Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, October 11, 2009

Hadiah di Hari Lahir

Kukongsikan rasa gembira ini.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir.


10.10.2009 telah berlalu dengan penuh 'rasa'. Sedih, terkilan, gembira, bahagia, letih dan sebagainya. Segalanya bercampur menjadi satu rasa indah yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat ini. Tarikh ini mengukir sejarah satu lagi penganjuran pelajar PIPAQ yang mengambil subjek Pengurusan Kokurikulum Sekolah iaitu Program ' Sukaneka dan Jamuan Hari Raya iaitu dengan nama singkatnya SUKJA 09.


Hari ini juga setiap kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Bola Sepak, Bola Jaring, Persembahan dan Badminton bertanding dalam acara sukaneka yang dijalankan. Meriah sekali hari ini berlangsung. Antara yang turut dipertandingkan adalah perbarisan terbaik, khemah terbaik dan pemenang keseluruhan.


Alhmadulillah berkat doa dan usaha semua, sekali lagi kumpulan NETBALL mendapat kemenangan dalam kategori KHEMAH TERBAIK. Tidak terkata rasanya apabila usaha yang dijalankan dengan sesungguh hati mendapat ganjaran. Memang saya secara peribadi berasa gembira dan berpuas hati. Mengapa?


Kerana setiap ahli dalam kumpulan ini telah memberikan yang terbaik semampu mungkin. Persiapan untuk menghias khemah dilakukan sehingga mengorbankan waktu rehat. Malahan khemah dihias bermula selepas waktu maghrib sehingga waktu subuh. Ini adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dikutip pada waktu lain.
Saya pasti setiap ahli dalam kumpulan ini merasakan apa yg saya rasakan. Hari berbahagia ini juga kebetulan jatuh pada tarikh lahir saya. 10101986. Kini, tarikh ini kembali mengukir sejarah yang menyeronokkan. Terima Kasih semua atas hadiah tidak ternilai ini. Hanya KITA rasa apa yang dilalui bersama.

Amirul & Aminnul


Lambung kotak ?

family netball depan khemah..

hamper khemah terbaik

antara hero-hero kump


No comments: