rasa dia tak patut membelakangkan kita dalam buat keputusan..mungkin Ed masih terkejut sebab baru sangat tahu benda ni."

" Betul juga. Kalau aku, aku rasa juga macam yang Ed rasa tu."

" Shhhhhhh" Bie yang berada di sebelah Ash mengarahkan mereka agar diam.

Ana memandang Ash sambil menjongketkan matanya. Ash hanya tersenyum nipis dan mereka berdua kembali menumpukan perhatian terhadap ucapan Dr.Abdul Halim.

Mei 2009. Fasa 1 Bangi.

Jam menunjukkan tepat pukul 9am. Ana sedang tekun membelek buku psikologi pendidikan. Latihan Ilmiahnya belum selesai-selesai. Kelihatan Zai sedang memakai tudung.

" Nak g mana zai? " Ana menyoal.

" Nak p tempah baju "

" P dengan sapa? "

" dengan Jed ngan budak-budak len "

" Oooooo "

Kemudian kedengaran Zai menghidupkan motosikalnya dan keluar daripada pintu pagar rumah. Setelah beberapa ketika...Sedang ana tekun mengadap bukunya..

" Kak.. kak.." Yani bersuara perlahan.

" Nape ? " Ana tidak menoleh.

" Pandanglaa sini. Orang nak cakap ni " Yani tidak puas hati dengan sikap tidak acuh Ana terhadapnya.

" Ape ? Cakaplah. Akak dengar ni " Ana menjawab.

" Kenapa Zai keluar tak ajak Ed ea? Bukan ke selalu diorang berdua kalau urus benda-benda persatuan macam tu ?"

Ana pantas menoleh ke arah Yani. Betul juga.

" Aah.. tak perasan pulak kak Ana.. bagus juga kepekaan ngko ea..." Ana ketawa perlahan.

" Mestilaa.. saya ni bukan aje dhabit tau. Peka dengan keadaan sekeliling."

" Yelah sangat tuh. Tapikan, kenapa ea si Zai tu macam tu skarang ? "

" Entahlaa Kak Ana,..Yani pun tak tau. Tapi mesti ada sesuatu yang tak kena sbb sebelum-sebelum ini bukan macam tu perangai dia." pantas Yani menganalisis keadaan.

Kedengaran langkah orang menuruni tangga. Oh, Ed rupanya. Desis hati Ana. Ed memandang sepintas ke arah bilik Zai yang kelihatan kosong.

" Zai p mana? "

" Keluaq " Yani menjawab.

" Setiap hari aku turun bawah, mesti dia tak dak kat umah dah. Mesti dia dah keluaq. " Ed bersuara perlahan. Ana dan Yani hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang respon.

Beberapa minggu berlalu dengan keadaan yang sama. Minggu peperiksaan menjelma dan keadaan masih berada dalam graf yang sama. Tidak berubah. Masing-masing masih tertanya-tanya alasan mengapa Zai tidak mempedulikan Ed dalam apa jua urusan.

Akhir MEi 2009. Perpustakaan Tun Sri Lanang ( PTSL )

" Ana, Naz, Ash, Yani, Ja , Piah..." Laju mulut Zai menyebut sederet nama-nama itu.

" Awatnya sebut nama ramai-ramai ni? " Ana menyoal.

" Saja..hehe. Jom ikut program persatuan p Langkawi. " Zai bersuara.

" Nak..nak.." pantas Ash memberi respon.

" Saya tak boleh pergi. Latihan Ilmiah tak siap lagi " Yani memberi respon.

" Aku ada Annual Camp " Ja memberi alasan.

Ana, Piah, dan Ed hanya mendiamkan diri. Perbincangan tentang subjek yang akan exam dua hari lagi diteruskan. Masing-masing fokus terhadap perbentangan yang baru dimulakan oleh Yani.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 12 orang anggota iaitu Ana, Ed, Yani, Ja, Naz, Piah, Ash, Jaz, Ili, Eri, Shu dan Zai adalah pelajar Fakulti Pendidikan yang sering belajar bersama sebelum peperiksaan menjelma. Tajuk-tajuk kuliah sesuatu subjek akan dibahagikan dan dibuat peta minda atau ringkasan. Kemudian masing-masing akan membentangkan cara membaca nota masing-masing sambil berbincang perkara yang tidak jelas. Mereka juga akan berbincang soalan-soalan lepas. Perkara ini sedikit sebanyak membantu mereka belajar kerana beban di bahu menjadi ringan kerana kesusahan dalam belajar dikongsi bersama.

5.40pm. Selesai perbincangan. Masing-masing beransur daripada bilik perbincangan yang terletak di Aras 3, PTSL. Setelah mengembalikan kunci kepada kakitangan PTSL, Ash bersuara.

" Ana, jom la join p Langkawi. Tak pernah pergi jalan bersama "

" Tengoklah cane..aku punya latihan ilmiah belum beres."

" Ala...ko bereskanlah cepat-cepat. "

" Let's time decide lah "

Selepas menghantar Ash pulang ke kolej, Ana pulang ke rumah sewanya. Dalam fikiranya berputar-putar ajakan Ash untuk ke Langkawi. Ana belum pernah mengikuti sebarang program Khidmat Masyarakat sepanjang belajar di UKM. Ada rasa teringin bertunas di hati.

' Aku harus bereskan latihan Ilmiah dan kemudian buat keputusan samada untuk pergi atau tidak' monolognya sendiri.

Hari-hari terus berlalu dengan penuh kesesakan. Di rumah sewa, masing-masing sibuk menyiapkan latihan ilmiah, mengedit, mencari bahan dan benda-benda yang sewaktu denganya. Keadaan rumah memang meriah dengan komputer riba, buku-buku, meja jepun bertaburan di ruang tamu rumah. Masa untuk ke Langkawi tinggal dalam 10 hari lagi.

Zai kelihatan sangat sibuk pergi ke bilik persatuan membereskan kerja-kerjanya. Seperti biasa dia tidak lagi mengajak Ed untuk pergi bersamanya. Keluar di awal pagi dan pulang lewat petang.

Ed juga tidak ketinggalan sibuk dengan tugasnya sebelum pergi ke Langkawi.

Ash pula tidak sabar-sabar membuat rancangan untuk membeli buah tangan untuk keluarga angkatnya di sana.

Yani pula kelam kabut dengan latihan Ilmiah dengan pensyarahnya yang begitu mencabar.

Ja pula sibuk ke kandang babi dalam rangka untuk melihat bagaimana sistem saliran tempat penternakan babi diuruskan.

Kesimpulanya masing-masing punya kerja untuk dibereskan. Namun, dalam pada kekalutan itu...timbul cerita baru. Cerita yang tidak menarik, isunya tidak besar tetapi sedikit menyentap hati sahabat-sahabat serumah. Ahli rumah ini selalunya berkongsi cerita, berkongsi apa jua peristiwa yang berlaku dan gemar berkongsi rasa.

Suatu petang...kedengaran bunyi motosikal masuk ke dalam perkarangan rumah. Ana tidak dapat meneka siapa yang pulang ke rumah. Kemudian, Ed melangkah masuk ke dalam rumah. Ana menoleh seketika. Wajahnya tidak ceria. Ed meletakkan bukunya dan duduk di sebelah rak bukunya yang terletak di belakang Ana.

" Ed..apa crita pulak tu? " Ana bersuara perlahan.

" Hang tau ka Zai p awal Langkawi ? "

" tak tau pun. awat p awai?" Ana mengerutkan dahinya.

" Hang tau mana ni? dia habaq kat hang ka? " Ana menyoal sekali lagi.

" tak la..aku dengaq dari K.R, dia la gtau " Ed memberitahu perlahan.

" awat dia tak habaq kat kita ea? " Ana menjolok pertanyaan. Memang pelik berita ini kerana dengan rakan serumah dan rakan sepersatuan sendiri tidak dikhabarkan berita ini.

" kalau dia tak mau gtau aku, lain laa crita..tapi dia tak gtau hang..pelik amat nih.." Ana tidak dapat menahan rasa peliknya lalu meluahkan pada empunya badan yang sedang menahan hatinya yang pedih.

" Dia p naik flight " Ed bersuara lagi.

" Hah? " bertambah terkejut Ana mendengarnya. Setelah diam beberapa lama,..Ana bersuara ..

" Banyak duit depa na.. depa p awai buat apa? jalan2 dulu ka? "

" Depa banyak duit.. tak pa lah..sapa laa aku ni kan? Biaq laa kat depan..aku sedar diri aku bukan MT..."

" Apa plak macam tu..walaupun hang bukan MT,, tapi hang tetap kawan dia tau.." Ana menyanggah kata-kata Ed.

" Ada lagi beberapa hari sebelum depa p..nanti dia habaq kat aku laa kot.." Ed memujuk diri sendiri.

" Aku ja yang over sensitif kot.." Ed mengakhiri kata-kata dan melangkah longlai ke atas rumah.

Ana memandang Ed dengan pandangan simpati. ' Kalau aku ada di tempat Ed, tak tau macam mana aku nak berhadapan dengan kawan baik sendiri lepas ni.. tp aku doakan Ed kuat dan boleh buat macam biasa'.

Selasa, Petang, BBB

Kelihatan Zai sedang mengemas bagasinya dan bersiap-siap. Kelihatan cantik memakai blaus labuh dan seluar.

" Zai nak p mana tu ? Lawanya " Yani melaung dari tempat duduknya.

" Nak p Langkawi lah .." selamba Zai menjawab.

Ana dan Ash yang sedang membelek majalah terdiam. Tidak tahu mahu membuat muka bagaimana sedang yani dengan selamba menegur Zai sebegitu.

" P naik bas ka? dengan sapa? " Yani terus menyoal.

" dak.. p naik flight " Zai menjawab lurus tanpa nada.

" Oooo..." Yani terdiam. Mungkin tidak tahu mahu bereaksi bagaimana..Ingin dibuat muka terkejut, berita itu sudah diketahuinya. Maka masing-masing cuma terdiam begitu sahaja. Zai sedang menunggu Mimi dan rakanya yang akan menghantar mereka ke LCCT.

Ed ketika itu berada di bilik persatuan untuk mengecat banner. Kemudian, apabila selesai Ed pulang ke rumah. Ed melangkah masuk ke dalam rumah dan berselisih dengan Zai namun Zai tidak menegur apatah lagi bersalam dengan Ed sedangkan dia akan berlepas ke LCCT beberapa minit sahaja lagi. Sedang Ed berada di atas rumah untuk menukar pakaian, Mimi tiba dan mereka berangkat bersama-sama. Ana sempat bersalaman dengan Zai. Zai tetap kawannya walau apa jua berlaku. Zai tetap temanya walau sedalam mana hati terguris dengan sikap Zai.

" P elok2.." Ana bersuara.

" Kirim salam kat Ja. " Zai membalas.

" Aik..kat Ja je? " Ana mengusik.

" Kirim salam kat Naz n Eli sama " Zai membalas.

" Okay.." Ana membalas. Dalam hati ingin sahaja Ana bertanya..' tak mau kirim salam pada sahabat baikmu Ed ke? '..tetapi getusan itu hanya terlontar di dalam hati sahaja. Tidak berjaya diluahkan. Ana menghantar Zai pergi dengan pandangan mata yang sayu.

Beberapa ketika kemudian, Ed turun ke dapur.

" aik? mana Zai? " Ed bertanya.

" dah p dah laa " Yani pantas menjawab.

" La...tak salam aku dulu pun ? "

" dia kalut tadi kot.." Ana cuba mencari alasan.

" Tadi masa aku kat bilik persatuan, Zai sms aku suruh aku pegang duit tambang feri Rm2K. "

" Hah...dah tu hang balas tak msg dia ? " Ash pantas mencelah.

" tak pun. tak dak rasa nak balas msg dia " Ed menjawab.

" Hang cuba bayang tengok. Tadi baru dia sms aku..tiba-tiba aku balik bertembung dengan dia kat sini..dia boleh wat tak tau kat aku. Dia tak kata apa2 pun...pelik dak? " Ed menyambung kata.

" Ish..awat jadi macam tu? Patutnya dia habaq laa kat hang..tunjuk duit tu ka.pesan lagi skali.. dah hang ada depan mata dia.. awat dia buat macam tu haa? " suara Ana naik sedikit.

" Dia tu buat keputusan..tindakan ..tak guna mata hati tu.. main ikut suka hati jaa kot.." Yani membuat kesimpulan..

" Ish..tak baik kata macam tu..tp peliklaa aku pun.." Ash membalas.

Masing-masing tidak berpuas hati dengan tingkah laku sahabat mereka Zai terhadap sahabat mereka juga..Ed. Badai apakah yang melanda persahabatan ini? Sungguh rumit walaupun kelihatanya kecil. Ia rumit kerana komunikasi terbatas. Ia menjadi pedih kerana kebenaran tidak dibongkar. Perkara menjadi lebih menyakitkan apabila sahabat sendiri yang melakukan sedemikian.

bersambung...

Friday, October 30, 2009

Oktober Credit..

I'm 23..
Oleh : Nawal

31 Oktober 2009. Nampaknya hari-hari dalam bulan oktober ini berlalu dengan pantasnya dan tanpa disedari kerana begitu banyak yang perlu dilalui sepanjang semester ini. Assigment Pengurusan Ko.K yang sarat dengan aktiviti luar, mesyuarat malam2, Latihan Ilmiah yang tak selesai2, assigment Qiraat, Syafawi, Meniti2 Hari2 final exam dan sebagainya.

Dalam kesibukan itu, saya sempat membersihkan inbox2 kerana dah penuh dah..Lalu telah saya baca sms-sms yang dikirimkan pada 10.10 yang lalu.. ada sms yang tidak sempat dibalas kerana pada malam 10.10 itu saya berada di padang pavillion untuk menghias khemah dan pada hari 10.10 itu saya berada di padang untuk acara sukaneka. Lewat petang baru pulang dan keletihan. Maaf kepada sesiapa yang tidak terbalas smsnya dan terima kasih kepada insan-insan yang masih ingat tarikh ini dan mengirimkan doa untuk saya.

Saya sangat menghargainya. Untuk itu, saya kongsikan disini antara sms yang dihantar bersama nama pengirimnya.

Aisyah Humaira 11.20pm - " selamat hari lahir nawal. Sayang nawal. All the Best ! "

Tak kenal pengirim 0139543732 ( sbb nset rosak ) tp msg ni tepat 12.00 am - " One day We All will depart on a journey free of cost. Don't worry about seat reservation.It is confirmed and flight is always on time. Our good deeds will be our luggage. Islam our passport, Kalimah..our visa and Grave..Our waiting Lounge. May All of Us Travel to heaven in 1st class.. Do the best for Allah.. Happy Birthday..May Allah bless you..sweet 23..."

Sh.Najihah, pelajar Tingkatan 2 SMKRM 12.20am - " allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Ustazah Nawal abd Kadir...Allah selamatkan kamu.. Selamat Hari Jadi ustzh..From :gha to my loving ustzh..."

Siti Nazatul Ehima ( my housemate ) 12.23 am - " Tuhan, kumohon padamu..sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua yang dia lakukan..janganlah pernah tinggalkan dia keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta kasihmu..Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan. Aku mohon semua ini kerana aku menyayangi wanita ini.. Amin..Sannah Helwah ya Jamilah...Happy Birthday : )..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..berjaya dunia akhirat..sayang nawal "

Nur Rasyidah Zolkepili ( my very CLOSE sahibah ) 12.32am - " Teringat dirimu..tiap detik dan waktu..Moga Allah memberi kejayaan padamu..kerana dirimu...teman kesayanganku..Happy Birthday to u..!! May Allah bless you and gives u more days..Kak Nol dah tua..kui..kui.."

Mohd Khairie Othman, precious student form 4 SMKRM 12.35 am - " rama-rama ni terbang jauh untuk sampaikan pesan 'selamat hari lahir' yang ke berapa saya tak tahu..semoga murah rezeki dan panjang umur,ustazah.."

Fatin Hanim, pelajar tingkatan 4 SMKRM 12.52 am - " selamat hari jadi ustzah...yang ke brapa ek?..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan cepat kawin...ea ustzh..hehe "

Nur Izzati , pelajar tingkatan 2 SMKRM 6.26 am - " Happy Birthday!! I luv u ustzah..semoga panjang umur dan murah rezeki..."

MY UMMI, my mother,..My strength 7.48 am - " Selamat Hari Lahir. Semoga dirahmati dan diberkati dalam semua urusan."

Najuwah, my precious student form 4 SMKRM 8.03 am - " Selamat Hari Ulang tahun ustzah..moga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa..senyum sokmo..saya doa ustzh sentiasa happy and sihat.."

Tasnim Ismail, my child-teen-friend 8.39 am - " Nawal, selamat hari lahir. Semoga pjg umur dan murah rezeki. Moga sentiasa success dan dipermudahkan segala urusan. Moga dengan pertambahan umur ini menjadi muhasabah untuk diri. Uhubbuki fillah ya ukhti "

Arafah, my precious student form 4 SMKRM 9.01 am - " Happy Birthday..sory saya banyak wat salah kat ustzh..semoga panjang umo n murah rezeki.."

019 4762775 9.17 am - "Salam my dear girlfriend,Nawal ..Wish u best of luck on yur 23rd birthday..May Allah bless and love u always ! "

alyaa Shafinaz, pelajar tingkatan 2 SMKRM 9.32am - " Selamat Hari Jadi ustzah..semoga panjang umur dan murah rezeki.."

Hafazah, pelajar tingkatan 2 SMKRM 10.28 am - " Selamat Hari Jadi ustzh..semoga ustzh panjang umo dan murah rezeki dari anak muridmu"

'Aishah Mohd Asri, my twin sister 10.45am - " Salam. nawal, aishah ada di perlis. Nak ucap selamat hari lahir ye.."

Syuhada, pelajar tingkatan 2 SMKRM 2.33pm -" Ustzh,..hari ni birthday ustzh kan? sy nak ucap happy birthday kat ustzh..moga panjang umo dan murah rezeki.."

Musfirah Kader ( my study group friend ) 3.17 pm - "Happy Birthday nawal..moga sentiasa dalam rahmat Allah swt.."

Aqilah Mahyiddin ( my dear MATRI sister ) 5.50 pm -" kak nawal, happy birthday..sory wish lambat..May Allah bless u always.."

Nailah Abd Kadir ( my dearie sister ) 6.38 pm - "salam kak,eidul milad..semoga redha dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu..sorry lmbt wish..kalut sgt.."

Nadzirah Zakaria ( my housemate,group study-friend ) 6.43 pm - " Salam Nawal, SLMT HARI LAHIR SHBT ..semoga diberkati Allah dan dikuatkan hati..sayang ang..."

Nurul Nur Shuhaida ( my x-roomate,best friend ) 7.06 pm - " Eid Milad ke-23..sory lmbat wish..i doakan u murah rezeki , dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diredhainya..insya Allah.."

Aniza bt Othman ( my housemate,group stdy friend ) 7.46 pm - " Happy Birthday Nawal yg ke 23..sory lambat ucap...maklumlah sibuk sgt..moga mendapat keredhaan di dunia dan akhirat "

Siti Nur Zuhaili ( my roomate-close friend ) 7.58 pm - " Assalamualaikum..salam sedamai aliran sungai Nil buatmu...Salam selunak nyanyian Huurun Ain buatmu...Salam sejernih embun pagi buatmu...Salam setulus cinta Nabi Muhammad s.a.w buatmu..Salam seindah wajah Yusuf buatmu..Salam ingatan diutuskan istimewa buatmu Nawal..selamat hari lahir..moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala-galanya.."

Sofiyah bt Nordin ( my child-teen-adult close friend..my soulmate ) 10.21 pm - " Ya Allah..sahabat ini bungaku..Tanpanya tiada seri dunia.Sahabat ini maduku.Penawar banyak perkara. Sahabat ini guruku.Mendidik penuh mesra.Kucintai sahabat ini kerana dia membawaku kepada cintamu..Jangan kau biarkan dia sendirian dalam dunia, di alam barzakh, bahkan di akhirat..Kau dampingilah dia selalu..kau jagalah dia moga dalam hidayahMu..amat kusayangi dia keranaMu..Happy Birthday Nawal..."

Khairunnisa Bakar ( my UKM friend ) 10.20 am - " Happy belated birthday my cute sahabat..moga hari2 mendatang mematangkan dirimu..maaf andai ada salah dan silap...selamat menyiapkan tesis.."

Nadiah Ozali ( my dear sis, geng luv peace..UKm ) 12.25 pm - " salam. Kak Nawal, happy belated birthday..moga kak nawal dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..and success selalu.."

Wan Kamilah Wan Abdullah Sabary ( my close shbh..my LOve..) Happy Birthday but belated...sayang.."

Berikut adalah antara sms yang sempat singgah ke dalam inbox dan tidak kudelete sehingga saat ini..Terima Kasih atas ingatan anda semua..MOga doa2 insan baik seperti anda dimakbulkan Allah..

Umur bertambah bermakna tanggungjawab juga bertambah.. amanah terbeban di bahuku..doakan saya ya..

Saya sayang anda semua yang mengenali saya..!!

Wednesday, October 14, 2009

2 jam di Bankuasi UKM

Acara : Meraikan pelajar AD Fakulti Pendidikan
Hari : Khamis

Tarikh : 15 Oktober 2009
Tempat : Bilik Bankuasi, Bangunan Canselori, UKM


Semasa sign kehadiran di bilik pensyarah
Sejarah Tamadun Islam ( STI ) lepas kelas terakhir STI.


Depan lif di Aras 1 Canselori
( Kak Eri - Mus - Kin - Nad )

Dalam lif ( hehe )
Mus - Kin - Nawal - Yus - Kak Eri

Bersama junior PIPAQ, Afani

Suasana dalam dewan + susun atur meja makan

Bergambar bersama Pensyarah Kesayangan Kami
Dr.Mohd Izham Hamzah

Bilik Bankuasi

Penerima Anugerah Dekan Sarjana Muda Pendidikan
bergambar bersama Dekan Fakulti, Datin Prof Dr Rahayah Ariffin
dan Dr.Saemah dan Dr.Aisyah

Ainun,Yusraini,Nadzirah,Musfirah,Ashikin,Husna,Nawal

Mohd Faiz Ismail ( MPP Tahun 3 Fpend )
bersama Dekan dan Timbalan Dekan Fpend