Oleh :Nawal bt Abd Kadir
' Nawal, nak tak kita p ziarah rumah kak long pagi ni '
Saya baru teringat nak ajak Sofiyah p ziarah rumah sahibah-sahibah. Tengok-tengok Sofiyah juga punya hajat yang sama.
' Nak p kul brapa? Nawal okay je' begitulah lebih kurang saya balas sms tersebut.
Setelah bersiap, saya bersama Nuha dan Yaasir berjalan di bawah payung menuju ke rumah Kak Long yang berada di hujung lorong. Rumah saya bernombor 2 manakala rumah Kak Long bernombor 25. Rumah kami tidak begitu jauh kerana nombor rumah berselang seli antara rumah teres dan rumah semi-D.
Tiba di sana, Sofiyah bersama Yusra dan Amni Farihah telah tiba. Kak Long tersenyum manis dimuka pintu menyambut kami.
" Amboi, janji ka? kaler pink baju " komen Kak Long apabila melihat pakaian saya dan Nuha.
" Eh,...mana ada..instinct sama ni..hehe"
Rupa-rupanya mereka bertiga juga memakai pakaian tema Pinky..
emmm..Mesti Nailah Fade-up duduk kat sana tak dak sapa2..sian dia kan? kan? kan?
Sesekali berkumpul begini memang meriah dengan pelbagai cerita. Tambahan pula dengan kehadiran adik bongsuku yang banyak mulut dan tak tahu malu menceriakan keadaan. Semua kakak-kakak ni dia kenal. Apa lagi, kuatlaa mereka mengusik Yaasir.
Tak kurang juga dengan Mak Cik Mas. Turut sama berbual dengan kami semua termasuk si kecil Yaasir. Ada ke patut Yaasir dengan tak malunya minta duit raya dengan Mak Cik Mas.
Kami suruh Yaasir tanya Makcik Mas nama dia..tiba-tiba soalan yang keluar adalah berlainan..
" Mak cik Mas, tak dak duit raya ka? "
Masha Allah. Malunya adik saya berkata begitu. Semua ketawa besar dengan keletahnya yang tak tahu malu. Adoiyai..susah juga nak mendidik si kecil ni.
Alhamdulillah diberi kesempatan menziarahi mereka Eid Fitr tahun ini.
" Nak tak kita p ziarah Hidayah dan Kak Sanihah?" saya utarakan soalan kepada Sofiyah.
" Nak-nak. Kita p esok lepas Zohor bleh? " terus Sofiyah bersetuju.
Kami telah berkunjung pula menziarahi Anak-anak Mak Cik Ramlah di Beseri HARI INI.
Indahnya rasa apabila dapat bersama sahabat-sahabat sefikrah yang saling mengasihi antara satu sama lain tidak mengira paras, pangkat dan status. Inilah BAHAGIA yang harus kita cari dalam berukhuwwah.
Ziarah adalah antara elemen yang dapat mengeratkan Ukhuwwah dan Mahabbah dalam persahabatan kita. Mudah-mudahan selepas semua sahabat baikku yang tercinta ini mendirikan mahligai Bait al-Muslim, elemen ziarah menziarahi ini masih dapat diteruskan dicelah-celah komitmen rumah tangga. Insya Allah.
Cerita KITA yang menjadi menjadi pilihan tajuk. Kita adalah kami semua iaitu merujuk kepada sekumpulan 3 keluarga yang bersahabat semenjak zaman Ibu bapa kami belajar. Ummi-ummi saling bersahabat, Abah-abah semuanya sahabat Karib dan anak-anak bertaut menjalinkan ukhuwwah sesama 3 keluarga ini. Saya mendoakan agar keakraban kita kekal segar dan mekar sehingga generasi-generasi seterusnya.
Ukhuwwah Fillah Abadan Abada..
Salam Eid Fitri untuk anda yang juga bergelar Sahabat...
Wallahualam.