Malam ini insya Allah saya akan kembali ke dunia IPT di UKM..
Ini adalah kali pertama saya kembali ke ipt awal dari orang lain kerana
terlibat dengan program reunion batch saya semasa di Matri. Berkorban sekali sekala cuti apalah salahnya. Kalau orang lain senang2 mengorbankan cutinya, saya termasuk dalam golongan yg susah nak korbankan cuti sebab masa di rumah dan bersama keluarga amatlah penting bagi diri saya. Prinsip saya kadang2 lain sikit dari orang lain. Kalau tak boleh nak berbakti pada ibu bapa, apa perlu berbakti pada orang lain? Maksudnya pastikan diri kita bermanfaat untuk ibu bapa dan adik2 barulah kita mengorak langkah berbakti pada orang lain.. Bukankah ibu bapa rankingnya selepas Allah dan Rasul? emm...apa laa saya masuk bab lain plak nih..hehe.. Saya harap bas malam ni tak selembab bas time balik kangar dulu. Moga Allah permudahkan perjalanan...doakan ek?
No comments:
Post a Comment