Let's share yur kind words here... (" _ ")

Thursday, September 24, 2009

Salah SIAPA ??


R.E.M.A.J.A
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Siapakah remaja?

Apakah definisi sebenar remaja ?

Bagaimana keadaan remaja pada hari ini ?

Kebanyakan Remaja hari ini :-

Gemar bersuka ria.

Malas belajar.

Tidak berminat terhadap ilmu pengetahuan.

Mengamalkan budaya hidonisme dalam hidup.

Alpa dengan cinta dunia demi memuaskan nafsu.

Berfoya bersama rakan. Berbual topic tidak penting.

Menggunakan bahasa yang kesat dan tidak sopan.

Kurang adab dan tatasusila.

Tidak menghargai orang tua.

Tidak makan saman dengan nasihat.

Cinta Dunia melebihi segalanya...

Mengapa remaja kita begini?

Mengapa?

Di mana silapnya kita?

Siapakah yang salah?

Apakah akan terjadi kepada masa depan Negara jika rijal-rijalnya begini ?

Hatiku menangis hiba.

Mindaku berkocak mencari jawapan.

Dirikukah yang gagal memberi contoh kepada adik-adik?

Salah ibu bapa kah?

Salah Sistem pendidikan hari ini kah?

Salah Tarbiyah kah?

Salah Rakan-rakan kah?

Salah siapa?

Salah siapa?

Ku tinggalkan persoalan itu di sini...

Tidak semua remaja begini keadaanya, namun sebahagian besarnya adalah seperti ini. Ini suatu fenomenan yang tidak sihat. Ini adalah suatu penyakit dalam masyarakat. Bagaimana harus kita berperanan untuk mengatasinya?

Kuharapkan kata nasihat dan pedoman dari anda yang membaca entri ini.

Sudikah kalian menyuapku dengan bicara hikmah, kata-kata penyuntik semangat, cadangan, komen, pendapat, atau apa sahaja...?? Silakan wahai sahabatku...Kongsikan di sini..

No comments: