Let's share yur kind words here... (" _ ")

Wednesday, March 31, 2010

Tentang Nadzirah

Sahabat bintang hati.
Oleh : Nawal Abd Kadir


Aku punya seorang yang layak kugelarkan rakan, teman, sahabat atau apa-apa sahaja yang seumpama maksud denganya. Kukenal manusia ini semenjak tahun pertama semester pertama aku menjejakkan kaki ke bumi bertuah UKM ini. Namun, aku tidak berkawan rapat denganya sehingga semester 2 tahun 2. Kemudian, persahabatan ini terus mekar dan bertambah erat apabila aku ditempatkan ke sekolah yang sama denganya untuk praktikal.

Sebelum praktikal, aku kenal dia sebagai seorang pelajar pandai, bijak, pointer tinggi. Dia seorang yang mudah menangis atau ada kawan aku sebut sebagai 'cengeng' ( jgn marah ea)hehe.. Dalam pada itu, dia seorang yang ceria dan mudah berkawan.

Semasa praktikal, dia semakin aku kenali kerana dua bulan kami menghabiskan masa bersama di sekolah, rumah sewa, lapar bersama, tekanan bersama, hilang suara bersama dan sebagainya. Dia di Klang sangat berbeza dengan dia yang kukenali di UKM. Di Klang, dia kurang ceria dan ini mungkin kerana persekitaran dan tekanan-tekanan yang kami hadapi mempengaruhi emosi dan keceriaanya. Kami berjaya mengharungi dunia praktikal penuh onak dan duri dengan baik. Alhamdulillah.

Setelah praktikal, aku tinggal serumah sewa dengannya. Kini, dia semakin aku kenali dan semakin aku kasihi. Dia

Di Klang, aku semakin mengenali insan ini. Dia ada pelbagai versi wajah, perangai, tingkah laku dan pe'el. Ada ketika dia gembira, senyuman pada wajah dah cukup nak gambarkan betapa happynya dia waktu tu, ada time dia sedih, duka kat muka tu tak sanggup nak tengok, mata jadi kuyu dan segenap urat turut berkerjasama menonjolkan emosi duka tu, keadaan ni berbeza bila tiba aura gedik yang mana Yus labelkan sebagai Joyah. Jika aura joyah sudah muncul, boleh kecoh keadaan sekeliling, ini bermakna hatinya senang ketika itu. Kalau dia berdebar, boleh bawak aura debar tu pada orang sebelah, kalau dia susah hati, boleh tak lalu makan dan minum, dan dia sangat terkenal dengan kebolehanya mengalirkan air mata walau di mana sahaja.

Selain itu, dia sangat mudah tidur. Di mana-mana sahaja boleh tidur. Tapi yang respectnya bila aku drive, dia duk sebelah, dia tak pernah tidur. Dia sering menjadi penunjuk jalan kepadaku dan setia menjadi PA aku yang selalu tak tentu hala ni. Dia kadang-kadang umpama kakak kepadaku tetapi kadang-kadang dia umpama adik kepadaku bila tiba ke hal-hal yang dia malas nak buat. Aku selesa berkawan denganya. Dia tidak lokek memberi nasihat tika aku alpa dan lalai dan tidak jemu mengajarkan aku apa yang aku tak tahu.

Dia sangat penyabar orangnya walaupun dalam sesetengah hal yang lain kadang-kadang dia kalah juga dengan emosi. Dia punya ramai kawan dan peminat dan dia tidak memilih dalam bersahabat. Pelbagai ujian, kisah persahabatan dan nikmat yang aku lalui bersamanya sepanjang bergelar mahasiswa di UKM ini.

Aku pernah menyakitkan hatinya sepanjang berkawan ini dan aku harap dia sudah maafkan aku kerana aku juga telah memaafkan semua salah silap samada sedar atau tidak tingkahnya terhadapku. Aku kini mengasihinya kerana dia merupakan salah satu bintang dalam hidupku.

Aku sentiasa berdoa yang terbaik untuknya. Aku ingin dia bahagia dalam pelukan kasih Yang Maha Pencipta. Aku akan mengasihi dia buat selamanya walaupun kami bakal terpisah kurang daripada sebulan dari tarikh ini.

Dia yang kuceritakan adalah bintang hatiku. Bintang itu ku panggil Nad. Dia adalah Nadzirah. Anak Ustaz Zakaria yang tinggal di Pokok Sena, Kedah.

Wahai yang membaca, sama-samalah mendoakan sahabatku ini.
Doakan persahabatan ini diredhaiNya dan sampai berjumpa di negeri yg abadi.

Sahabat, ketahuilah aku kasih padamu.

2 comments:

Yus said...

ketahuilah bahawa dia yang namanya nad ini juga sudah mula jadi bintang hati saya. saya x pasti sejak bila. apa yang saya pasti, nasihatnya mula jadi pegangan saya dan saya akn terus ikut pesanannya tanpa banyak kata. nad, hang sedar x setiap kali hang bagi nasihat kat aku, aku akan taat tanpa banyak kata? Sis, Nad dan kengkawan sume... sedar x kita dah x punya byk masa untuk bersama? Aku gerun dengan perpisahan yang menjelang tiba ini!!!

ibunoor said...

Sesungguhnya ukhuwwah yang bertaut kerana Allah amat besar maknanya...

Moga pertalian terus dirahmati.