Let's share yur kind words here... (" _ ")

Tuesday, December 22, 2009

Tot @ Ktd : Refresh Iman..

Training Of Trainers ( Kem Jati Diri )
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

20 Disember - 21 Disember 2009 telah berlangsung suatu program yang sangat bermakna di KTD yang boleh dikenali sebagai Kolej Tarbiyyah Dakwah atau Kolej Terbaik Dunia atau Kolej Teknologi Darul Naim. Alhamdulillah saya antara yang dipilih oleh Allah untuk mengikuti program ini dan menerima input-input yang sangat menyegarkan.

Slot-slot yang disampaikan adalah sangat relevan dengan realiti hari ini dan banyak membantu saya mendapatkan jawapan kepada persoalan D&T yang sering terlintas dalam fikiran dan hati saya.

Antara slot-slot yang telah para peserta ikuti ialah :

1. Slot 1 : 'Halangan-halangan dalam kehidupan berorganisasi' yang disampaikan oleh Pengerusi Haluan Kelantan, Tuan Haji Mohd Nasir Saat.

2. Slot 2 : Forum maraton bersama kepimpinan HaluanSiswa Nasional.

3. Slot 3 : ' AUKU : Antara cabaran dan peluang' oleh PM Nordin Endut.

4. Slot 4 : 'Pembentukan Murabbi Mithali' oleh Cg.Ishak, Pengerusi Haluan Terengganu.

5. Slot 5 : 'Kepimpinan Menurut Islam' oleh ayahanda yang dikasihi yg juga merupakan Ketua Eksekutif KTD, Dr.Abdullah Sudin bin Abdul Rahman.

6. Slot 6 : ' Gerbang Kebahagiaan @ Dakwah adalah Cinta' oleh ayahanda Pak Cik Rosdi Baharom.

6 slot ini sangat menyegarkan dan mengembalikan hati-hati yang mendengar kepada Rabb yang sangat kita cintai. Saya antara peserta yang sangat tersentuh dengan penyampaian Pak Lah Sudin dan Pak Cik Rosdi. Seringkali saya terasa hati, muhasabah diri, dan bersemangat untuk merubah diri dengan perkara-perkara yang telah para penceramah sebutkan.

Program ini juga telah menjalin silaturrahim antara para peserta dan sahabat-sahabat saya yang sekian lama tidak berjumpa. Selain itu, ini adalah kali kedua saya menjejak kaki ke KTD setelah hampir 5 tahun. Kali terakhir saya ke KTD adalah untuk menghadiri program Himega pada tahun 2004.

Saya sangat bersyukur kerana dalam kepenatan kenduri dan travel, saya dan sahabat-sahabat masih boleh memberi fokus terhadap penyampaian dan meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya. Marilah bersama kita menjadi HAMBA Allah dalam erti kata sebenar-benarnya.

Wajah-wajah ceria di bawah merupakan antara peserta yang hadir.

bergambar bersama-sama,..berbackgroundkan bas KTD
yang membawa kami ke Tg.Chat dan juga stesen bas.

Aduhai sahabatku.buah hatiku..
kitalah rijal-rijal Islam..
di rahim kita insya Allah akan
lahir muhahid Islam..

Antara yg ada dlm gambar..
masyitah, adibah, yusra, syafiqah, sofiyah, k.aishah,
k.inarah, nailah, khairiah,k.fizah, asma, fazira,
nabihah, k.timah adi, nazihah, aisyah ruq,
kamsiah, k.zakirah, nusaibah, nawal
dan adik2 pelajar KTD.

Kita adalah Murabbi.
Yang akan membela Islam.
Yang akan melawan musuh-musuh Islam.
Yang sedang bertempur dengan Jahiliyyah.
Yang sedang bergerak menyediakan
rijal-rijal akidah...
Yang akan syahid di jalan yang mulia ini.
kerana Yang kita Cinta hanyalah
Dakwah dan Islam.

wallahualam.

4 comments:

halawatul iman said...

salam nawwar...
Alahmadulillah..Allah izinkan lg kita berprogram sama2...
memanjang kan lg ukhuwah antara kita..
tgk gamba tu...kak center yer...
hi3..

spijpnperlis@gmail.com said...

wslm...
betul2..tanpa keizinan Allah.
kita tak kan dapat berprogram
bersama..
dapat naik keta kak syah lg kan..

aah laa..akak centre..
maklumlaa senior kan?
hi3..

sayang akak fillah..

Syed Ahmad Fathi said...

cam knal je yg baju oren berdiri ke 3 dari kanan.

Anonymous said...

kakak awak..
memanglaa kenal.
he3