Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, June 5, 2011

My BFF's walimah

  
Jalan-Jalan Penuhi Undangan
Oleh : Nawal Abd Kadir

Cuti Sekolah !


Apabila cuti sekolah menjelma, maka berderet-deretlah undangan Majlis Walimatul Urus yang harus dipenuhi.   Tak kiralaa kawan sendiri ke, kawan mak ke, kawan adik ke, jiran tetangga mahupun sedara mara yang menjemput, kita perlu lah sedaya upaya mencuba untuk menghadiri majlis mereka. Alhamdulillah pada 4 June 2011 kali ini terdapat tiga orang sahabat saya telah mengikat janji setia, memikul amanah Cinta, membina Baitul Muslim dengan pasangan masing-masing.  Saya berkesempatan menghadiri ketiga-tiga majlis tersebut bersama-sama dengan sahabat baik saya ( satu batch di Matri dulu,Gen-9). 

Antara watak yang ada ialah Pn.Nabilah Bakri, Cik Aisyah Humaira, Cik Sumayyah Musa, Dr.Nor Hafizah, Pn. Rasyidah, Pn.Noor Laila, Pn.Munzirah,  Cik Taqiyah Khadijah dan lain-lain. Jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam oleh saya.


 Rumah Kenduri yang pertama.

~ Tasnim bt Ismail dan suaminya Hafiz b. Desa
Tasnim merupakan sahabat saya semenjak daripada kecil lagi. Seingat saya kami mula kenal sejak tadika dan kami sekelas ketika zaman sekolah rendah dahulu.( SK Seri Tunjong). Orangnya manis, tegas dan baik hati. Persahabatan yang terjalin sekian lama tentunya bersulam dengan memori suka dan duka, namun alhamdulillah ikatan atas nama Ukhuwwah Fillah ini kekal erat sehingga kini. Tasnim menamatkan zaman bujangnya ketika sedang menghabiskan semester akhir pengajian sarjana di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kini, sahabatku ini selamat bergelar menantu kepada Cikgu Desa Senawi dan Mak Cik Onen. Kami semua mendoakan Tasnim dan suami bahagia hingga ke syurga.

Adik Kepada Tasnim...


 Rumah Kenduri Kedua

Ilani Abu Hassan dan suami. Daripada rumah Tasnim, kami bergerak beramai-ramai ke rumah Ilani. Ilani melangkah masuk ke Matri ketika kami berada di tingkatan 4. Kemudian, Ilani bersama-sama dengan saya berjuang mengharungi dua tahun pengajian pra-universiti atau STPM di SMKAP. Di sinilah saya semakin rapat denganya. Orangnya juga manis dan lemah lembut. Memang berlawan habis laa dengan saya tetapi kami tetap boleh bersahabat baik. Alhamdulillah.

Bergambar kenang-kenangan beramai-ramai bersama Ilani Abu Hasan 


Memang rezeki saya untuk bertemu dengan sahabat baikku ini. Siti Nur Zuhaili dan adik ipar merangkap sahabat baiknya Syuhada. Mereka turut bertandang ke majlis Ilani ini.


Saya bersama Ilani dan juga Ikhwana Syuhada. Ikhwana juga merupakan rakan sebatch di Matri dahulu tetapi dia  meninggalkan Matri ketika kami berada di Tingkatan 3. Walaupun sudah sekian lama tidak berjumpa, we just can get along together seolah-olah kami tidak pernah terpisah  dengan jarak waktu yang lama. Syukur!


Antara kelebihan bertandang ke rumah kenduri ialah dapat bertemu dengan ramai sahabat-sahabat sudah sekian lama tidak bertemu. Atiqah Ghazali juga turut berada di sini. Maka, kawan-kawan daripada Terengganu ni pun mengambil kesempatan untuk bergambar bersama. Teringat kata Syahmerra " awak slalu jumpa dak pe la,..sbb tu tok rase pape...kami susoh nok jupe..." Tersenyum saya.


Ukhuwwah itu indah jika berlandaskan akidah yang sama, matlamat yang jelas dan saling berkongsi cerita suka dan duka.. Saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah. Saya tidak mahu kehilangan mereka, saya bertuah mengenali mereka dan sempat membesar bersama-sama mereka di alam sekolah dahulu. 9th Generation of Matri the Best !!


4 gadis berjalan di tepi sawah....( baca ikut rentak berlagu )..

 Rumah Kenduri ketiga.

Selesai bergambar di rumah Ilani, kami terus bergerak ke Penang atau lebih tepat lagi Kg. Tanjung Putus. Saya sangat beruntung kerana dapat menumpang sahabat baikku Nabilah yang sudi menjadi pemandu dan terima kasih kepada adiknya Syamil kerana sudi meminjamkan keretanya. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Oleh sebab kami tidak pasti jalan menuju ke rumah mertua sahabatku Fatimah ini, kami telah berkonvoi dengan ibu kepada sahabat baikku (Sofiyah yang berada di Australia) iaitu Pn.Roselina atau lebih mesra dengan panggilan Mak Cik Na.



Ketibaan kami pada jam 5pm disambut oleh pasanga pengantin iaitu Dr. Fatimah Zanirah dan suaminya Luqman Hakim Azizan. Emmm,..maklumlah tetamu pun dah berkurangan kan? Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk hadir ke majlis ini kerana sudah lama saya tidak bertemu dengan Fatimah Zanirah. Fatimah juga merupakan antara sahabat baik yang layak dikatakan 'soul-mate' saya kerana kami kerap berkongsi rasa dan tidak lokek berkongsi cerita. Andai diimbas kembali sejarah persahabatan saya dengan dia, memang penuh dengan duka dan luka. Zaman sekolah boleh dikatakan hanya sesekali 'suka' datang memujuk rasa 'duka'...tetapi itulah sebenarnya yang menjadi faktor pengerat ukhuwwah kami selepas melangkah keluar daripada alam persekolahan.

Terima Kasih Fatimah atas segala nasihat, teguran, bimbingan, perkongsian rasa dan bicara anti yang selalu memberikan keinsafan buat diri ana. Ana mendoakan kebahagiaan baitul muslim anti...

  Bersama Mak Cik Na dan Amni Farihah

 Sempat juga merakam kenangan bersama Fatimah dan Luqman di hadapan rumah Pak Cik Azizan.

 Amni - Fatimah - Makcik Na


Sekali lagi rezeki kami berjumpa dengan Cikgu Norizan Mat, guru kesayangan ramai di Matri. Alhamdulillah hari ini sahaja kami bertemu dengan ramai sahabat,kenalan dan taulan. Senyum tidak henti-henti menghiasi wajah. Semoga pertemuan-pertemuan itu dirahmai oleh Nya.

Kepada semua pengantin-pengantin baru, semoga Selamat semuanya. Jangan lupa doakan kami yang masih single mingle nih..(kan syah?) hehe...

Terima Kasih tidak terhingga kepada :-

Pn.Nabilah kerana sudi memandu pergi dan balik,
En. Munaim kerana memberi izin Cik Nab pergi bersama kami,
Sumayyah, kerana menjadi pendengar setia, peneman bicara sepanjang perjalanan..
Syahmerra kerana banyak menyalurkan maklumat berguna (senyum sket)
Dr. Fizah kerana menghidupkan suasana.
Kepada semua yang tak tersebut namanya, kalian tetap di hati saya.

Barakallahulakuma.....

ps : kepada warga AQZAR ( matri generasi ke-9, 1999-2003)  yang membaca, saya mewajibkan anda untuk meninggalkan jejak,..boleh tak? kalau sayang nawal tlg lah berbuat demikian...(",) ...hihi

19 comments:

ikhwana said...

hehe mai tinggal bekas tapak kaki ni nawal hehe...Sayang tak leh pi peneng... sebab adik xdak org jaga... :(.

terharu mood sebab nama ada di sebut di atas hehe :D

ummu_ammar said...

>> Ikhwana

Bagus2...mcm tula..tinggalkan jejak...terima kasih sudi baca entri nih,...

Harap kita bleh jumpa lg ya...

~ Pelaut Rabbani ~ said...

salam kak nawal,
terharu sungguh dgn cerita yg dilakar,
bukan sbb apa..kesungguhan memenuhi jemputan teman2,
tp menjd tanda tanya juga..
kak nawal pulak bilakah? :D

Intan Shazwani said...

wahh meriahnya..tak dapat nak hadir suma kenduri..tapi yang bestnya gambar2 tadi..muka nabilah je lah yang paling banyk..hehehe

syaheed said...

nawal...ai siap tinggal warning lagi ni...hehe...apepun bakpe muke saye sokmo depan...huhu..miss u so much...

ummu_ammar said...

>> Pelaut Rabbani,

wslm.,terima kasih singgah membaca cerita gen-9 kami...
Emmmm,..tanda tanya kamu itu k.nwl sendiri tiada jawapanya..

Adik-adik doakan laa yea..>_<

>> Intan

Wah, intan..lama tak jumpa. Em, gmbar Nabilah plg banyak sbb dia escort camerawomen nih...heee

>> Sumayyah

Hihi...warning manja je.,,saja laa nak melihat kata2 shbt2 ku,gambar Su sokmo depan sbb 'excited' kot..?
Terubat rindu dkt Su yg sanggup datang jauh2,..Moga ada ruang utk kita ketemu lg..

Janji nak mai Crocs River jgn lupa deh ! (",)

Ana said...

Nawal :-)..thanks for sharing..ana sempat jadi pelakon setengah hari je dalam cerita ni..tp syukur alhamdulillah..walau sekejap tapi sangat3x bermakna =)

aisYaHumaiRaLias said...

opsss..penyalur maklumat berguna..awk la ugut nak merajuk sangat..hehe..coming soon september ya kawan2..

'Aishah Asri said...

alhamdulilah seronoknya......
syah merah september negeri mana pulak???
nak ikut sekali.....
(tu kalau tak de apa2)
syah:::: bila ye boleh berkumpul semua????

buat nawal.... kakak kembar kamu ni ada banyak cerita nak dikongsikan & nak mintak beberapa tips untuk menjadi seorang pendidik yang rabbani...
banyak kisah2 duka & sukanya.....

bila2 kalau ada jalan2 ke penang bagitahu ye.....

iffahhanna said...

wpun bkn warga AQZAR...

tp syg k.nawal gk!!
kkak SE-ngeri.

hana home said...

sayang tak dapt p mjlis kenduri kekwn..ana n family minta maaf bbyk...bila byk kekangan yg datang tak dpt dielakkan..maaf semua..hanya tinggal jejak jer...

ummu_ammar said...

>> Ana

Alhmd dapat juga bersama walaupun sekerat hari....Moga kita dapat terus bersama lagi suatu hari nanti...

>> Syahmerra

Oh my sweet best friend ever,..u r my darling,...sbb tu sy kuat merajuk dgn awak..haha..xda lah,maklumat kena sharing2 bkn apa sng nak wat preparation,msk dlm jadual kan? Next trip,September insya Allah...simpan duit ye kwn2..

>> Aishah Asri

Kakak kembarku, banyak jg cerita yg nak dikongsi tp tak best ckp kat fb or calling2..rasa cam nak terbang p jumpa anti skrang jg,..Mg ada pertemuan buat kita..rindu kat anti..

>> Iffahana

Bukan warga Aqzar jg dijemput meninggalkan jejak...wah,terharu laa ada orang sayang kita...sayang iffahana jg ( adik senegeri) hehe..
Mg Allah sayang kita...

>> Hana Home

Sahabat kamcengku,..bila dah berkeluarga mcm tula banyak kekangan yg tak bleh nak elak kan? xda rezki namanya,..mencari2 waktu bilakan kita dapat bertemu semula? Terima Kasih kerana meninggalkan jejak....Sayang kamu!

Ijlal Binti Mearaj said...

salam.. kaif hal.. bile kite plak nak gi walimah kat perak lak ni.. hehe2

mOOn haRIZ said...

Alhamdulillah, nice vacation n reunion :)
Nawal, ada lg satu la kenduri kwn kita yg x dpt nk p....Huda ;) Sorry Huda...[ka Nawal p rumah Huda minggu lepas?]
Tahniah utk semua pengantin, moga redha Allah bersama-sama kalian ^^

♥ Huraiyah ♥ said...

gi knduri kak fatimah x terserempak kak nawal plak..:) btw, syok kn tgok kwn2 daa kawen...lps ni dorg bnyk ngan husband je laa..hi3
bahagia tgok k.tasnim... senyum mnjang..nmpaknya gosip yg ktorg dgaq masa khasah itu betol lah..ha3..insyaAllah,doakan k.nawal jugak..amin...kim salam kat mcik rohainon taw! lma x jumpa dia..

ummu_ammar said...

>> Ijlal

Terima Kasih meninggalkan jejak...orang perak mana yg nak kenduri nih???hehe

>> Pn.Munzirah

A'ah..kenduri Huda, tp Nwl tak pergi...ada ke kwn2 kita yg berkesempatan pergi? Ya benar,Moga Allah redha.

ps: xsbr menanti generasi Mun-Ikram nih..(",)

>> Huraiyah

Kami p lambat..petang baru sampai,,he3. Emm, amboi budak khassah pandai bergosip nooo....
Insya Allah,..moga bahagia terus mekar buat kita dalam redhaNya...
terima kasih menjejak di sini ya!

siti madihah a.k.a AH said...

nawallll...=)

little doctor said...

salam nawal. ni dtg tinggalkan jejak. jazakillah khair sebab sudi hadir. rindu sgt2 pada anti. remember u r always special in my heart dan sentiasa dlm doa dan ingatan ana. especially tang tlg doa bab jodoh ni. hehe :)

ummu_ammar said...

>> Ah a.k.a madihah

Awat? Rindu ka? Nak sebut jugakla...
"AaaaaHhhhhhhhhhhhhh......"hehe

>> Little Doctor a.k.a TImah

Wslm. TQ sudi tinggalkan jejak,..yeah i miss u so3 much jgk..u r always special in my heart too,..kalau ada berita gembira jgn lupa gtau ana tau...(sambil tersenyum lebar)...em,..doa part jodoh tu mmg anti kena buat sbb kesiannnn kat ana kan?hehe...(sambil tersenyum simpul)...