Let's share yur kind words here... (" _ ")

Saturday, May 30, 2009

Hari-hari di SMK Raja Mahadi



Benarlah kita tidak mengetahui..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Sek.Men.Keb.Raja.Mahadi ( SMKRM ). Sekolah bertuah ini terletak di Taman Klang Jaya, Klang, Selangor. Di sinilah tempat pertama saya menjalani latihan sebagai guru pelatih. Hari-hari minggu pertama dilalui dengan penuh rasa perit. Hal ini adalah berikutan proses adaptasi dan asimilasi sedang berlaku dalam dunia baru saya sebagai seorang guru. Tekanan yang diterima bukan sedikit. Namun, inilah realiti dunia pendidikan pada hari ini.

Setelah berlalunya minggu pertama, saya merasakan hari berlalu dengan agak pantas. Apa maksudnya itu? Saya sudah mula membiasakan diri dan mula merasa gembira ke sekolah. Ditambah lagi dengan adik-adik pelajar yang sudah mengenali diri saya membuatkan saya mula terasa bersemangat untuk ke sekolah. Jadual waktu saya ke sekolah berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Seperti yang pernah disebut di entri sebelum ini, saya menjadi guru dua alam. Istilah dua alam digunakan di sekolah yang memiliki dua sessi yang mana seseorang guru itu hadir pada kedua-dua sessi. Berikut saya kongsikan masa saya harus datang ke sekolah dan pulang dari sekolah.

Isnin : 10.30 am - 5.30 pm
Selasa : 7.30 am - 5.00 pm
Rabu : 10.30 am - 5.30 pm
Khamis : 7.30 am - 5.30 pm
Jumaat : 2.15 pm - 6.35 pm

Inilah warna-warni jadual saya ke sekolah. Majoriti guru-guru di SMKRM baik dan sedia memberi bantuan dan idea. Selain itu, mereka tidak lokek berkongsi pengalaman, tips mengawal budak, dan nasihat-nasihat untuk menjadi guru yang baik. Minggu kedua juga, telinga saya sudah menjadi kian kalis bunyi. Bunyi bising sudah tidak menjadi masalah besar bagi saya. Alhamdulillah.

Masuk minggu ketiga, saya semakin selesa dengan jadual harian ini. Walaupun keletihan, entah mengapa masa yang dilalui di sekolah sudah tidak begitu perit seperti minggu pertama. Inilah yang dikatakan lemahnya manusia itu. Lemahnya kita kerana kita tidak mengetahui apa yang baik bagi kita. Manusia seringkali tidak mengetahui bahawa apa yang disukainya boleh jadi tidak baik baginya, dan apa yang tidak disukainya boleh jadi baik baginya. Kerana itu kita amat-amat bergantung kepada Pencipta kita. Kuasa yang menjaga kita.

Benarlah saya tidak mengetahui apa hikmahnya saya diletakkan di SMKRM yang sangat mencabar emosi, akli,jasmani dan rohani..Namun, saya pasti suatu hari nanti saya akan menjadi lebih kuat dan bersemangat kerana beradanya seorang guru itu di SMKRM membawa erti dia harus menjadi kuat. Insya Allah.

No comments: