Menyingkap tirai baru 2009.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir
Dua hari menjejakkan kaki ke tahun baru bagai tidak terasa kelainannya. Entah mengapa. Mungkin minda belum disetkan dengan baik dan hati tidak diingatkan untuk terus peka dengan masa yang berlalu. Setelah sedar, seketika aku menoleh ke belakang. Melihat 2008 yang penuh dengan warna-warna suka, duka, perit, dan mengundang pelbagai rasa. Pelbagai peristiwa berlaku dari sekecil2 insan sepertiku hingga ke masalah ummah ini. Detik hatiku..Biarlah 2009 ini berlalu dengan lebih baik daripada 2008. Ini azamku. Terutama dalam penerusan D&T di IPT. Terlalu sedikit rasanya sumbanganku untuk Islam..
No comments:
Post a Comment