Let's share yur kind words here... (" _ ")

Tuesday, January 15, 2013

Diari : Kesabaran tercalar....

Diari 15 Januari 2013.

Hari ni,.... emosi bergelojak lagi....
Satu SMS masuk ketika aku sedang mengajar. Tidak kupedulikan...
Ketika pelajar sedang menyalin nota, aku menjeling SMS tersebut,...
SMS daripada seorang guru di sekolah aku bertanyakan tentang CD Video yang ditempah laaama dah...
Aku reply dan cakap CD tu dah siap lama dah sbnrnya...
Cuma aku tak berkesempatan untuk serahkan kepada dia sebab aku jarang jumpa dia...

Then dia telah menghantar kata-kata yang agak sentap dan menyedihkan...
Aku tak reply... rasa sedih menusuk ke dalam hati...terasa seperti dipandang rendah sebagai orang yg tak pandai buat kerja... lambat buat kerja dan sebagainya...
tp dah depan student,..cover macho je la...simpan jauh-jauh dalam hati...

Then, bila habis kelas je... tanpa fikir panjang aku balas balik sms tu... aku minta maaf dan aku cakap apa yg dirasakan... fikir dua kali je dan terus tekan send... ada rasa bersalah laa jugak sbb cakap mcm tu pada 'senior' tapi kadang-kadang aku rasa sebagai rakan guru, tak kira orang lama atau orang baru, patot ada rasa respect each other, patot ada bimbingan dan kasih sebagai manusia yang bekerja di bawah satu bumbung...bukan hentaman atau kritikan yang mematikan semangat, melunturkan azam dan sebagainya...

I can't take it no more - diperlakukan seperti budak kecik di sekolah ini.... walaupun hakikatnya batch aku je freshie yang dipostingkan di sekolah ni semenjak 2010 dulu... tp tak semestinya boleh dibuli, dihentam, dikata belakang dan ditunding sesuka hati... oh tidak ! Selalu diri ni berpesan untuk berlapang dada dengan apa yang berlaku,.. berbaik sangka yang diorang tu tak berniat pun sebenarnya nak buat mcm tu.. tetapi dalam pada itu, ada batas-batas yang diorang kena jaga sebab aku pun manusia macam mereka,.. aku ada perasaan, aku ada graf emosi yang seringkali naik dan turun, aku ada masalah mcm depa ada masalah dan sebagainya...

So, please,....aku merayu... Let's respect each other...
Jika aku salah, betulkan... datang jumpa dan cakap baik-baik...
bukan mengata di kantin, tandas, meja panas dan sebagainya... sedangkan aku tak tahu apa salah aku...
Jika aku tersilap langkah, berilah bimbingan... sebab aku kurang pengalaman berbanding senior2 semua yang dah berpuluh tahun pengalaman mengajar...
Jika aku tersilap kata....aku mintaa maaf ... tetapi aku di tahun ketiga ini tidak mampu untuk berdiam diri dan meremuk redam sendiri.. lepas tu act like nothing happen..... diriku yg tu dah makin luntur daripada diriku yang sekarang...

Aku suka apa aku buat sekarang... tp disebabkan benda tu aku suka,... bukan bermakna boleh tungging tebalik diriku mcm tu sahaja... oke...

upps... memang emo sket hari ni....
Harap-harap lepas ni telinga aku, mata aku, deria aku tak cium dan rasa benda-benda pelik yang bleh ganggu gugat keseronokan aku bekerja bersama rakan2, kakak2 dan student aku yang Ohsem sentiasa....

Doakanlah aku wahai anda-anda yang ada secubit rasa kasih pada diriku yang lemah ini....

wallahualam.