Let's share yur kind words here... (" _ ")

Thursday, January 15, 2009

STUDENT POWER !!

Alhamdulillah untuk PRK kali ini berhasil dengan keputusan yang memberansangkan walaupun tidak menang secara keseluruhan. Namun, terbuktilah kata2 keramat yang sering dilaungkan tentang student power ternyata power. Tetapi hanya power bila ada keberanian dalam menegakkan kebenaran. Saya secara peribadi sangat bersyukur dengan keputusan ini dan berharap semua calon yang dipilih mampu melaksanakan tugas dengan penuh amanah,tidak membazir dan membela hak asasi mahasiswa. Anda harus bekerja kerana itulah sebab mengapa anda dipilih dan kami sentiasa menyokong anda. Untuk mereka2 yang sangat gigih bekerja..berkorban..meluangkan masa.. memeras tenaga dan fikiran...dalam berkempen dan sebagainya, anda pasti keletihan dan saya pasti keletihan tersebut sedikit sebanyak terbayar pada malam ini. Tahniah untuk anda semua yang bekerja dan tahniah utk mereka yang berani mengundi yang benar. Moga kemenangan yang sedikit ini tidak melekakan kita malah menyuntik semangat untuk kita lebih berusaha dalam menegakkan kebenaran. Takbir! Allahu Akbar..Student..Power..

Untuk lihat keputusan..
klik sini :- Keputusan PRK UKM 09

No comments: