Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, March 30, 2009

Himega 2009_penuh ERTI

Unit Pengangkutan dan Perhubungan Himega 2009
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Buat pertama kalinya untuk program Kebangsaan seumpama ini saya menjalankan tugas sebagai Urusetia angkut mengangkut ini. Selalunya hanya untuk program tempatan. Maka, kali ini terasa cabarannya untuk memastikan peserta tiba dengan selesa dan selamat dan pulang juga dalam keadaan selesa dan selamat. Namun, hidup orang mukmin akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t. Keadaan fizikal jalan yang agak teruk, jarak perjalanan yang singkat menyebabkan perjalanan menjadi panjang. Jika menggunakan highway tol dikenakan sebanyak RM1.40 dan jaraknya bertambah sedikit.

Hari pertama berjalan dengan baik. Ketibaan adik-adik peserta dirai dengan senyuman. Kaki kiri sangat berkompromi dengan baik tidak jemu-jemu menekan cluc dengan setia di setiap lopak, bumper, dan jalan tidak rata. Perjalanan ditempuh dengan sabar dan gembira. Di kaunter, kami telah meletakkan borang pengangkutan pulang untuk adik-adik peserta yang memerlukan tiket bas atau keretapi untuk pulang. Selepas asar, saya bergegas ke Hentian Kajang menguruskan tiket bas dan Kak Sanihah ke Komuter Kajang menguruskan tiket keretapi . Begitu banyak tiket yang dibeli memerlukan penelitian tentang harga, tempat naik, tempat turun, destinasi dll supaya tidak tersilap. Alhamdulillah semua tiket dapat dibeli dan saya menempuh traffik jam pulang ke KUIS dengan hati yang lega.

Hari kedua, urusetia pengangkutan sibuk dengan aktiviti berfikir untuk melancarkan perjalanan pulang adik-adik peserta. Bermula dengan membuat borang, fotostat dan sesi penerangan kepada adik-adik. Ada yang tidak faham dan sbgnya. Saya sabar menerangkan kepada adik-adik ini. Borang pengangkutan itu bertujuan untuk memudahkan urusetia mengatur kenderaan dan kami merancang untuk membeli tiket komuter in advance supaya adik-adik tidak perlu beratur untuk membeli tiket apabila tiba di stesyen. Malam sabtu ini saya perlu menghantar seorang peserta yang akan pulang awal. Tiketnya adalah pada jam 11.30pm. Jam 11pm kami bertolak daripada KUIS ke Hentian Kajang melalui highway. Rancangnya selepas hantar, kami akan pulang ke UKM terus. Malam itu saya bersama Farah dan Munirah. Allah izin telefon adik itu berdering dan terdengar suaranya yang sedikit cemas. Rupa-rupanya dia terbawa balik kunci bilik dan kawan-kawan tidak dapat masuk ke dalam bilik. (hehe) Allah kalau nak uji, macam-macam cara boleh uji kan? Kami pun menghantar adik itu dan pulang semula ke KUIS. Setelah menyerahkan kunci pada peserta, saya memandu pulang ke UKM.

Hari ketiga. Pagi ini saya sedikit dizzy. Menjadi muram dan tidak bersemangat. Namun, digagahkan juga. Saya mengambil Nazihah Nawawi yang tiba di Hentian Kajang pagi itu. Kami bertolak ke KUIS jam 8 kerana Naz terlibat sebagai ahli Panel untuk slot Sharing momment. Saya masih berada dalam mod dizzy dan berusaha melawannya. Alhamdulillah. Kak Sanihah ( pakar math ) dengan cekap dan efisyennya telah menguruskan hal tiket komuter dan berjaya menyelesaikan urusan tersebut di kaunter tiket komuter. Petang tiba. Program selesai. Kami bergegas memastikan peserta yang tiketnya jam 8pm bertolak ke komuter Bangi terlebih dahulu. Rasa risau menyelit di dalam hati. Rombongan ke Perlis, tiket keretapinya jam 8pm. Begitu juga yang akan ke Temerloh dan Segamat. Dalam hati doa dipanjatkan agar adik-adik ini sempat sampai di stesen KL Central, Pekeliling dan Pudu dengan selamat.

Kemudian, saya membawa adik-adik dari Penang ke rumah Kak Sanihah sementara menuggu bas mereka jam 11.30 malam. Ada juga adik-adik dari Terengganu yang tiketnya jam 9pm. Sempat kami dijamu dengan makan malam. Saya hampir kehilangan tenaga. Berehat seketika di rumah itu. Setelah menghantar adik-adik ke Hentian Kajang jam 9pm saya memandu pulang ke UKM dengan lega. Tiba di bilik, baru semua yang ditanggung sedari pagi saling menerjah menghasilkan keperitan yang tidak dapat ditahan.

Saya tidak pernah menyesal atau merungut kerana terlibat menjadi Urusetia Himega kali ini. Cuma dugaan yang datang itu adalah tarbiyyah sebenarnya. Masih banyak yang diri ini perlu baiki dan tingkatkan. Kelemahan dari pelbagai sudut terserlah saat diri diuji. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.
Kepada adik-adik peserta, sematkanlah setiap pesanan, ilmu, dan pengisian yang disampaikan dalam hati dan fikiran. Gunakanlah ia di saat adik-adik menempuh cabaran di alam IPT kelak. Semoga terus kekal dan istiqamah di atas jalan ini. Kepada sahabat-sahabat sefikrah, tegurlah diri ini andai tersilap langkah, bimbinglah diriku di saat aku celaru,.. doakan diri ini agar menjadi mahasiswa Rabbani.


Wallahua'lam.

( buat pertama kalinya dalam program, saya tidak membawa kamera. Tiada satu gambar pun yang saya ambil...agak pelik..huhu )

29 Mac 1957

Diari untuk tatapan insan bernama _ _ _ _.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

29.3.09. Hari ke-3 Himega09 berlangsung. Diri terasa sedikit capek gitu. Macam-macam yang berlaku. Apabila mata melihat ke handset terpandang tarikh di situ. " Hari ni hari lahir _ _ _ _.."
Kejap lagi free nak message laa kejap. Desis hati. Malangnya sampai ke petang tak terhantar sms kepada insan istimewa itu. Menjelang maghrib deringan handset berbunyi tatkala diriku sedang memandu menghantar adik-adik peserta ke rumah di Fasa 1.
" Kamu ingat tak hari ini Birthday _ _ _ _ ?? " Ummi bertanya.

" Mestila ingat. Tapi tak dan nak sms..." balasku.

" tak pa lah.._ _ _ _ pun sibuk hari ni.."

Niatku untuk sms tengah malam. Malang lagi sekali apabila aku migrain dan terus tidur sehingga subuh hari ini. Aku berasa sungguh sedih dan terkilan. Terlintas di hati kenyataan untuk memujuk hati. " _ _ _ _ tak terasa kot sbb slalu _ _ _ _ tak kisah kalau benda2 macam gini..."
Tapi hati sebelah lagi bersuara.." Eh..mana nak tau..kekadang kita tak dapat teka hati orang..."
Mata terasa panas. Rindu menerpa. " Nak balik rumah...!!" kerana dengan pulang ke rumah aku dapat melihat Abah. Ya..Empat kotak kosong itu hanya layak diisi dengan perkataan A B A H. Sihat ke Abah, Masih kuatkah abah.. Masih main hokikah abah... setiap hari ingatan terisi dengan abah,ummi dan adik2 yang jauh di mata..
Abah adalah insan yang jauh tapi dekat di hati. Abah orang yang berada di ranking pertama yang mudah menyebabkan aku "hujan".. Sejarah hidup abah menjadi sumber kekuatan.. Tiada seumpama abah di dunia ini. Aku cuba menjadi anak yang solehah. Itu janjiku dalam hati setiap kali aku menatap abah. Tapi, kekadang sebagai anak aku menjadi degil dan tidak mendengar kata. Aku seringkali menyesal dalam hati. Maafkan diri ini wahai abah. Jangan ambil hati dengan kelakuan anak ini. Doakan yang terbaik untuk anak sulung ini. Doa kakak untuk abah tidak pernah padam...
Salam Hari Lahir yang ke 52, Abah. Semoga Abah terus sihat dan bertambah semangat meningkatkan amal ibadah. Moga Abah terus kuat untuk menjaga kami adik-beradik dan memberi semangat kepada kami semua. Mogakan keluarga kita terus berada dalam redha dan kasih sayang Allah s.w.t..

Abah...Saraneyo !!

Thursday, March 26, 2009

Buzy...

Hujung minggu yang bermanfaat.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Salam. Insya Allah. Seawal 5am hari ini, saya sudah memulakan hari dengan tugasan sebagai AJK Pengangkutan bagi program Hijrah Menara Gading 2009. Bakal busy hari ini sehingga hari Ahad. Didoakan semuanya berjalan dengan lancar, para peserta dapat tiba dengan selamat dan pulang dengan selamat. Allahumma Yaasir wala tu'assir...

Moga kesibukan ini dinilai disisi Allah s.w.t sebagai amal ibadah. Gambatte untuk semua AJK Himega09'..

Wednesday, March 25, 2009

A visit to Parliament

Sehari Ke Parlimen Malaysia.
Tarikh : 18 Mac 2009
Hari : Selasa

Anjuran : Ikatan Studi Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISI UKM)





















Dimensi baru seorang guru novis (2)

Sambungan....

Namun,...mataku terhalang daripada melihat senarai kertas itu dek ramainya pelajar yang berkumpul. Setelah itu aku mendapat khabar daripada teman sekuliahku Nad.

" Nawal dapat sama dgn nad" katanya.

" Kat mana? " tanyaku.

" SMK RAJA MAHADI. klang"

" alhamdulillah bukan Kelantan..=) " terasa lega sedikit. Salah berita yang diterima menerusi SMS itu.

" Kawan-kawan yang lain? " soalku kembali.

" Jom kita tengok..."

Kami mengambil alih tempat di dalam bilik Dr Isa. Rupanya yang dihantar ke Kelantan ialah Asyikin dan Hajar. Tetapi diorang dah tukar dengan orang negeri Kelantan. Jadinya, bertukarlah mereka ke SMK Bangsar. Aniza dan Mus pula ke SMK Rantau Panjang, Batang Berjuntai manakala si Yus pula ke SMK Engku Hussein, Semenyih dan EHima jauh ke Sabak Bernam.

Aku menerima apa yang tertulis dengan redha. Kami keluar daripada bilik Dr Isa. Berborak seketika dan tiba-tiba, masing-masing dibawa suatu "mood" sedih. Mata berair. ( kec nawal dan mus ) Rupa-rupanya masing-masing risau untuk menempuh suasana baru dalam keadaan terasa diri tidak cukup bersedia.

Aku juga begitu. Walaupun aku tidak menangis, tapi hatiku sedikit bimbang. Bimbang kerana diri ini mengetahui tahap kesediaan untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar nanti. Bisikku di dalam hati, aku akan cuba membuat persediaan sebaik mungkin dari segi JERI. Kepada sahabat-sahabat sefakulti, mudah-mudahan didoakan kehadiran kita ke sekolah nanti membuahkan sesuatu yang bermanfaat untuk anak bangsa. Teringat pesan Ust Harun, " kalau suasana di sekolah itu memberansangkan, guru-gurunya bagus, pelajarnya cemerlang, jangan rasa rendah diri,..datanglah sebagai seorang yang nak belajar...nak menuntut ilmu.. Kalau sekolah itu biasa, kehadiran kita adalah untuk berkongsi sesuatu dengan sekolah..."

Ya. Saya rasa semua yang akan melangkah kaki ke alam praktikal sedikit sebanyak akan berdebar kemana diri akan dihantar untuk melatih kemahiran diri.BUkan?? Ini hanyalah sedikit perkongsian, diari hati seorang guru baru yang menanti hari-hari untuk berkhidmat kepada anak-anak bangsa harapan Islam. Wallahualam.

Monday, March 23, 2009

Dimensi baru seorang guru novis...

Praktikalku..
Oleh : Yang empunya diri..

