Let's share yur kind words here... (" _ ")

Friday, July 24, 2009

Kehilangan...

Kehilangan buat kesekelian kalinya..
Oleh : Nawal bt Abd Kadir.

Bas Sri Maju yang kunaiki mula bergerak perlahan. Tempat dudukku yang bernombor 21 merupakan tempat duduk paling belakang. Seat yang rosak, kerusi yang tidak stabil agak kurang menyelesakan. Aku mengeluarkan telefon bimbit untuk menghantar pesanan ringkas kepada Ummi bahawa bas sudah bergerak. Sebelum sempat aku menghantar, sms menerjah peti inbox. Kulihat. Daripada Ummi dan Nailah. SMSnya sama berbunyi..

" Cikgu Ghazali Omar baru meninggal dunia.Innalillah "

Zapppp. Tersentak hatiku. Terbayang di ruang ingatanku wajah Sir Ghazali yang tenang. Seraut wajahnya yang bersih dan gerak langkahnya yang penuh tawadhu'. Sir telah pergi. Sir telah bersama dengan Ummi dan Ammar. Lama aku tidak berjumpa dengan Sir. Rasa rindu untuk menatap wajahnya menerpa.

Aku cuba mengimbas kenanganku bersama Sir. Sir Ghazali Omar pernah mengajarku Bahasa Inggeris ketika aku tingkatan 5 di Matri. Sir seorang yang baik, tutur bicaranya lembut, dan ketenangannya dalam bicara, langkah, dan sebagainya yang paling melekat di hatiku.

Aku lantas teringatkan adik-adik Form 5 di MATRI. Mereka sudah kehilangan 2 orang guru bahasa yang amat berkaliber. Hebat sungguh ujian Allah pada mereka pada tahun peperiksaan ini. Aku berdoa Allah memberi kekuatan dan kehebatan luar biasa pada mereka. Bukan calang-calang calon dapat berhadapan dengan situasi berat sebegini.

Aku berdoa untuk Sir yang kukasihi. Aku berdoa untuk Ummi yg kukasihi. Aku berdoa untuk Akhi Ammar. Aku berdoa untuk adik-adik SPM batch 09'. Aku berdoa untuk Matri. Aku berdoa untuk Islam. Aku berdoa untuk semuanya.

Betapa kematian itu dekat dengan kita. Betapa kematian itu suatu peringatan yang BAIK untuk kita. Hanya kita yang mengerti bagaimana ertinya suatu kehilangan. Namun, sampai bila kehilangan itu mampu kita tangiskan kerana kita masih ada tugas dan tanggungjawab yang Besar untuk kita langsaikan sebelum kita juga dipanggil pulang oleh Yang Maha Penyayang.

Wallahualam.

1 comment:

criestz said...

moga AALAh beri syurga kepada semua cgu2 n kwn2 kite y da pergi dlu huhu.. al-fatihah