Oleh : Nawal AK
Alhamdulillah. Raya Haji atau raya korban tahun ini berjalan dengan lancar dengan suasana penuh keinsafan. Bermula dengan sedikit tazkirah dalam sessi usrah keluarga pada malam raya, disambung dengan menunaikan solah sunat eid adha, mendengar khutbah, menjamu sedikit jamuan yang dibawa oleh makcik-makcik, menyaksikan ibadah korban dijalankan, dan akhir sekali tentunya merasa daging lembu yang segar.
Semuanya dikongsi bersama ahli keluarga dan bertambah meriah dengan kehadiran Mak Ngah, Mak Lang, Kak Tina dan Syamil.
Seperti biasa, akan ramai yang saya temui seusai solah sunat raya. Walaupun tahun ni tak berkesempatan jumpa Nabilah ( dlm pantang ) dan Rasyidah ( beraya di rumah suami ), namun masih ada rakan2 lain yang menceriakan pagi raya ini.
Jom tengok sapa yang terkena dalam ZOom iN eid Adha kali ni..
sahabat baik saya Munirah Abdul Halim
yang sedang mengandung 5 bulan.
Saya tak jumpa dia semenjak dia walimah..
Syukur Ya Allah...
berbackgroundkan surau Matri yang
sangat kami kasihi.
yang bagaikan Ibuku juga..
Cikgu Asmah..takkan dapat cikgu sepertinya
dimana-mana..
bakal jadi pengantin jg nih..hihi..
Setakat itu sahaja wajah-wajah yang sempat saya kongsikan di sini.
Pendek kata kalau raya haji tak beraya di Matri, akan terasa kelainannya kerana suasana di sini sangat istimewa untuk digambarkan dengan kata-kata.
Hanya yang mengalaminya sahaja mengetahuinya..
Wallahualam.
1 comment:
MATRI masih tak berubah..
lama x solat di surau..=)
Post a Comment