Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, October 16, 2011

Keep Going !!


Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal = Berjaya
Oleh : nawal_sensei

Assalamualaikum wrht.

" Zah,wat pe hari ni? Nak datang study,..? Tak leh study laa kat rumah..."
" Tak bole fokus dowh kalo stdy sorang-sorang.."
" Zah, kasi semangat sket,nak study ni tapi malas..."
" Zah, bagi tazkirah isyak sket...bg smgt nak stdy ni.."

Musim-musim exam ni, macam-macam laa pesanan menjengah inbox saya.. terutama pelajar tingkatan 4 lah sebab tingkatan 1 belum mula exam lagi... 

Macam-macam masalah, alasan, sebab, musabab disenaraikan dalam index 'kenapa saya malas study' mereka.. 

Yelah, banyak sangat yang nak ditumpukan, tapi hati tak bleh fokus, minda tak bleh tumpu, cane nak ingat apa yang dipelajari? Agak-agak sebab apa?

Menurut pemerhatian saya, antara sebab pelajar-pelajar saya  tidak boleh fokus adalah kerana :-

1. Matlamat belajar tidak jelas kerana lemah hubungan dengan Allah.
2. Kurang persaingan antara rakan sebaya -tiada motivasi
3. Banyak buat perkara maksiat - tak jaga mata, tak jaga hati,
4. Masalah dalam muamalat - tak jaga hubungan dengan ibu bapa, guru, rakan bermasalah.
5. Hedonisme melampau - tak bleh nak kawal diri daripada hiburan yg disogokkan..
6. Kehilangan contoh yang baik dalam persekitaran mereka.
7. Rasa diri sudah cukup bagus atau terlalu lemah(rendah diri)..
8. Pelbagai sebab-sebab lain yang tak tertaip kat sini...

Maka, ubat kepada masalah yang telah didiagnos di atas memerlukan suatu proses pembersihan hati yang panjang, juga kepada nasihat, bimbingan, teguran dan contoh tauladan yang baik. Siapakah yang perlu memainkan peranan di atas? Ya. KITA sebagai guru, sebagai ibu bapa, sebagai rakan, sebagai masyarakat setempat yang ada kefahaman dan rasa tanggungjawab perlu bertindak sebagai agen utk merawat penyakit pelajar kita nih...sebab saya yakin apa yg berlalu dalam konteks pelajar saya turut berlaku di luar sana,kan?

Justeru, sedikit coretan daripada saya buat pelajar saya  yang lemah semangat nak belajar nih...juga buat adik saya yang nak amek SPM nun jauh di utara sana,Muhammad Mu'az, juga Nuha yang nak amek Prai...juga buat diri saya dan anda yang sering ditimpa penyakit malas, kurang yakin diri dsb...

>> Jom cuba DELETE dosa kita...

Pertama dan selamanya kita manusia tidak lepas daripada buat salah dan dosa kan? Kotoran dosa ini telah meliputi hati menyebabkan kita rasa malas dan berusaha, malas nak buat ibadah, malas segalanya. Maka, step pertama yang harus kita buat ialah kembali kepada Yang Maha Pencipta dengan bertaubat atas dosa-dosa dan kesilapan-kesilapan yang telah kita buat selama kita dikurniakan umur oleh Allah swt.

>> Bersihkan hati, Tenangkan jiwa, Muhasabah diri..

Kita manusia sering lalai dan jarang menilai diri kita menurut nilaian Allah,..kan? Justeru harus kita sedarkan diri kita dengan muhasabah (fikir kembali) tentang semua perbuatan kita. Jika hati tak rasa apa-apa, moh lee kita ajar diri kita baca al-Quran sebanyak mungkin dan tadabbur maksud ayat-ayat Allah itu.. insya Allah setelah hati terasa tenang, jiwa terasa lapang,..kita dapat berfikir dengan lebih jelas.. masa tu baru bleh set kan matlamat,..betulkan niat dan sebagainya... cubalah, belum cuba belum tahu,..perbaiki hati dengan ayat suci al-Quran sebelum terlambat....


>> Betulkan SIKAP...Attitude

Sikap kita sangat penting dalam menentukan hala tuju hidup kita. Maka,sama-samalah kita membentuk sikap yang baik dan semangat ingin maju ke depan dalam diri...


>> Cari MOTIVASI dan INSPIRASI

Dah settle yang kat atas, boleh juga kita naikkan semangat dengan mencari inspirasi daripada insan-insan yang dapat memotivasikan diri kita. Juga bleh cari words of wisdom yang dapat pulihkan semangat, celikkan mata, tingkatkan daya usaha kita untuk berjaya. Ustazah kongsikan antara kata-kata yang bleh kita amek pengajaran daripadanya untuk kita boosterkan semangat untuk BERJAYA.





>> Tiada alasan untuk Tidak Berjaya

Kamu dan Kita tiada alasan untuk tidak berjaya. Kita adalah manusia yang Allah ciptakan berpotensi untuk mencapai THE BEST dalam hidup kita. Cuma kita je yang suka bagi alasan untuk tak berjaya kan?


>> Pesanan buat diri dan kamu

Saya sering diingatkan dengan kata-kata ini. " Ilmu dan Maksiat tidak boleh jalan seiringan". Justeru saya ingin kongsikan dengan anda, pelajar saya bahawa hati yang tidak fokus itu sebenarnya berikutan kerana maksiat yang kita lakukan tanpa sedar. Kita lebih ingat pakwe/makwe kita berbanding Allah, kita isi hati kita dengan angan-angan yang merugikan, kita penuhi hati dengan memikirkan perkara lagha(sia-sia)... So, camne ilmu nak masuk memenuhi hati sedangkan maksiat penuh bersuka ria di dalam hati....  Maka, mulai hari ini, mulai saat ini marilah kita lakukan sedikit anjakan paradigma... Katakan Tidak pada Maksiat,...insya Allah hati akan menjadi lebih tenang dan ilmu senang menakluki hati kita...
Akhir kata, berusahalah kita menjadi Hamba Allah yang BAIK.  Berusahalah kita menuntut ilmu untuk bekalan masa depan kita. Sama-samalah kita berusaha untuk ikhtiar atasi kelemahan dan kekurangan kita dan bersama kita berdoa agar Allah selalu kasih dan redha pada kita, beri kita teguran dan bimbingan, supaya kita jadi hambaNya yang Rabbani...


So, kepada Eliya , Echa, Bella, Afiq, Syafiq,...
Moga kamu berjaya dalam peperiksaan akhir tahun dan seterusnya.......


Last but not least,.simpan kata-kata ini kemas dalam hati kamu ya...Kerana Allah,....(sambung sendiri)


Wallahualam.

Strive for the BEST !!

1 comment:

Qawiem Khairi said...

Salam alaik knawal..
terima kasih sbb update.. ^^