I Luv my sister..
By : Nawal bt Abd Kadir.
Kesabaran sering teruji dengan pelbagai ujian yang hadir tatkala kita dalam kesibukan mengejar date-line, menyiapkan tugasan, memenuhi kerja-kerja D&T, memuaskan hati-hati sahabat yang melayari bahtera perjuangan bersama dll. Kesabaran juga teruji apabila kita mengatakan yang kita boleh bersabar.Aku pasti boleh bersabar dengan ujian. Saat inilah di mana Allah menghantar ujian bagi menguji kata –kata yang lahir dari mulut kita. Insan kerdil lagi lemah yang teruji. Bisakah kita bersabar? Bersabar tidak semudah menuturkannya. Bersabar memerlukan perjuangan dalaman. Bersabar menuntut bekalan demi bekalan. Bekalan-bekalan keimanan kepada Allah s.w.t. Bersabar itu besar pahalanya di sisi Allah. Keyakinan itu harus tertanam dalam diri kita. Indahnya pahala yang dijanjikan untuk mereka yang bersabar. Marilah kita belajar bersabar.
Apa pula kaitan bersabar dengan tajuk post ini??
Sebenarnya hari ini kesabaran saya juga teruji. Teruji hanya dengan sepotong kata-kata. Atau layakkah ia disebut sebagai kata-kata yang berunsur amarah sedikit. Mungkin. Saya kurang pasti dengan hati si penutur yang Allah hantar untuk menguji saya. Dengan bekalan yang sedikit, saya pertahankan mulut saya dari mengeluakan kata-kata yang mungkin mengguris pula hati si penutur itu tadi. Namun, dalam pertahanan itu saya juga bergelut untuk menjaga bisikan hati saya supaya tidak membisikkan hal yang tidak sepatutnya. Apa pun jua, saya bertuah punya adik perempuan hampir sebaya dengan saya. Saat ini saya merasakan bahawa sebaik mana pun saya bersahabat dengan sesiapa sahaja, mana mungkin ia dapat menandingi ikatan yang ada antara saya dengan adik saya ini.
Walaupun saya tidak seerat mana dengan dia tetapi saya tahu dia ada di situ bila mana saya memerlukan. Dia pasti menolong di saat saya kesusahan dan dia pasti akan membantu walau dia dalam keterpaksaan. Sayang saya pada adik-adik tidak pernah pudar walaupun saya pernah menyakiti hati adik-adik di luar kemahuan saya sebenarnya. Saya hari ini juga disedarkan bahawa adik saya boleh dijadikan tempat bergantung di saat saya perlukan seseorang. Saya disedarkan dengan suatu rasa bersyukur yang tidak terhingga dengan kehadiran adik perempuan yang seorang ini.
Kesabaran saya berjaya dibendung dengan berkongsi bebanan dengan adik ini. Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaanMu ini. Kuatkanlah hatiku, adik2ku, keluargaku dan keluarga Islamku dalam memelihara kesabaran, menegakkan kalimah Illah dalam hati, berpegang pada yang Haq dan berkorban untuk Islam. Permudahkanlah urusan kami ini. Saya bersyukur punya keluarga anugerah illahi. Saya bersyukur punya adik-adik penguat sanubari..Ya Rabbi…rahmatilah kami…
I Really Luv my siblings…
No comments:
Post a Comment