Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, September 6, 2009

Alhamdulillah...

Berakhir sudah hari-hari yg meletihkan..
Oleh : Nawal

Alhamdulillah. Dengan berakhirnya FEKIS 09, berakhir sudah kepenatan yang dirasai sepanjang seminggu persediaan untuk persembahan pentomen dan seloka. Pelbagai rintangan dilalui bermula seawal pencarian idea untuk pentomen, kerahan tenaga membuat Props, melakukan latihan, dan menghafal lirik untuk seloka. Semuanya berjaya dilalui dengan baik hasil usahasama semua ahli kumpulan Bola Jaring a.k.a Sallahuddin Al-Ayubi.

Entah macam mana.. kegalauan rasa semasa melihat persembahan kumpulan lain yang telah mempersembahkan lakonan yang hebat-hebat berganti dengan suatu rasa syukur dan bahagia apabila mendapat tempat pertama. Ini suatu keajaiban kerana sepanjang sessi latihan, ada sahaja yang tidak berjalan dengan lancar.

Kerisauan, kegundahan, dan kegentaran yang dirasai amat-amat meletihkan.Tambahan pula dengan sessi latihan yang berlarutan sehingga tengah malam. Namun, ku ucapkan sekalung terima kasih kepada semua..individu2 yang saling menguatkan di saat lemah, mengucapkan kata2 motivasi dan sebagainya..

Ini adalah hadiah untuk kepayahan yg kita lalui bersama.. Tidak tahu apa kriteria yg menjadi pilihan juri sehingga memilih kami..sungguh..kami tidak menjangka kemenangan ini..

Secara peribadi..saya melakarkan setinggi TERIMA KASIH kepada individu-individu berikut :-

1. Muzaidi - Ketua Pengarah Kumpulan yg sabar mengemudi ahli kump + sgt mengambil berat.
dan lakonan watak syaitan yg sangat cemerlang.
2. Shukri - Ketua Pengarah Persembahan yg sgt komited merangkap pelakon BABAK
ke-3./seloka / suara latar Azrin
3. Afani - Timb.Ketua Pengarah Persembahan yg bersemangat..merangkap solo (P) utk seloka
4. Mukriz - Penata bunyi yg sgt dedikasi dan telah bersusah payah./ pelukis props motor yg
sangat cantik.
5. Hajar - Penata Cahaya yg sgt bersabar, merangkap editor skrip yg sgt tenang.
6. Helmi - Solo (L) seloka,..bersusah mencari minus one utk zapin./ suara Latar untuk watak
Pak Awang Besar, Aminnul dan Syaitan.
7. Ejah - Ketua Props yg sangat bertanggungjawab.
8. Fariha- Membantu ejah dan lain2 untuk kelancaran props.
9. Eishah - Pelakon watak 'Mak Kuntum' yg hebat di pentas. Thanx so much!
10. Zulfahmi - Pelakon watan 'Pak Awang Besar' yg mendapat pujian ramai..
11. Atikah - Keretamu sangat berjasa../ seloka
12. Izzati - Menjaga busana dgn baik../seloka / suara latar utk Tika dan Sal
13. Fatimah - menjaga busana/ seloka/menjadi props penyangkut baju..
14. Aminnul Hafiz - pelakon watak gangster sgt menjadi..tahniah!! / seloka
15. Farahana - berlatih seloka dgn penuh kesungguhan
16. Azura - lakonan mu menjadi../ seloka
17. Heirol - pelakon gangster / mat rempit /seloka
18. Ajai - pelakon babak ke 2 / seloka
19. Kak Syahid - suaramu aset kejayaan watak Mak Kuntum.../suara cikgu syuhada dan budak
gagap. thanx..
20. Najib - pelakon watak gangster, pelajar / seloka
21. Azrin- lakonan mantap utk watak budak lembut / seloka
22. Ros - pemegang props pintu.
23. Syuhada - pembawa babak
24. Suhada Majid - pemegang props backdrop
25. Azah - props tikar,baju,dan pondok pengawal
26. Fazlun - props kipas
27. Husna- props kerusi Mak Kuntum
28. Salfarina - pelakon watak Sal dan pelajar / seloka
29. Hanis - pelukis backdrop rumah Mak Kuntum.
30. Aswad - suara latar untuk Ajai/ seloka
31. Amirul Fahmi - pelakon watak ustaz / seloka.. sangat bersemangat..
32. Faiz Hasanudin - pelakon watak pak guard yg cemerlang / seloka
33. Nora - props
34. Suraini - pelakon watak pelajar
35. Nafisah - pelakon watak pelajar gagap yg baik
36. Aisyah Daud - props hotel
37. Nurul Izza - setiausaha
38. Kak Asiah - props
39. Kak Huda Rahman - penyokong setia
40. Su - seloka
41. Mariani - seloka
42.Kak Dayah Ismail - pelokon watak cikgu syuhada / seloka
43. Asiah - props
44. Kak Cik wan - akak tak bersama kami krn akak sakit..tp sy tau akak sokong km dr jauh kan?
45. Me my self - idea asal/pengurus pentas/lirik seloka

Thanx so much..
Maafkan saya andai sepanjang kita berlatih bersama,,ada terdapat salah dan silap..