Let's share yur kind words here... (" _ ")

Tuesday, September 22, 2009

Seloka - Zapin Nasihat

video
Ni time rehearsel..masing2 pakat lupa lirik..berterabur sket..
hehe..biasalah..stage fright..

Seloka Nasihat untuk ANDA.


Assalamualaikum seloka dibuka

Kepada semua moga berbahagia
Bersama hayati untaian kata
Mutiara nasihat untuk anda semua

Adik lirik-lirik, lirik pada siapa
Kalau pada abang, hai jagalah matanya
Adik senyum-senyum, senyum pada siapa
Adik dengar sini abang nak bercerita

Hai cik Adik, Ye cik abang
Kita siapa ? .. Manusia
Perlu jadi ?.. insan berguna
Untuk apa ?.. mendapat taqwa
Boleh kami ?.. boleh apanya abang?
Ikut bersama ?.. pergi ke mana?
Berganding bersama menuju syurga

Berakit ke hulu berenang ke tepian
Bersakit dahulu bersenang kemudian
Tuntutlah ilmu jadikan amalan
Mudah-mudahan kan menjadi bekalan

Hai cik Abang,..Cik adik semua..
Adik bertanya.. Nak tanya apa?
Kenapa kita ?.. kenapa apa?
Perlu usaha ?..supaya berjaya
Untuk dunia ?.. Akhirat juga..
Kalau malas juga ?.. sama atasinya
Moga kita semua diredhaiNya

Hai cik Adik, Ye cik Abang..
Kunci syurga..solat utama
Ibu bapa..taatinya
Guru pula.. hormatinya
Sahabat pula..raikan dirinya
Masyarakat..kita dekatinya..
Negara kan jadi aman sentosa

Islam dijulang amal dijaga
Ilmu dipegang sebarkanlah ia
Nasihat diambil semat didada
Agar beroleh ketenangan di jiwa..
BERSAMA !!

Marilah saling berpesan-pesan
Tanda kita selalu ingat pada Tuhan
Jikalau ada terguris perasaan
Maafkan kami janganlah disimpan
Sekadar ini kami persembahkan..


Beginilah lirik zapin usik-mengusik senario yang telah diubah suai untuk tujuan pertandingan zapin-seloka bersempena Festival Kesenian Islam PIPAQ 2009 ( FEKIS 09 ).

Pengubahsuai lirik : Nawal bt Abd Kadir
Solo Lelaki : Mohd Helmi b. Hamid
Solo Perempuan : Norafanie
Suara ramai :-

Aminnul Hafidz
Amirul Fahmi
Najib
Azrin
Heirol
Aswad
Shukri
Faidzal a.k.a Ajai
Faiz Hasanudin

Suraya
Farahana
Izzati
Atikah Orip
Hidayah Ismail
Azura
Fatimah
Salfarina
Mariani

Ini suatu pengalaman berharga yang mungkin bakal digunakan semasa di sekolah nanti. Siapa tahu? Ini adalah pengalaman kita bersama dan akan menjadi kenangan terindah semester ini. Emm..betul ke? Mayb lah...=)

2 comments:

mOmO said...

Hai Nawal... You still have the talent in this poem/songs/etc..etc... pandai nt gubah... mesti bestkan anak2 murid nt tu nyanyi... :)

Anonymous said...

milah...fyi ni bukan anak murid ana..
ni kawan2 ana satu kump kat UKM..

kami kena wat persembahan untuk aktiviti Festival kesenian Islam..

kami dapat tmpt pertama..hehe..