Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, February 22, 2009

BlackOUT...!!

Ungku Omar dalam kegelapan...
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Jam 4 am. Terasa sedikit panas. Bunyi nyamuk terngiang - ngiang di bibir telinga menganggu tidur. Kamilah di sebelah diam tak berkutik. Lenaku benar-benar terganggu. Aku bangun teraba-raba dalam gelap.

" Sapa lak tutup kipas ni..." bisikku dalam hati. Aku bangun dan meraba-raba dinding mencari suis. Kipas tetap kaku begitu. Ah...letrik terputus. Aku kembali ke katil dan merebahkan diri di sebelah Kamilah. Dia bersuara perlahan " tak dek letrik ke nawal? "
" A'ah..nyamuk banyak kan? ". " a'ah..."

Aku tidak dapat melelapkan mata. Otakku ligat memikirkan kenapa letrik terputus di waktu-waktu begini. Tanpa disedari aku terlelap kembali. Jam 5.30am aku tersedar semula. Aku bangun dan duduk di birai katil. " daripada aku melengung macam gini, baik aku solat " desis hati perlahan. Dalam kegelapan itu aku mencari - cari handset di bawah bantal. Berbantukan cahaya handset itu aku bergerak menuju ke tandas. Sungguh. Memang tersangat gelap. Aku mengambil wuduk dalam kepekatan subuh itu.

Selesai urusanku di darul hammam itu..aku kembali ke bilik. Terasa sedikit segar dengan air wudhu' yang membasahi wajah. Aku segera menunaikan solat sunat tahajjud. Lama aku mengadu denganNya. Kemudian, aku berteleku di atas sejadah menantikan waktu subuh. Nyamuk tetap bersorak ria mengeluarkan bunyi-bunyi yang mengundang rasa kurang selesa. " Kesian milah.." letrik tak dek time tetamu datang pula. Apabila subuh, aku terus solat dan Kamilah pula menunaikan tanggungjawabnya. Kemudian kami terus larut di awal pagi dengan aktiviti merehatkan diri. Hehe...

Jam 10am. Kipas masih diam terkaku di siling. Aku dan Kamilah sempat berborak menghapuskan rasa sunyi. Persekitaran kolej terasa sunyi sepi. Al-Maklumlah hari Ahad. Kebanyakan mahasiswa/i lebih gemar menghabiskan masa di luar kampus samada balik Kg, mengikuti program dan tidak kurang juga yang berjalan-jalan di luar kampus.
Kami kemudian terus bersiap dengan baju yang tidak perlu di'iron'.. Menuju ke Kedai Mamak kerana si Momo ini kempunan Tosei.. sedapnya tengok Milah makan tosei..=).
Kami berdua kemudian bergerak ke Warta. Berjalan-jalan mencari cenderamata dan keperluan. Agak lama aku tidak menghabiskan masa bersama Kamilah begini. Terima Kasih Milah!...

Tengahari. Aku menghantar Kamilah ke stesen komuter UKM dan pulang ke kolej. Lorong di bilikku masih gelap seperti malam. " Emm..letrik masih tak dek"... Aku ke bilik Zuhaili. Bersama bersabar dalam suasana yang gelap, tiada angin, dan sedikit suram. Ini adalah tarbiyyah. Tarbiyyah menguji tahap kesabaran seorang hamba yang dhaif. Menyedari kekurangan diri yang tidak mampu berbuat apa-apa tika Allah menarik nikmat walaupun hanya seketika membuatkan rasa insaf melebar dalam diri.

Petang. Keadaan makin gelap dan suram. Mata terasa sedikit berpinar. Kerja terbantut tanpa elektrik. Aku mengambil keputusan untuk ke Kolej Pendeta Zaaba. Seperti musafir kami bergerak ke Zaaba dengan kain baju untuk kuliah esok hari. Terasa seperti pencarian mencari elektrik suatu yang mendidik hati pula. Aku membuat analogi sendiri. Manusia tidak boleh hidup tanpa elektrik umpama hati tidak akan subur tanpa cahaya keimanan kepada Allah s.w.t. Tanpa cahaya iman dan taqwa, hati akan mati. Sebagaimana kita amat memerlukan elektrik untuk melakukan pelbagai urusan dalam kehidupan, begitulah betapa rohani kita memerlukan cahaya petunjuk bagi melancarkan urusan kita dengan Yang Maha Penyayang.

Tidak kuketahui analogi ini tepat atau pun tidak. Namun, aku terasa terdidik dengan peristiwa ini. Beginilah bagaimana kehidupan mentarbiyah diri.

"Elektrik..cepatlah muncul..aku memerlukan mu.."

" Wahai diri...teruskanlah mencari redha dan kasih sayang Allah..."

3 comments:

Anonymous said...

salam kak nawal..
kita suka sgt baca artikel akak ni..
best sgt..
drpd kisah kelakar jd kisah tarbiyah..
kita sendri takut nk g tandas gelap2 mcm tu..hee...
marha!! marha!! kak nawal..kikiki...=)

spijpnperlis@gmail.com said...

thanx syah..
setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita adalah tarbiyah daripada Yang Maha Pencipta..

Eyjaz Nidzar said...

nawal...hee...setiap yang berlaku msti ade hikmahnye kan..=)