Let's share yur kind words here... (" _ ")

Wednesday, December 23, 2009

Entri ke-100..ku..= )


Ini adalah entri ku yang ke-100.
dan
ini adalah entri untukku menilai apakah perancangan yang kusenaraikan tercapai
sepanjang cuti ini.

Pertama : menolong kemaskini rumah desa putra. - aku jayakan bersama adik-adik. Namun, masih banyak perkara yang belum selesai.

Kedua : habiskan masa yang ada bersama adik-adik.- alhamdulillah, rasanya yang ini aku manfaatkan sebaiknya walaupun ada juga bergado, adegan marah2 dsb.

Ketiga : Ikut program J. - aku sempat join TOT je. KMK tak sempat. Hq pun tak pergi sbb selalu balik kampung.

Keempat : Penuhi undangan walimatul urus. - kenduri yg sempat ku pergi ialah kak inas, kak husni, kak nazihah, kak long. banyak lg kenduri yang tak sempat sebab terlibat dengan kenduri di rumah tok. cousinku kawen.

Kelima : Build water confident. - yg ni tak fully tercapai, namun sempatku pelajari teknik bubbling. rasanya dah ok sket kot dgn air walaupun masih nerves.

Keenam : persediaan mental dan fizikal ke KBIP.- yang ini tidak berjaya.

Ketujuh : Tingkatkan ibadah dan kerohanian. - alhamdulillah sepanjang cuti ni..usrah/hq keluarga berjalan dan perkongsian ilmu, fikrah dsb dapat dipenuhi. sekurang2nya terisi rohani cuti ini dengan pesan n nasihat.

Kelapan : Tidak cari pasal dengan sesiapa pun. - alamak, yang ni masih gagal walaupun cuba diminimumkan. Ada laa cari pasal sket dgn adik2 dgn niat mengusik..tapi akhirnya jadi kot lain..hehe..

Kesimpulanya, alhamdulillah sebahagian besar daripada perancangan ini dapat dilaksanakan walaupun tak sempurna. Tambahan pula, cuti yang kelihatan panjang ini sebenarnya pendek kerana tempohku berada di rumah hanyalah 20 hari. Hari-hari lain semuanya dipenuhi dengan aktiviti pulang ke penang, pergi ke shah alam, pergi kelantan dan aktiviti luar rumah yang lain.

Malam ini aku akan melangkah pulang ke UKM. Memulakan semester akhir dengan semangat dan azam baru. Akan kumanfaatkan semester akhirku di UKM sebaiknya, insya Allah.

Ya Allah, bantulah aku dalam meniti hari-hari akhirku sebagai student undergraduate di UKM.

Wahai sahabat, tegurlah, nasihatlah, bimbinglah diriku yang serba kekurangan ini.

Wahai diri, janganlah kau alpa dengan kesenangan duniawi,..kerana kau sudah berjanji untuk setia di atas jalan D&T yang penuh berliku dan berduri.

Wallahualam.

No comments: