Let's share yur kind words here... (" _ ")

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Hari Terakhir dalam tahun 2009.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Sedar tidak sedar esok kita bakal melangkah ke tahun baru yang bernombor 2010. Alhamdulillah Allah telah panjangkan umur kita sehingga sempat menghirup udara pada hari akhir 2009 ini. Betapa pantasnya masa berlalu sehingga terasa 2009 begitu sebentar sahaja. Terasa diriku baru sahaja memasuki tahun 2009 dan kini sedang melangkah menuju ke tahun yang semakin bertambah nilainya.

Jelas, walaupun 2009 terasa singkat, namun 2009 telah mencatatkan begitu banyak perkara-perkara penting samada yang menyakitkan dada mahupun yang menggembirakan hati. Aku kehilangan insan-insan yang aku kasihi dalam 2009. Aku diuji dengan kehilangan yang amat berat dan hebat. Namun, 2009 juga tidak sunyi daripada menyaksikan terikatnya hati ramai pasangan yang telah melangsungkan majlis walimah mereka.

Insya Allah, di celah-celah kesibukanku menguruskan Program Kem Bina Insan Murabbi 2010, aku akan cuba bercerita kisah-kisah suka dan duka yang terpahat di hati pada tahun 2009.

Semester akhirku ini akan ku harungi dengan sabar bertemankan subjek-subjek yang masih berat walaupun akhir sem...

1. Hafazan Al-Quran
2. Sains Kehidupan
3. Kurikulum Penilaian Pendidikan Islam
4. Kewarganegaraan dan Pembangunan Insan.

Ya Allah..lancarkanlah semester akhirku ini.

2 comments:

halawatul iman said...

salam..moga Allah permudahkan segala urusan mu..
doakan kak aishah juga yer...

Anonymous said...

Happy New Year...May this make us rich in mind..in understanding...Chaiyok kak nawal!!