Let's share yur kind words here... (" _ ")

Tuesday, January 27, 2009

Suatu ceritera....

Ceritera Persahabatan dalam kekeluargaan.
Oleh : Nawal bt Abd Kadir.

Kak Long. Begitulah nama panggilan adik2 beradiknya dan kawan2 terdekatnya. Saya mengenali insan ini semenjak kecil lagi. Darjah satu kalau tak silap saya sebab kak long baru berpindah dari Sg.Petani ke Perlis. Kami tinggal setaman di Taman Melati Indah, Beseri, Perlis. Dari dulu lagi kak long memang bertindak sebagai kakak kepada kami semua. Tak kiralah waktu bila. Main bersama, pergi nursery bersama. Mengaji bersama. Kalau ummi dan abah pergi KL, saya dan Nailah ditinggalkan bersama keluarga kak long. Nursery tempat kami berehat,makan dan mengaji selepas pulang dari sekolah sementara menunggu ummi dan abah balik kerja. Jadinya, pengalaman tidur bersama, makan bersama dan bergaduh juga bersama. Hehe..

Teringat lagi keriuhan di alam kanak-kanak dulu. Kami bersekolah di Sek.Keb.Seri Tunjung. Ingat lagi, kak long masuk 1Teratai, saya pun masuk 1 Teratai. Bila darjah 4, kak long masuk 4 Anggerik, saya pun masuk 4 Anggerik. Kemudian, kami sama2 berpindah ke Taman Desa Putera di Kangar. Kami bersekolah di Sek.Ren.Keb.Putra. Saya masuk kelas 5 Tekun dan kak long di 6 Cemerlang. Zaman bersekolah di Kangar ni pun best juga sbb kami kayuh basikal ke sekolah bersama. Bersiar-siar di taman pada waktu petang. Kak long tua setahun daripada saya. Jadinya kak long melangkah ke alam sekolah menengah lebih awal.
Sekolah mana lagi kan..tentulah MATRI. Bila balik cuti je kak long mesti akan cerita pengalaman dia kat Matri. Kak long memang suka bercerita dan berkongsi pengalaman.

Setahun kemudian, saya mengikut jejak kak long ke Matri. Saya memang berbeza dengan kak long. Kak long seorang yang ceria, positif, berani, yakin diri, bersemangat, mudah berkawan dan lain2. Kak long sering memberi nasihat dan kata semangat untuk saya. 5 tahun berada di Matri memberi suatu pengalaman yang indah bersama kak long. Walaupun tidak serapat zaman sekolah rendah, kak long masih tetap kak long yang sama. Sentiasa mengambil berat. Bercerita dengan gaya selamba. Berkongsi nasihat yang membina dll. Memang terasa ketiadaan kak long selepas kak long ke Matrix. Kak long semakin jauh apabila setahun kemudian kak long ke UPM Serdang. Namun, semangat kak long masih tetap tinggal bersama saya. Walaupun tiada kata2, surat nasihat dan suara yang bercerita menaikkan semangat, masih saya simpan kenangan bersama kak long ketika saya melalui alam tingkatan 6 di SMKAP.

Masa berlalu. Kak long masih tetap kak long yang sama. Bezanya, kak long tidak se'rock' dulu. Kak long menjadi kak long yang ayu, matang dan wanita solehah. Saya terus mengkagumi kak long. Saya melangkah ke UKM dan kak long masih di UPM. Kebetulan kami di bidang yang agak-agak sama iaitu bidang pendidikan. Lantas, sekali lagi kak long menjadi mentor kepada saya dalam soal mengawal kelas, how to deal dengan students. Semuanya dikongsi menerusi cerita2 dan pengalaman kak long sendiri.

Dalam soal dakwah dan tarbiyah kak long jauh lebih mantap. Kak long dengan keperibadiannya yang sebegitu berjaya menarik ramai hati2 ke arah Islam yang dibawa oleh kak long. Kak long berjaya menamatkan pengajiannya di UPM dengan kejayaan yang membanggakan Islam. Beberapa kali kami bersama dalam program2 motivasi dan ternyata ikatan antara kami tidak pernah putus. Kak long masih kak long yang saya kenali dahulu.
Seronok bekerja bersama kak long. Terutama semasa di dapur time KMK12 tempoh hari..hehe. ingat lagi tak resepi ikan bilis masak kicap?? Itulah idea yang dikeluarkan oleh kak long dan saya hanya bertindak mengikut arahan..hihi.

Semasa cuti semester lepas, setiap minggu kami menghadiri halaqah bersama. Setiap minggu bertukar lokasi dari sebuah rumah ke rumah makcik2 yang lain. Kak long dengan konsistennya setia mengajak kami join aktiviti2 riadhah dan pengisian. Kini, kak long berjaya di tawarkan sebagai tenaga pengajar di Kolej Mara Kuala Nerang. Kak long akan memulakan tugasnya pada hari ini. 28 Januari 2009. Saya mendoakan kak long berjaya mendidik2 anak-anak pelajar dengan berkesan.

Kak long juga sekarang sudah diikat orang. Tidak tahu bila kak long akan melangsungkan majlis walimahnya. Saya tumpang gembira dengan keadaan kak long sekarang. Cuma saya tidak pasti ikatan persahabatan ini akan terjadi bagaimana selepas itu. Hanya perlu tunggu dan lihat. Kak long, nawal dan sofiyah dan cup nak jadi pengiring kak long.keh2..tak de lah..jadi tukang basuh pinggan pun boleh..kan fiah kan????

Emm...macam mana bleh cerita pasal kak long nih? Ha...semalam, saya teman kak long drive kereta sampai Matri. Tahniah kak long sebab dah berjaya mengharungi suatu rintangan dan tentu kak long akan lebih cekap dari nawal. Ternyata kak long masih lagi kak long yang dulu. Kelakar dalam selamba. Serius dalam ketawa. Gementar dalam confident.dsb. biarlah rahsia yang lain tuh....

Asik bercerita tentang insan bergelar kak long ni... lupa nak cerita siapa dia sebenarnya. Nama sebenarnya ialah Nik Nadiah bt Nik Ramli. Tinggal di rumah no.25 setaman dengan saya. Anak sulung daripada 5 adik beradik. Abahnya Dr.Nik Ramli Nik Rasyid dan Umminya Pn.Masturah bt Zainur Rasyid. Kak long mengambil degree dalam Sains Biologi dalam Pendidikan di UPM. tu je laa kot...

Kak long oh kak long. Kak long tetap menjadi kak long pada kami2...( nawal, sofiyah, nailah, yusra, sahel,nabil,muaz,suhaib,afifah,amni,akif,nuha,yaasir, nadiah,imran) di samping adik2 kak long sendiri ( amin,cik ah,adil dan ipah ). Saya berharap ikatan ukhuwwah dalam kekeluargaan yang terjalin antara kita..ummi2 kita..abah2 kita akan berkekalan hingga tiba ke peringkat kita pula. Kak long tetap di hati. Syaksiyah kak long diikuti dan ketinggian budi kak long kami teladani.

Sayang kak long fillah..
Uhubuki fillah..abadan abada...
Inilah kak long saya..kak long kebanggaan kami...tak percaya,..tanyalah sapa2 yang pernah membesar bersama kak long..pasti dia bersetuju dengan saya...

gambar ni time kami riadhah di denai larian, pengkalan asam...

WALLAHUA'LAM

8 comments:

fazlinil irma said...

oh..akak kenal bakal abg long kak long kamu..hehee..
kalau tak silap ka kan..dia belajar kat shefield,uk ;)

n_akn said...

kak long tetap kak long kami selamanya..!!

Anonymous said...

salam... amboi nawal terasa betul coretan ini penuh keikhlasan... best pulak membaca ttg k.long n... insyaAllah selagi kita diatas jalan yg sama selagi itu ukhuwah kita direstuiNYa..fathjas

AQZAR said...
This comment has been removed by the author.
raQaiZ_86 said...

MantaP nawal...(^_^) even though we're the eldest..but kak long is still the 'kak long'. ~Fiah~

ummu_ammar said...

to kak irma :-
a'ah..betul lah tu...

to kak fathiyah :-
doakan yea..

to neah :-
yeah..kak long tetap di hati..

to raqaiz_86 :-
setuju..kita bertiga berkongsi status yang sama sebagai " kak long "..tp kak long tetap kak long bagi kita..

ummu_ammar said...
This comment has been removed by the author.
raqaiz90 said...

Setuju tanpa bantahan!!Kak Long is still our kak long!!..teringat memori waktu kecik2...Moga Allah pelihara ukhuwah kita semua..not only here..also in hereafter..sayang semua fillah (>_<)~sho~