Tengahari. Jarum pendek jam mendekati nombor tiga. Aku leka mengedit kerjaku di labtop. Breep.Breep. Bunyi sms masuk ke dalam kotak inboxku. Pantas tangan mencapai. Pesanan ringkas daripada sahabat sekuliahku.

Nawal,awak praktikal di Kelantan.

Erk..Biar benar? Terhenti kerjaanku seketika. Jemari laju menaip sms membalas msg itu.

Mana awak tahu. Jangan main-main.

Smsku berbalas.

Saya tgk di pentadbiran.

Hatiku berdebar sedikit. Apakah ujian yang bakal kuterima kali ini? Namun, aku tidak merasa sedih dan peratusan percayaku terhadap sms tadi hanya dalam 30% sahaja. Aku berbisik sendirian, " Aku tak akan percaya selagi aku tak tgk dengan mata kepala aku sendiri"...

Jam 4. Aku harus menghadiri sessi tutorial bagi subjek Kajian Teks Arab dalam Pendidikan. Tiba di fakulti aku mendiamkan diri daripada keriuhan suara rakan-rakanku berborak. Lama sedikit, aku bersuara.." ...cakap saya praktikal di Kelantan"

" Haaa...biaq betui??" suara rakan2ku menyahut. Masing-masing mula riuh menduga tempat praktikal masing-masing. Kelantan? Kenapa harus Kelantan? Bukan ku benci negeri itu. Tidak sama sekali. Namun, aku berasa berat untuk ke Kelantan. Sms menerjah masuk ke inboxku lagi.

Awak, jangan runsing. Saya tak berapa pasti sangat awak akan ke Kelantan...

Hurm..Aku berpesan sendiri dalam hatiku untuk cuba menerima ketentuan Allah dengan redha apabila segalanya pasti nanti. Dengan itu aku melangkah ke dalam kelas dengan tenang. Usai kelas, beramai-ramai kami turun daripada blok bilik mikro Fakulti Pendidikan, terdengar suara rakan-rakan menyatakan senarai praktikal boleh dilihat di bilik Ketua Program. Maka, berbondong-bondonglah kami ke sana. Pelbagai riak muka yang terpancar. Kerisauan jelas sekali kerana masing-masing berharap mendapat tempat yang dipohon.

Jejak tiba di blok pensyarah. Senarai sedang direbut-rebut oleh pelajar yang berhimpun di situ.

" Nawal, ni nama awak " terdengar suara menyebut namaku.

Emm... Ku harap ada sesuatu yang melegakan hatiku. Namun.......

15 Mac 2009

Bersama Si manis bertudung putih...
Titipan gambar untuk dikongsi bersama...













Sunday, March 22, 2009

mEncari ideA..

Kerahan idea..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Assalamualaikum. Sejak berkongsi gmbar syidah, terasa lama saya tidak berkongsi post baru atau gmbar terbaru. Sebenarnya begitu banyak aktiviti yang saya terlibat yang ingin dikongsikan disini. Cuma rentetan pelbagai aktiviti tidak mengizinkan saya mengadap labtop kesayangan ini.
Namun, setelah ada masa, gmabr dan cerita... saya pula seakan-akan kehilangan idea untuk memulakan bicara di ruangan digital-diary ini. Tersedarlah saya bahawa selama ini yang mengeluarkan idea bukan saya tapi Yang Maha Pencipta..kekadang kita terlupa perkara kecil ini. Saya hanya menulis apa yang terlintas dan idea itu tentunya daripada kuasa yang lebih besar sebenarnya. Maha Suci Allah. Maha Besar Allah. Maha Kuasa Allah. Allahu Rabbi...
Doakan saya mendapat idea dan ilham untuk terus berkongsi dengan anda. Diharapkan usaha saya bermanfaat untuk saya dan anda walaupun sedikit. Tegurlah saya andai saya melakukan kesilapan.

Tuesday, March 17, 2009

Walimah Rasyidah + Ibrahim

Majlis Perkahwinan Sahabatku tersayang...
Nur Rasyidah Zolkepili dan suaminya Ibrahim...
15 Mac 2009










Moga terus dilimpahi wangian kasih illahi..mawaddah dan rahmatNya...